Salam,
MENULIS
Saya masih ingat, ketika ujian
semester 1 tingkatan 5 di MRSM Langkawi dulu, untuk karangan Bahasa Melayu,
saya terkesima bila tatapi markah 50% pada kertas saya. Rasa kelam masa depan.
Segera saya jumpa cikgu BM masa itu, saya masih ingat cikgu Murni namanya.
Selepas itu, saya menerima latihan intensif menulis karangan sehinggalah
mencapai A1 dalam Bahasa Melayu semasa SPM.
Saya seorang yang berfikir banyak.
Sambil baring atas katil, tenung dinding, saya akan berfikir. Sehinggakan ada
kawan yang lalu lalang berkata, “Ya Allah Azzad, apa kau fikirkan tuuu!!”
Sehinggakan buah-buah fikiran yang terlahir berulang-ulang dalam fikiran,
sampai tidak tertidur.
Suatu hari ketika di Volgograd,
Rusia, saya ambil keputusan meluahkan fikiran dengan menulis pada blog. Ianya
lebih kepada melepaskan saya daripada kekusutan berfikir, berbanding berkongsi
dengan orang ramai. Pada masa awal-awal dulu, satu artikel pendek boleh ambil
masa 2-3 hari untuk disiapkan. Namun kebanyakannya melibatkan isu ‘berat’, jadi
tidak ditelaah ramai.
Meluahkan kekecewaan terhadap politik negara dengan mendidik generasi muda nilai-nilai positif sejak kecil. |
Mengajar bahawa dalam kehidupan ada perkara yang nampak dan rasanya mustahil. |
Namun diri perlu cekal dan tidak putus asa. |
Didik MINDA POSITIF dengan membuktikan bahawa sesuatu yang nampak mustahil itu sebenarnya boleh dilakukan. |
Anak-anak sedang memproses mesej sewaktu sesi perbincangan. |
Buka puasa sunat sama-sama bersama kaunselor Arni dan Wan di restoran Sukhumvit selepas tamat aktiviti. Tom yam nya lain macam rasanya. |
Sehinggalah saya menulis blog
sayadoktor, apabila karangan saya mendapat sambutan ramai. Kalau cikgu Murni
tahu betapa ramai pembaca blog saya pasti dia berasa bangga. Sebab dapat anak murid macam saya. Hihi.
TEKANAN MENTAL
Penyakit mental kelak dijangkakan
menjadi ancaman utama kesihatan di Malaysia. Dijangkakan doktor psikiatri,
psikologis dan kaunselor pada masa hadapan, akan menjadi antara kerjaya untuk
‘membuat duit’. Kita sudah dapat lihat perkembangannya kini di negara barat.
Sebelum ini saya pernah ceritakan
keinginan untuk mengubah diri menjadi doktor yang lebih baik. Bagaimanapun, ada
hari, ada ketikanya, akibat terlalu penat dan tertekan, akibat terlalu benci
kerja atas panggilan(BENCINYA!!), menyebabkan saya terlepas pertimbangan. Saya
cepat marah, cakap secara kurang baik, tidak ikhlas semasa membuat kerja.
Kadang-kadang ego.
Saya minta maaf!
Ketika sedang bersembang dengan rakan-rakan yang juga kaunselor, mereka mengesyorkan untuk membuat ujian personaliti untuk lebih
mengenali diri sendiri. Selain dapat kenali diri sendiri, saya juga dapat mengenali berbagai personaliti orang lain.
KEMATANGAN DIRI
“Waktu kamu buat housemanship adalah
waktu paling teruk dalam hidup kamu!!”, kata Dr Latif, presiden IMAM, kepada
kami, di INTEC, Shah Alam, sebelum kami ke Rusia.
Saya benci untuk mengatakannya,
tetapi saya katakan juga, kesusahan yang saya alami semasa housemanship ini
telah banyak mematangkan diri saya.
Namun itu bukan alasan untuk tidak
mengubah cara kerja doktor di Malaysia. Malah saya percaya jikalau sistem
berubah mengikut peredaran zaman, mungkin saya dan rakan-rakan akan menjadi
doktor yang lebih baik.
Bersama Dr Helmi dan Dr Nadrah di Flying Chillies, Gardens. Seorang kenalan suka makan Tom yam di sini. :-) |
Dr Khalid dan saya sama-sama mula dan tamat HOship. |
Saya sempat merasai sistem syif
selama seminggu. Sebagai seseorang yang
telah merasai sistem lama, sistem baru ini memberi lebih masa untuk doktor
berehat, masa untuk membaca dan melakukan aktiviti luar.
PENUAAN
Bekerja sebagai doktor di wad dan
klinik, pastinya kita akan berhadapan dengan orang tua. Kita akan perasan
bahawa terdapat 2 golongan orang tua. Yang pertama adalah mereka yang masih
tidak puas dengan kehidupan. Mereka meminta-minta, bermulut celupar, tidak menjaga
perasaan orang lain, sentiasa tidak selesa dan banyak mengadu.
Yang keduanya adalah mereka yang
telah mencapai ketetenteraman dalam kehidupan. Mereka selalu senyum melihat
doktor, tidak sabar tunggu doktor bagi mereka balik ke rumah, bercakap ringkas,
cuba menyedapkan hati doktor dan mesra dengan orang di sekitar mereka.
Bila saya tua nanti, harap saya jadi
seperti golongan kedua. Saya juga harap saya mati berjuang dan bukan di atas
katil.
AYAT POWER
“Makcik, saya ni pekerja kerajaan saja. Kalau tiada kerja lagi saya suka. Tapi saya nak bedah makcik ni sebab saya betul-betul nak tolong makcik, bukan suka-suka saya.”
Ayat power Mr Azam yang telah akhirnya meyakinkan seorang pesakit untuk memotong kakinya akibat Gangrenous Diabetic Foot, setelah orang lain gagal.
Perkara yang tidak diajar atau
ditekankan sewaktu belajar perubatan dulu adalah kemahiran komunikasi. Suatu
yang penting untuk mendapat maklumat daripada pesakit, mendapat kerjasama
pesakit, mendidik pesakit dan merawat pesakit dengan berkesan. Ini akhirnya
akan memberi kepuasan kepada pesakit dan juga doktor itu sendiri.
Saya tidak tahu bagaimana untuk
menekankan di sini betapa pentingnya kemahiran ini bagi seorang doktor. Ianya
bukan sesuatu yang ada sejak lahir, tetapi dipelajari, dilatih dan diasah
sewaktu melalui housemanship. Saya masih ingat lagi saya yang penyenyap dulu
sewaktu penempatan pertama. Mentahnya saya.
FORENSIK
Sepanjang kerjaya doktor setahun
jagung ini, saya telah merawat perempuan mengandung, bayi, kanak-kanak, remaja,
orang dewasa dan orang tua. Untuk melengkapkan pendedahan saya sebagai doktor,
akhirnya saya telah memilih Jabatan Forensik sebagai destinasi terakhir untuk
saya timba ilmu sebelum dicampak ke dunia luar. InsyaAllah saya akan bekerja
sementara di situ(sebagai MO floating) untuk sebulan dua.
Saya masih ingat seorang pakcik yang
masuk ke wad perubatan disebabkan sakit perut. Kemudiannya mengadu susah nafas
pada waktu lewat malam atau awal pagi. Setelah diselidik, kami masih tidak
dapat menentukan puncanya. Akibat hampir setiap malam mengadu susah nafas dan
tiba-tiba pulih sepenuhnya selepas itu, saya dan rakan-rakan sudah berprasangka
bahawa pakcik itu berpura-pura. Satu benda yang saya menyesal dan masih ingat
sampai sekarang.
Budaya buang sampah merata-rata. Tiada rasa malukah pada generasi muda?! |
Setelah balik daripada cuti, saya
diberitahu kawan, pakcik tersebut sudah meninggal.
Apabila saya baca buku kemudiannya,
terlintas di fikiran saya tanda-tanda pakcik tersebut seperti NSAID poisoning
walaupun beliau menidakkan mengambil ubat luar selain apa yang kami berikan.
Itu antara sebab saya ingin pelajari
sedikit sebanyak ilmu forensik untuk mengetahui bagaimana menentukan punca
kematian seorang pesakit.
LANGIT
Masa sekolah rendah, kita akan
ditanya, “Apa warna kegemaran kamu? Apa makanan kegemaran kamu? Apa cita-cita
kamu?” Saya seperti kawan-kawan lain, bersemangat untuk mempunyai jawapan
sendiri. Maka saya telah tetapkan kalau orang bertanya apa warna kegemaran
kamu, saya akan jawap, “BIRU!!” Akhirnya saya dimasukkan ke rumah sukan HIJAU.
Bila saya bercakap tentang langit,
ianya meringankan tekanan dan kesusahan dalam hidup saya. Bila saya bercakap
tentang langit, saya sebenarnya bercerita tentang Allah swt. Langit
mengingatkan saya pada Allah swt. Bila saya rasa susah hati, saya lihat langit,
saya tahu Allah swt tahu dan fahami apa yang saya rasai. Tidaklah saya rasa
keseorangan.
MEMBINA MASJID
Tidakkah anda saksikan,
Cinta yang roboh,
Tidak berlandaskan ad-Din?
Maka mengapa,
Masih memilih jalan tersebut.
Usaha membina masjid bermula sebelum tiang dipacakkan. Iaitu dengan mengenali pasangan dengan cara yang betul. |
Masjid tidak dinilai pada luarannya semata-mata tetapi pada dalamannya. Pasti ianya perlu dihias dengan ilmu. |
Tujuan membina masjid bersandarkan Allah swt, insyaAllah lebih kukuh. |
Kawan kata, “Nanti bila Azzad kahwin nanti, dia nak buat blog SAYASUAMI pula.” HAhHAhaha.
MANGKUK
“Inilah namanya doktor mangkuk!!!
MANGKUKKK x 6!!!” Ms A, pakar orthopedik.
Akibat berita mengenai petisyen
lepas telah tersebar, ada doktor pakar yang telah memasang mata-mata di
kalangan HO untuk perhati pergerakan saya. Akibat ‘dikawal rapi’ terpaksalah
saya mencuba teknik kreatif untuk menegur perbuatan seorang doktor pakar yang
suka menjerit memaki hamun para HO dan juga MO sebelum saya pergi.
Berikut adalah SMS yang saya terima daripada beliau:-“Dear Azad, thank you for the flower & the suggestion. About ur comment is only ur and HO point of view. If somebody point out to u that u are not to the standard, definitely u will be angry. For a person with +ve attitude they will take it as a challenge & improve. For the one with –ve attitude will blame the person who point out the subject. Anyway good luck for ur future :-)
HALA TUJU KEDOKTORAN
Sebulan lepas, saya telah menghadiri
sebuah konferens anjuran MOSTI IMAM. Di konferens kerjaya tersebut, perkara
yang saya dapati adalah, kita perlu awal menetap sasaran dalam kerjaya hidup
kita dan fokus untuk mencapai sasaran tersebut.
Di sepanjang latihan perubatan
siswazah, saya dapati saya lebih gemar kerja di klinik berbanding di wad. Saya
rasai kepuasan bekerja di barisan hadapan seperti di Jabatan Kecemasan, Klinik
Pakar Perubatan, Pembedahan, Orthopedik dan Obstetrik dan Gynekologi.
Saya percaya pada falsafah
Preventive Medicine, yakni mencegah daripada sakit atau merawat sebelum
penyakit menjadi lebih teruk. Begitulah sepatutnya hala tuju bidang perubatan
di masa hadapan. Mendidik pesakit adalah salah satu tanggungjawab seorang
doktor.
Doktor zaman sekarang buat locum macam nilah. |
Maka saya bercita-cita untuk menjadi
pakar dalam Family Medicine. Pakar yang bekerja sebagai barisan hadapan di
klinik(klinik pesakit luar atau klinik kesihatan), hanya pada waktu
pejabat(atau kurang kerja atas panggilan), dan rapat berinteraksi dengan
masyarakat.
Harap, pada penghujung latihan
perubatan siswazah, anda juga sudah menetapkan sasaran kerjaya anda dan fokus
untuk mencapainya.
PENEMPATAN SETERUSNYA
Sebelum mula penempatan akhir, para
HO perlu mengisi borang permohonan penempatan apabila menjadi doktor
perubatan(MO) kelak. Saya meletak pilihan Sabah, Sarawak dan KL. Saya telah pun
menerima surat penempatan di sebuah negeri di Pulau Borneo. InsyaAllah akan
berpindah ke sana dalam masa beberapa bulan lagi.
Seperti yang saya pernah ceritakan
sebelum ini, saya inginkan suasana kerja yang baru dan berkhidmat bersama
masyarakat yang memerlukan(bukan meminta atau mengarahkan) rawatan perubatan.
Tidak sabar untuk bekerja di sana, apatah lagi sebagai pegawai perubatan(MO)
dan bukan pegawai perubatan siswazah(HO). HAhahaha.
Saya ucapkan terima kasih kepada
semua pembaca blog saya selama ini. Saya bersyukur kerana Allah swt telah
memberikan saya peluang untuk menyumbang sesuatu pada masyarakat melalui blog
ini. Segala pengajaran dan pengetahuan daripada blog ini, harap anda semua akan
amalkan dan sebarkan kepada yang lain. Yang kurang dan salah, harap dimaafkan.
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (Ash-Syar-h 94:5-7)
Sehingga kita jumpa lagi.
Terima kasih atas sokongan pembaca semua. Jika anda rasa blog ini berfaedah bagi rakan-rakan anda yang lain, jemputlah mereka baca sekali.
good luck in MO life..bigger responsibility is waiting for u...and u will miss HO life at times..;)
ReplyDeletesalam Dr.Azad
ReplyDeletesy dh lama jd silent reader dr. dan sedih rasenye bila sy bce ni adalah episod terakhir blog.sy blajar byk mngenai dunia HO dr blog ni.trima kasih sbb byk berkongsi experience dr.sambung la tulis lagii.plsss
ps: semoga cepat jumpa bakal isteri.aminn..
dah episod akhir betul ke dr???
ReplyDeleteplz sambung lg...sy suka bc sbb byk beri smgt n tunjuk ajar..
salam..
ReplyDeletesedh plak bila tau episod last.. :(
apa pun, semoga Allah memberkati perjuangan doc.. :)
p/s: betul ke xnak tulis blog lg??
aku yakin ni bukan nukilan terakhir hang...aku tak rasa hang akan buat blog sayasuami, mungkin sayadiborneo.blogspot.com..haha..
ReplyDeleteblog ni banyak membantu budak2 kat luar sana.memberi harapan yang grad dari negara2 tertentu pun mampu cemerlang dalam Housemanship kalau berusaha..
thanks azzad..
-afiq-vsmu-
ol d best doctor! :) nanti bila pergi borneo sama ada sabah or sarawak....kta kena klaka bahasa sawak nak?? hehe..kalau bahasa sabah plk ada irama tersendiri....
ReplyDeleteni episod akhir musim ni. macam drama2 lain, akan ada musim ke 2 dan 3 insyaAllah jika berkesempatan
ReplyDeletedr azzad...enta permainkan perasaan kami..mati2 igt dah xde sambungan...huhu...
ReplyDeleteana sentiasa follow up blog enta...
sbgi bekalan utk HO kelak..insyaAllah...
selamat maju jaya...moga Allah permudahkan segala urusan enta =)
mantap azad..kitorg bangga dgan ko !!
ReplyDeletedari geng2 6 stgah !!
selagi menjadi doktor, tolonglah jgn berhenti tulis blog saya doktor, KECUALI, anda dah bertukar status seperti SAYAUSTAZ. =)
ReplyDeleteAnyway, saya baru balik dari negeri sarawak. dengarnya, di sana islam sangatlah lemah. ilmunya kurang sampai, mungkin kurang kemudahan@alatbantu. (mungkin ikut kawasan tertentu) tolonglah doktor, jika ada kemampuan. sebarkan islam walaupun di mana berada. berpeganglah pada tali Allah sentiasa. semoga berjaya doc!
Salam, Dr Azzad. Jgn berhenti menulis kerana dengan menulis juga kita dapat malepaskan tekanan dlm diri kita.
ReplyDeleteDik, ada waktu kebenaran/teguran amat pahit untuk diterima oleh yang lebih dewasa apatah lagi kebenaran/teguran itu dtg dari yang lebih muda. Apa2 pun Azzad dah buat yang terbaik pd pandangan kakak, semoga DR AZZAD terus berjaya walau dibawah langit mana pun Azzad tercampak, samada cerah atau mendung, itu belum pasti. SELAMAT MENEMPUH ALAM MO.
salam kak rohani
gudluck in what you choose...
ReplyDeleteAssalammualaikum dR..tERima kAsiH unTuk segala pErkONgsian..DarIPADA TaKuT dENGAN bIDANG PeRUBATAN,sAYA jAdI beRANI+BeRIlMU dENGAN biDANG NiE...wlu sy dlm NUrsing..sEGALA enTrY yG ada Dapat D'APPly Dalam kEhIDUPAN...TaHniah2.TeRUSKAN PeNULISAN yEp...
ReplyDeletetak semestinya teguran dari orang muda itu salah..dan tak semestinya juga teguran dari orang yg lebih tua itu betul..jika sama2x boleh berfikiran terbuka dan menerima setiap pendapat secara terbuka...rasanya isu terasa2x hati..takkan timbul ...mungkin isu untuk lebih maju pasti akan wujud dari semua tu...:-)
ReplyDeletejust wondering..masa amik medicine dulu xbelajar communication kah?sy sgt setuju..mslh utama kita adalah kurangnya komunikasi yg efektif.
ReplyDeletesebab dah jumpa calon,maka blog dah tidak relevan lagi.. adakah?? hehe..
ReplyDeletegood luck zad.. langsung x penah keje dengan kau kat hkl, xpenah dapat department yg same sekali pon.. pela,denga cerita2 dari HO laen sumer kate ko hebat.. bagus la tu,mengharumkan name volgo..
dah jadik specialist nanti jgn lupe aku pulak.. and jgn lupe jemput gak nanti,huhu..
jangan la ni post yang lasttt!!! baru je nak follow this blog..
ReplyDeleteouch!!! KUCIWA~~~
dr sy pon kat pulau borneo gak. tpi baru student la.hehe. borneo tu luas, kat utare ke slatan ke barat ke timur?
ReplyDeletedtg la sini..ins ALLAH ade langit,dan mungkin lagi cantik dari yg HKL :)
Good luck la azzad... Moga cepat ko bina masjid pulak...
ReplyDeleteZizi, putrajaya
Korang ni doa2 jgn setakat taip je yer. Nanti waktu solat doakan skali. Sejuk hati saya.
ReplyDeletedimana2 pasti ada langit..jgn lupa pesanan sy..dimana bumi dipijak di situ langit dijunjung..all the best!!
ReplyDeletebanyak cerita dalam satu entry. entahlah..hidup mungkin begini. kadang memilih untuk muncul dan kadang memilih untuk menghilang. selamat maju jaya. saya doa untuk Dr. :)
ReplyDeletegoodluck Dr..sy belajar di ukm tepi hkl dan selalu g hkl tp xpenah nampk Dr.skrg Dr sudah mahu berpindah.. goodluck Dr..
ReplyDeletebru strt bce ropenya da ep last.2b continued la nih..good2.
ReplyDeletesmoga dpermudahkn sgala urusan.
langit tetap biru & sya jangkakan langit sna lbh cntik sbb dkt laut!keep in mind awan xsentiasa putih..akn ada awan mendung juge..~
berjalanlah untuk melihat n mntafsir^^.
*tringin nk p tgk keindahan flora di sbh/srwk*
insyaallah ..
ReplyDeletesama2 berbakti utk masyarakat :)
aku juga akn melangkah ke dunia seorang kaunselor, mohon doa moga impian ini terlaksana sebaiknya ^_^
tahniah!
ReplyDeleteassalamualaikum..
ReplyDeletejalan2x melawat kawasan taman di blog doktor..
dari penulisan doktor tu..
memang benar..
kadang2x.. langit tu memberi kita satu ketenangan kerana dia sentiasa bergerak pada paksianya..
yang membawa sesutu yang kita tidak ketahui..
kadang2x.. kita mula berfikir tentang nesib diri kita.. melihat awan biru nun di sana yang sentiasa ada dan tidak pernah jemu menyapa kita bukan..ia salah satu kaedah untuk bermuhasabah siapa diri kita ketika itu..
tahniah juga di ucapkan coz dah berjaya harungi hidup sebagai seorang doktor.. teruskan perjuangan doktor...doktor nie suka perhatikan manusia ye..coz memang betul apa yang doktor lihat.. de dua glongan org tua.. tpi kebykan yang saya jumpa di hospital adlah golongan kedua.. bila kita tahu bagaimana cara untuk berkomunikasi insyallah mereka akan mudah mesra.. sbb itu petingnya komunikasi dalam perhubungan..kerana kita dapat mengetahui dan menyelami hati seseorang...
sampai di sini sahaja.. sekian... wslm
langit ciptaan allah sangat cantik
DeleteHi dr, Im a final year medical student and I will be applying for housemanship soon. May I ask for your overall opinion of housmanship in HKL? Thank you
ReplyDeletegud luck dr azad :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAmacam langit Pulau Borneo? sama indah kan....
ReplyDeleteGreetings and Good Day !
ReplyDeleteWe are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).
We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
Lady doctor
MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
Possess valid Annual Practicing Certificate
Registered with Malaysia Medical Council
Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
Attended an Obstetric Life Saving Skill
Attended A Neonatal Resuscitation Program
Working hours negotiable with minimum on-call
Very attractive salary RM7,000 (starting)
Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com
Clinic information:-
PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
NO. 12 JALAN SL 1/13
BANDAR SUNGAI LONG
43000 KAJANG
SELANGOR
TEL / FAX: 03-90114833
Sender:-
Ir. Aznial Rahmat
Director
KASIH Group
012 312 9264
aznial@gmail.com
ReplyDeleteAssalamualaikum... saya ni lepasan SPM.. Menjadi seorang pakar psikiatri adalah matlamat saya.. cuma nya saya nak tanya.. untk mnjadi seorng psikiatri, diploma saya kena ambil medic then degree kena ambil psikologi ke? Ataupun sebalik nya.. mohon bantuan ye..
Untuk menjadi seorang pakar psikiatri, anda perlu mendapat kelulusan perubatan(doktor) dahulu, kemudian sambung belajar di dalam bidang psikiatri. Jika tidak, anda juga boleh mempelajari bidang psikologi. Pegawai psikologi juga berkerjasama dengan doktor psikiatri dalam merawat pesakit.
DeleteSyukran ...
Delete