Friday 25 December 2009

BEKERJA ATAS PANGGILAN

Kepada para pembaca, silalah memberi maklum balas terhadap artikel yang telah dibaca. Ini supaya penulis mendapat semangat untuk terus menulis dan tahu hasil tulisannya berguna, apatah lagi di waktu lapang yang singkat beliau miliki sekarang. Terima kasih.

Sebarang kenyataan di dalam artikel di blog ini hanyalah pandangan dan pengalaman peribadi penulis sahaja. Ia tidak patut dijadikan rujukan oleh pembaca-pembaca.

Setelah mengharungi 15 kerja atas panggilan(on-call), terdetik saya untuk menulis berkenaan pengalaman saya. Dengan harapan, anda semua akan bersiap sedia pada masa hadapan.

Selain waktu kerja harian, sebagai doktor, tidak kisah HO ke, MO ke, doktor pakar ke, anda perlu bekerja atas panggilan. Kalau di General Pediatric sini, lebih kurang 6 kali sebulan. Kalau di SCN(Special Care Nursery), 4 kali sebulan. Di jabatan lain pula mungkin lebih kerap. Di O&G, Bunge on-call 11 kali sebulan kira biasalah. Ini semua bergantung pada jumlah HO yang on-call semalaman dan jumlah HO dalam satu jabatan. Kalau lagi ramai, lagi kuranglah on-call.

Mesti korang nak tahu bayarannya kan? Kalau di buat pada hari biasa, satu on-call akan dibayar RM100, kalau hari hujung minggu RM110. Jadi kalau sebulan 6 kali, dapatlah duit lebih RM620. Ini tersangatlah sedikit berbanding kalau doktor buat locum yang dibayar RM30-50 sejam.

Sekali on-call kat OT sambut bayi, rupa-rupanya senior kat Volgo dulu Dr Gana jadi
assistant surgeon buat C-sect. Bayi lahir dengan selamat.

Pada hari biasa, on-call bermula dari 5ptg ke 8pagi esoknya = 15 jam. Hujung minggu pula dari 8pagi hingga 8pagi keesokannya = 24jam. Kalau buat locum, kerja 4jam dah boleh dapat pulangan yang sama. Tapi kita hanya dibenarkan buat locum bila dah jadi MO dan dapat sijil berdaftar MMC penuh.

Tetapi ianya tidak berakhir begitu sahaja. Bayangkan anda kerja Isnin 8pg hingga 5ptg. Sambung on-call hingga 8pg Selasa. Kemudian anda tetap sambung kerja hari Selasa 8pg hingga 5ptg. Barulah anda boleh balik. Jadi keseluruhannya 33jam berturut-turut anda bekerja sebenarnya. Pada waktu tu, kepala dah tak boleh fikir betul, badan dan lesu, mood dah tak baik, tekanan dah memuncak. Kesian isteri kat rumah.

Yang kononnya Tan Sri Ismail Merican kata, 4 hour mandatory rest tidak wujud langsung. Malah ada yang lagi teruk, bila on-call EOD(every other day). Kiranya Selasa petang balik, Rabu esoknya tu on-call lagi, Khamis petang baru balik rumah. Saya pernah EOD sekali, sebab tak tahan ngantuk, saya tidur kat meja semasa tengah buat discharge summary. Sedar-sedar dah sejam tertidur, lepas tu sambung kerja balik. Kesian isteri kat rumah.
Bila on-call, rindu asrama. Kan best kalau dapat tidur dengan aman.

Jadi apa yang doktor buat sewaktu on-call?
1. Kita kena buat round malam dengan MO dan doktor pakar on-call di acute cubicle, di mana terdapat pesakit yang memerlukan pemantauan rapi.
2. Clerk pesakit yang baru masuk.
3. Buat round bersama MO dengan pesakit baru.
4. Ambil darah jika perlu, pasang branulla kalau ada yang tercabut, attend pesakit kalau ada fever spike ke, SOB(shortness of breath) ke dan sbgnya.

Nampak macam senang je kan. Tu sebab belum merasai bila admission datang tak henti-henti, pesakit macam pakat cabut branulla ramai-ramai, tekanan tak dapat-dapat nak ambil darah bayi(sebab vein tak nampak). Sedar-sedar tengok jam dah pukul 3 pagi. Mandi petang tak lagi, Maghrib tak sembahyang lagi. Makan malam tak lagi. Tidur sejam, nurse telefon bilik kata ada admission baru lagi. Sabar-sabar.

Tu belum datang kes pukul 3 pagi, anak bakar belon dengan mancis pastu kena muka. Rasa nak marah je mak dia. Bila saya tanya dengan nada marah, “Yang anak gi main belon pukul 1pagi ni kenapa?” Mak dia tersengeh-sengeh je. Doktor pakar pun esok paginya tanya soalan yang sama. Saya cuma mampu tersengeh je.

Kalau ditanya semua HO, saya yakin 90% akan kata rela tak dapat duit lebih asalkan tak perlu on-call. Atas panggilan ni, kita tak perlu tunggu hari tu, hari sebelum tu lagi dah mula pre-call syndrome. Kalau waktu newbies dulu, palpitation tak ingat. Sepanjang malam jantung berdegup kencang pasal cuak nak on-call, sebab kita takut datang kes-kes acute atau pelik yang kita tak mahir. Takut kena marah dengan MO dan doktor pakar on-call. Tapi bila dah berpengalaman sikit, palpitation tu tiadalah, cuma rasa benci gila cam nak mati untuk bersemuka hari esok sampai koyak-koyak bantal. Punyalah tak suka on-call.

Kiri: Kereta kancil milik mak saya
Kanan: Kereta suzuku swift putih milik HO mane tah.

Bila kau datang kerja pagi, baru nak mula kerja, tiba-tiba kau perasan sorang member kau cam moody dan tertekan daripada riak mukanya. Kau pun tanya kawan kau lain, “Apahal ngan si Dollah tu?”. “Oh dia on-call hari ni.” MO dan doktor pakar pun tidak terkecuali.

Post-call pula tidak kurang hebatnya, dengan mata sembabnya, kepala bingung, letih, pastikan anda tidak melakukan kesilapan yang membahayakan pesakit.

Saya tidak pasti di tempat lain macam mana, tetapi di HKL ni siapa yang on-call selalu banyak admission akan dipanggil ’Jonah’. Bila kau dilabel Jonah(kira sial lah), orang cuba elak on-call dengan kau.

Namun saya mengajak anda semua melihat pada sudut yang lain juga. Seperti MO saya Dr. Nora pernah berkata, sebenarnya masa on-call nilah kita paling banyak belajar. Di saat kita berada keseorang(atau berdua), ketika itulah kita akan belajar berdikari sebagai doktor. Kita tidak boleh mengharap orang lain melainkan diri kita.

Sebagai barisan pertama, kita perlu berkeyakinan melakukan apa yang perlu, sehingga MO atau doktor pakar datang. Di saat kita keletihan itulah, kita mengasah ketajaman akal fikiran kita, menyusun ilmu kita, supaya kita dapat mengenalpasti masalah pesakit dengan tepat.

Kita belajar rasa bertanggungjawab terhadap pesakit. Seperti pernah sekali fluid correction saya tidak cukup untuk pesakit. Keesokan paginya, pesakit didapati dalam keadaan pre-shock. Consultant panggil saya, marah saya depan HO lain. Suruh saya tulis explanation letter. Saya tidak kisah itu semua. Namun perkara besar yang saya dapat daripada pengalaman itu adalah, bagaimana letih pun saya, pukul 3 pagi ke pesakit datang, kita kena beri yang terbaik untuk pesakit, kerana pesakit bergantung sepenuhnya kepada kita. Dr Nora pernah kata, layan pesakit kita seolah-olah dia tu saudara kita sendiri.

Ni gambar semasa pergi kursus Pusat Darah Negara. Semasa HO, kita akan
ada kursus atau program yang perlu dihadiri seperti Neonatal Resuscitation Program dll.
Jadi jangan risau kalau blur.

Masa on-call jugalah kita dapat jumpa pelbagai kes pelik-pelik. Seperti bayi dalam keadaan status epilepticus. Kita dah bagi diazepam dan phenytoin, tapi bayi masih fit lagi. Ibu dekat sebelah dah mula menangis. Fit pula bukan sebarang fit, fit dalam bentuk cycling movement(seperti berkayuh). Hingga saya perlu temani bayi ke HDW(High dependency ward). Masa tu terasa sayu je bila sorong katil ke sana.

Bayi lahir tak bernafas, masa tulah dapat rasa menggelabahnya kita. Di saat gelabah tu, kena cuba tenangkan diri, laksanakan apa yang telah diajar. Melihat bayi kembali bernafas lepas kita resuscitate dia, itu semua adalah pengalaman yang tak terhingga.

Jadi akhir kata, walaupun bayaran on-call itu tidak berbaloi dengan kesusahan kita, namun pengalaman yang diberinya memang tidak ternilai.

Selamat on-call.
Camne on-call semalam, dapat tidur?

Sunday 15 November 2009

ADA APA PADA DOKTOR?

Kepada para pembaca, silalah memberi maklum balas terhadap artikel yang telah dibaca. Ini supaya penulis mendapat semangat untuk terus menulis dan tahu hasil tulisannya berguna, apatah lagi di waktu lapang yang singkat beliau miliki sekarang. Terima kasih.


Sebarang kenyataan di dalam artikel di blog ini hanyalah pandangan dan pengalaman peribadi penulis sahaja. Ia tidak patut dijadikan rujukan oleh pembaca-pembaca.

Kali ini saya akan bercakap tentang perkara 'ringan' iaitu kelengkapan yang perlu ada pada seorang HO. Kelengkapan yang saya maksudkan bukan saja terhad pada luaran, tetapi juga dalaman. Ini hanyalah berdasarkan pengalaman saya seorang.

Kelengkapan Luaran

1. Lab coat - kat HKL ni, kita akan dibekalkan dengan labcoat oleh syarikat servis Radicare. Dari semasa ke semasa, kita hanya perlu hantarkan ke pusat servis jika kotor(pengalaman saya, kena muntah seorang budak di saat sedang mengambil darah) dan tidak perlu membasuh sendiri. Kita akan terus digantikan dengan labcoat baru, tak perlu tunggu.

2. Buku protokol - Kita mesti ada buku protokol di sisi kita sepanjang masa terutama HO yang baru. Bila masuk jabatan baru, tanya HO senior kat mane kita boleh dapatkan buku protokol tersebut. Buku ini penting, kerana padanya terdapat penerangan ringkas penyakit2 yang biasa dijumpai, beserta kriteria diagnosis, investigation dan yang paling penting, rawatan yang tepat untuk penyakit tersebut, yang menjadi norma di jabatan tersebut.

3. Stetoskop - Saya cadangkan beli stetoskop di Malaysia, bukan kerana stetoskop double tiub yang saya beli di Rusia nampak pelik, jarang diguna di hospital tempatan, atau tidak bagus, tetapi sebab ianya terlalu berat. Kalau sekali pakai memang tak berat, tapi bila pikul benda alah tu sepanjang hari, bahu rasa lenguh. Saya pun bercadang beli baru dalam masa terdekat.


4. Cop, kalkulator dan pen - Dalam setiap dokumen yang kita isikan, memerlukan cop nama dan jawatan kita. Cop ni selalunya dibuat oleh jabatan pasca siswazah, kita juga boleh buat sendiri. Di peds ni, kalkulator amat penting kerana daripada kadar IV drip hingga ke dos ubat perlu dikira berdasarkan berat pesakit. Pen pula, walaupun nampak cam perkara kecil, pastikan beli yang berkualiti. Tak perlu mahal, yang penting dakwatnya tak kering. Kerana dalam sehari pun, kita perlu tulis pelbagai dokumen yang memakan dakwat.
5. Buku nota kecil - Pastikan anda ada buku kecil untuk anda catatkan semua benda baru yang anda pelajari setiap hari, terutama semasa round dengan MO dan specialist. Pastu malam tu, luangkan sedikit masa baca balik semua ilmu baru tersebut. Tak lama, hanya 10 minit je. Kalau anda rajin, cuba baca sumber lain berkenaan perkara tersebut seperti dalam buku rujukan, buku nota universiti, internet dan sebagainya.

6. Buku drug doses Frank Shann - di peds, buku ni sangat penting, kerana setiap ubat diberi mengikut dos mg/kg.

Saya dan pesakit yang didiagnos Pneumonia with Left side empyema. Berada di wad saya selama sebulan. Daripada bernafas tercungap2 sehinggalah sekarang dah sihat. Baru beberapa hari lepas di discharge. Dalam masa sebulan masih tak boleh sebut doktor, haih penat ajar.

Selain daripada kelengkapan luaran ni, apa yang lagi penting adalah kelengkapan 'dalaman' seorang HO. Kalau kita masa belajar dulu dengar cerita, kerja HO letih tahap beruk, tertekan, menyebabkan kemurungan(depression), menyebabkan rasa nak berhenti kerja dan sebagainya. Ianya tidak lain melainkan yang benar kerana saya sedikit sebanyak merasainya.

Saya dulu pun fikir, semua belenggu masalah ni disebabkan orang tu sendiri yang tak kuat, tak berdaya tahan. Tapi bila kena penangan itu sendiri, barulah kita tahu. Kena marah, dimalukan, dipandang rendah, diperlekehkan berulang kali, semuanya telah masuk dalam kamus hidup saya. Yang lagi teruk, kadang2 tu kita dah berusaha bersungguh2 nak perbaiki diri, tapi orang atasan kita masih kata kita ni tak cukup bagus. Jadi berikut adalah ciri2 dalaman yang saya rasa perlu ada pada seorang HO.
Kelengkapan dalaman

1. Stamina fizikal - ni kalau kerja waktu kerja pun dah penat, apatah lagi campur oncall. Kalau kat department lain, dengar cerita kadang2 tak sempat nak makan sarapan dan tengah hari pun. Jadi budayakan senaman dalam hidup anda sekarang. Kalau tak senam memanglah larat je kerja, tapi habis kerja je, terbongkang atas katil. Takkan kau nak hidup kau hanya sekadar tidur kerja je. Kalau anda sihat dan mempunyai stamina yang tinggi, anda boleh lagi melakukan aktiviti lain lepas kerja seperti pergi jumpa kawan, keluar makan, pergi membeli-belah dan sebagainya. Saya pastikan setiap seminggu sekali saya pergi jogging di padang bersebelahan asrama.


Adakah saya masih nak jadi doktor?
Persoalan yang pernah bermain di fikiran saya.

2. Kecekalan hati - anda perlu cekal dalam menghadapi segala masalah, dilema, timbunan kerja yang banyak. Kalau anda tak cekal, anda akan mudah putus asa, kusut kepala, tertekan dan akhirnya sakit jiwa. Apa yang saya cuba lakukan adalah 'take things one by one, step by step'. Saya sendiri sewaktu baru kerja 2-3 minggu, rasa macam ini bukan benda yang aku nak buat seumur hidup aku. Rasa tak seronok bila bekerja, hanya letih tekanan yang tak henti2.

"Azzad this is unacceptable. How long have you been here? You need to step up. You called me to come here yet you don't even know(fully) this patient's history."(Ni sewaktu saya awal-awal lagi waktu tu, otak rasa cam bengap sebab keliru kes seorang pesakit dengan yang lain. Akibatnya specialist ni sruh saya present case pesakit tu minggu kemudiannya.)

3. Berfikiran positif - betapa teruk kau dimaki, diperbodohkan dan dimalukan, cuba berfikiran positif terhadap segala kritikan tersebut. Cuba fikir ianya akan membuatkan lebih berusaha keras, lebih rajin baca buku, lebih peka terhadap keadaan pesakit. Contohnya bila saya kena marah sebab tak ambil berat pasal diet pesakit failure to thrive(FTT), menyebabkan saya jumpa dietician, tanya banyak soalan berkenaan cara memberi diet, apa supplements boleh diberi. Saya pinjam nota dietician dan pergi fotostat. Ini menyebabkan saya lebih faham tentang calorie intake, total volume, cara pengiraan dan sebagainya.

"Azzad I think you are weak, I want you to do your assessment with me."(Inilah kata-kata seorang konsultan pada saya minggu lepas di depan semua HO lain. Bayangkan betapa malu dan tertekan saya. Alhamdulillah saya lulus buat assessment dengan beliau. Untuk maklumat anda, beliau pernah extend HO lain dan tiada sesiapa yang berani nak buat assesment dengan beliau. Di penghujung assesment tersebut, beliau kata pada saya "Azzad you did not too bad today". Saya punyalah gembira walaupun itu boleh dikatakan bukan pujian.)
4. Berupaya mengurus tekanan - dulu saya selalu dengar orang kata kita kena pandai asingkan urusan kerja daripada urusan di rumah. Kalau kita tak reti mengurus tekanan, segala tekanan kerja akan dibawa2 sepanjang masa. Bila mandi, teringat esok banyak kerja tunggu, bila makan terfikir mungkin kena marah specialist esok, bila baring teringat peristiwa kena maki, dimalukan sebelum ni. Semua ini akan menyebabkan stress yang tak perlu dalam hidup kita. Kita kena belajar lupakan sementara segala tekanan kerja semasa di luar waktu kerja.

Sembang sambil makan di luar adalah satu keperluan.
Ni gambar aku dan Khalid di 'The Ship' Kampung Baru.

5. Mempunyai sokongan moral - Alhamdulillah, tekanan yang saya hadapi membuatkan saya lebih dekat pada Allah swt, lebih rajin baca Quran, memperbanyakkan berzikir dan sebagainya. Kalau kita ada sokongan ibu bapa, rakan sekerja dan kawan-kawan, ianya BANYAK membantu kita mengharungi kehidupan seharian sebagai HO. Tidak boleh dinafikan, kita perlu 'melepaskan' tekanan yang kita hadapi setiap hari. Salah satu caranya adalah dengan meluahkan masalah, tekanan, bercerita dengan kawan-kawan apa yang berlaku supaya kita boleh 'gelakkan dan lupakan' perkara tersebut, dan seterusnya tumpu pada hari seterusnya. Dengan mendengar luahan rakan HO lain, kita dapat rasakan bahawa apa yang kita lalui itu, perkara yang biasa dan dirasai oleh semua orang. Ini sedikit sebanyak menyebabkan kita rasa kurang tertekan.

6. Mempunyai peribadi yang proaktif dan impression yang baik - Ini adalah masalah utama saya. Semasa round, lebih suka mendengar dan memerhati daripada melibatkan diri. Lagi masalah apabila saya sedar rupanya ekspresi muka saya ni blur secara semulajadi. Jadi kadang-kadang walupun saya faham, bila MO atau specialist tengok muka saya mesti nak tanya " Do you understand me?" Impresi pertama juga sangat penting. Pastikan anda proaktif dari awal-awal lagi. Jangan jadi macam saya, dah tau kena tunjuk impresi yang baik pun, masih nak rilek2 lagi. Saya memang jenis yang tak peduli sangat pandangan orang pasal rupa saya.

Harap artikel kali ini dapat membantu.



Friday 16 October 2009

TAGGING = PERHAMBAAN ZAMAN MODEN?

Kepada para pembaca, silalah memberi maklum balas terhadap artikel yang telah dibaca. Ini supaya penulis mendapat semangat untuk terus menulis dan tahu hasil tulisannya berguna, apatah lagi di waktu lapang yang singkat beliau miliki sekarang. Terima kasih.

Sebarang kenyataan di dalam artikel di blog ini hanyalah pandangan dan pengalaman peribadi penulis sahaja. Ia tidak patut dijadikan rujukan oleh pembaca-pembaca.

Salam bertemu lagi,

Setiap pelajar perubatan yang akan mula bekerja di Malaysia perlu tahu apa itu sistem tagging.

Di permulaan setiap penempatan, houseman perlu menjalani tempoh tagging. Tempoh tagging berbeza antara jabatan dan hospital. Tempoh tagging saya di Institut Pediatrik di HKL baru-baru berlangsung selama seminggu. Di jabatan lain mungkin 2 minggu dan sebagainya. 2nd poster dan seterusnya pula boleh memilih untuk tag 3 hari sahaja setahu saya.

Tagging adalah tempoh pengenalan yang diberi kepada pegawai houseman untuk menyesuaikan diri di setiap jabatan. Ikut hukum alamlah, takkanlah houseman baru atau 2nd poster atau 3rd poster, masuk-masuk dah terus tahu apa perlu dibuat di sebuah jabatan tu kan.

Sewaktu tagging apa yang berlaku adalah, pegawai houseman akan bekerja seperti biasa seperti houseman yang senior sehingga petang(waktu pejabat sampai pukul 5 petang). Jadi apabila houseman senior yang lain balik rumah, houseman yang tagging ni pula kena terus kerja(kena tag) bersama houseman yang on call hari tu sehingga malam.

Sehingga pukul berapa tu sebenarnya bergantung pada doktor pakar/MO/houseman senior yang on call pada hari tu. Contohnya Bunge kat OnG habis selalunya pukul 11 malam(esok pagi mula kerja pukul 630pagi) manakala saya di Paeds secara purata habis pukul 930 malam(mula kerja pukul 730pagi).

Berlainan dengan jabatan lain, jabatan pediatrik akan ada round malam dan saya dibenarkan pulang sebaik sahaja round malam tamat. Jadi bergantung juga pada pukul berapa pakar datang buat round, kerana selain ward saya, ada berapa lagi ward lain. Kalau pakar mula round di ward saya, maka balik awal lah saya hari tu.

Di jabatan lain pula, mengikut pemahaman saya, tiada round malam, jadi waktu balik tu tak menentu bergantung pada keputusan doktor yang on call. Kakak saya di Sungei Buloh pernah tagging sampai 3 pagi di jabatan Surgery, tapi sekali je kut macam tu.

Di waktu tagging ni, adalah penting untuk houseman baru belajar bagaimana sistem rawatan di ward hospital Malaysia berfungsi. Kena tahu (contohnya di Paeds):-
1. apa susun atur case history(ticket) dan clerking di hospital Malaysia
-apa ciri khusus setiap jabatan, contohnya paeds perlu delivery, immunization, developmental dan diet history
-mantapkan dan lancarkan susun atur soalan pada ibu bapa pesakit
-apa yang perlu ditanya bagi setiap symptom di dalam anamnesis

2. bagaimana teknik betul melaksanakan prosedur dan bagaimana prosedur makmal patologi berfungsi
-teknik mengambil darah yg betul, contohnya kalau tak goncang FBC tube nanti clotting, pastu sampel ditolak makmal, pastu kena ambil darah sekali lagi
-kalau sampel darah urgent apa yang perlu dibuat, di mana makmal terletak
-tube untuk FBC, RP, LFT, bekas untuk VBG yang mane satu
-cara ambil nasal swab H1N1 wet and dry

3. apa dokumen perlu tahu atau perlu diisi
-dokumen notifikasi untuk penyakit Denggi, Malaria, H1N1
-dokumen untuk hantar ujian darah
-surat referral
-mana nak baca growth chart, temperature chart, IO chart, PCV chart(Denggi), vital sign
-cara tulis prescription untuk inpatient, outpatient

4. apa rutin harian di ward spt pukul berapa round berlangsung, bila masa buat review dan sbgnya
-pukul brape masuk kerja, buat review, AM round, PM round, night round, pukul brape balik selalunya
-bila nurse ambil VS, kasik ubat
-kalau perlu rawatan segera, apa perlu buat
-setiap lab result perlu ditandatangan, dicop

5. cara untuk bentang kes pada doktor pakar setiap kali round
-apa yang MO atau pakar ingin tahu daripada setiap pesakit
-hafal kes setiap pesakit di bawah jagaan kita(setengah pakar tak kasik baca)
-apa dinamik yang pakar expect kita tahu tentang pesakit
-tahu setiap jenis ubat atau rawatan yang pesakit kita ambil, hari ke berapa(contohnya oseltamivir hari ke-3, cefuroxime hari ke-4, correction NS 1000ml in 12 hours)

6. bagaimana proses discharge pesakit
-dinamik keadaan pesakit
-siapa berkuasa discharge pesakit
-apa dokumen perlu diisi
-kalau diberi ubat, perlu isi PS
-kalau ada follow up, isi buku follow up
-kalau pesakit AEBA pastu nak kasi MDI treatment di rumah, perlu ajar ibu bapa macam mane nak guna

7. setiap kata singkatan yang diguna oleh staf
-BHT fail case history(nama penuhnya saya tanya nurse, senior, setakat ni takde orang yang tahu)
-FBC full blood count, RP renal profile, VBG venous blood gas, blood C&S blood culture and sensitivity
-PCM paracetamol(lepas aku tanya senior tu, rasa malu gila sebab tak tahu), EBB cream
-ICR intercostal recession, DRNM dual rhythm no murmur, PU pass urine, BO bowel output
-PS prescription slip, IO chart input and output, CBD continuous bladder drainage(catheter)
-DAN BANYAK LAGI, yang penting jangan malu tanya
-AGE acute gastroenteritis, AEBA acute exacerbation of bronchial asthma

8. cara memberi rawatan
-cara kira fluid maintenance, fluid correction, potassium deficit, requirement
-cara kira dosage untuk setiap ubat untuk setiap pesakit spt antibiotic, PCM
-cara beri ORS
-cara prescribe nebulizer contohnya kanak-kanak bawah setahun kasik
        Neb. Salbutamol 1:3 stat, kena tahu apa maksud 1:3 tu, berapa mg salbutamol ada dalam ratio tu. Berapa kali dibenarkan kasik Neb jika keadaan pesakit tidak semakin baik. Kita kena auscultate peparu pesakit setiap kali lepas Neb untuk kenalpasti keadaan pesakit. Kesan sampingan Neb seperti tachycardia perlu dipertimbangkan bagi setiap pesakit. Semua ni saya belajar masa tagging.

9. Dan BANYAK LAGI!!!!!!!!

Waktu masuk kerja

Waktu balik kerja
Selepas tempoh tagging ni tak bermaksud kita perlu dah tahu semua. Tidak. Proses pembelajaran akan berterusan, cuma tempoh 'perhambaan' ini mendedahkan houseman dengan sebanyak mungkin supaya beliau memperoleh keyakinan untuk bekerja sendiri tanpa terlalu bergantung pada houseman senior atau MO lain.

Ingat, tempoh tagging ini adalah supaya houseman dapat MENYESUAIKAN DIRI dan MEMBINA KEYAKINAN untuk bekerja sendiri kelak. Disebabkan itu, jika houseman merasakan bahawa beliau belum yakin untuk bekerja sendiri, maka dia boleh minta supaya tempoh tagging disambung sehingga beliau peroleh keyakinan. Ini tidak dikira sebagai extension malah bukan satu yang mengaibkan. Sesetengah daripada kita memang memerlukan lebih masa untuk menyesuaikan diri.

Jadi bezanya apabila kita telah tamat tempoh tagging ini adalah, kita akan diberi cubicle sendiri atau pesakit sendiri untuk dijaga. Yakni, daripada clerking, review, ambil darah, prescription, monitor perkembangan pesakit, bentang pada pakar, pasang IV line sehingga ke discharge adalah menjadi tanggungjawab kita. Tiada orang nak mengingatkan bahawa pesakit ni tak amik darah lagi(kadang-kadang nurse ingatkan), IV tak pasang lagi dan sebagainya.

Jadi dengan itu bermulalah hidup saya sebagai houseman yang sebenar. Yang bagusnya balik kerja lepas pukul 5, kalau pakar dah baliklah(jangan balik sebelum pakar balik, atau selagi kerja tak abis). Yang tak bagusnya, bermulalah nama kita masuk jadual on call.

Setakat ni saya baru pernah sekali buat on call. Jadi bila dah banyak kali buat on call nanti baru saya cerita pasal on call ni.

Saya lupa pula nak beritahu yang masa dalam tempoh tagging ni korang akan kerja sampai hari Sabtu dan Ahad. Tiada hari cuti! Tetapi bila dah habis tagging, di Paeds HKL ni saya dapat cuti hari Sabtu dan Ahad kecuali kita on call hari tu(tulah sebabnya saya boleh ada masa tulis artikel ni). Tetapi kalau jabatan lain, tak semuanya begitu. kalau Medical, hari Sabtu dan Ahad, houseman tetap kena kerja, tapi kalau tak silap saya separuh hari jelah.

Semasa saya tagging dulu, memang sangat letih secara fizikal. Tumit tu rasa macam calcaneus tu sentuh lantai dah. Kalau balik pukul 10 tu, barulah pergi cari makan malam. Pukul 11, baca sikit nota ringkas saya untuk hari tu, kemudian tidur. Tidur tu memang rasa tak cukuplah. Walaupun kita rasa letih, tapi tak rasa ngantuk kerana kerja sentiasa ada depan mata. Tapi kalau takde kerja buat seketika tu, rasa kelopak mata ni macam kena gam gajah dah. Letih punya letih, saya rasa adrenalin baru mula kerja tu banyak membantu untuk mengharungi tempoh tagging saya. Kalau saya letih, tak tahulah mereka yang tagging di Medical, Surgeri dan O&G rasa macam mana. Itulah sebabnya, bila saya makan luar ngan kawan lain, kawan-kawan macam Bunge, Izat dan Hana, susah sangat nak jumpa kerana keletihan yang teramat.

Nasihat saya 2 jer, sediakan makanan dan minuman ringan dalam beg siap-siap masa tagging(sebab banyak berpeluh, badan kurang air) dan BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH.

InsyaAllah di dalam artikel seterusnya, saya akan ceritakan tentang kelengkapan yang perlu ada pada seorang houseman(kalau dah tentukan awal-awal apa yang nak diceritakan, rajin skit nak menulisnya).

Sebarang soalan berkenaan tagging dialu-alukan.

Salam 1Malaysia.

Sunday 27 September 2009

HOSPITAL KUALA LUMPUR

"In HKL you don't say you don't know. Ask what you don't know and why you don't know."

Dr. Kuldip Kaur Prem Singh
Salam,
Pada 16/09/09 yang lepas, jejaklah kaki saya di Hospital Kuala Lumpur buat pertama kalinya dalam hidup. Perjalanan bukannya mudah. Bertolak pukul 6 pagi lepas sahur dan solat Subuh, dari Skudai ke Kuala Lumpur. Sampai pukul 930 pagi, padahal taklimat bermula pada pukul 9. Hari pertama dah buat hal. Nasib baik Dr. Kuldip(pemberi taklimat) tak 'fire' teruk.

Dalam taklimat tersebut, semua houseman telah diberi penempatan tanpa diberi pilihan. Tukar suka sama suka pun tidak dibenarkan. Jadi dapatlah saya Jabatan Pediatrik sebagai penempatan pertama. Selain saya, untuk pengetahuan budak Volgo, Hana, Izat, Nurul, Khalid dan Bunge  dari VolSMU juga ditempatkan di Kuala Lumpur.  Hana dapat Medical, Izat Surgery, Bunge O&G, Khalid dan Nurul pula dapat Orthopedik.

Semasa taklimat tersebut, banyak juga dokumen yang perlu diisikan seperti KWSP, Surat Aku Janji dan sebagainya. Di HKL ni, Houseman dibenarkan untuk tinggal selama setahun di asrama pelatih yang terletak di kawasan HKL. Lepas tu, kena pindah keluar. Mereka juga boleh memilih untuk menetap di luar memandangkan bilik asrama ni terhad. Bagi yang tinggal di asrama, RM400 akan ditolak daripada gaji dan elaun bulanan. Kira untung jugalah, sebab sewa kat KL ni mahal-mahal belaka.



Alhamdulillah saya dapat bilik yang duduk seorang, manakala yang lain pula, ramai yang kena berkongsi bilik 2 orang. Bilik air tak perlu kongsi, syukur-syukur. Hari tu sembang dengan Khalid betapa besarnya bilik asrama dekat sini. Tapi kalau fikirkan balik, asrama kat Volgo kut yang sempit sebenarnya.





Beberapa hari awal bekerja di HKL ni, banyak kali juga terserempak dengar senior VolSMU'08, seperti Adib, Gana, Kak Suraya, Kak Farah, semua nampak OK jer. Jangan percaya cerita-cerita mengumpat kat Volgo tu. Semuanya tak betul. Bila berjumpa tu sempatlah bertanya khabar, minta nasihat dan sebagainya. Nampak mereka semua boleh berjaya, kuranglah rasa takut nak bekerja.

Bagus juga bila ramai kenalan di tempat kerja, sebab bolehlah berjumpa, cerita pengalaman kerja di Jabatan lain, bergurau-gurau, hilangkan tekanan.




Ni gambar baru tadi ambil dekat Pizza Hut Kampung Baru. Aku dah habis tempoh 'tagging' di Orthopedik, Khalid dan Nurul pula tagging di Jabatan Orthopedik, tulah boleh pergi melepak malam-malam. Kenapa Bunge, Izat dan Hana tiada? Itu nak kena tahu apa itu tagging.






Ni gambar di Pameran Lat di KLCC. Malam tu, memandangkan habis tagging awal, saya dan kawan-kawan pergi makan di Restoran Padi dekat KLCC.








InsyaAllah, lain kali saya akan ceritakan berkenaan 'tagging' pada artikel seterusnya. Sebab penting juga, pelajar-pelajar perubatan faham apa itu tagging dan apa yang perlu dijangka. Sehingga bertemu lagi.


Sebarang kenyataan di dalam blog ini tidak semesti semuanya betul. Ia hanyalah hasil pendapat penulis dan tidak sesekali dijadikan satu-satunya panduan untuk bekerja.

Monday 21 September 2009

INDUKSI dan BTN

Kemaskini : Berkenaan temuduga, lagilah tak perlu risau. Sesetengah penemuduga tu cuma sekadar cakap, "Ceritakan saya tentang Rusia." Dah habis cerita, tamat temuduga. Tetapi saya kena tanya tentang struktur organisasi Kementerian Kesihatan Malaysia dan beberapa 'clinical case'.

Saya telah menjalani induksi dan BTN pada 09/09/09 lepas selama seminggu di Casa Rachado, Port Dickson. Tarikh kita mula induksi adalah tarikh gaji kita mula dikira. Memandangkan ianya dijalankan semasa bulan puasa, maka jadual aktivitinya tidak sesak. Selalunya lepas pukul 6 petang, peserta sudah 'dilepaskan'. Sebaliknya, kawan yang jalani induksi di luar bulan puasa, terpaksa dengar ceramah, kadang-kadang sehingga pukul 11 malam. Ujian-ujian tulis tu semua, pasti lulusnya jangan risau.

Jadi siapa yang tengah fikir nanti bila nak daftar temuduga, buat induksi dan sebagainya, ikutlah 'selera' masing-masing.




Penempatan(posting) akan diberitahu samada pada hari pertama atau kedua induksi. Saat tu, kalau nak cerita, ada yang senyum gembira dan ada pula yang menangis. Yang nangis tu bila mintak KL(ketiga-tiga hospital pilihan), lepas tu dapat hospital di Tawau. Tak ke aniaya macam tu. Dahlah perempuan pulak tu. Ada yang mintak Putrajaya dapat Kota Kinabalu, ada yang mintak Selangor dapat Hospital Muar. Ada juga kes minta Hospital Seremban, tak dapat. Tapi orang yang tak mintak langsung, dapat pula Hospital Seremban. Jadi bersiap sedialah, terutama sekali kaum Hawa ni.

Sebenarnya janganlah duduk berangan sangat aku nak kerja kat hospital inilah itulah. Belum tentu dapat.

Tapi mereka yang tak berpuas hati, bolehlah membuat rayuan. Harapan tipis kecuali mereka yang dapat Sabah dan Sarawak. Selalunya bila rayu akan dapatlah hospital kat semenanjung.

Apa-apapun, saya telah dapat penempatan di HKL, iaitu hospital yang saya mintak(ketiga-tiga pilihan saya letak HKL jugak).

Tapi yang paling kejam lagi durjana adalah kita akan dipanggil kerja keesokan harinya tarikh kita tamat induksi(kecuali hujung minggu). Contohnya saya tamat induksi 15/9, tarikh daftar di HKL 16/9. Saya petang tu terpaksa tergesa-gesa balik ke Skudai, Johor. malam tu kemas semua barang-barang, kemudian esok pagi pukul 6, bertolak ke KL. Tak ke letih.




Sebarang kenyataan di dalam blog ini tidak semesti semuanya betul. Ia hanyalah hasil pendapat penulis dan tidak sesekali dijadikan satu-satunya panduan untuk bekerja.