Salam,
MENULIS
Saya masih ingat, ketika ujian
semester 1 tingkatan 5 di MRSM Langkawi dulu, untuk karangan Bahasa Melayu,
saya terkesima bila tatapi markah 50% pada kertas saya. Rasa kelam masa depan.
Segera saya jumpa cikgu BM masa itu, saya masih ingat cikgu Murni namanya.
Selepas itu, saya menerima latihan intensif menulis karangan sehinggalah
mencapai A1 dalam Bahasa Melayu semasa SPM.
Saya seorang yang berfikir banyak.
Sambil baring atas katil, tenung dinding, saya akan berfikir. Sehinggakan ada
kawan yang lalu lalang berkata, “Ya Allah Azzad, apa kau fikirkan tuuu!!”
Sehinggakan buah-buah fikiran yang terlahir berulang-ulang dalam fikiran,
sampai tidak tertidur.
Suatu hari ketika di Volgograd,
Rusia, saya ambil keputusan meluahkan fikiran dengan menulis pada blog. Ianya
lebih kepada melepaskan saya daripada kekusutan berfikir, berbanding berkongsi
dengan orang ramai. Pada masa awal-awal dulu, satu artikel pendek boleh ambil
masa 2-3 hari untuk disiapkan. Namun kebanyakannya melibatkan isu ‘berat’, jadi
tidak ditelaah ramai.