Sunday 28 February 2010

DILEMA SEORANG HO, EPISOD 2

Kepada para pembaca, silalah memberi maklum balas terhadap artikel yang telah dibaca. Ini supaya penulis mendapat semangat untuk terus menulis dan tahu hasil tulisannya berguna, apatah lagi di waktu lapang yang singkat beliau miliki sekarang. Terima kasih.


Sebarang kenyataan di dalam artikel di blog ini hanyalah pandangan dan pengalaman peribadi penulis sahaja. Ia tidak patut dijadikan rujukan oleh pembaca-pembaca.

Assalamuálaikum, salam 1Malaysia,

2 minggu lagi genaplah 2 bulan saya berada di Jabatan Pembedahan(Surgery). Rasa seperti baru semalam saya berada di Peads, tapi begitulah masa cepat berlalu zaman kita ni. Maka genap 2 bulan jugalah saya dah lama tidak berkesempatan untuk blog. Ini memandangkan tekanan, keletihan dan juga kemurungan yang saya alami semasa di Surgery. Haha. Lagi-lagilah 3 minggu berturut-turut saya on-call hujung minggu. Nasib baik ada cuti Tahun Baru Cina dan Maulidur Rasul.

Meluang masa di KLCC dengan Dr Helmi(Hosp Seremban) semasa cuti tahun baru Cina
Pengenalan

Serba sedikit pengenalan mengenai Jabatan Pembedahan. Untuk penempatan ini, saya akan ditempatkan selama 2 bulan di wad UPM dan 2 bulan di wad vaskular KKM(Kementerian Kesihatan Malaysia). Memandangkan saya adalah poster ke-2, saya hanya perlu tagging selama seminggu, berlainan dengan poster pertama iaitu selama 2 minggu. Alhamdulillah, Sabtu dan Ahad cuti melainkan saya on-call.

Terdapat perbezaan yang banyak berbanding penempatan saya sebelum ini di Peads. Merawat pesakit dewasa, pada saya adalah lebih mudah. Namun saya perlu menyesuaikan teknik mengambil darah saya dengan orang dewasa. HO lain kata, kalau dah buat Peads, mesti hebat ambil darah dan masuk branulla pada orang dewasa. Tetapi saya rasa susah pula. Takpelah, saya perlu terus berusaha berlatih. Namun komunikasi dengan pesakit adalah lebih mudah, kerana mereka sendiri boleh menceritakan masalah mereka.

Penyakit yang kerap perlu ditangani oleh HO di Jabatan Pembedahan Am adalah seperti
1) Intestinal obstruction
2) Acute appendicitis,
3) Cancer(Ca) seperti esophageal, Gastric, Colon, Rectal dan sbgnya.(Kes yang memerlukan surgical intervention)
4) Pneumothorax
5) Hernia
6) Abscess/ Carbuncle
7) Cholelithiasis/ Cholecystitis
8) Pancreatitis
9) Peptic ulcer disease(perforated, bleeding dan sbgnya)
10) Dan pelbagai lagi.

Surgery tidak mudah di HKL

Rutin kerja juga berlainan sedikit. Hari operation untuk wad saya sekarang adalah pada hari Rabu dan Jumaat untuk kes elektif. Jadi sehari sebelumnya, kita perlu admit pesakit, dan sediakan pesakit untuk pembedahan. Manakala kes emergency pula akan dibuat bila-bila hari apabila perlu. Hari Isnin dan Khamis pula adalah hari klinik, di mana HO perlu turun ke klinik dan jumpa pesakit. Kes-kesnya adalah seperti pesakit yang di refer daripada klinik pesakit luar atau doktor pakar lain, pesakit post op under follow up, kes-kes kecil seperti hemorrhoid, radiation proctitis dan sebagainya. Kalau berkesempatan, bolehlah saya buat proctoscopy dan banding of hemorrhoid.

Secara ringkas apa yang saya buat di wad adalah:-
1) Mengsiapkan pesakit untuk pembedahan seperti puasa 6 jam sebelumnya, ambil darah untuk cross match jika perlukan transfusi darah, pasangkan IVdrip.
2) Clerk kes baru dan bentang pada MO atau specialist segera jika perlu.
3) Jika perlukan pembedahan emergency, post case pada anesthesist di OT, dan assist surgeon buat pembedahan.
4) Buat review dan ikut round pagi, petang dan malam(jika on-call) dan update MO atau doktor pakar perkembangan terkini.
5) Melaksanakan post op plan seperti yang diminta oleh doktor bedah. Seperti bila STO(Suture to open), antibiotics dan analgesic yang perlu diberi, keep NBM atau allow CF, NF, soft diet atau allow orally(nil by mouth, clear fluids, nourishing fluids), bila perlu buat WI(wound inspection), bila perlu mulakan clexane(enaxaparin untuk mencegah DVT) dan sebagainya.

Untuk operation pula, HO akan diagihkan untuk assist mengikut jadual yang telah ditetapkan. Di sini, HO baru perlu belajar scrubbing dengan sister di OT dulu semasa tagging. Apabila ada kes, HO sepatutnya sampai dulu di OT, beritahu surgeon bila pesakit sudah tiba di OT, isi nama dan maklumat di whiteboard, sediakan antibiotik jika ada, scrub in dan paint(sapu iodine) pada kawasan operation sebelum surgeon datang. Kemudian assist operation. Kalau baik dengan surgeon, mungkin anda dibenarkan buat sendiri bagi kes-kes kecil seperti appendicectomy.

Pengalaman

Jabatan Pembedahan di HKL ni memang terkenal. Terkenal dengan tekanan kerjanya. Rakan HO kata, kerja sebenarnya tiadalah banyak sangat, tapi tekanannya mak aih. Ini disebabkan doktor pakar bedah yang lebih tegas dalam kerja. Jadi kalau kena marah tu, biasalah. Saya nasihatkan diri saya dan anda semua, buat kerja bersungguh-sungguh dan secekap mungkin. Dalam sebulan pertama saya di sini, sudah ada 5 HO yang telah di extend penempatannya. Ini menambahkan lagi tekanan pada saya dan rakan-rakan HO lain. Saya kata pada diri, saya berusaha sajalah sebaik mungkin, jikalau kena extend, jangan bersedih sangat, teruskan berusaha.
Ni gambar bersama Chef Ismail. Rupa-rupanya dia datang nak tengok anak buah dia sakit di wad Surgical.
Siap beri no telefon dan restoran, suruh datang, makan percuma lagi.

Setakat ini, operation yang besar yang saya pernah assist, adalah kes perforated duodenal ulcer. Pesakit datang dengan air under diaphragm dalam CXR(chest X-ray). Dalam operation tu, primary suture dan omental patch dibuat. Bila kita dapat tengok depan mata, ia amat menarik. Namun pesakit telah meninggal dunia beberapa hari kemudian disebabkan sepsis di ICU.

Juga pesakit pertama yang meninggal di bawah jagaan saya terjadi ketika saya oncall. Pesakit post hernioplasty, tetapi punyai pelbagai co-morbidity(BA, HPT etc) menyebabkan beliau tidak dapat pulih dengan baik selepas ops. Beliau mengadu SOB pada pagi tersebut, kemudian collapse ketika sedang dialih ke acute cubicle. Saya dan HO lain, buat CPR bergilir-gilir. Walaupun setelah di intubate oleh anest, pesakit tidak dapat juga di resuscitate. COD adalah Respiratory failure secondary to aspiration dan juga pulmonary embolism. Sedih rasa hati, apatah lagi saya pernah papah dia bangun dan berjalan untuk menggalakkan dia ambulate supaya segera pulih.

Ni pula gambar saya dengan anak saudara Syifa Batrisya di Benafee Village di JB.
Jangan datang, makanan tidak sedap dan khidmat pelanggan yang teruk.
Dahlah 'tiru' konsep restoran impian saya, fusion makanan Cina dan Melayu. Haha.
Setakat ini sajalah yang saya mampu berkongsi cerita dengan anda semua. Harap ianya bermanfaat. Doakanlah saya dapat bekerja dengan tenang tanpa rasa takut. Semoga saya dapat melaksanakan tugas saya dengan cemerlang dan lulus penempatan Surgery tanpa sebarang musibah.

Terima kasih dan salam.