Saturday 9 July 2011

MEMBAWA PERUBAHAN


PERUBAHAN ITU SUKAR

Salah satu keajaiban ciptaan Allah swt adalah ianya berada pada keadaan yang berubah-ubah. Lihatlah perubahan langit, dari malam ke siang. Ianya bagaikan kertas lukisan untuk Allah tarik perhatian manusia setiap hari kepada-Nya. Pergerakan awan dan sinaran matahari berubah begitu tenang dan lancar.
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. (A-li'Imraan 3:190)
Nampak tak?


Namun jika kita mahu mengubah manusia, ianya sungguh sukar. Kerana manusia berbanding ciptaan lain mempunyai kompleks fikiran, emosi dan ego di dalam dirinya. Walau sebagaimana kita berusaha, kita mungkin berakhir dengan jalan buntu.
Dan bersabarlah dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan. (Al-Nahl 16:127)
JAMPI BERUBAHLAH KAMU

Jika kita melihat sesuatu perbalahan dari pandangan orang ketiga(neutral), kita dapat lihat wujud seperti hijab menghalang manusia nampak akan kesalahan, kekurangan dan kepincangan masing-masing. Mereka hanya nampak kesalahan orang lain, tidak kisah antara suami isteri, kawan-kawan malah di bidang politik. Secara separa sedar, kita melihat yang perlu berubah adalah orang lain dan bukan kita.


Bayangkan kita dapat melihat kesalahan sendiri dan akuinya. Bukankah ianya lebih baik? Kerana kita berada pada kedudukan untuk mengubahnya dan bukan orang lain.
(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-Anfaal 8:53)
Ramai manusia bertopeng di luar sana.

WALK THE TALK

Jika kita benar-benar ingin melakukan perubahan, bermulalah dengan bermuhasabah diri. Lihatlah kehidupan dari aspek menyeluruh. Cuba lihat kekurangan dan kesalahan diri sendiri.

Lebih kurang dua bulan sekali, saya akan duduk dan tulis di sebuah buku, tentang apa yang saya mahukan sebenarnya dalam kehidupan ini. Segala kekurangan dan kesalahan diri akan dicatat. Selepas merenungkannya, saya rencana langkah untuk berubah.

Sebelum saya cuba mengubah perkara yang besar,  saya cuba menegur orang sekeliling kesalahan kecil seperti membuang sampah merata-rata, merokok di tempat dilarang, berkelakuan tidak baik dan sebagainya. Sebelum kita WALK THE TALK, kita perlu belajar HOW TO WALK. Dengan menegur kita belajar apa itu keberanian, berhikmah dalam menegur, kemahiran bertutur sebelum kita mengubah perkara yang lebih besar.

Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. (Al-Nahl 16:125)
Kemudian kita akan sedar, untuk mengubah keadaan sekeliling kita, kita perlu proaktif dan bukannya menunggu keadaan sekeliling berubah. Maka saya bersama rakan kaunselor mengadakan Program ‘Di Bawah Langit, Di Atas Bumi’ untuk meningkatkan kematangan intelektual anak-anak muda. Kami rasa ianya penting untuk mereka menghadapi cabaran hidup masa kini.

Siri ke-4 mengajar anak-anak budaya kecemerlangan.

Belajar sambil bermain.

Blog ini asalnya ditulis saya untuk adik-adik saya yang masih belajar di Volgograd Rusia. Namun apabila ianya mendapat sambutan di kalangan pelajar di tempat lain dan juga orang awam, saya ambil peluang ini untuk menyampaikan juga nilai-nilai yang saya pelajari dalam hidup saya.

Dan kini, saya bersama sahabat-sahabat berusaha menubuhkan sebuah badan wakil HO di Hospital Kuala Lumpur. Ketika Ketua Pengarah Kesihatan Dato’ Hassan datang melawat HKL, kami beranikan diri menyuarakan niat kami kepada beliau. Kami berjumpa dan berbincang bersama Timbalan Pengarah HKL berkenaan cadangan kami. Kini, kami berusaha untuk mendapat sokongan HO lain dalam perjuangan ini sambil menerima tekanan daripada sesetengah pihak.

Sesi dialog bersama Dato Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan baru.
Dan apabila kita merasai semua kesusahan ini untuk melakukan perubahan, barulah kita sedar. Kita akan sedar bahawa perubahan besar tidak mungkin berlaku hanya dengan mengundi di pilihanraya atau berdemonstrasi di jalanan. Ianya tidak mungkin mudah seperti itu.

PEJUANG PICISAN

Jika benar 50 000 rakyat Malaysia mampu berkumpul untuk demonstrasi BERSIH, cuba bayangkan jika mereka semua bersemangat melakukan perubahan di sekeliling mereka di dalam kehidupan seharian setiap hari.

Tujuan mereka menuntut keadilan di dalam pilihanraya dikongsi semua. Namun perubahan tidak langsung akan berlaku dengan demonstrasi(di dalam konteks ini), itu adalah pendapat saya. Sebaliknya ia bergantung kepada tindakan kita semua rakyat Malaysia di dalam kehidupan seharian kita. Itulah yang akan membawa perubahan dalam perkara seperti keadilan, rasuah, salah guna kuasa, gelaja sosial, kemiskinan, kenaikan harga barang.

Demonstrasi di Mesir berjaya menyingkirkan Mubarak. 
Kini mereka merancang satu lagi demonstrasi untuk menggesa perubahan yang cepat. 

KATA AKHIR

Secara kesimpulannya, perubahan itu bermula dengan diri sendiri dan dengan belajar kemahiran melakukan perubahan di sekeliling kita. Kerja-balik rumah-tidur, kerja-balik rumah-tidur dan satu hari pergi berdemonstrasi berbaju kuning atau merah tidak bermakna anda seorang pejuang. Itu adalah satu penghinaan kepada pejuang yang lain.
Harap kanak-kanak tidak keliru apa itu maksud BERSIH.
Pejuang yang tulen adalah mereka yang melihat kekurangan dan kesalahan diri sendiri sebelum melihat kesalahan orang lain.


Terima kasih atas sokongan pembaca semua. Jika anda rasa blog ini berfaedah bagi rakan-rakan anda yang lain, jemputlah mereka baca sekali.

20 comments:

  1. I heart u Azzad. Tak pasal. Zamir.

    ReplyDelete
  2. dr!!! rindu betul nak baca post baru kat sini, akhirnye...


    hari tu sy dgr peribahasa baru dr karam singh walia kat berita tv3 , "tahi org di padang nampak, tahi di hidung sendiri tak nampak"..

    haha,
    tp kita amek je laa msg yg cuba disampaikan

    ReplyDelete
  3. As salam, menarik coretan di atas. Jika majoriti anak muda berfikiran seperti apa yg ditulis, Insyaallah aman kita. Lama Dr. cuti menulis.
    K Rohani

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Dr Azzad,

    Had been following your blog quietly.Dah jadik medical officer dah ke?

    ReplyDelete
  5. k rohani: tidak berkesempatan. dah ketandusan idea

    nasi ayam: belum lagi, kalau tiada aral melintang lagi 3 bln insyaAllah saya jadi MO.

    ReplyDelete
  6. salam alaik..blh x nak tahu badan wakil HO tu nnt ape matlamatnye ek?

    ReplyDelete
  7. perubahan adalah satu jihad

    ReplyDelete
  8. WORK, PLAY N FUN...betul tak doc???

    ReplyDelete
  9. hmm mmg btol ape yg dr.azzad kate..rmai mnusia bertopeng di luar sane...

    ReplyDelete
  10. salam doc..menarik info doc..x terlalu direct, kene stop n berfikir kejap maksud tersirat:) salam perkenalan doc..^_^

    ReplyDelete
  11. as salam.
    subhanallah..well said and well written :)
    BE the change that you want to see in the world
    insyaAllah

    ReplyDelete
  12. Badan HO itu diharap dapat bersuara bagi pihak HO. Bersuara bukan dalam erti kata mengadu masalah semata-mata. Sebaliknya yang utama adalah mencadangkan perkara yang boleh menambahbaikkan kualiti HO itu sendiri dari kaca mata seorang HO.

    ReplyDelete
  13. salam..

    bagaimana rakyat hendak berubah sekiranya pemimpin sendiri tidak membantu rakyat utk berubah.perubahan yg diperlukan oleh rakyat msia hanya SIKIT berbanding perubahan yg diminta di negara lain terutamanya di timur tengah.

    rakyat semakin celik dengan apa yg berlaku dlm negara kita,itu maknanya rakyat sedang mengubah diri mereka utk menginginkan kerajaan yg tidak korup.jika rakyat tdak berubah,maka BERSIH saya rasa tidak ada pengikutnya.

    nak hantar memorandum dihalang,BERSIH 1.0 dulu pun kerajaan masih tak pandang berat,bila rakyat dah tak jumpa cara,maka berlaku demonstrasi.mungkin demonstrasi di malaysia berlaku kerana rakyat mengambil pengalaman dari negara2 timur tengah yg berjaya mendapat apa yg mereka inginkan.bezanya,di malaysia,berdemo hanya 1 hari.tak salah rasanya klau rakyat inginkan hak2 mereka.

    persoalannya,bagaimana rakyat hendak berubah jika perubahan yg mereka inginkan dihalang? dan sekiranya rakyat sudah berubah,tapi SPR masih tidak ambil kesah utk berubah,adakah perubahan yg ingin dicapai akan berjaya?

    ReplyDelete
  14. salam dr azzad..sy ni bakal HO next year..sy nak tumpang bertanya..hehe..boley kan?hurm btol ke HO after dis xkan ada yg oncall2 lg dah..cos nk wt system shift plk?atau sesetengah hospital je wt shift?

    ReplyDelete
  15. dave: Saya persoalkan cara kita menuntut perubahan tersebut. Jika mahu sebaiknya kita gunakan cara yang betul seperti pertubuhan yang bebas ahli politik, jika tetap mahu demonstrasi, maka buatlah di tempat yg sesuai.

    Apapun, mesej utama yg ingin disampaikan adalah ubah diri sendiri dan orang sekeliling kita dahulu sebelum menuntut orang lain berubah.

    hanee: Yer betul. Saya rasa selepas tahun ni, semua hospital akan mengamalkan sistem shift. Saya rasa lebih baik Hanee tanya HO yang sudah mula bekerja dalam sistem shift di hospital lain.

    ReplyDelete
  16. perubahan harus bermula dari diri sendiri~

    ReplyDelete
  17. Isu bersih memang menyentuh rasa buat mereka yang terasa... Semoga Islam tetap utuh di Malaysia... satu cara yang boleh dilakukan... mari kita berdoa agar para pemimpin kita adalah terdiri dari mereka yang diberi hidayah Allah...

    ReplyDelete
  18. maaflah, secara jujurnya saya juga bertopeng

    ReplyDelete

Sila beri komen yang berfaedah untuk penulis dan pembaca lain. Jadilah pengguna internet yang bertanggungjawab.