Sunday, 23 October 2011

TEGUR MENEGUR


HULK

Bila sebut tentang hak asasi manusia, ianya mengingatkan kita tentang pemansuhan sistem hamba dan kesamarataan hak antara wanita dan lelaki. Mungkin dogma hak asasi manusia ini bermula di situ. Kemudiannya ianya berkembang menjadi hak bersuara, hak mengundi, hak terhadap pendidikan dan kesihatan, hak rakyat, hak kaum minoriti dan sebagainya.
“Ikut(hak) sayalah saya nak buat apa. Nafsu saya!” kata seorang lelaki ditangkap berkhalwat pada peserta Imam Muda yang memberi nasihat.
Kemudian, perjuangan hak asasi  berubah wajah. Diperjuangkan hak untuk berzina, hak untuk melacur, hak untuk menggugurkan kandungan tanpa sebab kukuh, hak homoseksual, hak untuk mengamal euthanasia dan sebagainya. Akhirnya menjadi hak manusia untuk melakukan apa sahaja yang dia mahukan, asalkan ianya tidak mencabul hak orang lain(walaupun akhirnya ianya berlaku).

Banyak kes kematian mengejut. Apabila dibedah siasat kebanyakannya mati akibat serangan jantung.
Kematian boleh berlaku bila-bila masa.

Di sinilah Islam berbeza, di mana bukan sahaja perihal diri sendiri, malah orang lain juga diambil berat dengan batasan yang tertentu. Kita ingin juga orang di sekeliling kita berjaya.

TEGURLAH

Kerana gahnya hulk(hak) mereka, kita menjadi rasa bersalah, malu dan takut untuk menegur(dengan sabar dan berhikmah). Dan apabila melihat remaja-remaja lelaki dan perempuan beramai-ramai berlepak di tempat gelap lewat malam, hati putus asa melihat betapa ramai mereka. Apabila menyaksikan seorang budak sekolah membuang plastik aiskrim di depan mata, mulut sudah buka, tetapi suara tidak juga mahu keluar. Aduhai diri ini.

Di persimpangan jalan dalam hidup, tanpa panduan papan tanda dan lampu
isyarat, bagaimana kita dan rakan-rakan boleh memandu pada jalan yang betul?
Saya percaya kemelut sosial manusia kini berlaku disebabkan ketandusan budaya tegur menegur secara baik. Terbaik di peringkat awal lagi sebelum melarat.

NORMA

Tertanya kita bagaimana masyarakat kita orang Melayu yang dulunya sopan santun, ayu anggun, kini berbudayakan pakaian seksi, berkelakuan sumbang, mengambil arak dan dadah, curang, menyimbah asid/petrol dan berzina? Budaya yang mengatakan kita kuno atau jumud jika menegur.

Ianya semua bermula dengan benda/kesalahan yang kecil. Apabila benda kecil tidak tegur ianya menjadi kebiasaan. Apabila kebiasaan tidak ditegur menjadi budaya. Apabila budaya tidak ditegur ianya menjadi norma.
Norma masyarakat untuk menghadiahkan bunga untuk kekasih.
NORMAH

Tiada manusia hidup tanpa dosa. Selain ikhlas hati, ada satu perkara yang perlu ada sebelum kita menegur.
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. (As-Saff 61:2-3)
Adalah suatu kelebihan jika kita berilmu. Walaupun jika ada yang tidak setuju dengan teguran Prof Abdul Aziz Bari dari UIA, tetapi melihat latarbelakang akademiknya sebagai seorang pakar undang-undang yang telah menulis beberapa buku tentang perlembagaan, kita perlu hormatinya. Bukan menghukumnya.

Jangan segan untuk mengeluar duit untuk menuntut ilmu.
Menghadiri kursus dermatologi supaya lebih berpengetahuan dalam merawat
dan menasihat pesakit. Barulah pesakit percaya.  
Sampel produk terkini untuk atopic dermatitis dan acne vulgaris.
Sebaliknya juga jika kita kurang berilmu, tetapi cuba menegur dalam sesuatu bidang yang kita kurang pengetahuan mengenainya. Seperti Mat Sabu yang cuba menaikkan Mat Indera, seorang pejuang komunis, sebagai pejuang merdeka, atas sebab mereka berkongsi nama Mat yang sama(gurau bang). Ianya akan mengundang lekeh pada diri sendiri. Ini tidak membantu.

PUSAT PROPAGANDA

Selain berterusan dalam menegur dengan cara yang baik(termasuk sabar menerima herdik orang yang ditegur), untuk membina budaya yang mulia, kita perlu memberi dan menerima nasihat yang berterusan juga.


Dengan adanya stesyen TV AlHijrah dan radio IKIM.fm yang banyak berusaha menyediakan program nasihat berkualiti dan bersesuaian dengan selera terkini, insyaAllah umat Islam di Malaysia akan berubah menjadi lebih baik.

Adakah cahaya akan menjelma tidak lama lagi? Adakah sempat kita merasainya?
Anda bagaimana? Masih menunggu pilihanraya?

Terima kasih atas sokongan pembaca semua. Jika anda rasa blog ini berfaedah bagi rakan-rakan anda yang lain, jemputlah mereka baca sekali.

4 comments:

  1. Quoting:"Sebaliknya juga jika kita kurang berilmu, tetapi cuba menegur dalam sesuatu bidang yang kita kurang pengetahuan mengenainya. Seperti Mat Sabu yang cuba menaikkan Mat Indera, seorang pejuang komunis, sebagai pejuang merdeka, atas sebab mereka berkongsi nama Mat yang sama(gurau bang). Ianya akan mengundang lekeh pada diri sendiri. Ini tidak membantu"

    Sekadar muhasabah diri*sy dan semua pembaca*:"Kita bukan yang ahli di dalam politik,dan kurang ilmu dalam memahaminya,tetapi kita cuba menegur dlm ssuatu bidang yang kita kurang pengetahuan mengenainya.Akan mengundang lekeh pada diri sendiri.Ini jua tidak membantu"

    ReplyDelete
  2. hak dlm menegur..
    mel0pong tanpa bsuara,
    sipalah kita,siapalah dia,
    yg kini dibeza2kan..
    nk ditegur salah,
    xtegur pon salah..
    isunya..hak masing2,kubur masing2,
    bangganya manusia ini dgn hak yg ada..
    tnpa ramai yg tahu..
    apa itu tuntutan berdakwah..
    walaupon dia si pelaku maksiat,mahupun mualaf cuma..

    ReplyDelete
  3. "the dead teach the living"

    Quote yang mendalam

    Marco Simoncelli juga mengajarku sesuatu.

    Syukran for the post

    ReplyDelete

Sila beri komen yang berfaedah untuk penulis dan pembaca lain. Jadilah pengguna internet yang bertanggungjawab.