Salam,
PENGHUJUNG GARISAN
Akhirnya, sekarang saya sedang berada di 100m terakhir. Dan sedang membuat pecutan terakhir. Itulah perasaannya berada di penempatan terakhir Latihan Siswazah. Dalam masa 4 bulan lagi, saya akan menjadi MO. Kelak saya akan peroleh Sijil Pendaftaran Perubatan Penuh yang akan mengizinkan saya mengamal perubatan tanpa perlu pengawasan lagi.
Itu adalah suatu pencapaian yang besar untuk setiap doktor!
Nasi Ayam Azzad. Lima bintang. |
Spaghetti Goreng Ala Azzad. Rasa tidak sesedap rupanya. |
PATAH TULANG
Pandangan pertama saya berada di Wad Ortopedik adalah, lapangnya wad berbanding Wad Perubatan yang sentiasa sesak dan masih ditambah lagi pesakit. Setelah bertanya beberapa rakan lain yang telah tamat kerja di Ortopedik, saya telah pilih Wad 5 sebagai destinasi saya terakhir. Dikatakan kerjasama antara doktor dan jururawat di situ adalah terbaik. Agak benar.
Di setiap wad terdapat lebih kurang 30 orang pesakit, dijaga 3-4 orang HO. Saya ambil masa lebih kurang seminggulah untuk menyesuaikan diri. Saya perlu banyak lagi baca memandangkan tidak ingat sangat ilmu Orthopedik sewaktu belajar dulu.
Belajar buat backslab dengan abang MA. |
Tekun memasang backslab untuk pesakit yang mengalami bimalleolar fracture post screw fix. |
PASUKAN
Di Orthopedik HKL, doktor-doktor pakar dibahagikan mengikut pasukan sub-kepakaran seperti Spine team, Sports team, Tumor team, Peadiatric team, Hand team dan sebagainya. Yang menjadikan wad kelam kabut adalah disebabkan apabila 2-3 team boleh datang buat round serentak. Tetapi setakat ni tiada masalah pun. Doktor-doktor pakar dan MO semuanya profesional.
PEADS ORTHO
Namun ingat langit cerah sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Akhirnya saya telah dibuli untuk dihantar ke wad Orthopedik kanak-kanak. Ada HO di sana yang ingin berkahwin tidak lama lagi, jadi terpaksalah saya dengan berat hati merelakan diri pergi ke sana menggantikannya. Saya pun nak kahwin jugak!
Sedang saya tengah kerja di wad, tiba-tiba dapat panggilan daripada Dr Aizudeen(HUKM) yang akan kahwin tidak lama lagi. “Azzad, aku nak mintak tolonglah.” Saya terus tergelak,”Ahhah aku takleh Din, aku takleh. Hahaha. Aku malu Din.” Saya terpaksa menolak pelawaan sahabat belajar sekali di Volgo dulu untuk menjadi pengapitnya.
Bachelor party Dr Aizudeen(tengah). Bila berjumpa, banyak cerita keluar. Bersama Dr Khalid, Dr Helmi dan Dr Najmi. |
Judin kelihatan berat hati meninggalkan Kelab Single and Happy. |
Semoga berjaya menempuh alam perkahwinan Din. |
Saya perlu berhenti cakap berkenaan berkahwinlah.
PANDANG BELAKANG
“Gelisah tak bermaya. Manipulasi angkara kita. Dan bencana yang melanda. Generasiku menjadi mangsa...." Dunia Bunkface
Saat sedang berlari, sewaktu menghampiri garisan penamat, saya tidak boleh menahan diri daripada menoleh ke belakang. Ada banyak perkara tidak betul berlaku. Saya samada boleh tinggalkannya dan terus berlari, atau buat sesuatu.
Alhamdulillah, satu petisyen yang kami HO telah lakukan, ditandatangani 29 HO telah menunjukkan kesan yang positif. Bermula di dalam suasana yang takut, kami beranikan diri untuk bersuara. Sekalung terima kasih dan tahniah kepada Pengarah HKL, Dato’ Zaininah dan Timbalannya Dr Lailanoor, Dato Jeyaindran Ketua Jabatan Perubatan dan Dr Ngau Pakar Perunding Perubatan atas maklumbalas yang kami tidak sangka.
Terima kasih langit kerana sudi menemani saya selama ini. |
Terima kasih sekali lagi pada Dr Lailanoor atas kesudian mendengar luahan fikiran dan hati saya dengan fikiran yang terbuka. Saya perasan saya mungkin telah menaikkan nada suara apabila dapati semua orang memandang saya setelah keluar dari pejabatnya.
BUKAN KATA AKHIR
Saya kata pada Dr Lailanoor, “It won’t end here.”
Pada mulanya, rasa susah hati bagaimana untuk mengumpulkan individu-individu untuk melakukan sesuatu. Allah swt mungkin ada perancangan-Nya sendiri tanpa kita sedari.
Perjumpaan bersama kali ke-2, dari kiri Dr Kenny, saya, Dr Lailanoor (TP1) dan Dr Ding (TP2). Cuba memenangi sokongan mereka dalam perjuangan kami. |
Apabila berkongsi buah fikiran dengan kenalan-kenalan, kami ramai berkongsi sentimen dan idea yang sama. Apabila diajak untuk memperjuangkannya, dengan ringkas mereka menjawap, “Okay.” Tidak sangka, urusan kita dipermudahkan. Perjuangan diteruskan.
MINYAK
Pada hari terakhir di Wad 5, seorang pesakit yang juga merupakan pengusaha ubatan tradisional telah memberi saya sebotol minyak namanya ‘Minyak Sakti Kuda Putih’ untuk sakit sendi. Kemudiannya dihulurkan pada saya ‘Minyak Syurga Dunia’. Wooowww. Tapi saya tolak yang lagi satu tu dengan baik.
Barang baik. |
“Alah, doktor cubalah. Doktor cubalah,” kata pesakit tersebut. Hendak saja saya jerit, “Saya tak kahwin lagilah pakcik.”
hm. dah ada calon? kalau belum ada saya boleh kenenkan. :)
ReplyDeletesemoga urusan dr.azzad dipermudahkan Nya. i'll be coming soon. err i mean as a doctor. another 7 years. hahaha lambat lagi. :P
ReplyDeletemybe bila kita kurang pikir pasal bnda tu, dia akan datang sendiri. WHEN THE TIME COMES. n waktu tu, msti rasa syukur x terhingga. gudluck dr :) -diyana
ReplyDeletetuka spek mata anda kepada yg lebih sporty, mesti hensem :P
ReplyDeletenurses kn ramai.. ;P
ReplyDeletewah curious plak pasal petisyen tu...
ReplyDeleteterime saja offer jadi pengapit tu..mana tahu bertemu calon di situ.. wee~~
ReplyDeleteminyak syurga dunia tu pun bole amek..hahahahaha~!!
alhamdulillah sbb dipermudahkn urusan...lega kan... tahniah...!!
ermm..
salam doc=)
ReplyDeletereally eager to know bout the petition..i want to know it..
btw,saya skrng sedang final paper for the next 4th year medicine..your blog really inspire me to realize that life doesn't always will fit us,but we should fit to the life by ourself;)
thanx doc..i'll pray for your excellence dunya wal akhirah~
"Spaghetti Goreng Ala Azzad. Rasa tidak sesedap
ReplyDeleterupanya"...haha,so believable!
PetIsyEn . . maYb mEngharUkaN keaDaan Kot
ReplyDeletexsabar nk bc post dr "selamat tinggal kelab single and happy".....^--^
ReplyDeletemesti famous ala2 artis kot!!!!
smoga cpat2 bertemu jodoh~~~=)
doc the best! :)
ReplyDeletepetisyen ape lah pulak ni yer?
ReplyDelete"ahaha Dr Azzad sekarang dlm persatuan DBMKS.
Doktor BUjang Mahu Kahwin Sekarang."
selamat berusaha saya ucapkan.
haha jadi dokter nih memang banyak dugaannya. lambat kawin nih salah satunyer. tapi sy tetep je nak jadi dokter. sy amik medik gak :) :)
ReplyDeletegud luck in everything you do.
semoga berjumpa dengan jodoh yang solehah :)
Wah!! dah hampir nak jadi doctor ye..
ReplyDeleteTahniah ye...
terbaik r kisah hidup seorang doktor.
ReplyDeleteharap2 xde hal la wat HO pasni.
wish us luck!
- final year student,MMA,Moscow -
gadis bunga: siapa calonnya?
ReplyDeletepembaca: petisyen menegur budaya kerja yang buruk di sebuah wad.
Congrates Dr.Azzad,proud of you...i love reading ur blog.and me,got 4yrs to go!
ReplyDeleteand yeah!can i say something,i think u shud change ur spec too.heheh :]
Dr Azzadddddd!!!! tuka laa spec anda!! try amik spec empat segi tepat!! mesti naek saham punya laa! hahaha...
ReplyDeleterupa bukan segalanya
ReplyDeletefrog princess: yg penting,hati..dan juga rendah diri...
ReplyDeletefrog prince: ya betul sayangku frog princess, tak kira lah walaupun rupa sehodoh katak mcm kita nie,hati kenalah jujur, n yg paling penting, agama mestilah ada n kukuh utk membina keluarga sakinah... :))
ReplyDeletetahniah dah habis HO ! :)
ReplyDeletetahniah doc...
ReplyDeleteperghh..mr.doc dah bleh jadi chef...taniah...ur blog sgt bagus...berkongsi pengalaman
ReplyDeleteFWA
dr azad ada pegi alamanda pada hari harry potter kua ke???dr azad telah tny abg saya 'mintak maaf, wayang kt mana ye?'
ReplyDeleteanon 1106: salam ye sayerlah tu. kenapa tak tegur je saya lain kali.
ReplyDeleteFRog princess: saya nak meminang doktor la,boleh ke?? tapi saya tak cemerlang dan berjaya mcm doktor...
ReplyDeletefrog princess: haha, istikharahlah. kalau ditakdirkan, satu hari nanti kita akan berjumpa. ini mesej kepada semua perempuan di luar sana.kahakahakhahaka
ReplyDeletefrog princess: Mak aihh,mesejj..hahaha..saya tak nak la meminang doktor,nanti saya kena buat loan bank rakyat.sebab nak cari duit hantaran..hehehe..gurau je..jgn mrh.susah2 sgt, gi buat walk in interview..suruh calon bawak gambar size 4R 3 keping pelbagai posisi dan gaya..kompom ramai awek datang beratur...lalala..
ReplyDeleteapapun,semoga anda menemui seseorg yg boleh menjaga hati anda,dan memahami kerjaya anda..:)
Assalamualaikum, nice entry :)
ReplyDeletesalam kenal MO :)
Salam Doc Azad... menarik ceritanya... namun komen-komennya juga menarik... dalam banyak yang mengkomen, rasanya ada yang tertarik pada Doc... Saya harap Doc lakukan istikarah... mana tahu ada jodoh Doc dengan si dia yang mahu meninang Doc tu... Saya doakan moga Doc bertemu dengannya... Ya Aamiin..
ReplyDeletehmm...walau saya tak kenal yasin rejab, tapi saya rasa bersetuju dgn dia.
ReplyDeleteazad, she might be walking in front of you all this while. try to open up ur eyes. :)
or just change your spec. huhu~
apalah dosa spek diye gadis bunga?? sweet apaa..hahahaha! :))
ReplyDeleterasanya spek tadak kena mengena. dr, azzad yg jual mahal kut... kahkahkah
ReplyDeletesebelah kanan sekali dokter ding dulu die kt hospital serdang kn?? ahahhahaha kelakar....ingt dulu mase bdk2 lg dokter ding nk carikn sy sorang dokter tok jd kn bf...mase tu br lepas spm terpinga-pinga lagi ahahahha mmg kelakar bile ingt blk...
ReplyDeleteSy ada jgak kenal sorang doktor yang ayat2 dia sebijik mcm doktor ne.. mau kawen jgak.. lek arr doktor.. biar jadi M.O dulu.. Kitorang tengok houseman life ne bukannya apa la, kekadang kesian bz memanjang.. so apa kata, one by one k..
ReplyDeletenak cari doktor juga ke? saya ade calonnya.. :)
ReplyDelete