Friday, 25 March 2011

SESUATU YANG BARU

"...Tolong ingatkan aku kisah ku tersedar, dengan saku penyeluk masa...hoouuoo...." 
Tolong Ingatkan Aku - Anna Raffali
Semoga Allah swt tidakkan jemu mengangkat saya bangun semula.

Program ke-2 Di Bawah Langit, Di Atas Bumi. Cuba mengajar 'Untuk berjaya pasti ada halangan'.
Rasanya kali ini lebih teratur.

TIDAK MUDAH

Masyarakat mempunyai persepsi yang salah terhadap doktor. Hidup senang. Begitu juga dengan bakal-bakal doktor. Termasuklah saya suatu ketika dulu.

Beban kerja yang berat – selalu kita dengar tetapi berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Di medikal, hampir setiap minggu bekerja Sabtu dan Ahad. Tiada hari cuti ganti.

Menjaga  kubikel akut(acute cubicle) di Cardiac Rehabilitation Ward
selama seminggu. Boleh tahan.

Namun setelah beberapa lama, mungkin kita dapat sesuaikan diri. Namun sampai bila? Ini bukanlah sesuatu yang saya ingin lakukan untuk bertahun-tahun.

Dialog - Semasa memasukkan branulla, cuba mengalihkan perhatian atuk Cina daripada sakit. "Dulu pakcik kerja apa?" "Berniaga." "Wooow saya pun nak berniaga gak," saya teruja. "Kamu senang kerja doktor," kata pakcik. "Manader senang pakcik," kata saya dengan nada sedih. "Sekarang susah, nanti lepas 2-3 tahun kamu senanglah." Hmmmm.


BN = ?Tong Sampah
TEMAN BARU

Apabila menghadapi kesusahan dan kebosanan hidup, mempunyai perkara baru dalam hidup adalah bagus. Kerana ianya mengizinkan minda anda ‘lari’dari masalah untuk seketika. Ruang untuk berehat sebelum terus dengan kehidupan. Manusia perlukannya.

Saya telah pindah dan duduk  di Bandar Baru Sentul. Di saat hilang semangat bekerja, saya ingat Allah swt dan juga fikir bagaimana mahu menghias bilik kosong saya. Perabot apa dan bagaimana yang mahu dibeli. Patutlah orang perempuan suka membeli-belah. Mereka ‘lari’daripada masalah.

Saya dah buat fully carpet. Tinggal perabot.

Dialog - Sebelum discharge seorang pesakit lelaki muda India(telah telan pil tidur setelah gaduh dengan teman wanita), saya nasihatkan supaya jangan buat lagi. Kawannya menyampuk, "Ini cintaaa bang, cinta." Saya tersentak dengan jawapannya. Sambil mengangguk, "Saya tiada girlfriend jadi saya tidak faham." "Huahauaha," mereka gelak. Nakal budak-budak zaman sekarang.

Saya juga telah menjumpai teman hidup. Seseorang yang memberi keselesaan dan ketenangan apabila bersama. Apabila melepas geram, dia ikut saja kata saya.

Saya namakan dia Bawang Merah.
TINGGAL DAN PERGI

Saya telah mendengar berita seorang kenalan perempuan telah berhenti bekerja. Berhenti menjadi doktor.  Saya juga telah mendapat panggilan menyampaikan pesanan daripada Pengarah HKL supaya memujuk dia kerja balik. Fuuiiiyooo! Mungkin pengarah tidak tahu, saya pun terasa hendak berhenti kerja kadang-kadang tu.

Kerja atas panggilan bersama Dr Zubaidah junior semasa di Volgograd dulu.

Kenalan saya tu setakat yang saya kenal, lemah lembut perwatakan dan kata-katanya. Tidak ‘masuk’ dengan bidang kedoktoran di Malaysia. Saya pernah katakan dulu doktor perempuan akan menjadi lebih maskulin setelah lama bekerja. Ini terbalik dengan persepsi umum bahawa doktor pastinya seorang yang penyayang.

SIMPANG  HIDUP

Beliau mungkin membaca blog saya. Maka kata saya begini. Ia bergantung pada apa yang kita mahu dalam hidup kita. Setelah kita pasti apa yang kita mahu, teguhlah dengan pendirian kita tanpa pedulikan persepsi sekeliling. Kejayaan di dunia ini datang dalam pelbagai bentuk.

Namun jika kita tersilap langkah, jangan pula takut untuk berubah. Sekali lagi jangan pedulikan persepsi sekeliling. Manusia dicipta berbeza-beza kendirinya. Ia bukan tandanya kita lemah. Ambillah masa anda.

Kerap saya katakan, bila bermasalah, kita lihatlah langit.

Dialog - Seorang rakan HO telah tamat penempatan di Jabatan Perubatan Am. Beliau telah dilanjutkan tempoh penempatan(extended) selama 3 bulan sebelum ini. Memandangkan beliau telah berjaya harungi 7 bulan di Jabatan Perubatan Am, saya kata pada beliau pada hari terakhirnya, "Berikan aku nasihat." Kata beliau, "Bayangkan keadaan pesakit. Adalah lebih baik kita menjadi doktor yang sibuk berbanding pesakit yang sakit." Ada jururawat yang menangis atas pemergian beliau.

KATA AKHIR

Kata kawan, “Kau cubalah telefon pujuk dia tu.” “Karang aku pujuk, lain pulak jadinya,” kata saya. “Haaah baguslah camtu.”


Kenangan - kancil nyaris di hempas kaca tingkap.
Kenangan - kancil rosak di PLUS dalam perjalanan ke kenduri kahwin kawan.
Kancil - jasamu dikenang.


Terima kasih atas sokongan pembaca semua. Jika anda rasa blog ini berfaedah bagi rakan-rakan anda yang lain, jemputlah mereka baca sekali.

48 comments:

  1. Mantap doktor! Entri doktor mmg bagi semangat kat saya sebagai student medic!

    ReplyDelete
  2. boleh rekemen blog ni kt junior2 yg semua nya teringin nk amek medik tp x taw realiti sbnr...

    ReplyDelete
  3. Jerung Says :

    Wah kereta baru zad... tahniah2...

    Ko gi pujuk aka mengayat la... sure dapat punya... =P

    good entry this time... keep it up...

    ReplyDelete
  4. adakah ko cakap pasal bunge ?

    apa citer ? hmmm

    ReplyDelete
  5. cantiknya bawang merah doc. yes, setuju sgt dgn kata2 hikmah, kalau ada masalah, lihatlah langit.

    ReplyDelete
  6. waktu HO, memang selalu rasa nk berhenti..tp sekarang, sy merindui zmn HO itu.. dan bidang doktor sgt luas. kalau x suka jumpa patient, lepas ni blh amik admin..

    ReplyDelete
  7. Judin: Aku tak pandai mengayat macam kau din. Sekali telefon terus dapat. Haha.

    Anon: Bukan bunge daaa....

    Anon: Tidak sopan memberi no telefon tanpa sebab pada org lelaki.

    Aya: Rindu ker nanti...

    ReplyDelete
  8. Assalam Doctor,

    salam kenal dari akak. Hidup ni mana ada terus senang. Kecuali u anak orang kaya. Celik bijik mata semua sudah tersedia.. Bermual sedikit2 dari bawah akan menjadi kan kita manusia yang kuat semangat. Punya tekad, aku pasti berjaya.. INSYALLAH.. our first car dulu pun kancil 660cc...in 1997.

    ReplyDelete
  9. nice entry dr..moga terus maju..n cpt2 dpt partner..Amin..

    ReplyDelete
  10. medical student26 March 2011 at 00:45

    bila baca kebanyakan entry doc, saya dah start berfikir macamana saya tika bekerja nanti...
    adakah saya mampu untuk bertahan...

    ReplyDelete
  11. yan: dulu kancil, sekarang akak bawa kereta apa

    ReplyDelete
  12. salam.moga terus tabah dalam mengharungi hidup sebagai seorang doktor.dekatkan diri dgn pencipta,Allah swt dan ikhlas kan segala kebaikan untuk hari akhir,akhirat..insyaallah,segalanya dapat diatasi...
    :)

    ReplyDelete
  13. plezz doc..klu ada ksempatan..update2lah slalu ye..ramai peminat mnunggu..jgn biarkan kami hdp dlm misteri..hehe..tertekan tau buka blog ni x hapdate2..haha..

    nothing to lose to be your follower..
    peace..

    ReplyDelete
  14. like sngat komen follower yg kat atas ni..
    sebijik kite punye perasaan tau ble bukak blog ni x hapdate2..

    peace no war jgk..hehe..

    ReplyDelete
  15. Assalam Doc,

    dulu kancil now, gajah.. hee..

    ReplyDelete
  16. assalam.
    saya bakal doktor jugak..arap dapat bagi tunjuk ajar..
    trimas!!!

    ReplyDelete
  17. askm azzad..

    wahh.. lawa bawang merah kau.. sesuai.. tahniah2..

    pape pon, all the best doc..
    aku makin nak dekat final nie, makin cuak plak..takut mcm mane la HO nt..

    teruskan menulis lg.. sbb blog ko best!

    ReplyDelete
  18. doktor,susah sangat ke jadi doktor ni..penat sangat ke?stress sangat ke?

    ReplyDelete
  19. ko dah pujuk lom HO yg nak berenti tu zad? berjaya x? bile ko bawak aku jalan2 ngan kete ko tu? huhu..

    ReplyDelete
  20. khalid: sudah ah kau lid, berbuih aku sms, kau yg tak mau ikut.

    pembaca: banyak lagi blog di luar sana yang membawa pengajaran. insyaAllah kalau berkesempatan saya tulis lagi kerap.

    ReplyDelete
  21. Salam Dr. Azzad, lamanya tak update blog. nk tau cerita ttg Perubatan Am, macam dulu-dulu Dr. citer biler kat penempatan lain.
    btw, nice entry n nice inspira =)

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum dr azad...

    salam kenal dari akk menarik baca blog adik..setiap perkerjaan ada cabarannya cuma yg membezakan cara kita menanganinya...
    sentiasa berbalik ke Allah beruseha dan tawakal serta memohon kepadanya agar di permudahkan segala urusan...
    btw bab bilik tu akk ni minat deco nak bagi pandangan kalau hias cantik2 (x semestinya brg mahal) bila blk kerja tgk bilik cantik dan selesa pasti sekurang2nya dpt ringankan tekanan kerja..nak beribadat pun selesa..insyaallah..

    ReplyDelete
  23. dr..sytgh praktikal skrg ni..bila tension, sya ingat ckp dr utk tgk langit..bezanya, sy tak dpt tgk langit..tgk ceiling je, kalau nak tgk langit pkul 1 or 5.30 nnti..

    tak sbr nak habis.

    ReplyDelete
  24. berdebar2...setahun setengah lg nak grad

    ReplyDelete
  25. Salam alaik.

    oh pengalaman Dr. Azad menakutkan saya :D
    tapi insyaAllah masih bersemangat utk teruskan (=

    doakan! (=

    ReplyDelete
  26. nice one.
    sentiasa ingatkan diri ujian mehnah pelbagai ini buat kita lebih kuat, sbb Allah x kan campakkan kekuatan unless kita rasa kesusahan. inshallah, niat pun ke selalu betulkan, takut belajar/ kerja jadi sia2~erti hidup pada memberi

    this entry, thumbs up !

    ~1st year, iskandariah

    ReplyDelete
  27. ngeeeeeeee ni yang takut tetiba nak jadi doktor je. even baru first year belajar, tapi ishhh tak boleh la plak nak patah balik kan. kat mesir pulak....

    ReplyDelete
  28. Assalam dktr..harap dktr slalu ada msa utk update blog ni..sya suka baca blog ni sbb membuatkn mata sya lbh terbuka memandang tntng realiti kehidupan seorang dktr

    ReplyDelete
  29. pembaca: salah satu tujuan blog adalah mempersediakan bakal doktor sebelum tercampak ke dunia sebenar. bina semangat yg kuat.

    akan cuba cerita lebih banyak tentang penempatan.

    ReplyDelete
  30. Salam Azzad,time HO memang rasa mcm nk quit tapi dari situlah kita bnyk belajar. Kuatkan semangat, banyakkan doa. Insyaallah kita tolong org, nanti Allah akan bantu kita.....pada adik2 med student, study rajin2...HO mmg penat, sabar bnyk2..kalu tak minat klinikal work, u all bole try pathology and radiology. Keja belakang tabir, tak famous tapi org2 klinikal amat2 perlukan kepakaran kita utk make diagnosis & patient management. Sesuai utk yg nk spend masa dgn famili & anak2 esp perempuan..

    ReplyDelete
  31. suka sgt entri ini sbb ada kereta. haha. kirim salam pada bawang merah!

    ReplyDelete
  32. sy pnh bercite2 nk jd doc mase zaman sekolah2..

    tp bile msuk u sgt jauh kos dari cite2..

    ReplyDelete
  33. saya suka inspira merah itu..
    saya tak suka merican itu..

    ReplyDelete
  34. oh.. saya rindu hiruk pikuk crw , ward 23 HKL...

    ReplyDelete
  35. terbaik..kalau boleh, update la selalu !

    ReplyDelete
  36. padat!

    tapi....dah lama tak update ni. bizi ye?

    ReplyDelete
  37. frog princess- C00l~ bila nk tulis lagi doc?

    ReplyDelete
  38. encik doc, sudah pujuk doc perempuan itu kah? msia kekurangan doc perempuan jg. bila sesuatu itu untuk Islam, moga ia akan menjadi ikhlas dan indah. hanya insan yg terpilih dan Allah x akan bebankan dgn kexmampuan seseorg itu. terus bersemangat encik doc!

    *walaupun dgn berkata2 mudah berbanding melakukan ;)

    rsbgurl

    ReplyDelete
  39. salam perkenalan saya suka baca blog ini kerana memberi inspirasi n pengetahuan ttg kehidupan seorg doktor. wlpn bz sbg doktor anda sempat lagi mencuri masa u menulis blog sikap y patut dpuji.

    ReplyDelete
  40. 'bila bermasalah, lihatlah langit'

    ....saya suka ayat tu.

    ReplyDelete
  41. Salam... Saya dan teman-teman selalu berbincang dan bercerita, "Jadi doctor ni, study susah, keje pon susah, tapi gaji xsetimpal", tp sbb dh pilih bidang ni, dah separuh jalan, dh stgh mati study, n tnggl lagi satu sem nak co-ass, dah nekad, jadi tak kisah lah dgn semua tu asal kn kita ikhlas nk menolong kan. Blog anda sgt membantu kami yang bakal menjadi doctor ni. Thanks.

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum, dear Dr.Azzad

    u said: "Beliau mungkin membaca blog saya. Maka kata saya begini. Ia bergantung pada apa yang kita mahu dalam hidup kita. Setelah kita pasti apa yang kita mahu, teguhlah dengan pendirian kita tanpa pedulikan persepsi sekeliling. Kejayaan di dunia ini datang dalam pelbagai bentuk.

    Namun jika kita tersilap langkah, jangan pula takut untuk berubah. Sekali lagi jangan pedulikan persepsi sekeliling. Manusia dicipta berbeza-beza kendirinya. Ia bukan tandanya kita lemah. Ambillah masa anda."

    thank you for the nice words. I wasn't the one that u mentioned in blog, but I was one of a few female HO that quit her job, got a better life (in our perspective) and happy. Thank you thank you. I feel inspired with your words. U not looking down at us. Thank you, thank you.

    ReplyDelete
  43. Pertama sekali, dalam kebanyakan bidang, tiada lagi kerja menanti graduan. Sekiranya anda ada ijazah, perlu ada sesuatu yang membezakan anda dengan graduan lain. Antaranya graduate dari universiti yang bagus, result yang bagus, kelebihan yang diperlukan employer, connections, apa2 past evidence yang bagus, kommunikasi, physical appearance dan show full potential during interview. Sekarang ni graduan sangat ramai kecuali beberapa bidang seperti doktor, sesetengah bidang kejuruteraan, sesetengah bidang kewangan, pensyarah bertaraf PhD dan sesetengah bidang komputer. Sebaik2nya pilih bidang yang ada sangat minat. Sekiranya anda berminat pada satu2 bidang, anda akan suka datang bekerja. Salah satu tanda anda minat sesuatu bidang atau tidak adalah bila anda bangun pagi. Kalau anda berminat, anda tidak sabar untuk pergi kerja dan sebaliknya. Sedikit pressure juga baik. Ada juga saya dengar doktor2 kerajaan sangat pressure bila bekerja. Memang saya melihat perkara ini. Walau bagaimanapun, sebenarnya doktor boleh meninggalkan bidang kedoktoran dan boleh mencuba bidang lain dengan syarat anda perlu berusaha lebih pada beberapa tahun pertama. Anda boleh masuk finance, factory, teknikal, education, dll cuma anda sedikit rugi kerana tidak practice apa yang anda belajar. Berdasarkan kajian, kira2 separuh pekerja di Malaysia ingin mencari pekerjaan lain.

    ReplyDelete
  44. Salam 1 Malaysia, kami memerlukan tenaga kesihatan jurusan doktor yang mempunyai ijazah MD atau MBBS untuk bekerja di syarikat kami. Jika anda berminat sila hubungi 011-16659590 untuk info lebih lanjut.

    ReplyDelete

Sila beri komen yang berfaedah untuk penulis dan pembaca lain. Jadilah pengguna internet yang bertanggungjawab.