Saturday, 30 April 2011

PERHATIAN KEPADA PESAKIT

Salam,

SAKIT HATI

Dalam jangkamasa setahun setengah housemanship, sudah 4 kali saya telah kehilangan kasut. Dan 3 kali ianya berlaku di masjid. Membuatkan saya rasa jelik dengan sikap manusia. Tidak takut mencuri di rumah ibadat.

Anggaplah beli kasut baru sebagai hadiah lulus periksa medikal.


MANUSIA DAN BUMI

Saya ada ingat kata-kata Dr Rogov ketika belajar biologi tahun pertama dulu. Ada satu perkara sebenarnya yang mengganggu ekosistem bumi. Ianya adalah bidang perubatan.

Perubatan adalah pemusnah ekosistem, dimana 'membantu' manusia untuk hidup lebih lama daripada sepatutnya. Manusia yang hidup pasif, makan tidak terkawal, merokok dan mengamal segala tabiat negatif yang lain, ‘dibenarkan’ terus hidup. Akhirnya membawa kepada penambahan populasi, meningkatkan permintaan makanan, pembukaan penempatan baru dan berbagai masalah lain yang tiada penghujungnya.

Menjaga CCU(Coronary Care Unit) selama seminggu. Semua pesakit Myocardial
Infarction
dihantar ke sini.

Ini berbeza berbanding haiwan yang akan ‘dicantas’melalui pilihan semulajadi(natural selection).  Tiada belas kasihan. Ini satu sudut pandangan lain dalam melihat kesan perubatan moden terhadap manusia.

PESAKIT DAN DOKTOR

Semasa belajar biologi juga, kami diajar tentang evolusi hubungan doktor dan pesakit. Ada satu ketika pengamal perubatan dulu kala dianggap sebagai mempunyai kuasa ajaib malah ada yang dianggap sebagai Tuhan. Kemudiannya mereka dikaitkan dengan sihir dan dunia mistik.

Sewaktu bermulanya era sains, merawat pesakit dilihat sebagai suatu eksperimen bagi ahli sains. Kini doktor dianggap sebagai satu kerjaya yang mulia dan dipandang tinggi, membantu meringankan kesengsaraan pesakit. Namun di dunia moden sekarang, hubungan doktor-pesakit  telah berubah menjadi satu perkhidmatan, melibatkan transaksi antara wang dan khidmat.

Subuh di Hospital Kuala Lumpur.

Di hospital kerajaan di Malaysia, kita tersangkut di tengah-tengah antara hubungan menolong dan hubungan menjual perkhidmatan. Doktor sepatutnya sentiasa bersedia, ikhlas menolong, baik hati, sabar manakala sebaliknya pesakit pula meminta-minta, mengadu-ngadu dan menyaman-nyaman. Tetapi tidaklah semuanya begitu.

DUIT DAN KESIHATAN

Secara terus terang saya kata, struktur subsidi kerajaan dalam sistem kesihatan perlu diubah. Caj bayaran RM1 dan RM5 perlu diberhentikan.  Kerana ianya melahirkan sebahagian masyarakat yang bersikap acuh tak acuh terhadap kesihatan diri mereka.

Dunia perubatan telah berubah kepada falsafah pencegahan penyakit sebelum berlaku komplikasi(preventive medicine). Namun sebahagian masyarakat tidak menghargai malah tidak mengambil berat tentang kesihatan diri akibat mudahnya mendapat khidmat perubatan dan ubat di hospital kerajaan.

Membantu seorang pharmacist menukar tayarnya - tanpa bayaran.

Sebaiknya subsidi kesihatan harus disalurkan pada golongan yang benar-benar memerlukan iaitu golongan yang miskin(bukan semua). Struktur subsidi yang efisyen akan membolehkan sebahagian besar bajet dibelanjakan untuk menaikkan taraf kemudahan dan kelengkapan hospital(terutamanya HKL). Ianya juga akan melahirkan masyarakat yang mengamalkan budaya hidup sihat dan peka tentang penyakit mereka.

PESAKIT DAN MENTAL

Masih ingatkan Vietnam.
Saya berpendapat, bidang perubatan perlu melihat masalah mental sebagai antara cabang utama dalam membentuk kesihatan masyarakat. Urbanisasi dan gaya hidup moden membawa faktor baru dalam kehidupan seharian kita seperti tekanan kerja yang tinggi, jangkaan melampau sosial(social expectation) dan sebagainya.

Sekelompok manusia yang kerap doktor perlu hadapi kini adalah golongan pencari perhatian(attention-seekers). Kebanyakan mereka terdiri daripada wanita, mereka yang tidak berkahwin, mereka yang tidak mendapat perhatian daripada hubungan mereka. Manusia secara lumrahnya perlukan perhatian. Daripada memperbesar-besarkan tanda-tanda sakit, menipu-nipu, membuat kecoh dan ada yang sehingga mengugut doktor jika tidak memberikan ubat atau sesuatu mengikut kehendaknya.

DOKTOR SENGSARA

Ada satu kes yang kami suspek pesakit menunjukkan Munchausen Syndrome. Setelah keluar masuk hospital di Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru; dan tidak dilayan seperti dikehendaki, akhirnya beliau ‘mendarat’di Hospital Kuala Lumpur. Hampir 2 minggu jururawat dan doktor ‘sengsara’ menjaganya. Dijerit-jerit, dimaki hamun(doktor pakar perunding juga tidak terkecuali), ditarik nametag, menekan loceng panggilan setiap 15 minit, mengugut pecahkan cermin, membuat laporan polis terhadap jururawat dan doktor kerana layanan yang tidak bagus dan bermacam lagi. Kami berada di dalam keadaan serba salah dengan tanggungjawab moral dan ugutan saman.
Tanda-tanda awal pencari perhatian. Senyum berlebihan.

Akhirnya setelah bekerjasama dengan pihak hospital di JB, kami mendapati tiada bukti yang menunjukkan pesakit mempunyai endometriosis stage 4 menyebabkan sakit perut seperti didakwanya. Setelah pakar perunding berhadapan dengan pesakit berkenaan fakta tersebut, beliau membuat keputusan untuk keluar hospital.

SAYA DAN PERUBATAN

Melihatkan hubungan pesakit dan doktor kini, pembaca perlu berfikir 2 kali sebelum membuat keputusan menjadi doktor. Pesakit metropolitan Kuala Lumpur ni sebahagian besarnya seperti bukan pesakit sebaliknya penyakit.

Disebabkan itu, saya pertimbangkan setelah tamat housemanship, untuk berpindah dan bekerja di Sabah dan Sarawak, kerana saya dengar cerita, orang disana baik belaka. Tidak seperti di Semenanjung.  Orang juga kata wanita-wanita di sana cantik dan lemah lembut. Doktor-doktor yang bekerja di pedalaman sesetengahnya dianggap seperti bomoh oleh orang tempatan. Betul ke??
Adakah Sabah seperti Vietnam?
Sewaktu saya bekerja atas panggilan, seorang makcik Cina tua dimasukkan ke wad pada pukul 3 pagi disebabkan Community-acquired Pneumonia. Saya yang tidak cukup tidur dengan badan berpeluh bertanya, “Makcik dah susah nafas berapa hari?” “Sudah tiga hari.” Darah menyirap satu badan, kenapalah pagi buta ni makcik baru nak datang hospital . Tiba-tiba, sambil pandang saya dengan wajah sugul, terpacul dari mulut makcik, “Doktor............. anak saya kata..........lebih baik saya mati.................. .”
Berlegar-legar di koridor hospital pada pukul 3 pagi.
Sunyi saja.

Hhmmmm. Mendengar kata-kata tersebut terus sejuk hati saya, tidak jadi hendak marah. Pada malam tersebut saya pastikan saya layan dan beri perhatian kepada makcik tersebut sebaik mungkin.


Terima kasih atas sokongan pembaca semua. Jika anda rasa blog ini berfaedah bagi rakan-rakan anda yang lain, jemputlah mereka baca sekali.

27 comments:

  1. dr tolong pharmacist tukar tayar ke tolong tengok??=>

    ReplyDelete
  2. mcm dah putus asa je jadi doktor ni.. hmmm.. kuat kan semangat doktor.. ! dalam dunia ni, ade 2 benda yang kite kene kuat.. iaitu :-

    1) SYUKUR
    2) SABAR

    BerSYUKUR lebih besar daripada berSABAR.. sbb, tanpa rasa bersyukur kita sume tak kan bole bersabar..

    ALLAH Maha Mengetahui segalanya.. renung-renungkan dan selamat beramal..

    from : nurse to be.. (:

    ReplyDelete
  3. Bomoh,dukun or whatever pun title yg mrk bagi but in one word, the doctors are like saviour to them. Doktor skrg pun ramai elak btugas di pedlmn (ye ke ?) :))

    p/s:sabah mcm vietnam ? ntahlah, never been there meh la dtg sbh :))

    ReplyDelete
  4. Orang juga kata wanita-wanita di sana cantik dan lemah lembut. Doktor-doktor yang bekerja di pedalaman sesetengahnya dianggap seperti bomoh oleh orang tempatan. Betul ke??

    tang wanita..itu mungkin a bit memuji but suka. @_@.

    doctor as a bomoh. i dont think. myb lat yg betul2 pndalaman myb itu dorg fikir.but as long as u r a doc anda tetap akan dipanggil doc sebab bomoh dan doc adalah 2 perkara yg berbeza.

    ReplyDelete
  5. salam. Dr., tu la realiti kehidupan sekarang. SEGELINTIR MANUSIA MEMANG TAK TAHU BERSYUKUR. semuanya demand. nak tuu, nak ni.. tp, bila da bagi, bukan tau nak appreciate. lagi mintak bukan2 ada la. bagi betis, nak peha. di bidang pekerjaan saya pon sama.kita bagi services terbaik. tp, dalam borang kepuasan pelanggan, komen yang tak patot2. kekadang, jadi berbelah bagi. nak layan2 elok2 nanti, dipijak kepala. kalu tak dilayan elok2, sah2 la komen sana sini, masuk newspaper la.memang kena banyak bersabar. btw, dr. teruskan komitmen dr. untuk berbakti pada masyarakat. ::UBIKENTANGSEDAP:: =)

    ReplyDelete
  6. Hi, Dr. Memang betul wanita disini cantik2 belaka. Sabah mahupun Sarawak. It looks like many of the doctors release their tension through their blog but the government never take any action. How can this be? I am going to further my study in medicine and I am learning and keep on reading every doctors blog including yours. Interesting! Why never the doctor take any action and ask to solve the problems that you guys had before? Mereka tidak peduli is it? Is it fun to be a medical doctor? :)

    ReplyDelete
  7. frog princess: saya pernah bertanya pada seorang houseman yang posting di Hospital Queen Elizabeth,(masa tu,sebelum dia berhenti jd houseman) "seronok tak jadi doktor?"
    Dia menjawab begini.."seronok?? hahaha! rasa macam nak berhenti je.Jadi guard sekolah lagi best~" beberapa bulan selepas itu,dia betul2 berhenti.saya rasa,dia adalah salah seorang doktor yg 'terkorban' di tgh jalan.tahniah kerana anda berjaya melaluinya..sabah ke,sarawak ke,vietnam ke...sama je.you are the rescuer~

    ReplyDelete
  8. As salam, Dr. Azzad, memang kerjaya doktor kerjaya mulia dan amat memenatkan. Bak kata mantan KP saya, apabila saya TERPAKSA tinggal di hospital, saya akan cuba meminimunkan tugas doktor kerana saya faham keadaan mereka, jadi anda semua jangan mengada-ada, kata bos saya. ke Malaysia Timur utk mendapat pengalaman ok la, berkenaan wanita saya tak tau la pula. hehehe. Teruskan la, semoga diberkati Allah SWT memberkati usaha dr.
    Kak Rohani

    ReplyDelete
  9. Calvin: HO tidak bersuara sebab mereka terlalu letih apabila balik kerja. Mereka juga takut dipanjangkan tempoh penempatan jika berani bersuara. Juga kerana HO tidak bersatu.

    dukun Azzad...terbaik!!!

    ReplyDelete
  10. Dr Azzad, memang manusian sering alpa dgn kesihatan diri.bila sakit baru nak beringat. Kita yg sentiasa tahu mensyukuri nikmat yang Allah berikan harus menolong mereka2 yg kurang berupaya. Kerja dgn penuh keikhlasan setentu akan mendapat balasan yg baik kelak

    ReplyDelete
  11. saya pelajar perubatan.
    baru 2nd year. ada lagi 4 tahun.
    bila asyik baca blog-blog doc ni..
    rasa mcm takut pulaaak!
    haisshhh ^.^"

    teruskan berusaha.
    usaha dr Dr. Azzad akan membuat beribu-ribu bakal doktor lebih bersemangat belajar utk jadi doctor. :))

    ReplyDelete
  12. erk. tapi kalau nak patah balik dah tak boleh kan? kadang2 zida rasa menyesal jugak (eventho baru first year) tapi memang tak boleh nak patah balik dah. kena teruskan jugak..

    ReplyDelete
  13. hehe...sabahan sama je dgn gadis mana kt msia...but then...all the best lah ye...:)kot2 bole tersgkut gadis manis dr sabah...

    ReplyDelete
  14. kdg2 sedih bila ramai yg underestimate ngeri sabah mahupn sarawak,,,cn u imagine what would you feel when people talk something bad about your negeri,,,if you never been there less then 2 year you will never know 'SABAH & SARAWAK' really is..anyway,,,sabah=vietnam?..try to find the answer by urself...

    ReplyDelete
  15. anon: saya bukan memandang rendah sabah sarawak. bila saya kata ada sesetengah tempat yang menganggap doktor sebagai bomoh, saya merujuk kepada hubungan doktor-pesakit yang dulu.tiada saman menyaman.

    ReplyDelete
  16. Sangat mengerikan statement anda berkenaan merubah subsidi kerajaan dengan menghapuskan subsidi? Wow! In Indonesia, negara yang subsidi kerajaan sangat minimum, melihat orang sakit sangat mengenaskan. Ubat darah tinggi kat sini, captopril ja kita cuma boleh bagi untuk per 3 hari. Valsartan? jangan harapla. Depa prefer tak pi seek medical attention even kat governement hospital sebab takda subsidi. Kan lebih baik kalau harapan anda semua rakyat dapat subsidi, and gaji doctor dinaikkan. Jangan mengeluarkan statement negatif macam tue. Golongan yang memerlukan ja? yaitu memerlukan sewaktu sakit? maksud anda macam tue? Cuba tengok dari sisi sini pula, accident malam2, or nak melahirkan malam2, need trepanation or SC, office nak urus insurance buka ka? semua pakai duit cash. I hope lain kali, fikir dulu masak2. Jangan keluarkan statement negatif suka2 hati.

    ReplyDelete
  17. Anon: Objektif mana-mana sistem kesihatan adalah untuk melahirkan masyarakat sihat yg mampu memaksimumkan potensi mereka. Namun apabila sebahagian masyarakat mengambil sikap acuh tidak acuh terhadap kesihatan diri akibat mudah mendapat kemudahan perubatan, maka objektif tidak tercapai.

    Oleh itu struktur subsidi harus diberi secara berhemah, yakni golongan yang miskin harus diberikan bantuan penuh. Manakala yang lain harus dikenakan bayaran pada kadar yang mampu. Mampu tetapi pada masa yang sama pada jangka masa panjang, kos perubatan tersebut akan memakan belanja. Ini akan menyebabkan pesakit mengubah tabiat buruk, mengambil berat terhadap penyakit (yang rawatan mereka bayar sendiri) dan mengikut rawatan doktor dengan rapi.

    Kita tidak mahu masyarakat yang mudah mendapat kemudahan kesihatan sebaliknya masyarakat yang sihat.

    Adalah terlalu berbeza untuk membandingkan Indonesia dan Malaysia. Negara mereka berada pada fasa 'survival', kita pula pada fasa 'materialistik'. Pastinya yang terbaik diberikan subsidi penuh jika keadaan seperti yang cik ceritakan. Bagaimana pula untuk pesakit yang telah diberi subsidi tetapi membazirkannya. Adakah kita masih mahu memberinya lagi?

    Perumpamaan yang saya boleh beri adalah seperti mendidik anak-anak. Adakah dengan memberi segala-galanya akan menjadikan mereka manusia yang berguna?

    Perbuatan memberi memanglah senang. Tetapi sebagai pemimpin negara, tindakan mestilah orang Inggeris kata 'financially prudent'. Harap pemimpin negara tidak melaksanakan apa yang pada pandangan mata kasar, pemikiran mudah nampak betul, sebaliknya berfikir-fikirlah.

    Termasuklah saya dan cik anon.

    ReplyDelete
  18. I have been in both country, and I rasa, Malaysia dah cuba buat yang terbaik yang depa boleh buat. Even maybe boleh better 1 day. Kemudahan perubatan yang sangat senang dan murah. I tak rasa ada orang nak sakit kat dunia ni, cuma kadang - kadang patient tak memahami kenapa diorang kena sembuh? depa boleh sembuh ka? depa boleh jadi normal balik ka? Tugas kita educate patient. Subsidi mana di bazirkan. Macam patient hypertension,pharyngitis etc.. each month depa akan balik jumpa kita dengan keluhan yang sama. Nak buat camna. Patient thalassemia, each month balik untuk transfusi. pun salah depa ka? Kalau psychologic problem, just refer ke psychologist/ psychiatrist. Belum lagi patient post stroke and bla bla bla. Memangnya ada orang nak buat hidung dia jadi mancung boleh bayar rm1 ja?tue baru membazir. Tue tugas kita nak buat patient sedar depa sangat beruntung, bukan cuma tulis prescription and kata 'ambil ubat kat farmasi ea?'. Bukan dengan cara memahalkan kemudahan perubatan or menyulitkan.

    ReplyDelete
  19. yeah.. i've always wondered whether being a doctor is just promoting behaviors that are imcompatible with life (smoking, unhealthy eating, being sedentary, etc..)... wonder if im in the right profession.. oh well, too late to back out now.. (naaah, love it)

    anyways, keep up the good work.. love ur writing.. find it really refreshing

    ReplyDelete
  20. frog princess says: saya pun rasa org kita tak menghargai kesihatan...masuk wad sbb asma,tapi pergi toilet wad merokok juga..lepas tu ambik gas nebulizer kat wad.ia berulang2...dan juga,kencing manis.dah tahu cara2 nak jaga kesihatan,tapi tetap tak amalkan.minum air gas...bla bla...sape tak marah? Bg pesakit balik ke rumah,esoknya muka pesakit yg sama juga masuk ke wad...atas sebab yg sama.apa cerita? semua sebab diorang tak compliance,tak dengar cakap.kita bekalkan ubat mahal2 dan banyak masa discharge,tapi akhirnya..sia-sia...tanpa hospital,tak ada pesakit.tak ada pesakit,tak ada pekerjaan...ia adalah suatu hakikat,saya sedar itu..tp tak boleh nak buat apa...

    ReplyDelete
  21. Anon: mendidik pesakit memang penting.

    frog princess: kita berdua hidup dlm realiti.

    ReplyDelete
  22. Salam Dr...

    Bagaimana Doktor yakin dan dapat membezakan pesakit yang mempunyai masalah pada otaknya (sakit mental dll) dengan pesakit yang menghadapi gangguan makhluk halus.

    ReplyDelete
  23. anon: itu soalan yg menarik anon. bg saya segala perlakuan pelik perlu dirujuk berjumpa doktor dahulu.

    saya melihat mereka yg membawa ahli keluarga mereka yg sakit berjumpa bomoh terlebih dahulu, samada berpendidikan rendah atau secara tidak sedar mempertuhankan syaitan.

    kerana mereka seperti memperagungkan syaitan apabila percaya bahawarawatan perubatan yg berpandukan ilmu ciptaan Allah ini tidak mampu mengubatnya.

    saya ada melihat mereka yg sawan, meracau dalam bahasa siam(walhal tidak pernah tahu bertutur), dirawat bertahun2 dengan bomoh. apabila keadaan sudah teruk, pembesaran anak sudah terencat dibawa berjumpa doktor. setelah diberi ubat sawan penyakit itu berhenti(walaupun kita tidak dpt membuktikan apa yg menyebabkannya meracau dalam bahasa siam).

    ini semua kerana Allah menciptakan segalanya di bumi ini dengan PERATURAN-NYA. jika sesuatu ubat berdasarkan ilmu Allah itu menghalang ledakan impuls dalam otak(yg menyebabkan sawan), siapa syaitan untuk mengubah hukum alam.

    oleh sebab itu, pendapat peribadi saya, perlakuan menidakkan perubatan moden dan mengharapkan bomoh adalah hampir kepada syirik.

    ReplyDelete
  24. wha~ bila dr. suda jd M/O hendak trnfr pgi sabah/swak? asal jgn jadi m/o garang, dr. adalah dialu2kan.. klu dktr hendak experience pt. yang variety, pergi hospital2 besar mcm Queen Elizabeth, Duchess of Kent or Hosp. Tawau. Variety pt. dia dari tgah bndar smpai lah pdalaman n sometimes, ada pt. warga emas yang cannot speak malay. Tapi dekat cni, mereka bukannya orang asli mcm d smnnanjung. Mereka orang bumiputra n sometime chinese pun ada jugak yang cannot speak malay at all. Cabaran dkt situ adalah communication barrier. Tu x masuk lgi orang luar ( pendatang ) yang tinggi taburannya d sabah t'utamany. tpi don't worry, mcm yg dr. dengar, dr. d cni d terima dgn baik. so, if u still planning on coming, i wish u best of luck and have fun..^^

    ReplyDelete
  25. saya adalah pelanggan tetap HKL..hehe (means selalu buat check-up kat sana).. ape yg nak di bgtahu adelah, saya berasa kesian dgn pesakit2 yg menggunakan kerusi roda utk bergerak... point saya adalah PINTU DI HKL..sebabnya saya tgk pintu2 kat HKL tu kebanyakannya (atau SEMUA??) adalah yg jenis tolak/tarik..jadi keadaan ini menyukarkan pergerakan pesakit yang berkerusi roda,kerana apabila mereka hendak bergerak dan perlu melalui pintu tersebut,samada bergerak sendiri atau dibantu@ditolak oleh org lain,kebanyakan mereka terpaksa meminta bantuan org lain utk membuka pintu tersebut sebab laluan ke pintu tidak semuanya rata dan kerusi roda tidak dapat ditolak dengan lancar dan membuat perjalanan jadi tersekat. (dah tentu2 lah org yg naik kerusi roda ni org yg tak larat dan kurang tenaga kan).Saranan saya adalah dgn menukar pintu2 tersebut kpada yg jenis automatik agar dpt memudahkan pergerakan mereka yg berkerusi roda terutamanya.

    keduanya masalah tempat letak kenderaan.Menjadi tanda tanya, kenapa terdapat kawasan tempat letak kenderaan yang disediakan,tetapi tidak diratakan dan dikemaskan? kerana didapati kawasan tersebut memang lapang dan cukup luas yang disediakan utk org awam, tetapi tempatnya penuh dgn pasir,batu2 besar,berlumpur,lecak,lubang sana sini,rumput2 naik,dan perkara ini sudah berlarutan bertahun-tahun lamanya. keadaan ini mendatangkan ketidakselesaan kepada pelawat hospital..dan yang amat dikesali adalah pelawat perlu membayar caj untuk meletak kenderaan, tetapi perkhidmatan yg diterima sangatlah mendukacitakan... Haii.. mana pergi duit yang kami keluarkan tu?? jangan sedap nak menadah tgn je kutip duit...tlglah tengok2 ye.

    doktor, maaf yer luahan2 ni.tensen setiap kali dtg HKL, inilah yg berlaku...dahlah sakit, pergi sana, bertambah2 pulak sakitnyer..#__#

    ReplyDelete

Sila beri komen yang berfaedah untuk penulis dan pembaca lain. Jadilah pengguna internet yang bertanggungjawab.