Sunday, 15 May 2011

RAKAN DAN TEMAN SEPERJUANGAN

Salam,

SANGKA SENTIASA BETUL

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan". Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak." Surah Al-Kahfi, 18:103-105.

Jika saya tersalah langkah, semoga Allah swt menarik saya kembali ke jalan yang lurus.

CUTI
“Lain kali, tunggu habis housemanship baru pergi bercuti.” Dr Rabiha MO ED kata di FB
Cuti penempatan kali ini, saya tiada pergi ke mana-mana memandangkan kemurungan selepas percutian yang saya alami sebelum ini. Selain program motivasi kanak-kanak hari lepas, saya juga telah berusaha menghias bilik saya sendiri. Maka pergilah saya bersama Dr Khalid ke IKEA membeli perabot.

Banyak barang dibeli.
Dengan Bawang Merah, barang dibeli dapat dibawa pulang dengan mudah.
Tempat duduk belakang boleh diturunkan dan bersambung dengan bonet belakang.

Oh tidak lupa jua, menonton kemenangan Man United ke atas Chelsea. Dan baru sebentar tadi kemenangan EPL ke-19 bagi Man United, secara rasminya kelab terunggul di England. Saya mahu kongsi lawak PM kita berkenaan Liverpool di Hot.fm.



GUNTING RAMBUT

“Nanti kalau nak kahwin, cari isteri yang lawa, bukan yang suka melawa.” Kak Febi

Saya kerap gunting rambut di sebuah saloon di Kampung Baru. Kak Febi pengguntingnya seorang yang suka berfalsafah tentang kehidupan. Menarik mendengar dia bercerita.

Sedang bercerita, saya terkejut dengan caj khidmat rawatan tertentu di saloon tersebut yang para wanita sanggup bayar. Kak Febi kata dia tidak pernah meminta-minta pada suaminya dan menasihatkan saya jangan mencari isteri yang suka melawa kerana mereka selalunya suka meminta-minta.

Masak mi sup utara untuk kali pertama.
Baru rupanya mi hun tu direndam dengan kunyit.
Ingatkan ada mi khas.
Bila minda sudah bercuti, rajinlah kita untuk memasak setelah
lama tidak.

Dia juga pecahkan rahsia gelagat wanita-wanita dari sebuah negeri di Malaysia ni. Pada pengalamannya bekerja dengan pelanggan, dia dapati mereka kebanyakannya tidak segan silu bercerita tentang bilangan teman lelaki mereka dan cinta mereka pada harta. (Disenarai hitam!)

Kata Kak Febi, “Bila anak akak dah tamat sekolah, akak nak kahwinkan dengan adik(saya).” Saya hanya mampu bergelak sahaja.

BELAJAR DARIPADA PENGALAMAN

“Looking back, actually I enjoyed my work, doing what I do. But I let them get to me.” Mr Raja Badrul, pakar bedah kolo-rektal. Pernah berhenti jadi doktor dan berniaga selama 2 tahun.
Selain ilmu perubatan yang saya telah pelajari sewaktu penempatan di Jabatan Perubatan Am, di sebalik kesibukan bekerja, ada perkara lain yang saya dapati. Bagaimana teruk dan biadap orang sekeliling kita melayan kita, jangan kita biarkan ianya pengaruhi kita, malah layanan kita terhadap orang itu balik. Ini bukanlah satu perkara yang senang.  Saya rasa itulah yang cuba dikatakan oleh Mr Bad.

Majalah maskulin edisi Mei.

Ada ketikanya kita rasa sesuatu kerja itu adalah mustahil untuk dilaksanakan dan disiapkan. Tetapi apabila kita laluinya dan lepasinya, apabila dilihat balik, ianya boleh dilakukan. Yang menjadikannya mustahil sebelumnya adalah minda kita.

SENGSARA HIDUP

Hidup ini sudah cukup sengsara. Jika kita ingin berjuang, maka ianya akan lebih sengsara.

Bila orang buang sampah ke longkang, saya tegur. Bila kanak-kanak bermain di masjid, saya kadang-kadang tegur. Bila remaja bersama geng-gengnya merokok, saya rasa tiada kekuatan untuk menegur.

“Di manakah belia lelaki yang berkualiti??!!!” kata seorang perbicara wanita di sebuah rancangan Astro Awani dengan lantang.
Hidup tidak lagi sengsara setelah memiliki iPad2.
Seronoknya buang masa beratur.
Ada satu perkara yang saya dan kawan saya ingin perjuangkan kini. Diharapkan Allah swt gerakkan kami untuk bertindak dan kurniakan kami semangat berani dan keazaman dalam melaksanakannya. Saya selalu mendoakan supaya dikurniakan rakan seperjuangan dalam hidup saya.

Jika jadi insyaAllah saya akan kongsikan.

TEMAN HIDUP

Saya juga selalu mendoakan supaya mendapat isteri yang solehah sebagai teman setia dan sebagai sumber ketenangan dalam perjuangan hidup.

Sewaktu saya mahu masuk ke saloon Kak Febi, ada 2 wanita bersolek di dalam. Saya pun tunggu di luar dan kemudian ke sofa menunggu. Setelah mereka pergi, saya bertanya, “Diorang tu berhias nak pergi mana?” “Pergi balik pejabatlah,” jawap Kak Febi ringkas. Saya kata, “Tapi sekarang dah nak pukul 5, dah nak balik kerja dah! Takkan bersolek lagi” Kak Febi cuba tenangkan saya, “Biasalah orang perempuan.”


Konsep rekaan saya adalah
lapang, ringkas dan selesa.
 


“Lagipun untuk suamilah,” tiba-tiba tambah Kak Febi. Dia jelaskan mereka pelanggan tetap di situ. Kedua-duanya sudah berkahwin. Ada yang sudah beranak. “Bertuahnya,” kata saya dalam hati.

Bilalah ada orang nak datang meminang saya ni? MUAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAAAAA.


Puntung rokok. Kesian Bawang Merah diperlakukan sedemikian rupa.
"Ah nak datang meminang?! Cik asal negeri mana yer?!!"...............

Terima kasih atas sokongan pembaca semua. Jika anda rasa blog ini berfaedah bagi rakan-rakan anda yang lain, jemputlah mereka baca sekali.

30 comments:

  1. jgn menilai wanita mengikut negeri asalnye...sy merasakan ia lebih kepada sifat individu itu sendiri. ramai lagi wanita yg selalunye kite suke membuat kesimpulan menyeluruh terhadap sesuatu perkara..walaupun perkara tersebut hanyalah kes terpencil.
    apepun ini hanyalah pendapat saya..semoga doktor bertemu wanita idaman sebagai permaisuri hati :)

    ReplyDelete
  2. *oops maaf, ade typing error. ayat di atas : "ramai lagi wanita yg" tu kene patutnye hehe.

    ReplyDelete
  3. " Ada ketikanya kita rasa sesuatu kerja itu adalah mustahil untuk dilaksanakan dan disiapkan. Tetapi apabila kita laluinya dan lepasinya, apabila dilihat balik, ianya boleh dilakukan. Yang menjadikannya mustahil sebelumnya adalah minda kita ".....terkesan

    ReplyDelete
  4. masak apa tu Azzad? Unidentifiable dishes (walaupun nmpak sedap) hehe.tomyam ye

    ReplyDelete
  5. anon: eh anon cam terasa je. haha gurau

    anon: tu ayam masak karilah. masakan asas.

    ReplyDelete
  6. moga bertemu jodoh cepat2 azzad.. insyaallah..

    ReplyDelete
  7. semoga perjuangan dr azzad dpt direalisasikan

    ReplyDelete
  8. jdlah MO kat sarawak. bekerja sambil berdakwah. insyaAllah

    ReplyDelete
  9. ermmm...harta hanya keperluan...tapi ade yg lebih penting...bersyukur dgn ape yg dikurniakan n diberi dan bersabar dgn ujian n dugaan oleh-NYA

    ReplyDelete
  10. Assalam, semalam dah baca n3 Dr., tp tak sempat nak komen.
    Setuju dgn pendapat harta hanya keperluan....
    Memang fitrah wanita suka melawa tp tak semua.
    Insyaallah jika niat yg baik Allah akan makhbulkan.
    Nak tunggu orang pinang Dr. nanti akak pujuk anak yg umur 9 tahun kumpul duit pi pinang Dr.
    (Dr, jgn marah)

    K. Rohani

    ReplyDelete
  11. Semoga cepat bertemu jodoh yang solehah, Dr. Azzad =)

    ReplyDelete
  12. wargh... iPad2 tuuuuuuu... so kirenye gaji doc mampulah beli ipad. haha. ok ok. semangat balek belajar neh. :P

    doc doakan saya, de exam lagi seminggu. exam final tahun 2.. tQ.

    ReplyDelete
  13. seronok x shopping dengan dr khalid? muahahaha..

    ReplyDelete
  14. the last part sgt kelakar...tapi sifat wanita x semestinya ikut negeri

    btw..kari tu nmpak agak pekat sb tu x kenal... haha

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum...
    maaf akk dalate komen pertama kerana ada salah ejaan...

    semuga di pertemukan jodoh dengan seorang wanita yang solehah dan jangan jemu untuk berdoa...serta persiapkan diri untuk menjadi seorang suami soleh....
    semuga segalanya di permudahkan Allah..
    btw bihun sup utara nampak menyelerakan...tambal sambal..pasti sedap..
    mudah2an segalanya di permudahkan allah...

    ReplyDelete
  17. khalid: ape cer main internet waktu kerja.

    k rohani: nanti saya pergi sabah cari isteri. anak kak febi boleh jadi isteri kedua, anak kak rohani isteri ketiga.hahahaha

    azlina: ada sambal tu saya buat.tengok betul2. guna lobak masin kan.

    pembaca: kalau semua pembaca doakan saya dapat jodoh, confirm tahun ni jugaklah saya dapat kawin.

    ReplyDelete
  18. frog princess: sudi dipinang? betul ke? saya nak meminang awak,beli awak dr mak awak tapi sy kena buat loan bank rakyat la dulu sbb sy x cukup duit..hehehehe...saya pasti ada yg sedang menanti awak membuka pintu hati..............

    ReplyDelete
  19. Artikel yang menarik..(^___^) maaf link yang diberikan tersilap..

    ReplyDelete
  20. Waahh baguslah sajak cikgu wana.menarik2

    ReplyDelete
  21. semoga dipertemukan jodoh seperti mana yang didoakan..amin..

    ReplyDelete
  22. hai doc

    kadangkala kita tak perlu mencari CINTA
    kerna CINTA selalunya mencari kita
    bila tiba masa yang sepatutnya
    mungkin bila kita sudah bersedia menerima dan menelan segala manis dan pahit realiti CINTA :)

    all the best doc..
    you will find someone great
    don worry about that..:)

    ReplyDelete
  23. Salam Dr...

    Doakan Dr bertemu dengan apa yang dihajati. Apabila dah bertemu, akan terima seadanya... kerana cinta itu buta apabila telah tertulis takdir yang Maha Kuasa. Mungkin dia dah ada didepan mata tapi Dr tidak perasan akan hadirnya..;D

    ReplyDelete
  24. dr..jgn tergesa2 nak kawen....muda lg..perkahwinan adalah percaturan seumur hidup...xada istilh berpth balik...(sebaik2nya)

    ReplyDelete
  25. DOC. kelakar la bila doc tanya ada tak orang nak meminang doc. Jodoh tu kalau ada tak kemana, tapi mak selalu pesan, kena usaha juga cari. Ipad 2, tahniah sbb berjaya beli....muka doc pun nampak heppi je in all the photos, mesti ada berita baik dan gumbira tu. hehehhe. teruskan usaha menjadi deen Allah dan doktor yang cemerlang dunia akhirat. InshaAllah

    ReplyDelete
  26. frog princess: saya rasa,anda mungkin mencipta jurang,jadi awek takut nak dekat...sebab anda terlalu canggih.........mungkin la kot!

    ReplyDelete
  27. haha.long yet nice post doc! keep on writing! :D

    ReplyDelete
  28. Selamat menempuh alam pekerjaan yang sebenar. Ketika itu baru cabaran bermula. Tambahan kini banyak penyakit baru. Pesakit pula pelbagai kerenah. Seronok bila dapat buat kajian yang membina. Bila dah rasa selesa dengan alam ini maka barulah hidup ada nafas baru mahu bercinta. Masa tu perhatikan sekeliling... pasti ada yang sesuai disunting sebagai suri penyeri taman..... :D

    ReplyDelete
  29. azzad,ko masih belom belanja aku makan sebab tolong ko shopping aritu kat Ikea,huhu..

    ReplyDelete
  30. ada orang kata jodoh dah ditetapkan. cuma atas usaha kita untuk mencari dan menerima.

    Insha Allah doc akan jumpa tak lama lagi :)

    ReplyDelete

Sila beri komen yang berfaedah untuk penulis dan pembaca lain. Jadilah pengguna internet yang bertanggungjawab.