Salam
Alhamdulillah, berkat cuti seminggu ni, saya ambil inisiatif untuk menulis lagi, walaupun baru tulis tak lama yang lepas. Afiq ada minta tulis kesimpulan penempatan Pembedahan am, tapi saya tidak tahu nak tulis apa lagi.
Jadi saya fikir mungkin bagus kalau saya bawa pembaca ke alam HO berhadapan dengan kes mudah seperti acute appendicitis, dari awal hingga akhir supaya anda dapat bayangkan apa yang berlaku.
8PM: Jururawat terima panggilan dari A&E(accidents and emergency), seorang pesakit perlu masuk wad TRO(to rule out) acute appendicitis. HO oncall diberitahu. Setiap kes surgical akan ditapis di A&E oleh MO Surgical dahulu. Jadi selalunya management plan juga akan disertakan dalam clerking A&E.
9PM: Pesakit tiba, pendaftaran dibuat. Semua v/s(vital signs) diambil, kemudian HO mula clerk.
Perkara penting yang saya belajar di Peads dulu adalah setiap soalan kita adalah untuk mengukuhkan diagnosis kita atau untuk membuat differential diagnosis. Differential diagnosis adalah perkara utama yang perlu bermain di minda kita. Jadi kita perlu tahu apa yang kita perlu differentiate-kan. Berikut adalah contoh clerking ringkas(dlm bahasa Inggeris), dengan perkara-perkara yang patut bermain di minda kita:-
Saya sempat menjadi senior selama seminggu kepada senior saya dulu di Volgograd(Gana dan Anis).
Diorang sekarang 6th poster, dah nak jadi MO dah.
Patient 20 years old/Malay/female
-Orang muda lebih kerap mendapat AA(ringkasan untuk memudahkan saya), intussusception kerap di kalangan kanak-kanak. Pesakit tua >40 tahun perlu buat ECG kerana MI(myocardial infarction) boleh tonjol sbg abdominal pain juga.
-Orang India mempunyai pain threshold yang rendah, maka sakit lain spt dysmenorrhea mungkin boleh disalah anggap sebagai AA.
-Kita perlu rule out gynecological pathology di kalangan pesakit wanita. Lelaki tiada.
(Jadi anda nampak tak, setiap maklumat punyai signifikannya)
Kco(known case of) gastritis
-Kemungkinan perforated ulcer boleh tonjol sbg RIF(right iliac fossa) pain(Valentino’s sign) juga.
COMPLAINTS:
RIF pain x 2/7 (=2 hari, 2/52=2minggu, 2/12=2 bulan)
Sharp localized pain, pain score 8/10, initially from umbilical region radiating to RIF.
-Simptom yang tipikal.
-Sekiranya lebih 2 hari baru pesakit datang ke hospital, kita boleh suspek perforated appendicitis.
A/w(associated with) nausea and vomitting x 3/day, food content
-Pesakit muntah >5 kali sehari, takpun diarrhea>5 kali sehari, kita kena suspek AGE(acute gastroenteritis) – berkenaan tersalah makan(boleh tanya ada makan makanan pasar malam ke, ada org lain dlm keluarga yang muntah, cirit birit juga ke).
-Billous, fecal content petanda IO(intestinal obstruction), fresh blood(e.g bleeding ulcer)
A/w fever x 1/7, high grade
-Demam tinggi petanda appendix mungkin dah perforated.
-Jika demam bermula sebelum RIF pain(+URTI symptom(upper respiratory tract infection)), kita suspek mesenteric adenitis.
Kita perlu tanya juga 3 fisiologi asas manusia, tidak kisah kes apa pun.
1. Oral intake, appetite
- LOA(loss of appetite), nausea, vomitting(rujuk di atas)
- Last meal at what time – patient needs to be fasted at least 6 hours prior to op.
2. BO(bowel output)
- NBO(no BO) petanda IO.
3. PU(pass urine)
- Dysuria, increased frequency etc adalah petanda UTI(urinary tract infection- differential diagnosis paling utama!)
Bagi wanita, kita perlu tanya menstrual/reproductive function.
- Dysmenorrhea kadang-kadang disalaherti sbg RIF pain.
- Missed menstruation – ectopic pregnancy(Diff diagnosis utama gynecological pathology!)
Prev. similar symptoms
- Kadang-kadang pesakit pernah ada simptom yang sama dan pernah dirawat di hospital(pastikan appendicectomy tidak pernah dibuat sebelum ni!)
Bersama Judin(HUKM), Safwan(Seremban) dan Sua(Kota Bharu) di Nando's KLCC.
Lepak sempena cuti end posting ke-2.
Judin mengajar kami cara bagaimana untuk mencari isteri solehah. Haha.
PAST SURGICAL HX(history):
Previous operation done
- Adhesion colic – apabila adhesion terbentuk di antara usus akibat daripada pembedahan sebelum ini.
SOCIAL HX:
Alcohol abuse – acute on chronic pancreatitis
o/e(objective examination)- Saya tulis yang ringkas, yang berkenaan sahaja.
Temperature
– 39(petanda perforated appendicitis)
Hydration status(coated tongue, sunken eye, dry lips etc)
- Pesakit AA mungkin dehydrated disebabkan muntah dan poor oral intake. Jadi jangan terlalu tumpu pada appendicitis hingga patologi lain terlepas pandang.
PA(per abdomen)
Inspection
- Scar – suspek adhesion colic(tiada scar dipanggil virgin abdomen)
- Swelling – TRO(to rule out) inguinal/femoral hernia
- Distended – TRO IO
Palpation
- Tenderness in RIF – acute appendicitis
- Guarding – perforated appendicitis
- Mass – TRO appendicular mass, abscess, ovarian cyst, ovarian tumor
Kemudian kita akan buat blood Ix(investigation)
FBC(full blood count)
-WBC - >12, perforated appendicitis.
RP(renal profile)
– slightly elevated urea and creatinine, dehydration.
Urine FEME
-UTI bila leuk increased, nitrite positive
UPT(urine pregnancy test)
-positive - ectopic pregnancy
EARLY MANAGEMENT
Patient is kept NMB(nil by mouth).
Put on IVD(intravenous drip) 5 pint – 3 pint NS(normal saline), 2 pint D5%(dextrose)
SITUASI 1
10PM: Kemudian MO/Registrar/Doktor pakar akan membuat round dan review pesakit baru masuk. Sekiranya yakin bahawa pesakit mempunyai acute appendicitis, HO akan disuruh untuk post case for appendicectomy. Yakni HO perlu telefon Anest di OT yang oncall dan memberitahu maklumat yang diperlukan. MO perlu dapatkan tandatangan pesakit untuk consent for op. HO tunggu untuk OT panggil kes setelah anest beri arahan.
12AM: OT panggil kes. HO pergi ke OT untuk assist appendicectomy.
SITUASI 2
Jika MO kurang pasti, kita akan terus perhati keadaan pesakit sehingga esok(dlm keadaan puasa). Jika masih terdapat RIF tenderness, baru kita post case. Ada sesetengah kes, doktor pakar akan suruh kita challenge the patient orally. Kita beri pesakit makan dan perhati samada dia akan muntah. Jika muntah, kita puasakan dia balik 6 jam, kemudian hantar untuk op.
Jika RIF tenderness berkurangan dan pesakit mampu makan seperti biasa, ini menunjukkan bahawa pesakit tiada AA. Pesakit akan di discharged keesokan harinya.
SITUASI 3
Apabila kita suspek, masalah mungkin berkaitan dengan gynekologi, pesakit akan dirujuk pada Gynecologist.
POST OPERATION
Selepas pembedahan, kita akan step up oral intake daripada CF(clear fluid) hingga ke normal diet. Pesakit juga mesti diberi analgesia secukupnya. Kalau kes perforated appendicitis, antibiotik perlu diberi hingga hari ke-7. WI(wound inspection) dibuat selalunya hari ke-2. Jika semua okay, pesakit dibenarkan balik.
(Gambar- menggayakan beg kerja Helmi sewaktu melawat Seremban)
KES MENARIK
Ada satu kes di mana pesakit perempuan datang dengan RIF pain. Doktor pakar tidak rasa ianya kes appendix. Dirujuk ke gyne, gyne buat US scan tapi tiada punca. Pesakit menjadi septic. Kemudian kami perasan platelet pesakit down trending. Hantar Dengue serology - positif. Ingat pesakit Dengue boleh mengadu abdominal pain.
Seorang pesakit perempuan datang dengan RIF pain. Semasa saya assist op appendicectomy tersebut, tiba-tiba jumpa bukan inflamed appendix, sebaliknya ovarian cyst sebesar kepala bayi. Pesakit tu obese, jadi kadang-kadang susah untuk palpate RIF mass. Kami telefon dan serah pesakit pada gynecologist on table.
Baiklah setakat itu sahaja. Saya pun nak termuntah-muntah tulis sebanyak ni. Jadi ingat, yang penting differential diagnosis yang bermain di fikiran anda. Itu yang saya cuba latihkan dalam fikiran saya. UUeeekkkk.
Salam

















