Sudah lebih 7 tahun saya tinggalkan blog SayaDoktor ini. Saya lihat masih ada banyak page view setiap hari.
Siapa pembaca semua? Pelajar perubatan?
Terima kasih atas sokongan pembaca semua. Jika anda rasa blog ini berfaedah bagi rakan-rakan anda yang lain, jemputlah mereka baca sekali.
Wadah luahan hati seorang doktor. Diharap artikel ringkas di dalam blog ini dapat mempercepatkan proses bakal doktor menyesuaikan diri di tempat kerja kelak, agar orang ramai memahami akan kesusahan hidup sebagai seorang doktor, seterusnya menghapus mitos masyarakat bahawa hidup senang kahwin dengan seorang doktor. Mungkin dan mungkin, sebagai wadah mencari seorang teman yang memahami tugas seorang doktor. :)
Wednesday, 26 June 2019
Sunday, 22 January 2012
REHAT SEMENTARA
Salam,
Blog sayadoktor akan berehat untuk beberapa bulan kerana saya ingin tumpukan pada blog UbatMuda dan juga atas pertukaran tempat kerja baru yang memerlukan saya berikan tumpuan penuh.
Setiap yang bermula pasti ada akhirnya.
Terima kasih kerana menjadi teman blog sayadoktor selama ini.
Terima kasih atas sokongan pembaca semua. Jika anda rasa blog ini berfaedah bagi rakan-rakan anda yang lain, jemputlah mereka baca sekali.
Blog sayadoktor akan berehat untuk beberapa bulan kerana saya ingin tumpukan pada blog UbatMuda dan juga atas pertukaran tempat kerja baru yang memerlukan saya berikan tumpuan penuh.
Setiap yang bermula pasti ada akhirnya.
Terima kasih kerana menjadi teman blog sayadoktor selama ini.
Terima kasih atas sokongan pembaca semua. Jika anda rasa blog ini berfaedah bagi rakan-rakan anda yang lain, jemputlah mereka baca sekali.
Sunday, 13 November 2011
IKATAN HATI
Salam,
WANITA SABAH
Masih segar dalam ingatan saya, sewaktu bekerja di Klinik Pakar Perubatan dulu, melihat seorang pesakit perempuan muda. Seorang pelajar KLMU yang ayu berbaju kurung dan sentiasa senyum. Tidak siapa sangka beliau punyai congenital heart disease dan datang untuk rawatan susulan.
Sewaktu berbicara dengan beliau berkenaan penyakit, saya berasa pelik. Pelik kerana tidak pernah jumpa seorang wanita yang begitu bersopan santun dalam kata-katanya. Dan juga loghatnya lain. Beberapa kali sewaktu bertanya, saya dongak kepala dan cuba lihatnya secara terperinci. Kata-katanya membuah rasa hormat dalam diri saya.
Sebelum selesai, saya bertanya, "Cik orang mana yer?""Orang Sabah," jawapnya ringkas.
Seorang staf perempuan di klinik perasan tindak-tanduk saya. "Aik doktor, minat ker?""Nanti saya nak kahwin ngan orang Sabahlah," jawap saya dengan yakin.
WANITA SABAH
Masih segar dalam ingatan saya, sewaktu bekerja di Klinik Pakar Perubatan dulu, melihat seorang pesakit perempuan muda. Seorang pelajar KLMU yang ayu berbaju kurung dan sentiasa senyum. Tidak siapa sangka beliau punyai congenital heart disease dan datang untuk rawatan susulan.
Sewaktu berbicara dengan beliau berkenaan penyakit, saya berasa pelik. Pelik kerana tidak pernah jumpa seorang wanita yang begitu bersopan santun dalam kata-katanya. Dan juga loghatnya lain. Beberapa kali sewaktu bertanya, saya dongak kepala dan cuba lihatnya secara terperinci. Kata-katanya membuah rasa hormat dalam diri saya.
| Di lapangan terbang Kota Kinabalu, Sabah. Ku datang berhajat mencari chenta. |
Saturday, 29 October 2011
TENTANG JIWA DAN KATA-KATA
KOSONG
Semua orang pernah jatuh. Jatuh daripada
satu tahap euphoria dan berkeyakinan diri, akhirnya tersungkur di atas tanah
juga. Pada ketika itu jiwa rasa kosong, rendah diri selimut diri dan sedar
kembali siapa dirinya. Mungkin ini adalah peluang untuk kita belajar tentang
erti kehidupan.
![]() |
| Setelah jatuh, barulah kita tahu betapa kecilnya kita. |
Namun ada kalanya kita rasa sukar untuk
terima bahawa kita bukan berada lagi di atas. Menyebabkan kita hilang perasaan,
bersikap acuh tak acuh dan menyendiri.
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Surah al-Baqarah 2:155)
Sunday, 23 October 2011
TEGUR MENEGUR
HULK
Bila sebut tentang hak asasi
manusia, ianya mengingatkan kita tentang pemansuhan sistem hamba dan
kesamarataan hak antara wanita dan lelaki. Mungkin dogma hak asasi manusia ini
bermula di situ. Kemudiannya ianya berkembang menjadi hak bersuara, hak
mengundi, hak terhadap pendidikan dan kesihatan, hak rakyat, hak kaum minoriti
dan sebagainya.
“Ikut(hak) sayalah saya nak buat apa. Nafsu saya!” kata seorang lelaki ditangkap berkhalwat pada peserta Imam Muda yang memberi nasihat.
Kemudian, perjuangan hak asasi berubah wajah. Diperjuangkan hak untuk
berzina, hak untuk melacur, hak untuk menggugurkan kandungan tanpa sebab kukuh,
hak homoseksual, hak untuk mengamal euthanasia dan sebagainya. Akhirnya menjadi
hak manusia untuk melakukan apa sahaja yang dia mahukan, asalkan ianya tidak
mencabul hak orang lain(walaupun akhirnya ianya berlaku).
Saturday, 8 October 2011
GERAKAN MUDA
Musim kedua blog sayadoktor bermula!!
KARIER DUNIA
Saya seperti individu lain, mempunyai cita-cita dalam hidup. Saya ingin menjadi seorang pakar perubatan keluarga dalam bidang kerjaya saya. Selain itu saya juga ingin menceburkan diri dalam perniagaan satu hari nanti. Selain kerjaya, saya ingin menyumbang sesuatu yang berguna pada masyarakat di luar bidang kerjaya saya. Juga membina sebuah keluarga.
Maka untuk itu, saya berusaha memperolehi ilmu perubatan, tebal muka untuk bertanya soalan, meluangkan masa selepas waktu kerja untuk jalankan program, keluarkan duit sendiri untuk program, buat locum untuk dapatkan pendapatan lebih dan sebagainya.
Pada masa yang sama, seperti juga kata-kata individu lain, di penghujung ayat, saya juga ingin berjaya di akhirat. Itu yang utama.
KARIER DUNIA
Saya seperti individu lain, mempunyai cita-cita dalam hidup. Saya ingin menjadi seorang pakar perubatan keluarga dalam bidang kerjaya saya. Selain itu saya juga ingin menceburkan diri dalam perniagaan satu hari nanti. Selain kerjaya, saya ingin menyumbang sesuatu yang berguna pada masyarakat di luar bidang kerjaya saya. Juga membina sebuah keluarga.
![]() |
| Sekarang pegawai perubatan, insyaAllah kelak pakar perubatan. |
Maka untuk itu, saya berusaha memperolehi ilmu perubatan, tebal muka untuk bertanya soalan, meluangkan masa selepas waktu kerja untuk jalankan program, keluarkan duit sendiri untuk program, buat locum untuk dapatkan pendapatan lebih dan sebagainya.
![]() |
| Salah satu nikmat dunia yang dikejar adalah makan. Bersama rakan kerja Dr Shirley, Dr Jelilah dan Dr Liyana yang memberi pendedahan tentang langkah membina masjid, di restoran Black Canyon. |
Monday, 26 September 2011
EPISOD AKHIR BLOG SAYA DOKTOR
Salam,
MENULIS
Saya masih ingat, ketika ujian
semester 1 tingkatan 5 di MRSM Langkawi dulu, untuk karangan Bahasa Melayu,
saya terkesima bila tatapi markah 50% pada kertas saya. Rasa kelam masa depan.
Segera saya jumpa cikgu BM masa itu, saya masih ingat cikgu Murni namanya.
Selepas itu, saya menerima latihan intensif menulis karangan sehinggalah
mencapai A1 dalam Bahasa Melayu semasa SPM.
Saya seorang yang berfikir banyak.
Sambil baring atas katil, tenung dinding, saya akan berfikir. Sehinggakan ada
kawan yang lalu lalang berkata, “Ya Allah Azzad, apa kau fikirkan tuuu!!”
Sehinggakan buah-buah fikiran yang terlahir berulang-ulang dalam fikiran,
sampai tidak tertidur.
Suatu hari ketika di Volgograd,
Rusia, saya ambil keputusan meluahkan fikiran dengan menulis pada blog. Ianya
lebih kepada melepaskan saya daripada kekusutan berfikir, berbanding berkongsi
dengan orang ramai. Pada masa awal-awal dulu, satu artikel pendek boleh ambil
masa 2-3 hari untuk disiapkan. Namun kebanyakannya melibatkan isu ‘berat’, jadi
tidak ditelaah ramai.
Sunday, 11 September 2011
SAJAK UNTUK PARI-PARI PENYAIR
Sukarnya,
Menyimpan perasaan,
Menghadang ombak kerinduan,
Pada,
Pari-pari penyair.
Percayalah,
Langkah ini,
Disiplin diri,
Adalah tiang,
Kelak syurga dunia,
Agar utuh dirahmati-Nya.
Percayalah,
Diri persis dalam usaha ini,
Kerna ku cinta Ilahi,
Maka diri dambaimu.
Menyimpan perasaan,
Menghadang ombak kerinduan,
Pada,
Pari-pari penyair.
Percayalah,
Langkah ini,
Disiplin diri,
Adalah tiang,
Kelak syurga dunia,
Agar utuh dirahmati-Nya.
Percayalah,
Diri persis dalam usaha ini,
Kerna ku cinta Ilahi,
Maka diri dambaimu.
| Memasak Laksa Penang buat kali pertama dalam hidup. |
Thursday, 8 September 2011
SAJAK BUAT CHENTA
Chenta,
Hadirmu suatu rahmat,
Bagiku satu kegembiraan,
Satu suntikan,
Agar ku menjadi lebih baik.
Namun,
Seperti yang ku tahu,
Tiada chenta sehebat bidadari,
Tiada juga lelaki,
Yang sempurna,
Pincangnya chenta,
Ku lihat cermin diriku jua.
Hadirmu suatu rahmat,
Bagiku satu kegembiraan,
Satu suntikan,
Agar ku menjadi lebih baik.
![]() |
| Pulang rumah disambut langit. |
Namun,
Seperti yang ku tahu,
Tiada chenta sehebat bidadari,
Tiada juga lelaki,
Yang sempurna,
Pincangnya chenta,
Ku lihat cermin diriku jua.
Sunday, 21 August 2011
TENTANG SI DIA
TENTANG SI DIA
Berkurun rasanya,
Ku berdoa, menunggu,
Hingga tatkala ku berfikir,
Aku tidak cukup bagus,
Tuk mendapat petunjuk-Mu.
Namun,
Ayat-Mu mengatakan,
Kau suka hamba-Mu berdoa pada-Mu,
Maka ku terus berdoa,
Mungkin akan terlepas,
Sekeping dua doaku,
Sampai ke Arasy-Mu.
Kelmarin ku tersedar,
Setelah ku amati tafsir firman-Mu,
Tentang tawakkal pada-Mu,
Maka ku ubah diri,
Ku sedari kesilapanku.
Berkurun rasanya,
Ku berdoa, menunggu,
Hingga tatkala ku berfikir,
Aku tidak cukup bagus,
Tuk mendapat petunjuk-Mu.
Namun,
Ayat-Mu mengatakan,
Kau suka hamba-Mu berdoa pada-Mu,
Maka ku terus berdoa,
Mungkin akan terlepas,
Sekeping dua doaku,
Sampai ke Arasy-Mu.
Kelmarin ku tersedar,
Setelah ku amati tafsir firman-Mu,
Tentang tawakkal pada-Mu,
Maka ku ubah diri,
Ku sedari kesilapanku.
Monday, 8 August 2011
SALAM RAMADHAN
RAMADHAN
Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua.
Dirindui kenangan berpuasa di Volgograd Rusia dahulu kala. Mengubah bilik-bilik di asrama untuk beramai-ramai menunaikan solat tarawih, amat manis diingati.
Setelah sebulan setengah berada di Orthopedik Pediatrik, akhirnya saya dihantar balik ke Orthopedik dewasa. Antara pengalaman menarik adalah mencucuk branulla berulang kali pada kanak-kanak yang tidak berhenti menangis(belum cucuk dah jerit sakit). Kemudiannya setelah dibenarkan pulang, dan jumpa balik di klinik, mereka boleh cam kita dan senyum, sambil tunjuk-tunjuk pada ibu bapa mereka ‘itulah doktor yang cucuk saya hari tu’.
![]() |
| Close manual reduction dan K-wiring untuk Supracondylar humeral fracture. |
Saturday, 9 July 2011
MEMBAWA PERUBAHAN
PERUBAHAN ITU SUKAR
Salah satu keajaiban ciptaan Allah swt adalah ianya berada pada keadaan yang berubah-ubah. Lihatlah perubahan langit, dari malam ke siang. Ianya bagaikan kertas lukisan untuk Allah tarik perhatian manusia setiap hari kepada-Nya. Pergerakan awan dan sinaran matahari berubah begitu tenang dan lancar.
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. (A-li'Imraan 3:190)
![]() |
| Nampak tak? |
Namun jika kita mahu mengubah manusia, ianya sungguh sukar. Kerana manusia berbanding ciptaan lain mempunyai kompleks fikiran, emosi dan ego di dalam dirinya. Walau sebagaimana kita berusaha, kita mungkin berakhir dengan jalan buntu.
Dan bersabarlah dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan. (Al-Nahl 16:127)
JAMPI BERUBAHLAH KAMU
Jika kita melihat sesuatu perbalahan dari pandangan orang ketiga(neutral), kita dapat lihat wujud seperti hijab menghalang manusia nampak akan kesalahan, kekurangan dan kepincangan masing-masing. Mereka hanya nampak kesalahan orang lain, tidak kisah antara suami isteri, kawan-kawan malah di bidang politik. Secara separa sedar, kita melihat yang perlu berubah adalah orang lain dan bukan kita.
Tuesday, 31 May 2011
LARIAN DAN HALANGAN TERAKHIR
Salam,
PENGHUJUNG GARISAN
Akhirnya, sekarang saya sedang berada di 100m terakhir. Dan sedang membuat pecutan terakhir. Itulah perasaannya berada di penempatan terakhir Latihan Siswazah. Dalam masa 4 bulan lagi, saya akan menjadi MO. Kelak saya akan peroleh Sijil Pendaftaran Perubatan Penuh yang akan mengizinkan saya mengamal perubatan tanpa perlu pengawasan lagi.
Itu adalah suatu pencapaian yang besar untuk setiap doktor!
| Nasi Ayam Azzad. Lima bintang. |
| Spaghetti Goreng Ala Azzad. Rasa tidak sesedap rupanya. |
PATAH TULANG
Pandangan pertama saya berada di Wad Ortopedik adalah, lapangnya wad berbanding Wad Perubatan yang sentiasa sesak dan masih ditambah lagi pesakit. Setelah bertanya beberapa rakan lain yang telah tamat kerja di Ortopedik, saya telah pilih Wad 5 sebagai destinasi saya terakhir. Dikatakan kerjasama antara doktor dan jururawat di situ adalah terbaik. Agak benar.
Di setiap wad terdapat lebih kurang 30 orang pesakit, dijaga 3-4 orang HO. Saya ambil masa lebih kurang seminggulah untuk menyesuaikan diri. Saya perlu banyak lagi baca memandangkan tidak ingat sangat ilmu Orthopedik sewaktu belajar dulu.
![]() |
| Belajar buat backslab dengan abang MA. |
![]() |
| Tekun memasang backslab untuk pesakit yang mengalami bimalleolar fracture post screw fix. |
PASUKAN
Di Orthopedik HKL, doktor-doktor pakar dibahagikan mengikut pasukan sub-kepakaran seperti Spine team, Sports team, Tumor team, Peadiatric team, Hand team dan sebagainya. Yang menjadikan wad kelam kabut adalah disebabkan apabila 2-3 team boleh datang buat round serentak. Tetapi setakat ni tiada masalah pun. Doktor-doktor pakar dan MO semuanya profesional.
PEADS ORTHO
Namun ingat langit cerah sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Akhirnya saya telah dibuli untuk dihantar ke wad Orthopedik kanak-kanak. Ada HO di sana yang ingin berkahwin tidak lama lagi, jadi terpaksalah saya dengan berat hati merelakan diri pergi ke sana menggantikannya. Saya pun nak kahwin jugak!
Sedang saya tengah kerja di wad, tiba-tiba dapat panggilan daripada Dr Aizudeen(HUKM) yang akan kahwin tidak lama lagi. “Azzad, aku nak mintak tolonglah.” Saya terus tergelak,”Ahhah aku takleh Din, aku takleh. Hahaha. Aku malu Din.” Saya terpaksa menolak pelawaan sahabat belajar sekali di Volgo dulu untuk menjadi pengapitnya.
| Bachelor party Dr Aizudeen(tengah). Bila berjumpa, banyak cerita keluar. Bersama Dr Khalid, Dr Helmi dan Dr Najmi. |
| Judin kelihatan berat hati meninggalkan Kelab Single and Happy. |
| Semoga berjaya menempuh alam perkahwinan Din. |
Saya perlu berhenti cakap berkenaan berkahwinlah.
PANDANG BELAKANG
“Gelisah tak bermaya. Manipulasi angkara kita. Dan bencana yang melanda. Generasiku menjadi mangsa...." Dunia Bunkface
Saat sedang berlari, sewaktu menghampiri garisan penamat, saya tidak boleh menahan diri daripada menoleh ke belakang. Ada banyak perkara tidak betul berlaku. Saya samada boleh tinggalkannya dan terus berlari, atau buat sesuatu.
Alhamdulillah, satu petisyen yang kami HO telah lakukan, ditandatangani 29 HO telah menunjukkan kesan yang positif. Bermula di dalam suasana yang takut, kami beranikan diri untuk bersuara. Sekalung terima kasih dan tahniah kepada Pengarah HKL, Dato’ Zaininah dan Timbalannya Dr Lailanoor, Dato Jeyaindran Ketua Jabatan Perubatan dan Dr Ngau Pakar Perunding Perubatan atas maklumbalas yang kami tidak sangka.
![]() |
| Terima kasih langit kerana sudi menemani saya selama ini. |
Terima kasih sekali lagi pada Dr Lailanoor atas kesudian mendengar luahan fikiran dan hati saya dengan fikiran yang terbuka. Saya perasan saya mungkin telah menaikkan nada suara apabila dapati semua orang memandang saya setelah keluar dari pejabatnya.
BUKAN KATA AKHIR
Saya kata pada Dr Lailanoor, “It won’t end here.”
Pada mulanya, rasa susah hati bagaimana untuk mengumpulkan individu-individu untuk melakukan sesuatu. Allah swt mungkin ada perancangan-Nya sendiri tanpa kita sedari.
![]() |
| Perjumpaan bersama kali ke-2, dari kiri Dr Kenny, saya, Dr Lailanoor (TP1) dan Dr Ding (TP2). Cuba memenangi sokongan mereka dalam perjuangan kami. |
Apabila berkongsi buah fikiran dengan kenalan-kenalan, kami ramai berkongsi sentimen dan idea yang sama. Apabila diajak untuk memperjuangkannya, dengan ringkas mereka menjawap, “Okay.” Tidak sangka, urusan kita dipermudahkan. Perjuangan diteruskan.
MINYAK
Pada hari terakhir di Wad 5, seorang pesakit yang juga merupakan pengusaha ubatan tradisional telah memberi saya sebotol minyak namanya ‘Minyak Sakti Kuda Putih’ untuk sakit sendi. Kemudiannya dihulurkan pada saya ‘Minyak Syurga Dunia’. Wooowww. Tapi saya tolak yang lagi satu tu dengan baik.
![]() |
| Barang baik. |
“Alah, doktor cubalah. Doktor cubalah,” kata pesakit tersebut. Hendak saja saya jerit, “Saya tak kahwin lagilah pakcik.”
Sunday, 15 May 2011
RAKAN DAN TEMAN SEPERJUANGAN
SANGKA SENTIASA BETUL
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan". Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak." Surah Al-Kahfi, 18:103-105.
Jika saya tersalah langkah, semoga Allah swt menarik saya kembali ke jalan yang lurus.
CUTI
“Lain kali, tunggu habis housemanship baru pergi bercuti.” Dr Rabiha MO ED kata di FB
Cuti penempatan kali ini, saya tiada pergi ke mana-mana memandangkan kemurungan selepas percutian yang saya alami sebelum ini. Selain program motivasi kanak-kanak hari lepas, saya juga telah berusaha menghias bilik saya sendiri. Maka pergilah saya bersama Dr Khalid ke IKEA membeli perabot.
![]() |
| Banyak barang dibeli. |
![]() |
| Dengan Bawang Merah, barang dibeli dapat dibawa pulang dengan mudah. Tempat duduk belakang boleh diturunkan dan bersambung dengan bonet belakang. |
Oh tidak lupa jua, menonton kemenangan Man United ke atas Chelsea. Dan baru sebentar tadi kemenangan EPL ke-19 bagi Man United, secara rasminya kelab terunggul di England. Saya mahu kongsi lawak PM kita berkenaan Liverpool di Hot.fm.
GUNTING RAMBUT
“Nanti kalau nak kahwin, cari isteri yang lawa, bukan yang suka melawa.” Kak Febi
Saya kerap gunting rambut di sebuah saloon di Kampung Baru. Kak Febi pengguntingnya seorang yang suka berfalsafah tentang kehidupan. Menarik mendengar dia bercerita.
Sedang bercerita, saya terkejut dengan caj khidmat rawatan tertentu di saloon tersebut yang para wanita sanggup bayar. Kak Febi kata dia tidak pernah meminta-minta pada suaminya dan menasihatkan saya jangan mencari isteri yang suka melawa kerana mereka selalunya suka meminta-minta.
| Masak mi sup utara untuk kali pertama. Baru rupanya mi hun tu direndam dengan kunyit. Ingatkan ada mi khas. |
| Bila minda sudah bercuti, rajinlah kita untuk memasak setelah lama tidak. |
Dia juga pecahkan rahsia gelagat wanita-wanita dari sebuah negeri di Malaysia ni. Pada pengalamannya bekerja dengan pelanggan, dia dapati mereka kebanyakannya tidak segan silu bercerita tentang bilangan teman lelaki mereka dan cinta mereka pada harta.
Kata Kak Febi, “Bila anak akak dah tamat sekolah, akak nak kahwinkan dengan adik(saya).” Saya hanya mampu bergelak sahaja.
BELAJAR DARIPADA PENGALAMAN
“Looking back, actually I enjoyed my work, doing what I do. But I let them get to me.” Mr Raja Badrul, pakar bedah kolo-rektal. Pernah berhenti jadi doktor dan berniaga selama 2 tahun.
Selain ilmu perubatan yang saya telah pelajari sewaktu penempatan di Jabatan Perubatan Am, di sebalik kesibukan bekerja, ada perkara lain yang saya dapati. Bagaimana teruk dan biadap orang sekeliling kita melayan kita, jangan kita biarkan ianya pengaruhi kita, malah layanan kita terhadap orang itu balik. Ini bukanlah satu perkara yang senang. Saya rasa itulah yang cuba dikatakan oleh Mr Bad.
| Majalah maskulin edisi Mei. |
Ada ketikanya kita rasa sesuatu kerja itu adalah mustahil untuk dilaksanakan dan disiapkan. Tetapi apabila kita laluinya dan lepasinya, apabila dilihat balik, ianya boleh dilakukan. Yang menjadikannya mustahil sebelumnya adalah minda kita.
SENGSARA HIDUP
Hidup ini sudah cukup sengsara. Jika kita ingin berjuang, maka ianya akan lebih sengsara.
Bila orang buang sampah ke longkang, saya tegur. Bila kanak-kanak bermain di masjid, saya kadang-kadang tegur. Bila remaja bersama geng-gengnya merokok, saya rasa tiada kekuatan untuk menegur.
“Di manakah belia lelaki yang berkualiti??!!!” kata seorang perbicara wanita di sebuah rancangan Astro Awani dengan lantang.
![]() |
| Hidup tidak lagi sengsara setelah memiliki iPad2. Seronoknya buang masa beratur. |
Jika jadi insyaAllah saya akan kongsikan.
TEMAN HIDUP
Saya juga selalu mendoakan supaya mendapat isteri yang solehah sebagai teman setia dan sebagai sumber ketenangan dalam perjuangan hidup.
Sewaktu saya mahu masuk ke saloon Kak Febi, ada 2 wanita bersolek di dalam. Saya pun tunggu di luar dan kemudian ke sofa menunggu. Setelah mereka pergi, saya bertanya, “Diorang tu berhias nak pergi mana?” “Pergi balik pejabatlah,” jawap Kak Febi ringkas. Saya kata, “Tapi sekarang dah nak pukul 5, dah nak balik kerja dah! Takkan bersolek lagi” Kak Febi cuba tenangkan saya, “Biasalah orang perempuan.”


| Konsep rekaan saya adalah lapang, ringkas dan selesa. |
“Lagipun untuk suamilah,” tiba-tiba tambah Kak Febi. Dia jelaskan mereka pelanggan tetap di situ. Kedua-duanya sudah berkahwin. Ada yang sudah beranak. “Bertuahnya,” kata saya dalam hati.
Bilalah ada orang nak datang meminang saya ni? MUAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAAAAA.
![]() |
| Puntung rokok. Kesian Bawang Merah diperlakukan sedemikian rupa. |
Wednesday, 11 May 2011
ANAK MUDA BANGKITLAH!
Salam,
Alhamdulillah, saya telah berjaya tamat penempatan di Jabatan Perubatan Am baru-baru ini. Sewaktu seminggu cuti ini, saya telah ambil kesempatan untuk mengadakan siri ke-3 program Di Bawah Langit, Di Atas Bumi.
Kami(saya dan para kaunselor) berasa puas hati pada penghujung program kerana mendapat sambutan yang hebat di kalangan kanak-kanak. Belum pun kami sempat mengajak, mereka sudah mula berkerumun di sekeliling kami. Juga kerana program kami semakin hari semakin bertambah baik dan kami dapat rasakan ianya memberi kesan kepada peserta-peserta.
OBJEKTIF : Menanam perasaan cinta terhadap membaca dan ilmu.
MESEJ : Orang berilmu adalah orang yang hebat!
PROSEDUR :
- 10 peserta diajak menyertai permainan mencari harta karun.
- 10 peserta dibahagi kepada 2 kumpulan iaitu katak dan kuda.
- Setiap kumpulan akan diberikan kertas yang mengandungi bayangan tempat harta karun. Keseluruhan 5 harta karun perlu dijumpai oleh setiap kumpulan.
- Setiap harta karun terdiri daripada petunjuk harta karun seterusnya, gula-gula dan segulung kertas yang mengandungi ilmu baru.
- Setelah semua harta karun dijumpai, peserta dikumpulkan pada suatu tempat.
- Setiap peserta membuka gulungan kertas masing-masing yang mengandungi pelbagai ilmu baru. Yakni ilmu seperti apa itu awan dan bagaimana hujan turun, apa itu matahari dan dimana ia terbit dan terbenam, kenapa daun hijau dan apa fungsi daun; dan sebagainya.
- Fasilitator akan bertanya soalan-soalan berkenaan kepada semua.
- Peserta yang memiliki gulungan kertas berkenaan digalakkan untuk bangun dan menceritakan ilmu yang mereka miliki daripada kertas berkenaan.
- Pujian diberikan kepada peserta kerana mengetahui tentang persoalan yang diberi.
| Anak-anak berebut untuk sertai. Tempat terhad!! |
| Pening kepala hendak mengawal mereka. |
| Para fasilitator berkumpul untuk diingatkan kembali tujuan program ini dilaksanakan. |
| Menumpukan perhatian. |
| Cik Arni menjelaskan peraturan permainan pencarian harta karun. |
| Membaca kata bayangan pertama. |
| Para peserta bertaburan di persekitaran taman mencari di mana harata karun disorok. |
| Hakim(baju saya sayang mak saya) adalah peserta paling nakal. |
| Kumpulan kuda bersantai atas tikar setelah menjadi kumpulan pertama yang menjuumpai kelima-lima harta karun. |
| Sesi membuka harta karun. |
| Sesi perbincangan di mana para peserta ditanya soalan. Semuanya bersemangat menjawap berdasarkan ilmu yang terdapat di dalam harta karun mereka. |
PERBINCANGAN : Peserta diajak mengingat balik keseronokan mereka mencari ilmu(harta karun) dan dikaitkan dengan membaca buku. Peserta dipuji akan kehebatan mereka menjawap soalan yang diajukan walhal peserta lain tidak tahupun jawapannya. Ini disebabkan peserta tersebut telah memperoleh ilmu daripada membaca. Orang berilmu adalah orang yang hebat.
Diharap program kami memberi inspirasi untuk anda menyumbang sesuatu kepada masyarakat di luar bidang kerja atau pengajian anda.
Terima kasih atas sokongan pembaca semua. Jika anda rasa blog ini berfaedah bagi rakan-rakan anda yang lain, jemputlah mereka baca sekali.
Saturday, 30 April 2011
PERHATIAN KEPADA PESAKIT
Salam,
SAKIT HATI
Dalam jangkamasa setahun setengah housemanship, sudah 4 kali saya telah kehilangan kasut. Dan 3 kali ianya berlaku di masjid. Membuatkan saya rasa jelik dengan sikap manusia. Tidak takut mencuri di rumah ibadat.
![]() |
| Anggaplah beli kasut baru sebagai hadiah lulus periksa medikal. |
MANUSIA DAN BUMI
Saya ada ingat kata-kata Dr Rogov ketika belajar biologi tahun pertama dulu. Ada satu perkara sebenarnya yang mengganggu ekosistem bumi. Ianya adalah bidang perubatan.
Perubatan adalah pemusnah ekosistem, dimana 'membantu' manusia untuk hidup lebih lama daripada sepatutnya. Manusia yang hidup pasif, makan tidak terkawal, merokok dan mengamal segala tabiat negatif yang lain, ‘dibenarkan’ terus hidup. Akhirnya membawa kepada penambahan populasi, meningkatkan permintaan makanan, pembukaan penempatan baru dan berbagai masalah lain yang tiada penghujungnya.
![]() |
| Menjaga CCU(Coronary Care Unit) selama seminggu. Semua pesakit Myocardial Infarction dihantar ke sini. |
Ini berbeza berbanding haiwan yang akan ‘dicantas’melalui pilihan semulajadi(natural selection). Tiada belas kasihan. Ini satu sudut pandangan lain dalam melihat kesan perubatan moden terhadap manusia.
PESAKIT DAN DOKTOR
Semasa belajar biologi juga, kami diajar tentang evolusi hubungan doktor dan pesakit. Ada satu ketika pengamal perubatan dulu kala dianggap sebagai mempunyai kuasa ajaib malah ada yang dianggap sebagai Tuhan. Kemudiannya mereka dikaitkan dengan sihir dan dunia mistik.
Sewaktu bermulanya era sains, merawat pesakit dilihat sebagai suatu eksperimen bagi ahli sains. Kini doktor dianggap sebagai satu kerjaya yang mulia dan dipandang tinggi, membantu meringankan kesengsaraan pesakit. Namun di dunia moden sekarang, hubungan doktor-pesakit telah berubah menjadi satu perkhidmatan, melibatkan transaksi antara wang dan khidmat.
![]() |
| Subuh di Hospital Kuala Lumpur. |
Di hospital kerajaan di Malaysia, kita tersangkut di tengah-tengah antara hubungan menolong dan hubungan menjual perkhidmatan. Doktor sepatutnya sentiasa bersedia, ikhlas menolong, baik hati, sabar manakala sebaliknya pesakit pula meminta-minta, mengadu-ngadu dan menyaman-nyaman. Tetapi tidaklah semuanya begitu.
DUIT DAN KESIHATAN
Secara terus terang saya kata, struktur subsidi kerajaan dalam sistem kesihatan perlu diubah. Caj bayaran RM1 dan RM5 perlu diberhentikan. Kerana ianya melahirkan sebahagian masyarakat yang bersikap acuh tak acuh terhadap kesihatan diri mereka.
Dunia perubatan telah berubah kepada falsafah pencegahan penyakit sebelum berlaku komplikasi(preventive medicine). Namun sebahagian masyarakat tidak menghargai malah tidak mengambil berat tentang kesihatan diri akibat mudahnya mendapat khidmat perubatan dan ubat di hospital kerajaan.
![]() |
| Membantu seorang pharmacist menukar tayarnya - tanpa bayaran. |
Sebaiknya subsidi kesihatan harus disalurkan pada golongan yang benar-benar memerlukan iaitu golongan yang miskin(bukan semua). Struktur subsidi yang efisyen akan membolehkan sebahagian besar bajet dibelanjakan untuk menaikkan taraf kemudahan dan kelengkapan hospital(terutamanya HKL). Ianya juga akan melahirkan masyarakat yang mengamalkan budaya hidup sihat dan peka tentang penyakit mereka.
PESAKIT DAN MENTAL
| Masih ingatkan Vietnam. |
Saya berpendapat, bidang perubatan perlu melihat masalah mental sebagai antara cabang utama dalam membentuk kesihatan masyarakat. Urbanisasi dan gaya hidup moden membawa faktor baru dalam kehidupan seharian kita seperti tekanan kerja yang tinggi, jangkaan melampau sosial(social expectation) dan sebagainya.
Sekelompok manusia yang kerap doktor perlu hadapi kini adalah golongan pencari perhatian(attention-seekers). Kebanyakan mereka terdiri daripada wanita, mereka yang tidak berkahwin, mereka yang tidak mendapat perhatian daripada hubungan mereka. Manusia secara lumrahnya perlukan perhatian. Daripada memperbesar-besarkan tanda-tanda sakit, menipu-nipu, membuat kecoh dan ada yang sehingga mengugut doktor jika tidak memberikan ubat atau sesuatu mengikut kehendaknya.
DOKTOR SENGSARA
Ada satu kes yang kami suspek pesakit menunjukkan Munchausen Syndrome. Setelah keluar masuk hospital di Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru; dan tidak dilayan seperti dikehendaki, akhirnya beliau ‘mendarat’di Hospital Kuala Lumpur. Hampir 2 minggu jururawat dan doktor ‘sengsara’ menjaganya. Dijerit-jerit, dimaki hamun(doktor pakar perunding juga tidak terkecuali), ditarik nametag, menekan loceng panggilan setiap 15 minit, mengugut pecahkan cermin, membuat laporan polis terhadap jururawat dan doktor kerana layanan yang tidak bagus dan bermacam lagi. Kami berada di dalam keadaan serba salah dengan tanggungjawab moral dan ugutan saman.
| Tanda-tanda awal pencari perhatian. Senyum berlebihan. |
Akhirnya setelah bekerjasama dengan pihak hospital di JB, kami mendapati tiada bukti yang menunjukkan pesakit mempunyai endometriosis stage 4 menyebabkan sakit perut seperti didakwanya. Setelah pakar perunding berhadapan dengan pesakit berkenaan fakta tersebut, beliau membuat keputusan untuk keluar hospital.
SAYA DAN PERUBATAN
Melihatkan hubungan pesakit dan doktor kini, pembaca perlu berfikir 2 kali sebelum membuat keputusan menjadi doktor. Pesakit metropolitan Kuala Lumpur ni sebahagian besarnya seperti bukan pesakit sebaliknya penyakit.
Disebabkan itu, saya pertimbangkan setelah tamat housemanship, untuk berpindah dan bekerja di Sabah dan Sarawak, kerana saya dengar cerita, orang disana baik belaka. Tidak seperti di Semenanjung. Orang juga kata wanita-wanita di sana cantik dan lemah lembut. Doktor-doktor yang bekerja di pedalaman sesetengahnya dianggap seperti bomoh oleh orang tempatan. Betul ke??
| Adakah Sabah seperti Vietnam? |
Sewaktu saya bekerja atas panggilan, seorang makcik Cina tua dimasukkan ke wad pada pukul 3 pagi disebabkan Community-acquired Pneumonia. Saya yang tidak cukup tidur dengan badan berpeluh bertanya, “Makcik dah susah nafas berapa hari?” “Sudah tiga hari.” Darah menyirap satu badan, kenapalah pagi buta ni makcik baru nak datang hospital . Tiba-tiba, sambil pandang saya dengan wajah sugul, terpacul dari mulut makcik, “Doktor............. anak saya kata..........lebih baik saya mati.................. .”
![]() |
| Berlegar-legar di koridor hospital pada pukul 3 pagi. Sunyi saja. |
Hhmmmm. Mendengar kata-kata tersebut terus sejuk hati saya, tidak jadi hendak marah. Pada malam tersebut saya pastikan saya layan dan beri perhatian kepada makcik tersebut sebaik mungkin.
Terima kasih atas sokongan pembaca semua. Jika anda rasa blog ini berfaedah bagi rakan-rakan anda yang lain, jemputlah mereka baca sekali.
Friday, 25 March 2011
SESUATU YANG BARU
"...Tolong ingatkan aku kisah ku tersedar, dengan saku penyeluk masa...hoouuoo...."
Tolong Ingatkan Aku - Anna RaffaliSemoga Allah swt tidakkan jemu mengangkat saya bangun semula.
| Program ke-2 Di Bawah Langit, Di Atas Bumi. Cuba mengajar 'Untuk berjaya pasti ada halangan'. Rasanya kali ini lebih teratur. |
TIDAK MUDAH
Masyarakat mempunyai persepsi yang salah terhadap doktor. Hidup senang. Begitu juga dengan bakal-bakal doktor. Termasuklah saya suatu ketika dulu.
Beban kerja yang berat – selalu kita dengar tetapi berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Di medikal, hampir setiap minggu bekerja Sabtu dan Ahad. Tiada hari cuti ganti.
Namun setelah beberapa lama, mungkin kita dapat sesuaikan diri. Namun sampai bila? Ini bukanlah sesuatu yang saya ingin lakukan untuk bertahun-tahun.
Dialog - Semasa memasukkan branulla, cuba mengalihkan perhatian atuk Cina daripada sakit. "Dulu pakcik kerja apa?" "Berniaga." "Wooow saya pun nak berniaga gak," saya teruja. "Kamu senang kerja doktor," kata pakcik. "Manader senang pakcik," kata saya dengan nada sedih. "Sekarang susah, nanti lepas 2-3 tahun kamu senanglah." Hmmmm.
TEMAN BARU
Apabila menghadapi kesusahan dan kebosanan hidup, mempunyai perkara baru dalam hidup adalah bagus. Kerana ianya mengizinkan minda anda ‘lari’dari masalah untuk seketika. Ruang untuk berehat sebelum terus dengan kehidupan. Manusia perlukannya.
Saya telah pindah dan duduk di Bandar Baru Sentul. Di saat hilang semangat bekerja, saya ingat Allah swt dan juga fikir bagaimana mahu menghias bilik kosong saya. Perabot apa dan bagaimana yang mahu dibeli. Patutlah orang perempuan suka membeli-belah. Mereka ‘lari’daripada masalah.
Dialog - Sebelum discharge seorang pesakit lelaki muda India(telah telan pil tidur setelah gaduh dengan teman wanita), saya nasihatkan supaya jangan buat lagi. Kawannya menyampuk, "Ini cintaaa bang, cinta." Saya tersentak dengan jawapannya. Sambil mengangguk, "Saya tiada girlfriend jadi saya tidak faham." "Huahauaha," mereka gelak. Nakal budak-budak zaman sekarang.
Saya juga telah menjumpai teman hidup. Seseorang yang memberi keselesaan dan ketenangan apabila bersama. Apabila melepas geram, dia ikut saja kata saya.
TINGGAL DAN PERGI
Saya telah mendengar berita seorang kenalan perempuan telah berhenti bekerja. Berhenti menjadi doktor. Saya juga telah mendapat panggilan menyampaikan pesanan daripada Pengarah HKL supaya memujuk dia kerja balik. Fuuiiiyooo! Mungkin pengarah tidak tahu, saya pun terasa hendak berhenti kerja kadang-kadang tu.
Kenalan saya tu setakat yang saya kenal, lemah lembut perwatakan dan kata-katanya. Tidak ‘masuk’ dengan bidang kedoktoran di Malaysia. Saya pernah katakan dulu doktor perempuan akan menjadi lebih maskulin setelah lama bekerja. Ini terbalik dengan persepsi umum bahawa doktor pastinya seorang yang penyayang.
SIMPANG HIDUP
Beliau mungkin membaca blog saya. Maka kata saya begini. Ia bergantung pada apa yang kita mahu dalam hidup kita. Setelah kita pasti apa yang kita mahu, teguhlah dengan pendirian kita tanpa pedulikan persepsi sekeliling. Kejayaan di dunia ini datang dalam pelbagai bentuk.
Namun jika kita tersilap langkah, jangan pula takut untuk berubah. Sekali lagi jangan pedulikan persepsi sekeliling. Manusia dicipta berbeza-beza kendirinya. Ia bukan tandanya kita lemah. Ambillah masa anda.
Dialog - Seorang rakan HO telah tamat penempatan di Jabatan Perubatan Am. Beliau telah dilanjutkan tempoh penempatan(extended) selama 3 bulan sebelum ini. Memandangkan beliau telah berjaya harungi 7 bulan di Jabatan Perubatan Am, saya kata pada beliau pada hari terakhirnya, "Berikan aku nasihat." Kata beliau, "Bayangkan keadaan pesakit. Adalah lebih baik kita menjadi doktor yang sibuk berbanding pesakit yang sakit." Ada jururawat yang menangis atas pemergian beliau.
KATA AKHIR
Kata kawan, “Kau cubalah telefon pujuk dia tu.” “Karang aku pujuk, lain pulak jadinya,” kata saya. “Haaah baguslah camtu.”
![]() |
| Kenangan - kancil nyaris di hempas kaca tingkap. |
| Kenangan - kancil rosak di PLUS dalam perjalanan ke kenduri kahwin kawan. |
![]() |
| Kancil - jasamu dikenang. |
Terima kasih atas sokongan pembaca semua. Jika anda rasa blog ini berfaedah bagi rakan-rakan anda yang lain, jemputlah mereka baca sekali.
Subscribe to:
Posts (Atom)





























