Saturday, 1 May 2010

BURN UNIT dan VASCULAR SURGERY

Kepada para pembaca, silalah memberi maklum balas terhadap artikel yang telah dibaca. Ini supaya penulis mendapat semangat untuk terus menulis dan tahu hasil tulisannya berguna, apatah lagi di waktu lapang yang singkat beliau miliki sekarang. Terima kasih. Sebarang kenyataan di dalam artikel di blog ini hanyalah pandangan dan pengalaman peribadi penulis sahaja. Ia tidak patut dijadikan rujukan oleh pembaca-pembaca.

Salam,

Maaflah disebabkan lama saya sudah tidak menulis. Sokongan anda semua di bahagian maklumbalaslah yang membuat saya bersemangat untuk menulis artikel kali ini. Almaklumlah, di Surgery ni, ada masa terluang je, kalau boleh nak rehat saja.

Perkembangan terkini secara ringkas, kini saya masih ada 2 minggu lagi sebelum hari terakhir di penempatan Surgery. Namun saya masih terkejar-kejar mencari masa lapang Surgeon-assessor saya. Doakan saya lulus.

Tekanan di surgery membuahkan jerawat

Seperti yang diceritakan sebelum ini, saya kini sudah berada di Wad Vaskular a.k.a. Wad Neraka di kalangan HO HKL. Kenapa Neraka? Itu nak kena merasa baru tahu. Apabila takut untuk datang kerja, hati berdebar-debar sewaktu rounds, mengira beberapa hari lagi tinggal kerja di Wad tersebut setiap hari, itulah tanda-tandanya.

Di awal separuh kedua penempatan kali ini, saya telah dihantar ke Burn Unit dulu. Jadi dapatlah saya berehat seminggu daripada kepanasan Wad Vaskular. Namun ianya adalah pengalaman yang bernilai.

BURN UNIT

Apabila dipilih untuk dihantar seorang ke Burn Unit, terfikir pula saya, "Saya ni bagus sangat ke?" Haha. Sangat seronok sewaktu bertugas di situ memandangkan saya seorang je HO yang bertanggungjawab terhadap semua pesakit di situ, jururawat-jururawat yang baik, MO yang baik dan juga peluang merawat pesakit kes burn.

Kes-kes yang saya berpeluang temui adalah kes seperti ahli bomba yang terbakar muka, tangan dan kaki ketika menjalani latihan, kes suri rumah terkena stim panas pressure cooker, kes tukang masak terkena letupan tong gas dan sebagainya.
Tekanan yang mampu merekah batu

Di situ saya pelajari classification of burns dengan mata sendiri, cara mengurus blisters, tanda-tanda inhalational injury(penting kerana pesakit perlu intubasi), cara dressing kes burn dan sbgnya. Secara kebetulan, plastic team nak buat skin graft pada seorang pesakit minggu tu, dapatlah saya assist buat skin graft. Saya dapat lihat bagaimana mereka harvest skin menggunakan mesin roller di peha pesakit. Rasa ngeri jer. Lepas tu jahit satu-satu di tangan pesakit. Dapat juga perhati kerjasama yang cekap oleh jururawat-jururawat burn unit dalam mengurus kes acute, menyebabkan saya rasa rendah diri je, seperti tidak menyumbang sesuatu.

Dapat juga melihat isteri yang setia, malah cantik, datang setiap hari melawat suami, menyuap makan, meneman buat physio, walaupun suaminya muka terbakar teruk. Terdetik hati kata, "Harap-harap saya pun akan dapat isteri sebaik macam tu."

Pada hari terakhir saya di sana, masuk pesakit kes kemalangan jalan raya, memandu dalam keadaan mabuk, terbakar dari pinggang ke hujung kaki. Masuk dengan intubated, 2 escharotomy telah dibuat(apabila kulit terbakar dengan teruk, ia menjadi tisu hitam keras dan boleh menyebabkan compartment syndrome), BP naik turun tak menentu, ahli keluarga risau tunggu di luar. Adalah 3-4 jam saya dibiarkan seorang urus pesakit tu. MO hanya tinggalkan arahan saja. Kalau tak boleh handle, baru telefon. "Nurse run one pint Hartmann's fast" saya menggelabah.

WAD VASKULAR

Akhirnya pulanglah saya kembali ke Wad Vaskular, dunia realiti. Tekanan kembali menghantui hidup saya. Sebenarnya di vaskular, banyak juga kes menarik yang saya pelajari. Daripada kes ESRF(End stage renal failure) yang memerlukan AVF creation(arteriovenous fistula) ke Lower limb ischemia(LLI) hinggalah ke kes AAA(Abdominal aortic aneurysm).



Mempersiapkan diri dengan baju plumbum, sebelum memerhati arterial stenting


Saya masih ingat lagi perasaan kali pertama palpate pulsatile abdominal mass(kes AAA). Perghh, rasa sangat menakjubkan. Saya juga pelajari guna doppler dan mengira ABI(ankle brachial index) untuk menentukan severity of LLI.

Pengalaman assist kes Axillo-femoral bypass, AVF creation, aneurysectomy dan arterial stenting juga menarik. Ingat lagi sewaktu saya oncall, datang kes leaking AAA, pergi assist dengan mangatnya. Tapi disebabkan dah ada HOD, pakar vaskular, registrar dan MO, saya pun tidak dapatlah nak tolong sangat. Nak perhati apa diorang buat pun susah, sebab ramai sangat. Papepun, pesakit meninggal on-table(sewaktu pembedahan) kerana kami tidak berjaya menghentikan pendarahan.

KLINIK

Klinik di Surgical KKM(Kementerian Kesihatan Malaysia) mendedahkan saya dengan pelbagai pesakit. Bagi saya klinik adalah tempat paling seronok bekerja. Saya rasa tenang, tiada stress, bilik pun air-cond, tiada siapa nak mencari kesalahan saya, tiada siapa nak marah saya, seronok bersembang dengan pesakit. Di klinik juga peluang saya untuk aplikasi semua ilmu yang dipelajari di wad. Cuma perlu asah minda supaya efisyen, cekap dan pantas bekerja.

Makan mee bandung di The Gardens sebelum tonton
Clash of The Titans

Di klinik, kita akan jumpa pesakit-pesakit yang telah buat pembedahan. Perhati perkembangan terkini, periksa operative wound, kenalpasti HPE tisu yang telah diambil(histopathological examination- contohnya tisu ketumbuhan, samada ia cancer atau benign). Ada juga kes baru, yang dirujuk daripada jabatan lain atau hospital lain, yang kita perlu clerk dan present pada doktor pakar atau MO. Kes-kes follow up seperti cholelithiasis, gastritis, pancreatitis, hernia, kita perlu tanya samada symptoms makin teruk, samada ubat membantu. Kalau perlu, kita tentukan tarikh untuk elective operation(cholecystectomy, hernioplasty).

Di klinik B&E(breast & endocrine), kita periksa kes breast lump, breast abscess, auxillary breast, goiter dan sebagainya. Di klinik vaskular, kes CVI(chronic venous insufficiency-varicose), diabetic foot, AVF dan sbgnya.

Berikut adalah senarai penyakit/prosedur yang perlu anda beri perhatian:-
Vascular surgery
1- Lower limb ischemia(Peripheral vascular disease, buerger's disease, bezakan acute, chronic, critical LI)
2- AAA
3- Arteri-venous fistula and hemodyalisis
4- Chronic venous insufficiency

B&E(saya tidak berpeluang kerja di Wad B&E, cuma klinik je, jadi kurang arif)
1- Breast lump/ pain(carcinoma, fibroadenoma, abscess, galactocele etc)
2- Goiter

Alhamdulillah, setakat ini sahaja yang saya mampu tulis. Harap anda semua doakan saya lepas penempatan pembedahan.

Salam 1Malaysia = 1Israel, PAS for all = Israel for all???

19 comments:

  1. salam azzad...

    thanx for sharing. Gud luck abis surgery :)


    ujai

    ReplyDelete
  2. apsal ngan ayat last tu azzad.politik sungguh.hakhak

    mantap azzad.thanks bagi list2 short form and diseases tu.good luck assessment hang!

    -afiq-

    ReplyDelete
  3. dr azzad tq
    panduan berguna
    kepada sy n kwn2 bakal houseman june ni insyaAllah
    =)

    ReplyDelete
  4. ok umpa nanti alialalala

    biasa ah afiq, kalau tak cakap, mane nak berubah

    ReplyDelete
  5. thanks azad.. all the best! :)

    -faisal-

    ReplyDelete
  6. Salam. what happened to the patient who had escharotomy? and why hartmann's solution? is it a standard infusion therapy in malaysia?

    aini,moscow.

    ReplyDelete
  7. ok thank u..dr azzad

    saya sentiasa tertunggu-tunggu article dari saudara.

    cdangan saya..dr azzard boleh ceritakan diari hidup berdasarkan gambar.

    maksud saya..kalo dr azzad guna gmbar untuk ceritakan khidupan harian saudara.
    LEBIH SNANG DAN MUDAH bg saudara yg amat sibuk dengan tugas harian.

    letak gambar..dan terangkan.cam tu je.

    sbelum ini,post saudara bnyak membantu saya menggambarkan keadaan realiti hospital di Malaysia..

    terima kasih bnyk2x.

    saya berharap kalau buleh saudara tingkatkan kekerapkan post sesuatu article..article saudara ditunggu ramai sebenarnya...heheheh :)

    saya abdul fattah hamzah.
    tahun3,perubatan mesir


    PAS for ALL -memang terbaik la Dr Azzad!!

    ReplyDelete
  8. Jururawat burn unit aritu beritahu saya yang pesakit tu meninggal seminggu selepas masuk hospital di ICU.

    Jenis solution yang digunakan bergantung pada keadaan. Kalau untuk maintenance drip selalunya guna normal saline(NS) dan dextrose5%(D5%). Kalau untuk resuscitate, boleh guna Hartmann's. Anda semua perlu tahu apa kandungan setiap jenis, berapa mmol, kkcal dan sbgnya.

    Cadangan fatah akan dipertimbangkan. Namun ada halangan untuk saya berbuat demikian, kerana mengambil gambar sekitar hospital terutama di wad agak dilarang. Lagipun saya lebih suka menulis apabila benar2 ada perkara yang ingin disampaikan. Bukan sekadar ada je. Namun saya akan cuba lebih kerapkan penulisan artikel blog saya. InsyaAllah.

    Salam

    ReplyDelete
  9. salam,

    biasanya emergency cases mmg HO sorg2 kene handle ye? ada MO monitor tak?

    mcm mana assessment surgery? assessment setiap department ada beza2 ke?

    thanks for the info. semoga selalu dipermudahkan. ameen.

    ReplyDelete
  10. takdelah.manade emergency case HO urus sorang2. mungkin kat A&E yelah kut.

    yang kat burn unit tu.MO dan pakar dah tengok dah pesakit. lepas tu tinggalkan arahan. tapi pesakit masa tu masih tak stabil lg.

    ReplyDelete
  11. salam.azad
    eh.ak da lama nak tanya ni..
    brapa percent plajar spc mara kena bayar nanti ??
    ikut average marks exam kat russia ke??
    ko kena bayar brapa azad?
    gudluck azad assessment !
    (..ko xde susah sket ak nak beli tiket tahun ni do..hehe..)

    -toni-

    ReplyDelete
  12. salam wrt dr azzad.
    terima kasih berbanyak2 atas entry2 blog macam ni. aku suka baca summary posting ko, sangat bermanfaat.

    ReplyDelete
  13. Salam, sangat setuju dengan Hazreen :)

    can't wait for your next post!

    ReplyDelete
  14. salam. . .hehehe. . suke tis blog. .dr.Azad. sempoi.. stokin, ,jerawat, ,hahah, , adehhh. . igt seorg doktor skema je

    ReplyDelete
  15. Salam Dr....kalo dr Azad tahu psl "breast lump"...sy nak tahu tntng hal tu leh?sy dah google tp mgkin ada certain part jer sy phm...sharing is caring

    ReplyDelete
    Replies
    1. br perasan..Dr azad xmahir dlm kes sy ni..anyway thanks Dr Azad...didoakan moga anda berjaya didunia n akhirat

      Delete
  16. salam.
    baca blog ni je dh dpt adrenaline rush dah. terus hilang ngantuk, muka sengih2 je, sbb excited baca pengalaman2 yg exciting, yang lawak, yg mengkagumkan.
    part yg klakar tu, blh je gelak sorg2. yg mcm menakutkan pn ada jgk(too much pressure).
    apa2 pun, teruslah menulis kat blog ni. blh jd panduan pd org mcm sy yg baru masuk dlm bidang ni.

    ReplyDelete
  17. slm,sy med student ukm skrg.Best ke keje kat HUKM ni?hehe...btw skrg tgh posting surgery,menarik baca blog ni. Lawaknye accidentally jumpe blog ni waktu search pasal short line cvp :D

    ReplyDelete

Sila beri komen yang berfaedah untuk penulis dan pembaca lain. Jadilah pengguna internet yang bertanggungjawab.