TENTANG SI DIA
Berkurun rasanya,
Ku berdoa, menunggu,
Hingga tatkala ku berfikir,
Aku tidak cukup bagus,
Tuk mendapat petunjuk-Mu.
Namun,
Ayat-Mu mengatakan,
Kau suka hamba-Mu berdoa pada-Mu,
Maka ku terus berdoa,
Mungkin akan terlepas,
Sekeping dua doaku,
Sampai ke Arasy-Mu.
Kelmarin ku tersedar,
Setelah ku amati tafsir firman-Mu,
Tentang tawakkal pada-Mu,
Maka ku ubah diri,
Ku sedari kesilapanku.
Wadah luahan hati seorang doktor. Diharap artikel ringkas di dalam blog ini dapat mempercepatkan proses bakal doktor menyesuaikan diri di tempat kerja kelak, agar orang ramai memahami akan kesusahan hidup sebagai seorang doktor, seterusnya menghapus mitos masyarakat bahawa hidup senang kahwin dengan seorang doktor. Mungkin dan mungkin, sebagai wadah mencari seorang teman yang memahami tugas seorang doktor. :)
Sunday, 21 August 2011
Monday, 8 August 2011
SALAM RAMADHAN
RAMADHAN
Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua.
Dirindui kenangan berpuasa di Volgograd Rusia dahulu kala. Mengubah bilik-bilik di asrama untuk beramai-ramai menunaikan solat tarawih, amat manis diingati.
Setelah sebulan setengah berada di Orthopedik Pediatrik, akhirnya saya dihantar balik ke Orthopedik dewasa. Antara pengalaman menarik adalah mencucuk branulla berulang kali pada kanak-kanak yang tidak berhenti menangis(belum cucuk dah jerit sakit). Kemudiannya setelah dibenarkan pulang, dan jumpa balik di klinik, mereka boleh cam kita dan senyum, sambil tunjuk-tunjuk pada ibu bapa mereka ‘itulah doktor yang cucuk saya hari tu’.
![]() |
| Close manual reduction dan K-wiring untuk Supracondylar humeral fracture. |
Saturday, 9 July 2011
MEMBAWA PERUBAHAN
PERUBAHAN ITU SUKAR
Salah satu keajaiban ciptaan Allah swt adalah ianya berada pada keadaan yang berubah-ubah. Lihatlah perubahan langit, dari malam ke siang. Ianya bagaikan kertas lukisan untuk Allah tarik perhatian manusia setiap hari kepada-Nya. Pergerakan awan dan sinaran matahari berubah begitu tenang dan lancar.
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. (A-li'Imraan 3:190)
![]() |
| Nampak tak? |
Namun jika kita mahu mengubah manusia, ianya sungguh sukar. Kerana manusia berbanding ciptaan lain mempunyai kompleks fikiran, emosi dan ego di dalam dirinya. Walau sebagaimana kita berusaha, kita mungkin berakhir dengan jalan buntu.
Dan bersabarlah dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan. (Al-Nahl 16:127)
JAMPI BERUBAHLAH KAMU
Jika kita melihat sesuatu perbalahan dari pandangan orang ketiga(neutral), kita dapat lihat wujud seperti hijab menghalang manusia nampak akan kesalahan, kekurangan dan kepincangan masing-masing. Mereka hanya nampak kesalahan orang lain, tidak kisah antara suami isteri, kawan-kawan malah di bidang politik. Secara separa sedar, kita melihat yang perlu berubah adalah orang lain dan bukan kita.
Tuesday, 31 May 2011
LARIAN DAN HALANGAN TERAKHIR
Salam,
PENGHUJUNG GARISAN
Akhirnya, sekarang saya sedang berada di 100m terakhir. Dan sedang membuat pecutan terakhir. Itulah perasaannya berada di penempatan terakhir Latihan Siswazah. Dalam masa 4 bulan lagi, saya akan menjadi MO. Kelak saya akan peroleh Sijil Pendaftaran Perubatan Penuh yang akan mengizinkan saya mengamal perubatan tanpa perlu pengawasan lagi.
Itu adalah suatu pencapaian yang besar untuk setiap doktor!
| Nasi Ayam Azzad. Lima bintang. |
| Spaghetti Goreng Ala Azzad. Rasa tidak sesedap rupanya. |
PATAH TULANG
Pandangan pertama saya berada di Wad Ortopedik adalah, lapangnya wad berbanding Wad Perubatan yang sentiasa sesak dan masih ditambah lagi pesakit. Setelah bertanya beberapa rakan lain yang telah tamat kerja di Ortopedik, saya telah pilih Wad 5 sebagai destinasi saya terakhir. Dikatakan kerjasama antara doktor dan jururawat di situ adalah terbaik. Agak benar.
Di setiap wad terdapat lebih kurang 30 orang pesakit, dijaga 3-4 orang HO. Saya ambil masa lebih kurang seminggulah untuk menyesuaikan diri. Saya perlu banyak lagi baca memandangkan tidak ingat sangat ilmu Orthopedik sewaktu belajar dulu.
![]() |
| Belajar buat backslab dengan abang MA. |
![]() |
| Tekun memasang backslab untuk pesakit yang mengalami bimalleolar fracture post screw fix. |
PASUKAN
Di Orthopedik HKL, doktor-doktor pakar dibahagikan mengikut pasukan sub-kepakaran seperti Spine team, Sports team, Tumor team, Peadiatric team, Hand team dan sebagainya. Yang menjadikan wad kelam kabut adalah disebabkan apabila 2-3 team boleh datang buat round serentak. Tetapi setakat ni tiada masalah pun. Doktor-doktor pakar dan MO semuanya profesional.
PEADS ORTHO
Namun ingat langit cerah sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Akhirnya saya telah dibuli untuk dihantar ke wad Orthopedik kanak-kanak. Ada HO di sana yang ingin berkahwin tidak lama lagi, jadi terpaksalah saya dengan berat hati merelakan diri pergi ke sana menggantikannya. Saya pun nak kahwin jugak!
Sedang saya tengah kerja di wad, tiba-tiba dapat panggilan daripada Dr Aizudeen(HUKM) yang akan kahwin tidak lama lagi. “Azzad, aku nak mintak tolonglah.” Saya terus tergelak,”Ahhah aku takleh Din, aku takleh. Hahaha. Aku malu Din.” Saya terpaksa menolak pelawaan sahabat belajar sekali di Volgo dulu untuk menjadi pengapitnya.
| Bachelor party Dr Aizudeen(tengah). Bila berjumpa, banyak cerita keluar. Bersama Dr Khalid, Dr Helmi dan Dr Najmi. |
| Judin kelihatan berat hati meninggalkan Kelab Single and Happy. |
| Semoga berjaya menempuh alam perkahwinan Din. |
Saya perlu berhenti cakap berkenaan berkahwinlah.
PANDANG BELAKANG
“Gelisah tak bermaya. Manipulasi angkara kita. Dan bencana yang melanda. Generasiku menjadi mangsa...." Dunia Bunkface
Saat sedang berlari, sewaktu menghampiri garisan penamat, saya tidak boleh menahan diri daripada menoleh ke belakang. Ada banyak perkara tidak betul berlaku. Saya samada boleh tinggalkannya dan terus berlari, atau buat sesuatu.
Alhamdulillah, satu petisyen yang kami HO telah lakukan, ditandatangani 29 HO telah menunjukkan kesan yang positif. Bermula di dalam suasana yang takut, kami beranikan diri untuk bersuara. Sekalung terima kasih dan tahniah kepada Pengarah HKL, Dato’ Zaininah dan Timbalannya Dr Lailanoor, Dato Jeyaindran Ketua Jabatan Perubatan dan Dr Ngau Pakar Perunding Perubatan atas maklumbalas yang kami tidak sangka.
![]() |
| Terima kasih langit kerana sudi menemani saya selama ini. |
Terima kasih sekali lagi pada Dr Lailanoor atas kesudian mendengar luahan fikiran dan hati saya dengan fikiran yang terbuka. Saya perasan saya mungkin telah menaikkan nada suara apabila dapati semua orang memandang saya setelah keluar dari pejabatnya.
BUKAN KATA AKHIR
Saya kata pada Dr Lailanoor, “It won’t end here.”
Pada mulanya, rasa susah hati bagaimana untuk mengumpulkan individu-individu untuk melakukan sesuatu. Allah swt mungkin ada perancangan-Nya sendiri tanpa kita sedari.
![]() |
| Perjumpaan bersama kali ke-2, dari kiri Dr Kenny, saya, Dr Lailanoor (TP1) dan Dr Ding (TP2). Cuba memenangi sokongan mereka dalam perjuangan kami. |
Apabila berkongsi buah fikiran dengan kenalan-kenalan, kami ramai berkongsi sentimen dan idea yang sama. Apabila diajak untuk memperjuangkannya, dengan ringkas mereka menjawap, “Okay.” Tidak sangka, urusan kita dipermudahkan. Perjuangan diteruskan.
MINYAK
Pada hari terakhir di Wad 5, seorang pesakit yang juga merupakan pengusaha ubatan tradisional telah memberi saya sebotol minyak namanya ‘Minyak Sakti Kuda Putih’ untuk sakit sendi. Kemudiannya dihulurkan pada saya ‘Minyak Syurga Dunia’. Wooowww. Tapi saya tolak yang lagi satu tu dengan baik.
![]() |
| Barang baik. |
“Alah, doktor cubalah. Doktor cubalah,” kata pesakit tersebut. Hendak saja saya jerit, “Saya tak kahwin lagilah pakcik.”
Sunday, 15 May 2011
RAKAN DAN TEMAN SEPERJUANGAN
SANGKA SENTIASA BETUL
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan". Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak." Surah Al-Kahfi, 18:103-105.
Jika saya tersalah langkah, semoga Allah swt menarik saya kembali ke jalan yang lurus.
CUTI
“Lain kali, tunggu habis housemanship baru pergi bercuti.” Dr Rabiha MO ED kata di FB
Cuti penempatan kali ini, saya tiada pergi ke mana-mana memandangkan kemurungan selepas percutian yang saya alami sebelum ini. Selain program motivasi kanak-kanak hari lepas, saya juga telah berusaha menghias bilik saya sendiri. Maka pergilah saya bersama Dr Khalid ke IKEA membeli perabot.
![]() |
| Banyak barang dibeli. |
![]() |
| Dengan Bawang Merah, barang dibeli dapat dibawa pulang dengan mudah. Tempat duduk belakang boleh diturunkan dan bersambung dengan bonet belakang. |
Oh tidak lupa jua, menonton kemenangan Man United ke atas Chelsea. Dan baru sebentar tadi kemenangan EPL ke-19 bagi Man United, secara rasminya kelab terunggul di England. Saya mahu kongsi lawak PM kita berkenaan Liverpool di Hot.fm.
GUNTING RAMBUT
“Nanti kalau nak kahwin, cari isteri yang lawa, bukan yang suka melawa.” Kak Febi
Saya kerap gunting rambut di sebuah saloon di Kampung Baru. Kak Febi pengguntingnya seorang yang suka berfalsafah tentang kehidupan. Menarik mendengar dia bercerita.
Sedang bercerita, saya terkejut dengan caj khidmat rawatan tertentu di saloon tersebut yang para wanita sanggup bayar. Kak Febi kata dia tidak pernah meminta-minta pada suaminya dan menasihatkan saya jangan mencari isteri yang suka melawa kerana mereka selalunya suka meminta-minta.
| Masak mi sup utara untuk kali pertama. Baru rupanya mi hun tu direndam dengan kunyit. Ingatkan ada mi khas. |
| Bila minda sudah bercuti, rajinlah kita untuk memasak setelah lama tidak. |
Dia juga pecahkan rahsia gelagat wanita-wanita dari sebuah negeri di Malaysia ni. Pada pengalamannya bekerja dengan pelanggan, dia dapati mereka kebanyakannya tidak segan silu bercerita tentang bilangan teman lelaki mereka dan cinta mereka pada harta.
Kata Kak Febi, “Bila anak akak dah tamat sekolah, akak nak kahwinkan dengan adik(saya).” Saya hanya mampu bergelak sahaja.
BELAJAR DARIPADA PENGALAMAN
“Looking back, actually I enjoyed my work, doing what I do. But I let them get to me.” Mr Raja Badrul, pakar bedah kolo-rektal. Pernah berhenti jadi doktor dan berniaga selama 2 tahun.
Selain ilmu perubatan yang saya telah pelajari sewaktu penempatan di Jabatan Perubatan Am, di sebalik kesibukan bekerja, ada perkara lain yang saya dapati. Bagaimana teruk dan biadap orang sekeliling kita melayan kita, jangan kita biarkan ianya pengaruhi kita, malah layanan kita terhadap orang itu balik. Ini bukanlah satu perkara yang senang. Saya rasa itulah yang cuba dikatakan oleh Mr Bad.
| Majalah maskulin edisi Mei. |
Ada ketikanya kita rasa sesuatu kerja itu adalah mustahil untuk dilaksanakan dan disiapkan. Tetapi apabila kita laluinya dan lepasinya, apabila dilihat balik, ianya boleh dilakukan. Yang menjadikannya mustahil sebelumnya adalah minda kita.
SENGSARA HIDUP
Hidup ini sudah cukup sengsara. Jika kita ingin berjuang, maka ianya akan lebih sengsara.
Bila orang buang sampah ke longkang, saya tegur. Bila kanak-kanak bermain di masjid, saya kadang-kadang tegur. Bila remaja bersama geng-gengnya merokok, saya rasa tiada kekuatan untuk menegur.
“Di manakah belia lelaki yang berkualiti??!!!” kata seorang perbicara wanita di sebuah rancangan Astro Awani dengan lantang.
![]() |
| Hidup tidak lagi sengsara setelah memiliki iPad2. Seronoknya buang masa beratur. |
Jika jadi insyaAllah saya akan kongsikan.
TEMAN HIDUP
Saya juga selalu mendoakan supaya mendapat isteri yang solehah sebagai teman setia dan sebagai sumber ketenangan dalam perjuangan hidup.
Sewaktu saya mahu masuk ke saloon Kak Febi, ada 2 wanita bersolek di dalam. Saya pun tunggu di luar dan kemudian ke sofa menunggu. Setelah mereka pergi, saya bertanya, “Diorang tu berhias nak pergi mana?” “Pergi balik pejabatlah,” jawap Kak Febi ringkas. Saya kata, “Tapi sekarang dah nak pukul 5, dah nak balik kerja dah! Takkan bersolek lagi” Kak Febi cuba tenangkan saya, “Biasalah orang perempuan.”


| Konsep rekaan saya adalah lapang, ringkas dan selesa. |
“Lagipun untuk suamilah,” tiba-tiba tambah Kak Febi. Dia jelaskan mereka pelanggan tetap di situ. Kedua-duanya sudah berkahwin. Ada yang sudah beranak. “Bertuahnya,” kata saya dalam hati.
Bilalah ada orang nak datang meminang saya ni? MUAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAAAAA.
![]() |
| Puntung rokok. Kesian Bawang Merah diperlakukan sedemikian rupa. |
Subscribe to:
Posts (Atom)











