RAMADHAN
Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua.
Dirindui kenangan berpuasa di Volgograd Rusia dahulu kala. Mengubah bilik-bilik di asrama untuk beramai-ramai menunaikan solat tarawih, amat manis diingati.
Setelah sebulan setengah berada di Orthopedik Pediatrik, akhirnya saya dihantar balik ke Orthopedik dewasa. Antara pengalaman menarik adalah mencucuk branulla berulang kali pada kanak-kanak yang tidak berhenti menangis(belum cucuk dah jerit sakit). Kemudiannya setelah dibenarkan pulang, dan jumpa balik di klinik, mereka boleh cam kita dan senyum, sambil tunjuk-tunjuk pada ibu bapa mereka ‘itulah doktor yang cucuk saya hari tu’.
Close manual reduction dan K-wiring untuk Supracondylar humeral fracture. |
Antara penyakit yang dihadapi adalah seperti:-
1) Deformiti seperti Congenital Talus Equinovarus(CTEV), Developmental Dysplasia of the Hip(DDH), Cerebral Palsy(CP) with Fixed Flexion Deformity(FFD), Calcaneal Foot, Bilateral Knee Dislocation, Polydactyly.
2) Trauma seperti Supracondylar Humeral Fracture(jarang berlaku di kalangan dewasa) dll.
3) Ketumbuhan seperti Ganglion cyst, Osteosarcoma dll.
4) Jangkitan seperti Osteomyelitis dan Septic Arthritis.
5) Genetik dan Congenital seperti VACTERL association, Pierre Robin Syndrome, Spina Bifida, Rubenstein Taybi syndrome dll.
Selalunya HO yang telah lama berada dalam penempatan tersebut, kemudiannya akan dihantarkan untuk bertugas di peripheries. Di General Anesthesia OT, kami akan membantu Doktor Bedah Orthopedik membuat pembedahan tulang. Di Local Anesthesia OT, kami membantu kes ringkas seperti Wound Debridement of Diabetic Foot Ulcer, Laceration Wound, Repair of Tendon Injury, Release of Carpal Tunnel Syndrome dan sebagainya.
Nanah yang disedut keluar dari lutut pesakit semasa membuat knee aspiration. |
Di Intermediate Care(IC), kita akan bekerja sebagai doktor Orthopedik yang merawat kes berkenaan di Jabatan Kecemasan.
SISTEM SYIF
Hasil kerja tangan sendiri di Kursus POP. |
Dr Mizan menjadi mangsa. |
Dr Mubin seorang lagi mangsa. |
Pada 28hb Julai 2011, Hospital Temerloh telah menjemput hospital di seluruh Malaysia untuk menghadiri majlis taklimat berkenaan sistem syif untuk HO, yang telah dilaksanakan di sana. Pengarah HKL dengan timbang rasanya telah turut menghantar beberapa HO untuk melihat sendiri perkembangan di sana selain wakil-wakil setiap jabatan.
Rombongan HKL ke Hosp. Temerloh. |
Dr Basir di hadapan Hosp Temerloh. |
1) Waktu kerja tidak melebihi 60jam seminggu(purata waktu kerja sekarang adalah 80jam seminggu)
2) Satu hari cuti seminggu(sebelum ini mengikut polisi, HO sebenarnya perlu bekerja setiap hari)
3) Setiap hospital berhak menggunakan jenis sistem syif yang dirasakan sesuai(terdapat pelbagai jenis yang boleh diubah suai).
4)Arahan terbaru ketika ini, kemungkinan memperkenalkan elaun tetap untuk waktu kerja malam(menggantikan tuntutan atas panggilan).
MAKLUMBALAS HO
Saya mengambil inisiatif untuk naik ke wad atas untuk berjumpa dengan rakan-rakan HO bagi mengetahui lebih lanjut pengalaman mereka. Ditakdirkan HO pertama yang saja berjumpa adalah seorang pembaca blog saya saudara Yusoff di Wad Perubatan! “Nama saya Azzad. Saya HO dari HKL.....”. “Kenal, kenal.....”
Daripada maklum balas para HO secara keseluruhannya, masih terdapat perubahan yang perlu dilakukan terhadap sistem syif di sana. Mereka tidak berpuas hati dengan sistem syif. Mereka dapati ianya tidak mencapai tujuan sistem ini dilaksanakan.
Bersama Dr Tee yang sudi meluangkan masa menjawap soalan saya. |
PENDIRIAN SAYA
Saya menyokong sistem syif kerana saya percaya sudah tiba masa doktor juga turut mempunyai kualiti hidup yang baik. Zaman doktor menghabiskan keseluruhan hidupnya di hospital sudah berakhir. Dan dengan mempunyai kualiti hidup yang sedemikian, saya percaya ianya akan menghasilkan doktor yang lebih sempurna sebagai individu.
Namun hujah tentangan yang saya dengari daripada sahabat-sahabat HO lain adalah berkenaan isu kehilangan tuntutan elaun atas panggilan, kurang pemerhatian terhadap HO sewaktu syif petang dan malam, dan bergilir-gilir cuti di hari kerja biasa dan bukan hari minggu.
Perlu ada tolak ansur dalam usaha menambah baik sistem kerja di Malaysia. |
Namun satu lagi perjuangan yang para HO baru kelak perlu perjuangkan adalah etika dan profesionalisma doktor senior terhadap doktor muda. Ini adalah satu lagi batu penghalang yang merosakkan kualiti doktor muda.
REUNION
Yang tua mendidik yang muda, itulah budaya kerja yang sepatutnya. Bukan memaki hamun dan membuli.
Itulah salah satu tujuan kami mengadakan majlis perjumpaan antara doktor graduan dan pelajar-pelajar perubatan Volgograd State Medical University baru-baru ini. Saudara Shukri ketika berucap menekankan tentang masalah yang bakal dihadapi oleh graduan Rusia apabila bekerja di Malaysia kelak. Juga bagaimana untuk menghadapinya. Saya rasa lebih beruntung jika lebih ramai para pelajar VolSMU dapat hadir.
Antara yang hadir ke majlis. |
Khusyuk mendengar. |
Sesi berdialog. |
Tangkap gambar ketika iftar.. |
Assalammualaikum..nasib baik saya bukan seorang doktor..hehe tulah komen keseluruhan..gambar last tu ok..mudah-mudahan senang dapat calon dan membina rumahtangga yang diberkati ilahi..amin..
ReplyDeletesemua kerja busy dok....tapi yelah, doc lagi busy....setuju, perlu kualiti hidup yg baik...
ReplyDeletekalau ikhlas dan happy sokmo,,,,kerja susah jadi senang kan? :))))))))))))))
ReplyDeletesalam Dr.
ReplyDeleteni mugkin luar dri topik sikit. tapi saya nak tanya, cara dr study macam mana??
study sampai lewat malam, ataupun bangun awal pagi study???
setuju dgn system shift, cume perlukan penambah baikan dr semasa ke semasa.. semoga dr azzad dan semua dr akn lebey dpermudahkan lg urusan oleh Allah..moga sentiasa mendpt keberkatan Allah di atas setiap usaha/keje dr.. n setuju sgt, dr senior tk sewajarnye mengajar dgn cara memaki hamun, itu bukan cara kekasih Allah, itu bukan sunnah nabi yg dianjurkan..semoga berlaku lg perubahan selepas ini
ReplyDeletebaju kurung: kalau dibuli kerja jd tak ikhlas dan muram.
ReplyDeleteanon 1437: belajar 30min setiap hari
Salam Ramadhan,
ReplyDeleteMemang semua kerja sibuk. Tapi kalau niat kerja ikhlas insyaAllah ada ganjarannya. Tapi rasanya kerja dr kat Malaysia tak la sesibuk dr2 dlm citer Grey's anatomy tu kot..
salam ramadhan.
ReplyDeletekerja Dr memang sibuk.
kerja ni mulia..
Salam. Actually dr in malaysia lg sibuk dr greys anatomy, dan greys anatomy hanyalah sebuah rekaan cerita:)
ReplyDeleteAnyway azzad. I hear ur points but i disagree to shift. One thing is that passovers and pt continuity will be compromised. Pt can die of a crappy passover. Actually in temerloh mortality got higher after starting shift system. Imagine those first posters from russia like me n u on our first days of life as HO. Crazy isnt it?
Look at how nurses passover and how tak ikhlas they are when they r when they r about to go home. Sometimes when we ask, has this one been done, they repLied "xde passover pun". Like it or not, start shift means compromised continuity of the already compromised care.
saya suka system shift..love..=)
ReplyDeletesaya mahu kualiti kehidupan sbg Hamba Allah,bkn sbg doktor semata2,bekerja keras di hospital..
-marry had a little lamb-
Slm,, maaf sekadar brtnya tentang sesuatu yang xde kaitan dgn medic,, sya mcm trnampak kwn lme sya di mrsm jasin ditunjukkan di antara gmbar2 tadi. Nak tnya, ada x antara sahabat saudara yg bernama khairuddin di situ, bekas plajar mrsm jasin batch 2006/2007.
ReplyDeleteanyway, blog ni sgt bermanfaat utk pre-clinical students like me yg sgt curious tntang life as a clinical student or HO later,, truskan.! Fighting!
mary: yea kualiti hidup.
ReplyDeleteno shift: Kita tak perlu jadi seperti jururawat.
Anon 2244: mungkin ada kut.junior di Volgograd. Tapi tak kenal sangat.
awak ada bakat jadik politician. minat politik eh?
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian ini :)
ReplyDeletesetuju dengan penyataan:Senior membantu yg junior,memberi tunjuk ajar,bukan memaki hamun dan membuli.
ReplyDeletekalau ketika belajar,senior sudi meluangkan masa mengajar junior,memberi tutor,menjadi mentor,malah sanggup menjadi naqib serta naqibah di dlm usrah,mengapa masuk ke alam hospital,suasananya menjadi berbeza?
sy slh seorang pelajar mesir,yg sudah berada di tahun 5.kesemua staf hospital,memberi tunjuk ajar dan tips untuk kami,dan jugak resident serta housemanship officer.malahan,profesor kami juga bertindak yg sama.sy kira,suasana yg positif terhasil disitu.manusia boleh belajar tnp rasa sakit hati,dan mengajar tak merasa sakit jiwa.
rasanya,tak perlu marah-marah ntuk mengajar junior.sebab,tanpa marah,kami masih boleh memahami kata-kata anda,dlm bahasa melayu hatta bahasa inggeris pun.kami disini,bertekad untuk menjadi senior yg tidak memandang remeh staf hospital walaupun makcik janitor skalipun!
frog princess: salam ramadan doktor,dan selamat hari raya aidilfitri..............:))
ReplyDeletenasiayam: setuju2
ReplyDeletegadisbunga: mungkin satu hari nanti jika ditakdirkan
frogprincess: salam ramadhan dan aidilfitri pada anda dan semua
http://www.youtube.com/watch?v=Vhrtvl2H5So
ReplyDeletecomel je ayat ni "itulah doktor yang cucuk saya hari tu"
ReplyDelete