Saturday, 8 October 2011

GERAKAN MUDA

Musim kedua blog sayadoktor bermula!!

KARIER DUNIA

Saya seperti individu lain, mempunyai cita-cita dalam hidup. Saya ingin menjadi seorang pakar perubatan keluarga dalam bidang kerjaya saya. Selain itu saya juga ingin menceburkan diri dalam perniagaan satu hari nanti. Selain kerjaya, saya ingin menyumbang sesuatu yang berguna pada masyarakat di luar bidang kerjaya saya. Juga membina sebuah keluarga.

Sekarang pegawai perubatan, insyaAllah kelak pakar perubatan.

Maka untuk itu, saya berusaha memperolehi ilmu perubatan, tebal muka untuk bertanya soalan, meluangkan masa selepas waktu kerja untuk jalankan program, keluarkan duit sendiri untuk program, buat locum untuk dapatkan pendapatan lebih dan sebagainya.

Salah satu nikmat dunia yang dikejar adalah makan. Bersama rakan kerja Dr Shirley, Dr Jelilah
dan Dr Liyana yang memberi pendedahan tentang langkah membina masjid, di restoran
Black Canyon.
Pada masa yang sama, seperti juga kata-kata individu lain, di penghujung ayat, saya juga ingin berjaya di akhirat. Itu yang utama.



KARIER AKHIRAT

Di bulan Ramadhan lalu, saya terfikir. Jikalaulah saya meletakkan akhirat sebagai hala tuju hidup saya atau cita-cita hidup saya, adakah saya telah berusaha yang terbaik untuk mencapainya mengatasi usaha saya mencapai kejayaan dunia?

Jika saya berusaha mencari ilmu perubatan, bagaimana pula dengan ilmu agama? Adakah saya meluangkan masa khas untuk ibadah? Adakah saya membuat 'locum' lebih untuk mendapat pahala lebih? Adakah saya melabur duit untuk 'saham' akhirat?

Jika saya boleh usaha masak tom yam tanpa pes atau kiub tomyam, dan rasanya sedap,
mengapa tidak menunjukkan usaha yang sama untuk peroleh nikmat di
akhirat kelak?!
Atau selama ini saya beribadah sekadar cukup makan? Saya dapati saya inginkan kejayaan di akhirat tetapi lebih banyak berusaha untuk kejayaan dunia.

TABIAT BARU

Seikutan akhirnya Ramadhan, Allah swt telah menunjukkan saya jalan keluar pada beberapa masalah hidup saya. Alhamdulillah saya bersyukur dan bergembira. Namun pastinya jalan keluar tersebut tidak datang tanpa cabarannya.
"Untuk berubah, kita mesti perlu pupuk satu tabiat baru dalam hidup. Barulah kita boleh berubah," kata seorang usahawan wanita yang berjaya, di rancangan Apa Kata Wanita...Zamzarina di TV1.
Maka begitulah jua saya cuba menanam tabiat baru dalam hidup saya supaya berubah menjadi lebih baik daripada yang sebelumnya.

Langit temani saya membina tabiat baru.

PENDAMPING

Kawan yang kenali saya dengan rapat akan tahu bahawa saya mempunyai prejudis terhadap ahli agama. Mungkin kerana saya stereotaip akhlak buruk, kata-kata nista, pemikiran jumud dan tindakan terkebelakang ahli-ahli agama yang berpolitik dengan ahli-ahli agama yang lain.

Maka saya cuba ketepikan persepsi sedemikian dan cuba mendampingi ahli agama. Satu perkara yang saya rancang lakukan pada cuti lama saya yang lepas adalah untuk memperbaiki bacaan al-Quran saya. Maka saya bertanya-tanya di masjid, ada tidak kelas al-Quran untuk orang dewasa seperti saya?

Awan-awan, tidak kisah bentuk atau umur tegar menuju ke arah yang diseru Ilahi walaupun perlahan.

"Berapa peratus markah kelancaran membaca yang kamu berikan pada diri kamu?" tanya Ustaz Abdul Rahman pada saya. Berkelip-kelip mata saya, terasa hati  rasa diri dipandang rendah. Namun setelah sesi pertama, saya dapat yakinkan ustaz bahawa saya boleh baca al-Quran cuma ingin mempertingkatkan kualiti pembacaan. Ini mungkin langkah pertama saya untuk menambah ilmu agama secara sukarela.

Kemudian saya ketahui bahawa beliau juga merupakan jurunikah di kawasan tempat tinggal saya. Maka banyaklah perbincangan yang berlaku antara kami. Mendengar pengalaman dan pandangan beliau yang berbeza dan ada juga yang sama, membuka pemikiran saya. Mendampingi ahli agama seperti membuka pintu sebuah bilik di dalam minda saya yang sudah lama tidak terbuka.

DARAH MUDA

Saya juga yakinkan diri supaya menghadiri sebuah ceramah agama Akhirah Deficit Disorder di KGPA anjuran YoungMuslimsProject. Itupun setelah diajak oleh rakan tempat kerja, digula-gulakan berkenaan penceramahnya Suhaib Webb yang berasal dari Amerika.

Kita dapat lihat ciri-ciri acara anjuran golongan muda
disertai logo yang kreatif dan menarik.

"...I might be the first American Malaysian......." kata Suhaib Webb yang berkahwin dengan warga tempatan.
Selain ceramah yang menarik, apa yang membuat saya kagum adalah barisan penganjur yang terdiri daripada generasi muda Islam dan semangat yang mereka tonjolkan untuk menyumbang sesuatu dalam usaha memperbaharui umat Islam. Dan ceramah tersebut dihadiri oleh pelbagai kelompok generasi muda yang cuba memahami Islam dalam perspektif baru. Tiada prasangka buruk.

Bukan mereka sahaja, ramai lagi di luar sana termasuk yang saya kenal, berusaha membuat sesuatu.

Saya dapat rasakan bahawa sebahagian generasi kami mungkin dapat melakukan sesuatu yang besar di pentas nasional dan antarabangsa di masa hadapan.

DHUHA

Saya: "Makcik umur berapa yer? Nampak mudalah."
Makcik: "..........."
Saya: "Rahsia ker?"
Makcik: "Empat puluh tiga."
Saya: "Ooo. Nanti anak makcik bila dah tua macam makcik jugalah nanti."
Anak makcik: "Aamiiiinnn."
Makcik: "Takdelah Azzad. Solat dhuha saja rahsianya."

Apabila bunga biru bertemu bunga ungu.

Terima kasih atas sokongan pembaca semua. Jika anda rasa blog ini berfaedah bagi rakan-rakan anda yang lain, jemputlah mereka baca sekali.

16 comments:

  1. http://www.suhaibwebb.com/..^^..all the best doc for searching the missing piece..success in akhirat insyaALLAH..

    ReplyDelete
  2. nice post,,,!
    saya baru sampai sebulan kat bumi orang, bukan russia laa tapi ireland,,
    and harapnya dapat tambah ilmu agama jugak dengan senior2 saya kat sini.

    ReplyDelete
  3. that is what you've been looking for...man jadda wa jadda

    ReplyDelete
  4. terima kasih byk atas perkongsian ini.rasa lebih lekat dihati sb disampaikan dlm penceritaan kehidupan seharian

    ReplyDelete
  5. nice ...so nice..dhuha..rupanya..

    ReplyDelete
  6. makcik tomyam...8 October 2011 at 18:20

    Apabila bunga biru bertemu bunga ungu.nice....

    ReplyDelete
  7. dr.azzad, tukalah bingkai kaca mata tuu.. kcik bebeno le nampak.. hehe..

    ReplyDelete
  8. salam doktor,
    saya student medic, sem 3 intec insyaAllah fly ke India.. hmm nk mintak pendapat dr je..
    klw doktor tu kahwin awal, lg2 prmpuan, susah sngat ke ek... i mean, is it impossible for young generation to get married earlier? mngkin dr boleh share pengalaman/ilmu dr kawan2 yg lain.... terima kasih.. salam..

    ReplyDelete
  9. ummi saya comel,ummi saya chantek mcm bunga matahari.....walaupon kadang2 garang macam hariamu wohohoho...kepp up d good work dr azzad!

    ReplyDelete
  10. Awan-awan, tidak kisah bentuk atau umur tegar menuju ke arah yang diseru Ilahi walaupun perlahan.~terbaek!

    ReplyDelete
  11. apabile biru btemu ungu...hehehehehe

    ReplyDelete
  12. great!
    cant wait to welcome u to sabah n to our NGO, iAllah

    ReplyDelete
  13. Apabila bunga biru bertemu bunga ungu = peminat warna biru jumpa peminat warna ungu, maka ia akan bersatu.

    ReplyDelete
  14. This is a good article, but there is always room for improvement! Keep it up.

    ReplyDelete

Sila beri komen yang berfaedah untuk penulis dan pembaca lain. Jadilah pengguna internet yang bertanggungjawab.