"In HKL you don't say you don't know. Ask what you don't know and why you don't know."Salam,
Dr. Kuldip Kaur Prem Singh
Pada 16/09/09 yang lepas, jejaklah kaki saya di Hospital Kuala Lumpur buat pertama kalinya dalam hidup. Perjalanan bukannya mudah. Bertolak pukul 6 pagi lepas sahur dan solat Subuh, dari Skudai ke Kuala Lumpur. Sampai pukul 930 pagi, padahal taklimat bermula pada pukul 9. Hari pertama dah buat hal. Nasib baik Dr. Kuldip(pemberi taklimat) tak 'fire' teruk.
Dalam taklimat tersebut, semua houseman telah diberi penempatan tanpa diberi pilihan. Tukar suka sama suka pun tidak dibenarkan. Jadi dapatlah saya Jabatan Pediatrik sebagai penempatan pertama. Selain saya, untuk pengetahuan budak Volgo, Hana, Izat, Nurul, Khalid dan Bunge dari VolSMU juga ditempatkan di Kuala Lumpur. Hana dapat Medical, Izat Surgery, Bunge O&G, Khalid dan Nurul pula dapat Orthopedik.
Semasa taklimat tersebut, banyak juga dokumen yang perlu diisikan seperti KWSP, Surat Aku Janji dan sebagainya. Di HKL ni, Houseman dibenarkan untuk tinggal selama setahun di asrama pelatih yang terletak di kawasan HKL. Lepas tu, kena pindah keluar. Mereka juga boleh memilih untuk menetap di luar memandangkan bilik asrama ni terhad. Bagi yang tinggal di asrama, RM400 akan ditolak daripada gaji dan elaun bulanan. Kira untung jugalah, sebab sewa kat KL ni mahal-mahal belaka.
Alhamdulillah saya dapat bilik yang duduk seorang, manakala yang lain pula, ramai yang kena berkongsi bilik 2 orang. Bilik air tak perlu kongsi, syukur-syukur. Hari tu sembang dengan Khalid betapa besarnya bilik asrama dekat sini. Tapi kalau fikirkan balik, asrama kat Volgo kut yang sempit sebenarnya.
Beberapa hari awal bekerja di HKL ni, banyak kali juga terserempak dengar senior VolSMU'08, seperti Adib, Gana, Kak Suraya, Kak Farah, semua nampak OK jer. Jangan percaya cerita-cerita mengumpat kat Volgo tu. Semuanya tak betul. Bila berjumpa tu sempatlah bertanya khabar, minta nasihat dan sebagainya. Nampak mereka semua boleh berjaya, kuranglah rasa takut nak bekerja.
Bagus juga bila ramai kenalan di tempat kerja, sebab bolehlah berjumpa, cerita pengalaman kerja di Jabatan lain, bergurau-gurau, hilangkan tekanan.
Ni gambar baru tadi ambil dekat Pizza Hut Kampung Baru. Aku dah habis tempoh 'tagging' di Orthopedik, Khalid dan Nurul pula tagging di Jabatan Orthopedik, tulah boleh pergi melepak malam-malam. Kenapa Bunge, Izat dan Hana tiada? Itu nak kena tahu apa itu tagging.
Ni gambar di Pameran Lat di KLCC. Malam tu, memandangkan habis tagging awal, saya dan kawan-kawan pergi makan di Restoran Padi dekat KLCC.
InsyaAllah, lain kali saya akan ceritakan berkenaan 'tagging' pada artikel seterusnya. Sebab penting juga, pelajar-pelajar perubatan faham apa itu tagging dan apa yang perlu dijangka. Sehingga bertemu lagi.
Sebarang kenyataan di dalam blog ini tidak semesti semuanya betul. Ia hanyalah hasil pendapat penulis dan tidak sesekali dijadikan satu-satunya panduan untuk bekerja.