Salam
Banyak perkara yang berlaku beberapa minggu ni. Namun alhamdulillah saya dapat melaluinya dengan baik. Seperti yang diberitahu sebelum ini, saya kini sudah berada di O&G.
![]() |
| Bayi yang ditinggalkan ibu tidak bersuami. Kasihan. Bila bosan, saya kacau-kacaulah dia. |
PINDAH
Saya baru pindah keluar dari asrama doktor pelatih HKL. Dapat panggilan daripada Pn Suria, diminta keluar dengan kadar segera kerana ramai HO baru yang akan masuk katanya. Ingatkan hendak guna kabel supaya boleh terus tinggal, tapi kabel tidak menjadi. Hehe.
Dalam masa 3-4 hari mencari-cari akhirnya jumpalah sebuah bilik di Jalan Ipoh. Walaupun agak mahal untuk seorang duduk, tapi bagusnya, ianya dekat dan selesa. Cuba bayangkan post-call dan balik ke sebuah bilik yang berhawa dingin dan katil saiz queen untuk anda seorang. AAahhh nikmatnya.
![]() |
| Penghawa dingin - ciptaan manusia terunggul. |
Seronok juga mencari rumah ni, walaupun takut tak terjumpa. Saya memang suka hidup berdikari macam ni tanpa bergantung pada sesiapa. Untuk seorang lelaki, inilah yang akan membuktikan kejantanan anda. Haha. Yang penting, berani buat, beranilah tanggung.
MASAK?
Satu perkara yang saya rindu semasa belajar di Rusia dulu adalah memasak. Almaklumlah di Volgograd tiada restoran halal, jadi setiap hari, terpaksalah memasak, walaupun letih balik kelas. Kalau tidak masak, tahanlah lapar. Cuba bayangkan lagi, musim sejuk, suhu -10 Celsius. Anda sejuk dan lapar, huhuuhu. Kenangan silam.
![]() |
| Mengasah balik kemahiran memasak. |
Jadi bila tempat tinggal baru saya punyai dapur umum, saya rasa bersemangat pula nak memasak. Mungkin saya akan beli periuk dan bahan dalam masa terdekat. Jangan pandang rendah saya ya, bab memasak ni. Hehe. Lagipun jujur berkata, zaman sekarang ni, kalau boleh lelaki juga perlu pandai memasak, memandangkan kaum perempuan juga turut sibuk bekerja.
Jangan kita biarkan anak-anak kita kebuluran di rumah kelak akibat isteri yang sibuk bekerja, apatah lagi yang memang tidak reti memasak. :-)
O&G DI RUSIA
Semasa belajar dulu, subjek O&G adalah subjek yang dibenci. Ingat lagi kelas pertama bersama Elena Pavlovna. Pakat dengan kawan-kawan lain nak beritahu beliau, kami tidak baca apa-apa lagi untuk kelas pertama. Harap-harap hari pertama beliau hanya bawa kami pusing hospital.
“Вы готовыте сегодня?”(Anda baca tidak untuk hari ini?) “Неееттт”(Tiidaaak), jawap saya seorang diri. Kawan-kawan lain semua senyap. Sejak hari tu, beliau telah cop saya sebagai budak malas. Semua yang saya jawap semuanya salah. Benci, saya telah dianiaya.
![]() |
| Rindu zaman belajar dulu. Hidup tanpa kisah. |
Margarita Gyne pun tidak kurang hebatnya. Berleter saja setiap hari ditambah lagi dengan masalah ‘train of thoughts’ beliau. Melompat-lompat daripada satu tajuk ke tajuk yang lain bila mengajar. Biarlah. Perkara lama. Apa-apa pun, banyak ilmu O&G yang dipelajari di sana, masih melekat di kepala saya.
PROF ZHARKIN
Satu lagi perkara menarik yang saya teringat di sana. Tidak pernah dalam sejarah kuliah Prof. Zharkin, seorang pelajar bertanya soalan di penghujung kuliah beliau. Sehinggalah seorang pelajar Malaysia angkat tangan di penghujung kuliah Hemorrhagic Shock, dan bertanya “А как может определить объем кровотечение?” (Bagaimana kita boleh tentukan jumlah pendarahan?).
Riak muka beliau sangat gembira bila ditanya dan bersemangat menjawap soalan saya. Prof Zharkin mula menjawap dengan menceritakan, bahawa beliau telah ditanya soalan yang sama ketika peperiksaan sewaktu belajar dulu. Dan beliau tidak dapat menjawapnya. Waauu, bangganya saya tanya soalan tu!!
![]() |
| Dalam perjalanan ke hospital Bolnichniy Kompleks. |
Saya ponteng kuliah minggu berikutnya. Kawan-kawan kata Prof Zharkin cari mana pelajar yang tanya soalan hari tu. Haha. Mungkin beliau sudah lupa, sayalah pelajar sama yang dimarahinya teruk depan pelajar lain setelah tidur semasa kuliah semester lepas. “Заачееемм ходил на лекцию??!!” (Buat apa datang kuliaahhh??!!)
TAGGING
Tagging di O&G walaupun meletihkan, seperti tagging di jabatan lain, tetapi menyeronokkan. Apatah lagi, saya tag bersama 6-7 HO lain. Jadi adalah geng hendak bersembang, geng kena marah sama-sama, takut sama-sama. Tidak seperti jabatan lain, selepas pukul 5ptg, kami perlu tag di Wad Bersalin(LR- Labour Room), OT atau PAC(Patient Assessment Centre).
Jadi tiadalah rutin clerk kes baru, ambil darah, bentang kes pada MO dan sebagainya. Sebaliknya kita perlu conduct delivery di LR dan assist Cesarean Section di OT. Jadi bila kita perlu ‘buat’ benda, rasa tidak bosan, malah menyeronokkan.
![]() |
| Jamuan perpisahan Dr Mohaimeen(bowtie). Di O&G ramai HO penempatan pertama. Ada kalangan mereka yang membaca blog saya. |
![]() |
| Mereka semua nampak gembira saja. HO penempatan pertama mana boleh gembira. Tidak logik. |
![]() |
| Malah mereka hebat kalau hendak dibandingkan dengan saya semasa penempatan pertama dulu. |
Saya juga belajar perkataan baru. Teran atau meneran. Kalau di Rusia kita kata, “Davai, davai, davai,” bila tolong ibu beranak, di Malaysia kita kata, “Teran, teran lagi. Lagi, lagi!” Rasa seperti menjadi penyorak pula memberi semangat kepada ibu-ibu.
Kita dapat lahirkan anak, uri(placenta) dan jahit luka daripada episiotomy dan sebagainya. Buat vaginal digital examination(VE) dan per speculum pun sudah menjadi kebiasaan, tanpa rasa takut atau segan. Kerana kita buat atas dasar kerja. Setelah kita boleh bayangkan lokasi cervix, os, posterior fornix dan struktur lain, insyaAllah jadi senang.
CESAREAN SECTION
Pengalaman assist C-Sect amat menggerunkan. Lagi-lagilah bila dapat MO yang emosional lagi tertekan. “You think you’ve done surgical, you think this is easy haaah. IT”S NOOOTTTT”, saya dimarahi kerana pegang retrator tidak betul. Banyak kalilah kena marah teruk. Rasa malu je pada jururawat yang cun di OT.
![]() |
| Ingatkan Pinard hanya diguna di Rusia. Rupanya ada juga di Malaysia. Ada di wad, tetapi tidak digunakan pun. |
“Kena marah tadi.”
“Kenapa kena marah?”
“Sebab lambat(gerakkan retractor).”
“Siapa suruh lambat?”
“Saya budak baru belajar,” kata saya sedih.
![]() |
| Wad MH3B |
![]() |
| Jenuh menyiapkan discharge summary. |
BELANJA
Semasa tagging di LR, saya conduct delivery seorang pesakit ni. Kemudian dapat telefon suruh ambil makanan yang ditempah di luar. Hendak dijadikan cerita, suami pesakit tu, yang ada teman isterinya semasa lahirkan anak, perasanlah saya. “Takpe doktor, takpe doktor. Biar saya bayar.” HAhahah. Yea, yea makanan percuma. Bukan saya seorang saja, lebih kurang lapan orang HO punya makanan dia bayar.
Semasa kerta atas panggilan(on call) pertama saya di wad, tengah-tengah clerk kes baru, datang seorang suami pesakit bawa 2 barrel ayam KFC. Disuruhnya jururawat kongsi bersama staf yang lain. Maannntaaappp! Kan bagus kalau di setiap jabatan, perbuatan ini dibudayakan.
![]() |
| Atas panggilan di wad MH3B. Dari pukul 930mlm sampai esok paginya, tiada kes baru mahupun postnatal. Jadi saya cari kerja suruh jururawat tangkap pukul 2 pagi. |
Harap-harap akan terus ada lagi makanan percuma di masa hadapan.
Sekian sahaja. Salam.
Terima kasih atas sokongan pembaca semua. Jika anda rasa blog ini berfaedah bagi rakan-rakan anda yang lain, jemputlah mereka baca sekali.












































