Sunday, 28 February 2010

DILEMA SEORANG HO, EPISOD 2

Kepada para pembaca, silalah memberi maklum balas terhadap artikel yang telah dibaca. Ini supaya penulis mendapat semangat untuk terus menulis dan tahu hasil tulisannya berguna, apatah lagi di waktu lapang yang singkat beliau miliki sekarang. Terima kasih.


Sebarang kenyataan di dalam artikel di blog ini hanyalah pandangan dan pengalaman peribadi penulis sahaja. Ia tidak patut dijadikan rujukan oleh pembaca-pembaca.

Assalamuálaikum, salam 1Malaysia,

2 minggu lagi genaplah 2 bulan saya berada di Jabatan Pembedahan(Surgery). Rasa seperti baru semalam saya berada di Peads, tapi begitulah masa cepat berlalu zaman kita ni. Maka genap 2 bulan jugalah saya dah lama tidak berkesempatan untuk blog. Ini memandangkan tekanan, keletihan dan juga kemurungan yang saya alami semasa di Surgery. Haha. Lagi-lagilah 3 minggu berturut-turut saya on-call hujung minggu. Nasib baik ada cuti Tahun Baru Cina dan Maulidur Rasul.

Meluang masa di KLCC dengan Dr Helmi(Hosp Seremban) semasa cuti tahun baru Cina
Pengenalan

Serba sedikit pengenalan mengenai Jabatan Pembedahan. Untuk penempatan ini, saya akan ditempatkan selama 2 bulan di wad UPM dan 2 bulan di wad vaskular KKM(Kementerian Kesihatan Malaysia). Memandangkan saya adalah poster ke-2, saya hanya perlu tagging selama seminggu, berlainan dengan poster pertama iaitu selama 2 minggu. Alhamdulillah, Sabtu dan Ahad cuti melainkan saya on-call.

Terdapat perbezaan yang banyak berbanding penempatan saya sebelum ini di Peads. Merawat pesakit dewasa, pada saya adalah lebih mudah. Namun saya perlu menyesuaikan teknik mengambil darah saya dengan orang dewasa. HO lain kata, kalau dah buat Peads, mesti hebat ambil darah dan masuk branulla pada orang dewasa. Tetapi saya rasa susah pula. Takpelah, saya perlu terus berusaha berlatih. Namun komunikasi dengan pesakit adalah lebih mudah, kerana mereka sendiri boleh menceritakan masalah mereka.

Penyakit yang kerap perlu ditangani oleh HO di Jabatan Pembedahan Am adalah seperti
1) Intestinal obstruction
2) Acute appendicitis,
3) Cancer(Ca) seperti esophageal, Gastric, Colon, Rectal dan sbgnya.(Kes yang memerlukan surgical intervention)
4) Pneumothorax
5) Hernia
6) Abscess/ Carbuncle
7) Cholelithiasis/ Cholecystitis
8) Pancreatitis
9) Peptic ulcer disease(perforated, bleeding dan sbgnya)
10) Dan pelbagai lagi.

Surgery tidak mudah di HKL

Rutin kerja juga berlainan sedikit. Hari operation untuk wad saya sekarang adalah pada hari Rabu dan Jumaat untuk kes elektif. Jadi sehari sebelumnya, kita perlu admit pesakit, dan sediakan pesakit untuk pembedahan. Manakala kes emergency pula akan dibuat bila-bila hari apabila perlu. Hari Isnin dan Khamis pula adalah hari klinik, di mana HO perlu turun ke klinik dan jumpa pesakit. Kes-kesnya adalah seperti pesakit yang di refer daripada klinik pesakit luar atau doktor pakar lain, pesakit post op under follow up, kes-kes kecil seperti hemorrhoid, radiation proctitis dan sebagainya. Kalau berkesempatan, bolehlah saya buat proctoscopy dan banding of hemorrhoid.

Secara ringkas apa yang saya buat di wad adalah:-
1) Mengsiapkan pesakit untuk pembedahan seperti puasa 6 jam sebelumnya, ambil darah untuk cross match jika perlukan transfusi darah, pasangkan IVdrip.
2) Clerk kes baru dan bentang pada MO atau specialist segera jika perlu.
3) Jika perlukan pembedahan emergency, post case pada anesthesist di OT, dan assist surgeon buat pembedahan.
4) Buat review dan ikut round pagi, petang dan malam(jika on-call) dan update MO atau doktor pakar perkembangan terkini.
5) Melaksanakan post op plan seperti yang diminta oleh doktor bedah. Seperti bila STO(Suture to open), antibiotics dan analgesic yang perlu diberi, keep NBM atau allow CF, NF, soft diet atau allow orally(nil by mouth, clear fluids, nourishing fluids), bila perlu buat WI(wound inspection), bila perlu mulakan clexane(enaxaparin untuk mencegah DVT) dan sebagainya.

Untuk operation pula, HO akan diagihkan untuk assist mengikut jadual yang telah ditetapkan. Di sini, HO baru perlu belajar scrubbing dengan sister di OT dulu semasa tagging. Apabila ada kes, HO sepatutnya sampai dulu di OT, beritahu surgeon bila pesakit sudah tiba di OT, isi nama dan maklumat di whiteboard, sediakan antibiotik jika ada, scrub in dan paint(sapu iodine) pada kawasan operation sebelum surgeon datang. Kemudian assist operation. Kalau baik dengan surgeon, mungkin anda dibenarkan buat sendiri bagi kes-kes kecil seperti appendicectomy.

Pengalaman

Jabatan Pembedahan di HKL ni memang terkenal. Terkenal dengan tekanan kerjanya. Rakan HO kata, kerja sebenarnya tiadalah banyak sangat, tapi tekanannya mak aih. Ini disebabkan doktor pakar bedah yang lebih tegas dalam kerja. Jadi kalau kena marah tu, biasalah. Saya nasihatkan diri saya dan anda semua, buat kerja bersungguh-sungguh dan secekap mungkin. Dalam sebulan pertama saya di sini, sudah ada 5 HO yang telah di extend penempatannya. Ini menambahkan lagi tekanan pada saya dan rakan-rakan HO lain. Saya kata pada diri, saya berusaha sajalah sebaik mungkin, jikalau kena extend, jangan bersedih sangat, teruskan berusaha.
Ni gambar bersama Chef Ismail. Rupa-rupanya dia datang nak tengok anak buah dia sakit di wad Surgical.
Siap beri no telefon dan restoran, suruh datang, makan percuma lagi.

Setakat ini, operation yang besar yang saya pernah assist, adalah kes perforated duodenal ulcer. Pesakit datang dengan air under diaphragm dalam CXR(chest X-ray). Dalam operation tu, primary suture dan omental patch dibuat. Bila kita dapat tengok depan mata, ia amat menarik. Namun pesakit telah meninggal dunia beberapa hari kemudian disebabkan sepsis di ICU.

Juga pesakit pertama yang meninggal di bawah jagaan saya terjadi ketika saya oncall. Pesakit post hernioplasty, tetapi punyai pelbagai co-morbidity(BA, HPT etc) menyebabkan beliau tidak dapat pulih dengan baik selepas ops. Beliau mengadu SOB pada pagi tersebut, kemudian collapse ketika sedang dialih ke acute cubicle. Saya dan HO lain, buat CPR bergilir-gilir. Walaupun setelah di intubate oleh anest, pesakit tidak dapat juga di resuscitate. COD adalah Respiratory failure secondary to aspiration dan juga pulmonary embolism. Sedih rasa hati, apatah lagi saya pernah papah dia bangun dan berjalan untuk menggalakkan dia ambulate supaya segera pulih.

Ni pula gambar saya dengan anak saudara Syifa Batrisya di Benafee Village di JB.
Jangan datang, makanan tidak sedap dan khidmat pelanggan yang teruk.
Dahlah 'tiru' konsep restoran impian saya, fusion makanan Cina dan Melayu. Haha.
Setakat ini sajalah yang saya mampu berkongsi cerita dengan anda semua. Harap ianya bermanfaat. Doakanlah saya dapat bekerja dengan tenang tanpa rasa takut. Semoga saya dapat melaksanakan tugas saya dengan cemerlang dan lulus penempatan Surgery tanpa sebarang musibah.

Terima kasih dan salam.

21 comments:

  1. InsyaAllah azzad, gud luck.
    tq for sharing...


    ujai

    ReplyDelete
  2. Insyaallah Azzad,slamat berjaya.Doakan kami gak utk GOS,hehe.Tulis lagi dan lagi,moga2 dapat menaikkan semangat kami insyaallah.

    Afham

    ReplyDelete
  3. ingat ke anak ko azad..hehe
    gudluck azad !!
    nak tanya azad, camna sistem bayaran balik mara yg lepas grad tu??? terang sikit.. ko kena brapa percent?? ikut marks exam ke.

    kitorg sntiasa doakan ko azad..gudluck2 !!


    toni

    ReplyDelete
  4. salam..
    sy final yr medicla student.
    thanks dgn info blog awak..sempat gak HO ber-blog yer..

    kalo ada rezeki..nak apply HKL jugak.
    tapi di kalangan student ada negative perspektif sikit kat HKL.
    1. Panas and padat
    2. busy ramai pesakit
    3. HO kat HKL hanya setahun saje.. then kena aply tempat lain.
    4. susah dapat -area lembah kelang.
    5. jalan jam susah nak pegi keja.
    6. Bnyak keja.

    hope bro leh bagi pendapat mengenai isu isu di atas. tq

    ReplyDelete
  5. Hmm..ingat buat practical kt surg dept..tp kt sopd je..rase cam menarik je, xsangka ramai kene extend..tp specialist2 sana agak mnyeramkan gk tp nurse2 cam baik..anyway good luck!!

    ReplyDelete
  6. Salam
    Di HKL ni, memandangkan hospitalnya, hospital lama, jadi memang panas dan kepam wardnya.

    Pesakit mmg ramai, kerana HKL mmg mempunyai reputasi sebagai pusat rujukan perubatan. Sedangkan ada pesakit patah tulang di Penang, sanggup pergi HKL untuk dpt rawatan. Taktaulah Hosp kat Penang buat apa.

    Mana ada kena pohon tempat lain selepas setahun. Kalau dah dapat HKL, kita akan habiskan housemanship 2 tahunlah kat HKL.

    Jam tuh mmg biasalah, jadi duduklah asrama utk tahun pertama. Lepas tu duduk luar.

    Kalau kerja tak banyak, bila masanya nak belajar dik.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..
    Hehe. Saya lak nak habis HO lagi 3 bulan. Bile bace cerita2 hang ni, terkenang pengalaman pahit manis kat hosp teluk intan ni.
    Masa mula2 jadi HO, ada senior pesan dah awal2 kat saya, "We are the lowest form of life in here." Bila dengar dia ckp camtu, ada sedikit rasa cuak. Ish, teruk sangat ke?
    Tapi.. cuak punya cuak, stress punya stress, letih sampai power tangan 3/5, tido masa tengah clerking kat labor room.. masih ada peluang lagi untuk bergembira.. duit pun banyak, bile cuti pegi jalan2. yg penting, dapat banyak belajar..
    Jadi HO ni untuk belajar, so set dalam otak nak belajar! Biarla kena marah, kena pulau, kena extend.. tp dapat belajar sesuatu, biarpun cuma belajar pen mana yg bagus. Hehe.
    Hm.. perasaan untuk quit selalu bermain di kepala semua HO. Sy pun sama. Selalu fikir nak quit. Especially lepas kena marah, kena extend, kena buli dgn senior/SN, kena maki dgn sedara pesakit.. tapi ntah nape saya masih lagi keje. Masih lagi pegi wad. Masih lagi baca buku ulangkaji..
    Alhamdulillah, sedar tak sedar. Dah nak habis 2 tahun. Jadi kawan2, jgn takut jadi HO.
    Just keep go on. Just keep the legs move on, keep the hands open the ward's door at 6.30 am, & keep praying (don't skip!). Then, you'll be surprised that your housemanship is at the end.. :)

    ReplyDelete
  8. thank you for sharing your experiences here. i am a big fan of this blog. and i hope this would lift your spirit up. i would be applying to HKL by the end of this year, hopefully HO would be a great experience. (extend pon extendlah if thats what make us better doctors)

    good luck with work.

    salam.

    ReplyDelete
  9. salam dr azzad

    sy student nizhny. dulu sy datang volgo dgn husni and pernah jumpa dr n borak kejap. (dr x kenal igt sgt kot.. hhuhu)

    apa2 pun terima kasih kerana menulis. sy follow every post dr.

    semoga ALlah mempermudah urusan dr! =)

    ReplyDelete
  10. slm..
    yeah i'm a big fan too..plz dun stop sharing =(
    xpe2..jgn rse ltey,jgn rse bosan..ikhlas kan diri sbb hadith Rasulullah s.a.w b'sabda '..sebaik2 umat adalah yg bermanfaat kpd org lain..'
    insyaAllah.
    =)

    ReplyDelete
  11. susah nak jumpe blog dari HO, puas mencari..yg ni je yg betul2 puas hati :) dapat gambaran yang jelas macamane life HO nnt. thanks, teruskan menulis & memberi manfaat kpd org lain. semoga dapat lalui semua dengan baik. (kepada semua HO yg lain jugak..)

    ReplyDelete
  12. Salam, doktor. Saya Syamirulah, pelajar di NNSMA.

    Saya tertarik bila doc sebut mengenai clexane tersebut. ketika praktikal dahulu di bukit mertajam, saya diberitahu yang clexane is of porcine origin, however it is preferred compared to heparin because less painful. yang bagitahu saya tu pun doc chinese.

    maybe just nk tahu real situation, kat sane doc bagi full-disclosure ke kat patient esp patient muslim untuk pilih either clexane or heparin, atau memang kena follow protocol je?

    sekadar concern jelah, bukan berniat nak timbulkan isu ke ape. cuma harapnya saya boleh be prepared mentally, spiritually inshaAllah.

    Salam dari Nizhny. All the best! Keep writing, doc!

    ReplyDelete
  13. Salam

    Terima kasih atas sokongan anda semua.

    Clexane diguna meluas di Jabatan Pembedahan, dengan tujuan utama, mencegah DVT. Isu yang timbul adalah, enoxaparin(naa generik) berasal drpd usus babi. Pada pendapat saya, ini sudah terletak di bawah kategori darurat.

    Heparin sendiri mempunyai banyak kesan sampingan, dan jarang digunakan. Usaha kita untuk mencegah, tidak berbaloi meletakkan pesakit dalam risiko ubat tersebut.

    Satu lagi pengganti clexane adalah, arixtra(fondoparinux) namun jarang digunakan oleh dr pakar. Setahu saya ia berkaitan dgn kos yang tinggi dikenakan.

    Daripada pemerhatian saya, penggunaan clexane tidak disertai penjelasan berkenaan asal usul ubat tersebut. Saya berpendapat ini disebabkan ia telah diterima sbg situasi darurat dari segi agama. Juga disebabkan ia akan menjadi isu besar dlm merawat pesakit. Bayangkan pesakit menolak penggunaannya, mendapat DVT dan komplikasinya seperti pulmonary embolism.

    Bayangkan bagaimana kita boleh meyakinkan pesakit risiko yang mereka sukar fahami? Sedangkan pesakit dgn gangrenous Diabetic foot Ulcer(DFU) pun mintak keluar hospital sbb nak buat rawatan kampung, kerana taknak potong kaki. Kalau pesakit dapat septicaemia nanti, siapa nak tanggung?

    Ini antara kesukaran yang dihadapi.

    InsyaAllah saya akan tulis artikel baru dalam masa terdekat. Dah lama tak berkesempatan.

    ReplyDelete
  14. salam
    mungkin isu darurat tak timbul di sini (clexane for prophylaxis of DVT) kerana setahu saya, tak semestinya ubat yg porcine origin tu haram.

    waktu prac saya di husm beberapa tahun lepas, sempat join cardiology clinic.MO tu nk prescribe ubat utk patient tu (warfarin utk rheumatic valvular diz, kalau tak silap).sebagai menghormati patient tu yg pakai tudung labuh, MO tu explain la ubat tu porcine origin.terus berubah muka patient tu.tak sempat MO tu explain further, specialist yg tgh clerk sorg lagi patient kat dpn ktorg trus marah MO tu "kalau ko tanya macam tu sape pun takkan nak makan ubat tu" n explain " kak, ubat ni memang asalnya dari khinzir, tapi strukturnya dah diubah dalam makmal, jadi komponen yang lain(sambil lukiskan struktur amino acids dalam ubat tu yg dh diubah dari komponen asal).jadi ulamak sedunia dah bincangkan dan sepakat, ubat ni halal.slalunya kami terus bagi kepada pesakit tanpa tanya consent, sebab hukumnya memang halal.cuma doktor ni tanya sebab hormat pada akak.jadi saya harap akak tak was-was la nak makan ubat ni, sebab ulamak dah sepakat memang halal, n memang perlu untuk akak ni".

    erm panjang pulak.just nk share.saya pun tak tahu sangat, mugkin isu ni kena tanya org yg lebih faqih fsl isu perubatan islam ni.wallaualam

    ReplyDelete
  15. Konsep tersebut dipanggil konsep istihala (transformation). Selalu orang aplikasi konsep tersebut dalam bab alkohol dalam makanan yang berubah sifat, sekaligus membolehkan makanan tersebut dimakan.

    Saya secara peribadi, menerima konsep istihala ini, sekadarnya. Namun, terdapat pendapat yang tidak membenarkan konsep istihala tersebut.

    Justeru bagi saya, untuk menerima konsep ini atau tidak, sepatutnya adalah pilihan pesakit. Kecuali dalam keadaan pesakit tak dapat buat pilihan lah kan. Huhu.

    However, mungkin saya kata ni just theoretical jelah. Bagaimana keadaan realiti, serta tindakan saya ketika saya bekerja nanti, saya tak pasti bagaimana. Huhu. Semoga by the time saya graduate, sudah ada alternatif lain lah kot. T_T
    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  16. susah rupenye kawen dgn doktor

    ReplyDelete
  17. please keep writing bro...this kind of information can really help future doctor like myself to prepare mentally for the coming responsibilities....may Allah bless you.

    ReplyDelete
  18. doctor, harap boleh kurangkan short form, or at least state along the translation. sgt membantu utk doctor2 baru yg bakal sgt blur dgn all the short forms. thanks. :)

    ReplyDelete
  19. salam dr..
    terima kasih,writng dr bntu saya utk memahami life sebenar seorang HO..saya punyai kekasih seorang dr,dh byk kali jugak hubungan hmpir retak,tetapi atas nasihat seorang rakan yg juga selalu ditinggalkan suami,dia meminta sy membaca blog2 berkiatn hidup seorang HO...terima kasih

    ReplyDelete

Sila beri komen yang berfaedah untuk penulis dan pembaca lain. Jadilah pengguna internet yang bertanggungjawab.