Wednesday 26 June 2019

SALAM BERTEMU KEMBALI

Sudah lebih 7 tahun saya tinggalkan blog SayaDoktor ini. Saya lihat masih ada banyak page view setiap hari.

Siapa pembaca semua? Pelajar perubatan?

Terima kasih atas sokongan pembaca semua. Jika anda rasa blog ini berfaedah bagi rakan-rakan anda yang lain, jemputlah mereka baca sekali.

Sunday 22 January 2012

REHAT SEMENTARA

Salam,
Blog sayadoktor akan berehat untuk beberapa bulan kerana saya ingin tumpukan pada blog UbatMuda dan juga atas pertukaran tempat kerja baru yang memerlukan saya berikan tumpuan penuh.

Setiap yang bermula pasti ada akhirnya.
Terima kasih kerana menjadi teman blog sayadoktor selama ini.

Terima kasih atas sokongan pembaca semua. Jika anda rasa blog ini berfaedah bagi rakan-rakan anda yang lain, jemputlah mereka baca sekali.

Sunday 13 November 2011

IKATAN HATI

Salam,

WANITA SABAH

Masih segar dalam ingatan saya, sewaktu bekerja di Klinik Pakar Perubatan dulu, melihat seorang pesakit perempuan muda. Seorang pelajar KLMU yang ayu berbaju kurung dan sentiasa senyum. Tidak siapa sangka beliau punyai congenital heart disease dan datang untuk rawatan susulan.

Sewaktu berbicara dengan beliau berkenaan penyakit, saya berasa pelik. Pelik kerana tidak pernah jumpa seorang wanita yang begitu bersopan santun dalam kata-katanya. Dan juga loghatnya lain. Beberapa kali sewaktu bertanya, saya dongak kepala dan cuba lihatnya secara terperinci. Kata-katanya membuah rasa hormat dalam diri saya.

Di lapangan terbang Kota Kinabalu, Sabah.
Ku datang berhajat mencari chenta.

Sebelum selesai, saya bertanya, "Cik orang mana yer?""Orang Sabah," jawapnya ringkas. Seorang staf perempuan di klinik perasan tindak-tanduk saya. "Aik doktor, minat ker?""Nanti saya nak kahwin ngan orang Sabahlah," jawap saya dengan yakin.

Saturday 29 October 2011

TENTANG JIWA DAN KATA-KATA


KOSONG

Semua orang pernah jatuh. Jatuh daripada satu tahap euphoria dan berkeyakinan diri, akhirnya tersungkur di atas tanah juga. Pada ketika itu jiwa rasa kosong, rendah diri selimut diri dan sedar kembali siapa dirinya. Mungkin ini adalah peluang untuk kita belajar tentang erti kehidupan.

Setelah jatuh, barulah kita tahu betapa kecilnya kita.

Namun ada kalanya kita rasa sukar untuk terima bahawa kita bukan berada lagi di atas. Menyebabkan kita hilang perasaan, bersikap acuh tak acuh dan menyendiri.
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Surah al-Baqarah 2:155) 


Sunday 23 October 2011

TEGUR MENEGUR


HULK

Bila sebut tentang hak asasi manusia, ianya mengingatkan kita tentang pemansuhan sistem hamba dan kesamarataan hak antara wanita dan lelaki. Mungkin dogma hak asasi manusia ini bermula di situ. Kemudiannya ianya berkembang menjadi hak bersuara, hak mengundi, hak terhadap pendidikan dan kesihatan, hak rakyat, hak kaum minoriti dan sebagainya.
“Ikut(hak) sayalah saya nak buat apa. Nafsu saya!” kata seorang lelaki ditangkap berkhalwat pada peserta Imam Muda yang memberi nasihat.
Kemudian, perjuangan hak asasi  berubah wajah. Diperjuangkan hak untuk berzina, hak untuk melacur, hak untuk menggugurkan kandungan tanpa sebab kukuh, hak homoseksual, hak untuk mengamal euthanasia dan sebagainya. Akhirnya menjadi hak manusia untuk melakukan apa sahaja yang dia mahukan, asalkan ianya tidak mencabul hak orang lain(walaupun akhirnya ianya berlaku).

Banyak kes kematian mengejut. Apabila dibedah siasat kebanyakannya mati akibat serangan jantung.
Kematian boleh berlaku bila-bila masa.