Wednesday, 15 September 2010

SELAMAT TINGGAL JABATAN KECEMASAN


Gambar(tengah): Jejaka terakhir dalam keluarga yang belum berkahwin.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA PEMBACA

Gambar: Kali pertama semua ahli keluarga raya bersama sejak
7 tahun lepas.

BERAKHIRNYA

InsyaAllah, saya akan tamat kerja di Jabatan Kecemasan dalam masa beberapa hari lagi. Rasa sekejap pula. Kalau semasa di Jabatan Pembedahan dulu, rasa tidak sabar hendak habis, di sini pula, rasa sayang nak tinggalkan. Banyak sebabnya.

PENILAIAN

Masih berdengung lagi di kepala kata-kata Dr Mahathar, Pakar Perunding Perubatan Kecemasan, "Azzad, your knowledge is scanty. You don't learn from your patients." Itulah ayat yang terpacul keluar daripadanya sewaktu saya buat penilaian(assessment) bulan ke-2. Tanyalah kawan saya yang lain betapa sugulnya(depressed) saya selepas itu. Kerja malas, cakap kurang dan duduk termenung saja. Sehari sajalah insaf macam tu. Lepas tu OK saja. Hahaha. Walhal saya rasa telah menjawap dengan bagus.

Gambar: Bersama dari kiri, Dr Alzamani, saya, Dr Faisal dan Dr Mahathar.

Boleh katakan itulah saja satu-satunya ketika saya berasa lemah semangat sangat ketika berada di ED. Namun memandangkan Dr Mahathar ini dipanggil The Legendary Dr Mahathar oleh doktor pakar muda yang lain, dan kononnya dia muncul pelajar terbaik Program Sarjana di seluruh Malaysia satu ketika dulu, saya maafkan beliau(lagi-lagilah bulan Syawal sekarang ni). :)

ILMIAH

Dr Faisal, pakar perunding, pernah berkata, "I don't know how to say this, but it is a loss for you HO, if you don't do ED posting!" Itu menggambarkan betapa pentingnya untuk mempunyai pengalaman bekerja di Jabatan Kecemasan. Macam saya pernah katakan sebelum ini, di sinilah telaga ilmu perubatan. Doktor-doktor bertemu dengan bermacam-macam pesakit, daripada kes pembedahan hinggakan ke kes kemalangan.


Gambar: Kelas mengajar merawat choking baby bersama(dari kiri) Dr Dhanya,
Dr Nirmala, Dr Rayyan dan Dr Janet.

Saya berpeluang menajamkan ilmu Pembedahan, Perubatan Kanak-Kanak yang saya telah pelajari sebelum ini, dan pada masa yang sama mendedahkan saya dengan kes O&G, Orthopedik dan Medikal. Kalau sebelum ni saya tidak yakin hendak pasang Central Venous Pressure(CVP) line, tidak pernah pasang Chest Tube, menggelabah untuk buat Endotracheal Intubation, kini tidak lagi. Hakhakhak.

Dan paling penting, yang telah saya pelajari di Jabatan Kecemasan, bagaimana berdikari menjadi seorang doktor. Saya berani katakan di sini, jika saya dicampak ke hospital daerah kelak, tanpa doktor pakar, saya percaya saya mampu beri yang terbaik untuk pesakit, sehinggalah pesakit dirujuk ke hospital besar. "If you are in a district hospital in Sabah, what would you do to this patient?", itulah yang sering ditanya oleh doktor pakar kepada HO.

Gambar: Buang bayi.

BUDAYA KERJA

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Dato'Abu Hassan Omar sebagai Ketua Jabatan kerana telah membina satu suasana kerja baru di Jabatan Kecemasan. Suasana yang mesra HO. Sewaktu saya mula-mula kerja di ED, "We are approachable", itulah yang diungkapkan oleh Dr Mahathar dan Dr Hafiz(pakar). Namun saya tidak percaya.



Gambar: Banjir di Jabatan Kecemasan HKL pada minggu terakhir saya.
Cantiklah, kurang pesakit datang ke HKL
Tidak seperti Tan Sri Ismail Merican yang hanya cakap, tetapi tiada perlaksanaan, daripada MO hingga doktor pakar perunding, hampir semuanya memang mesra HO. Maksudnya tiada marah membuta tuli, tiada mengugut lanjutkan(extend) penempatan, tiada sesuka hati melepaskan tekanan pada HO dan tiada membuli HO. Malah mereka lebih daripada itu, rajin mengajar HO, menanya soalan untuk menyemarakkan semangat inkuiri HO, benarkan HO buat prosedur besar, percaya pada HO. Secara kesimpulannya melayan HO seperti manusia biasalah. Hehehe.

Malah saya yang membawa budaya buruk dari Surgical, tipu-tipu doktor pakar perkara-perkara yang tidak teringat(mana ada, gurau saja) semasa buat round. Awal-awal dulu Dr Khairul(registrar) siap kata, "Azzad kau dengan Dr Mahathar, jangan tipu-tipu, nanti kantoi baru kau tahu. Kau cakap saja kau tidak tahu." Tengok-tengok betul-betul tidak kena marah kalau tidak tahu. Hakahkahk. Tapi lain kali kena tahulah kan. Kita belajar daripada kesalahan.

Gambar: Disebabkan kasut basah, terpaksalah saya pakai
selipar makcik yang tertinggal lama di ED.

Gambar: Sampai kaki melecet.

Di ED jugalah saya boleh bergurau dengan doktor pakar seperti Dr Hidayah semasa buat round pagi di Wad Separa Kritikal. Boleh bersembang dengan Dr Faisal, pakar perunding tu, sambil minum milo panas di pantry tingkat atas. Siap mengumpat tentang doktor-doktor perempuan yang belum kahwin lagilah, kata Dr Faisal ada peluang kahwin lagilah dan banyak lagi. Di jabatan mana lagi anda boleh buat begini???!! Sehinggalah Dr Sarah(pakar perunding) menerjah pantry dan berkata dengan klise, "Haaahh makhluk, kau buat apa di sini? Kau kerja dekat mana??!!!" Kacau daun betul. Orang post-night ni.

PENGHARGAAN

Dato'Abu ada kata, "I believe caring must come from the top. If I want you all to care for your patients, then we at the top must care for you." Beliau bercakap demikian pada semua jururawat, MA, MO dan HO di bilik CME ketika itu. Rentetan daripada itu, sebuah majlis buka puasa telah diadakan untuk staf Jabatan Kecemasan, selain daripada bungkusan makanan buka puasa, yang diedarkan pada semua staf ED tidak kira agama, pada setiap hari di bulan Ramadhan.

Saya mula-mula ingat akan dibuat jamuan kecil-kecilan antara staf, apatah lagi bila dengar cerita Dr Mahathar yang akan masak kari ikan. Ini mesti bajet rendah punya. Saya kerja di Yellow petang tu. Saya pun pergi ke belakang mencari makanan, lalu berselisih dengan Dr Hidayah berbaju kurung. "Mana jamuannya doktor?""Tu dekat luar tu." Bila saya keluar pintu, perghh terkesima melihat khemah-khemah yang dihiasi lampu-lampu warna-warni. Siap ada kiosk kuew tiau goreng, cendol, sate dan sebagainya. Memang puaslah makan malam tu.



Bila diingat balik, semua perkara tersebut membuatkan saya rasa dihargai(walaupun Dato'tidak kenal saya, hahaha) sebagai staf di HKL. Ia semestinya menaikkan moral staf untuk bekerja dengan lebih bersemangat di masa hadapan. Saya tidak pernah rasa sedemikian di jabatan yang lain.

SERONOK BEKERJA

Menjadi falsafah kerja saya, seseorang individu patut mempunyai minat dan keseronokan dalam kerja yang dilakukannya. Malangnya, minat saya semakin pudar setelah setahun bekerja sebagai doktor di hospital kerajaan. Banyak faktornya.

Namun di ED, sedikit sebanyak ianya telah mengembalikan semangat saya untuk bekerja sebagai doktor. Ini dipengaruhi oleh suasana kerja yang kondusif di ED.

Dr Rabiha(registrar) banyak mengajar dan membenarkan saya membuat prosedur. Malah saya dapat buat Chest Tube pada hari pertama di ED. Beliau juga senantiasa kelihatan seronok datang kerja, suka bergurau, selamba dan pada masa yang sama doktor yang hebat pada mata saya. Ini membuatkan saya fikir, hmmm, mungkin best juga kerja jadi doktor ni.

Gambar: Bersama Dr Rabiha.

Dr Luqman(MO) pula bekerja pantas. Kalau dapat kerja bilik di Zon Hijau(yang berlambak pesakit) dengan beliau, memang senang hidup. Siap boleh bawa saya pergi restoran luar cari makanan sahur pukul 3 pagi naiki Toyota Vios beliau, tidakpun pergi bazaar Ramadhan cari makanan buka. "Dr Luqman, MO saya mana bagi saya keluar ni." "Takpe, nanti aku slow talk dengan dia," kata Dr Luqman. Heheh.

Gambar: Bersama Dr Luqman.

KEYAKINAN

Di bulan terakhir saya di ED, saya pun sudah semakin berkeyakinan. MO juga sudah kenal saya lama. "Azzad, don't worry. I trust you," kata Dr Low, apabila saya tunjukkan X-ray untuk mengesahkan bacaan saya.

Alkisah, masuk ke resus seorang pesakit lelaki. Datang-datang sudah collapsed. Saya pun bersiaplah pakai sarung tangan getah dan hampiri pesakit. Dr Low datang dekat dan kata,"OK Azzad I let you handle this case hah. I'll go speak with the family to find out what happen." Perghh, saat tu, keyakinan diri dah membuak-membuak. Rasa hendak menjerit pun ada. Bukan selalu HO dapat jadi 'Leader in Command'. "Nurse, suction please. Prepare intubation!"

Gambar: Dr Low dan Dr Wani sibuk mengumpat sementara tunggu pesakit.

Tengah-tengah saya sedut vomitus dari mulut pesakit, dan bersedia untuk intubate, datang pula Dr Izril(pakar) kacau daun, entah dari mana. "Have you intubated a patient before?" Mahu saja saya kata, "What kind of a question is that?" Terus merudum semangat saya yang berkobar-kobar sebentar tadi. Saya cuma jawap,"Yes, I have." Saya terus intubate, dan Dr Izril angguk-angguk sambil auscultate paru-paru pesakit untuk sahkan ET tube masuk. Beliau pun mengambil alih mengarah staf yang lain. Hampa saya.

SALAM AKHIR

Saya ucapkan terima kasih kepada doktor-doktor yang telah banyak mengajar saya terutamanya (Pakar perunding)Dr Mahathar, Dr Alzamani, Dr Faisal, (Pakar)Dr Hidayah, Dr Cheah, Dr Khairul, Dr Azlan, (MO dan Registrar) Dr Rabiha, Dr Khairul, Dr Low, Dr Wani, Dr Aminah, Dr Makkiah, Dr Faridah J, Allahyarham Dr Faridah Hanim, Dr Luqman, Dr Hazayri, Dr Kamarul, Dr Deepa, Dr Laila dan lain-lain yang saya minta maaf jika tidak tertulis.

Juga terima kasih kepada MA dan jururawat-jururawat yang sudi berkongsi ilmu dan menolong. Saya akan rindui CME pagi, di mana Dato'Abu akan memberi kata-kata semangat dan juga berjenaka sehingga kami semua kering gusi.

Saya juga tidak akan lupa kata-kata akhir Dr Alzamani seminggu lepas. "In ED, our motto is, never ever trust women." Dia tarik nafas dan tambah lagi, "And never ever ever ever ever ever...... trust... men." Dia pandang HO perempuan, "Are you happy now?"

Penempatan saya yang seterusnya adalah O&G. Doakan yang terbaik untuk saya!
Salam

Terima kasih atas sokongan pembaca semua. Jika anda rasa blog ini berfaedah bagi rakan-rakan anda yang lain, jemputlah mereka baca sekali.

22 comments:

  1. hehe..ED mmg tempat terbaik nak belajar suma skill..aritue sebulan elektif kat hosp kulim..wpun hanya medical student MO2 kat sane mmg percaya gler sol clerk patient,bg treatment kat patient..sampai ketua MA pun ape2 suruh sol dtg periksa patient..sangt2 rase bersemangat dan berbangga ade org trust kite..
    siap MO leh bg sol intubate patient (malangnye xde patient plak ari tue..)..tp mmg ED tempat paling besh siap leh lepak2 ptg2 gosip kat pantry
    rasenye mmg pantry kat ED tmpt bergosip2 la..hehe (suma hosp cam tue)..department laen xde nyer camtue kan..hehe

    ReplyDelete
  2. soleha awak dulu satu batch ngan saya ke kat mresmawi. kenapa muka tak cam pun. dulu kelas mana. kat kelas duduk sebelah sape

    ReplyDelete
  3. thanx for sharing azzad. selamat hari raya aidilfitri =)

    gud luck 4 nxt posting...

    ujai

    ReplyDelete
  4. congratz azzad.. all the best kt O&G nt..

    moga cepat bertemu jodoh!! =)

    -faisal-

    ReplyDelete
  5. terima kasih dr Azad atas perkongsiannya.
    sangat banyak membantu. harap selalu berkongsi cerita dan pengalaman di sini.

    semoga berjaya!

    ReplyDelete
  6. lepas baca, saya rasa mcm nak tukar course terus..

    drop engineering dan blaja medic, woww..
    :D

    ReplyDelete
  7. menarik! can't wait for ur next post!

    ReplyDelete
  8. tumpang tanya...registrar tu ape?

    ReplyDelete
  9. registrar to MO tahun terakhir program sarjana.

    ReplyDelete
  10. nice Dr. Azzad..seronok baca pengalaman Dr. ni.. err, saya bukan Dr. dulu je nk, tp pastu rezeki xde..
    mcm seronok kerja Dr., hope dapat kekalkan keseronokan bekerja sebagai Dr. ni ye, insyaAllah :)

    ReplyDelete
  11. Salam, wah blog yg menarik. Byk pengalaman boleh cedok ni. Sy skrg pljr di tahun 4. Harap Dr Azad dpt tulis entri di O&G posting dgn lebih kerap lg. Sy nak tau kes-kes yg biasa di Malaysia. Trimas :)

    ReplyDelete
  12. rite2!betol kate cik soleha.ED mmg terbaekk..
    hu2 even br medical student,diorg da bg kepercayaan..+ melipat gandakan semangat tuk buat elective posting lagi..heh.heh.
    syg plak buat 2 mgu je kat district hosp rituh.
    doctors ke,MA ke,PK ke,sume sporting,x lokek ilmu.siap ajk gossip dlm jawe lg..ngee~
    --rindunye ED-----------[^.^]
    btw,
    Rabbuna yusahhil,doc!

    ReplyDelete
  13. yeah..i miss ED posting too. you learn a lot in ED

    ReplyDelete
  14. wah..awak br 3rd posting kan ms kt casualty, cepatnya.. kami kt HSB at least 4th posting..nk intubate pt dah collapse tak la takut sgt, tp kalo utk RSI mmg berdebar2 gak nk intubate, especially yg muda2..

    ReplyDelete
  15. Trima kasih atas sokongan.

    Nadzifah: aku rsi ke patient collapse ke, mesti gemuruh nak intubate. tapi masa RSI lagilah, semua perhatian terhadap kau masa tu. Hehe.

    ReplyDelete
  16. saye 5th year student moscow...pastu rase cam tatau paper sb x pernah buat praktikel kat sini...al maklumla russia kan...hurmmm,saye risau sgt nk keje,,,adakah DR azzad mengalami maslh yg same di ambang perkerjaan dulu?mksd saye cam tatau pape...:)

    ReplyDelete
  17. manader tatau pape. kita kan sudah belajar selama 6 tahun. semasa housemanship pun kita dalam proses belajar. bidang mana yang habis belajar sudah tahu semua dan boleh buat kerja terus?

    ReplyDelete
  18. thnks doc..
    sy suke blog ini,harap dpt berkongsi pengalaman lggg...

    ReplyDelete
  19. woww doc...mst hbt..
    sy studen nursing sy suke blog doc..
    hrp doc dpt berkongsi pengalaman n ilmu..

    ReplyDelete
  20. Never trust women..and never trust men ? Mksudnye ape ye huhu? Dont trust anybody langsung la ye ?

    ReplyDelete
  21. Great and I have a neat offer you: Where To Start With Whole House Renovation house renovation montreal

    ReplyDelete

Sila beri komen yang berfaedah untuk penulis dan pembaca lain. Jadilah pengguna internet yang bertanggungjawab.