Monday 8 August 2011

SALAM RAMADHAN



RAMADHAN

Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua.
Dirindui kenangan berpuasa di Volgograd Rusia dahulu kala. Mengubah bilik-bilik di asrama untuk beramai-ramai menunaikan solat tarawih, amat manis diingati.

Pasar Ramadhan di Bandar Baru Sentul.
ORTHO PEADS

Setelah sebulan setengah berada di Orthopedik Pediatrik, akhirnya saya dihantar balik ke Orthopedik dewasa. Antara pengalaman menarik adalah mencucuk branulla berulang kali pada kanak-kanak yang tidak berhenti menangis(belum cucuk dah jerit sakit). Kemudiannya setelah dibenarkan pulang, dan jumpa balik di klinik, mereka boleh cam kita dan senyum, sambil tunjuk-tunjuk pada ibu bapa mereka ‘itulah doktor yang cucuk saya hari tu’.
Close manual reduction dan K-wiring untuk Supracondylar humeral fracture.
Pengalaman bekerja di bawah salah seorang doktor pakar orthopedik paling garang dan terkenal di HKL juga dijadikan bekalan untuk masa hadapan. "Inilah namanya doktor mangkuk!!!!Mangkuk x6!!!," masih terngiang-nging di telinga saya. Apabila kita melihat kanak-kanak yang mempunyai kecacatan atau deformiti anggota badan, barulah kita akan bersyukur dilahirkan sempurna.


Antara penyakit yang dihadapi adalah seperti:-
1) Deformiti seperti Congenital Talus Equinovarus(CTEV), Developmental Dysplasia of the Hip(DDH), Cerebral Palsy(CP) with Fixed Flexion Deformity(FFD), Calcaneal Foot, Bilateral Knee Dislocation, Polydactyly.
2) Trauma seperti Supracondylar Humeral Fracture(jarang berlaku di kalangan dewasa) dll.
3) Ketumbuhan seperti Ganglion cyst, Osteosarcoma dll.
4) Jangkitan seperti Osteomyelitis dan Septic  Arthritis.
5) Genetik dan Congenital seperti VACTERL association, Pierre Robin Syndrome, Spina Bifida, Rubenstein Taybi syndrome dll.
Diagnosis anda?
ORTHO PERIPHERIES

Selalunya HO yang telah lama berada dalam penempatan tersebut, kemudiannya akan dihantarkan untuk bertugas di peripheries. Di General Anesthesia OT, kami akan membantu Doktor Bedah Orthopedik membuat pembedahan tulang. Di Local Anesthesia OT, kami membantu kes ringkas seperti Wound Debridement of Diabetic Foot Ulcer, Laceration Wound, Repair of Tendon Injury, Release of Carpal Tunnel Syndrome dan sebagainya.
Nanah yang disedut keluar dari lutut pesakit semasa
membuat knee aspiration.
Yang lain pula akan bertugas di Klinik Orthopedik. Di sini kita akan lihat balik perkembangan pesakit setelah diberikan rawatan konservatif mahupun setelah pembedahan. Kita juga merawat pesakit lama yang mengalami Spondylosis, Spondylolisthesis, Osteoarthritis dan sebagainya.
Hadiah buka puasa daripada syarikat farmaseutikal kepada
doktor-doktor yang bekerja di klinik.
Di Intermediate Care(IC), kita akan bekerja sebagai doktor Orthopedik yang merawat kes berkenaan di Jabatan Kecemasan.

Hasil kerja tangan sendiri di Kursus POP.
Dr Mizan menjadi mangsa.
Dr Mubin seorang lagi mangsa.
 SISTEM SYIF

Pada 28hb Julai 2011, Hospital Temerloh telah menjemput hospital di seluruh Malaysia untuk menghadiri majlis taklimat berkenaan sistem syif untuk HO, yang telah dilaksanakan di sana. Pengarah HKL dengan timbang rasanya telah turut menghantar beberapa HO untuk melihat sendiri perkembangan di sana selain wakil-wakil setiap jabatan.
Rombongan HKL ke Hosp. Temerloh.
Dr Basir di hadapan Hosp Temerloh.
Di dalam pembentangan tersebut, antara objektif yang cuba dicapai melalui sistem ini adalah menjaga kualiti hidup HO, meningkatkan latihan untuk HO dan menjaga kepentingan pesakit. Antara kriteria yang diketengahkan oleh KKM di dalam sistem ini adalah:-
1) Waktu kerja tidak melebihi 60jam seminggu(purata waktu kerja sekarang adalah 80jam seminggu)
2) Satu hari cuti seminggu(sebelum ini mengikut polisi, HO sebenarnya perlu bekerja setiap hari)
3) Setiap hospital berhak menggunakan jenis sistem syif yang dirasakan sesuai(terdapat pelbagai jenis yang boleh diubah suai).
4)Arahan terbaru ketika ini, kemungkinan memperkenalkan elaun tetap untuk waktu kerja malam(menggantikan tuntutan atas panggilan).

MAKLUMBALAS HO

Saya mengambil inisiatif untuk naik ke wad atas untuk berjumpa dengan rakan-rakan HO bagi mengetahui lebih lanjut pengalaman mereka. Ditakdirkan HO pertama yang saja berjumpa adalah seorang pembaca blog saya saudara Yusoff di Wad Perubatan! “Nama saya Azzad. Saya HO dari HKL.....”. “Kenal, kenal.....”

Daripada maklum balas para HO secara keseluruhannya, masih terdapat perubahan yang perlu dilakukan terhadap sistem syif di sana. Mereka tidak berpuas hati dengan sistem syif. Mereka dapati ianya tidak mencapai tujuan sistem ini dilaksanakan.
Bersama Dr Tee yang sudi meluangkan masa menjawap soalan saya.
Walaupun diperuntukkan waktu kerja yang lebih pendek, mereka tetap terpaksa pulang lewat(di Jabatan Perubatan) sehingga 4-5 jam disebabkan timbunan kerja dan kurang HO di wad akibat pengagihan bilangan HO mengikut syif. Kebanyakan mereka merasakan mereka kerugian dari segi latihan apabila tidak dapat mengikut morning rounds setiap hari bersama doktor pakar. Ini kerana waktu itulah dimana mereka akan dapat belajar. Akibat kurang HO, maka morning rounds perlu lebih efisyen menyebabkan doktor pakar kekurangan kesempatan untuk mengajar para HO. Para HO muda juga dapati kebanyakan prosedur diserahkan kepada HO senior supaya kerja dibuat dengan efisyen.

PENDIRIAN SAYA

Saya menyokong sistem syif kerana saya percaya sudah tiba masa doktor juga turut mempunyai kualiti hidup yang baik. Zaman doktor menghabiskan keseluruhan hidupnya di hospital sudah berakhir. Dan dengan mempunyai kualiti hidup yang sedemikian, saya percaya ianya akan menghasilkan doktor yang lebih sempurna sebagai individu.

Namun hujah tentangan yang saya dengari daripada sahabat-sahabat HO lain adalah berkenaan isu kehilangan tuntutan elaun atas panggilan, kurang pemerhatian terhadap HO sewaktu syif petang dan malam, dan bergilir-gilir cuti di hari kerja biasa dan bukan hari minggu.
Perlu ada tolak ansur dalam usaha menambah baik sistem kerja di Malaysia.
Sewaktu melakukan perubahan, akan pasti berlakunya fasa transisi yang chaos. Jika pihak pentadbir peka mendengar suara para HO sewaktu proses ini berlaku, perubahan ini boleh mencapai matlamatnya.

Namun satu lagi perjuangan yang para HO baru kelak perlu perjuangkan adalah etika dan profesionalisma doktor senior terhadap doktor muda. Ini adalah satu lagi batu penghalang yang merosakkan kualiti doktor muda.

REUNION

Yang tua mendidik yang muda, itulah budaya kerja yang sepatutnya. Bukan memaki hamun dan membuli.

Itulah salah satu tujuan kami mengadakan majlis perjumpaan antara doktor graduan dan pelajar-pelajar perubatan Volgograd State Medical University baru-baru ini. Saudara Shukri ketika berucap menekankan tentang masalah yang bakal dihadapi oleh graduan Rusia apabila bekerja di Malaysia kelak. Juga bagaimana untuk menghadapinya. Saya rasa lebih beruntung jika lebih ramai para pelajar VolSMU dapat hadir.
Antara yang hadir ke majlis.
Khusyuk mendengar.
Sesi berdialog.
Tangkap gambar ketika iftar..
 Sewaktu iftar, sempat bersembang bersama sahabat-sahabat lama berkenaan perkembangan di Volgograd, politik di Malaysia dan di Volgograd, tentang falsafah cinta(hahaha..) dan Baitul Muslim yang semakin berkembang pesat di Volgograd. Woooww!!! Mendengar cerita-cerita sahabat yang lebih muda sudah membina ‘mahligai cinta’, menyesakkan pernafasan. Nasib baik yang hadir pada iftar tersebut semua geng-geng ‘jual mahal’.
Gambar untuk diserahkan kepada Baitul Muslim.
Terima kasih atas sokongan pembaca semua. Jika anda rasa blog ini berfaedah bagi rakan-rakan anda yang lain, jemputlah mereka baca sekali.

19 comments:

  1. Assalammualaikum..nasib baik saya bukan seorang doktor..hehe tulah komen keseluruhan..gambar last tu ok..mudah-mudahan senang dapat calon dan membina rumahtangga yang diberkati ilahi..amin..

    ReplyDelete
  2. semua kerja busy dok....tapi yelah, doc lagi busy....setuju, perlu kualiti hidup yg baik...

    ReplyDelete
  3. kalau ikhlas dan happy sokmo,,,,kerja susah jadi senang kan? :))))))))))))))

    ReplyDelete
  4. salam Dr.
    ni mugkin luar dri topik sikit. tapi saya nak tanya, cara dr study macam mana??
    study sampai lewat malam, ataupun bangun awal pagi study???

    ReplyDelete
  5. setuju dgn system shift, cume perlukan penambah baikan dr semasa ke semasa.. semoga dr azzad dan semua dr akn lebey dpermudahkan lg urusan oleh Allah..moga sentiasa mendpt keberkatan Allah di atas setiap usaha/keje dr.. n setuju sgt, dr senior tk sewajarnye mengajar dgn cara memaki hamun, itu bukan cara kekasih Allah, itu bukan sunnah nabi yg dianjurkan..semoga berlaku lg perubahan selepas ini

    ReplyDelete
  6. baju kurung: kalau dibuli kerja jd tak ikhlas dan muram.

    anon 1437: belajar 30min setiap hari

    ReplyDelete
  7. Salam Ramadhan,
    Memang semua kerja sibuk. Tapi kalau niat kerja ikhlas insyaAllah ada ganjarannya. Tapi rasanya kerja dr kat Malaysia tak la sesibuk dr2 dlm citer Grey's anatomy tu kot..

    ReplyDelete
  8. salam ramadhan.
    kerja Dr memang sibuk.
    kerja ni mulia..

    ReplyDelete
  9. Salam. Actually dr in malaysia lg sibuk dr greys anatomy, dan greys anatomy hanyalah sebuah rekaan cerita:)

    Anyway azzad. I hear ur points but i disagree to shift. One thing is that passovers and pt continuity will be compromised. Pt can die of a crappy passover. Actually in temerloh mortality got higher after starting shift system. Imagine those first posters from russia like me n u on our first days of life as HO. Crazy isnt it?

    Look at how nurses passover and how tak ikhlas they are when they r when they r about to go home. Sometimes when we ask, has this one been done, they repLied "xde passover pun". Like it or not, start shift means compromised continuity of the already compromised care.

    ReplyDelete
  10. saya suka system shift..love..=)
    saya mahu kualiti kehidupan sbg Hamba Allah,bkn sbg doktor semata2,bekerja keras di hospital..

    -marry had a little lamb-

    ReplyDelete
  11. Slm,, maaf sekadar brtnya tentang sesuatu yang xde kaitan dgn medic,, sya mcm trnampak kwn lme sya di mrsm jasin ditunjukkan di antara gmbar2 tadi. Nak tnya, ada x antara sahabat saudara yg bernama khairuddin di situ, bekas plajar mrsm jasin batch 2006/2007.
    anyway, blog ni sgt bermanfaat utk pre-clinical students like me yg sgt curious tntang life as a clinical student or HO later,, truskan.! Fighting!

    ReplyDelete
  12. mary: yea kualiti hidup.

    no shift: Kita tak perlu jadi seperti jururawat.

    Anon 2244: mungkin ada kut.junior di Volgograd. Tapi tak kenal sangat.

    ReplyDelete
  13. awak ada bakat jadik politician. minat politik eh?

    ReplyDelete
  14. terima kasih atas perkongsian ini :)

    ReplyDelete
  15. setuju dengan penyataan:Senior membantu yg junior,memberi tunjuk ajar,bukan memaki hamun dan membuli.

    kalau ketika belajar,senior sudi meluangkan masa mengajar junior,memberi tutor,menjadi mentor,malah sanggup menjadi naqib serta naqibah di dlm usrah,mengapa masuk ke alam hospital,suasananya menjadi berbeza?

    sy slh seorang pelajar mesir,yg sudah berada di tahun 5.kesemua staf hospital,memberi tunjuk ajar dan tips untuk kami,dan jugak resident serta housemanship officer.malahan,profesor kami juga bertindak yg sama.sy kira,suasana yg positif terhasil disitu.manusia boleh belajar tnp rasa sakit hati,dan mengajar tak merasa sakit jiwa.

    rasanya,tak perlu marah-marah ntuk mengajar junior.sebab,tanpa marah,kami masih boleh memahami kata-kata anda,dlm bahasa melayu hatta bahasa inggeris pun.kami disini,bertekad untuk menjadi senior yg tidak memandang remeh staf hospital walaupun makcik janitor skalipun!

    ReplyDelete
  16. frog princess: salam ramadan doktor,dan selamat hari raya aidilfitri..............:))

    ReplyDelete
  17. nasiayam: setuju2

    gadisbunga: mungkin satu hari nanti jika ditakdirkan

    frogprincess: salam ramadhan dan aidilfitri pada anda dan semua

    ReplyDelete
  18. http://www.youtube.com/watch?v=Vhrtvl2H5So

    ReplyDelete
  19. comel je ayat ni "itulah doktor yang cucuk saya hari tu"

    ReplyDelete

Sila beri komen yang berfaedah untuk penulis dan pembaca lain. Jadilah pengguna internet yang bertanggungjawab.