Wednesday 11 May 2011

ANAK MUDA BANGKITLAH!

 Salam,

Alhamdulillah, saya telah berjaya tamat penempatan di Jabatan Perubatan Am baru-baru ini. Sewaktu seminggu cuti ini, saya telah ambil kesempatan untuk mengadakan siri ke-3 program Di Bawah Langit, Di Atas Bumi. 

Kami(saya dan para kaunselor) berasa puas hati pada penghujung program kerana mendapat sambutan yang hebat di kalangan kanak-kanak. Belum pun kami sempat mengajak, mereka sudah mula berkerumun di sekeliling kami. Juga kerana program kami semakin hari semakin bertambah baik dan kami dapat rasakan ianya memberi kesan kepada peserta-peserta. 

OBJEKTIF : Menanam perasaan cinta terhadap membaca dan ilmu.
MESEJ : Orang berilmu adalah orang yang hebat!

PROSEDUR :
  1. 10 peserta diajak menyertai permainan mencari harta karun.
  2. 10 peserta dibahagi kepada 2 kumpulan iaitu katak dan kuda.
  3. Setiap kumpulan akan diberikan kertas yang mengandungi bayangan tempat harta karun. Keseluruhan 5 harta karun perlu dijumpai oleh setiap kumpulan.
  4. Setiap harta karun terdiri daripada petunjuk harta karun seterusnya, gula-gula dan segulung kertas yang mengandungi ilmu baru.
  5. Setelah semua harta karun dijumpai, peserta dikumpulkan pada suatu tempat.
  6. Setiap peserta membuka gulungan kertas masing-masing yang mengandungi pelbagai ilmu baru. Yakni ilmu seperti apa itu awan dan bagaimana hujan turun, apa itu matahari dan dimana ia terbit dan terbenam, kenapa daun hijau dan apa fungsi daun; dan sebagainya.
  7. Fasilitator akan bertanya soalan-soalan berkenaan kepada semua.
  8. Peserta yang memiliki gulungan kertas berkenaan digalakkan untuk bangun dan menceritakan ilmu yang mereka miliki daripada kertas berkenaan.
  9. Pujian diberikan kepada peserta kerana mengetahui tentang persoalan yang diberi.
Anak-anak berebut untuk sertai. Tempat terhad!!

Pening kepala hendak mengawal mereka.

Para fasilitator berkumpul untuk diingatkan kembali tujuan
program ini dilaksanakan.

Menumpukan perhatian.

Cik Arni menjelaskan peraturan permainan pencarian harta karun.

Membaca kata bayangan pertama.

Para peserta bertaburan di persekitaran taman mencari di mana
harata karun disorok.

Hakim(baju saya sayang mak saya) adalah peserta paling nakal.

Kumpulan kuda bersantai atas tikar setelah menjadi kumpulan
pertama yang menjuumpai kelima-lima harta karun.

Sesi membuka harta karun. 
Sesi perbincangan di mana para peserta ditanya soalan.
Semuanya bersemangat menjawap berdasarkan ilmu yang terdapat
di dalam harta karun mereka.

PERBINCANGAN : Peserta diajak mengingat balik keseronokan mereka mencari ilmu(harta karun) dan dikaitkan dengan membaca buku. Peserta dipuji akan kehebatan mereka menjawap soalan yang diajukan walhal peserta lain tidak tahupun jawapannya. Ini disebabkan peserta tersebut telah memperoleh ilmu daripada membaca. Orang berilmu adalah orang yang hebat.




Diharap program kami memberi inspirasi untuk anda menyumbang sesuatu kepada masyarakat di luar bidang kerja atau pengajian anda.

Terima kasih atas sokongan pembaca semua. Jika anda rasa blog ini berfaedah bagi rakan-rakan anda yang lain, jemputlah mereka baca sekali.

6 comments:

  1. Alhamdulillah, usaha yang baik...
    Dan terima kasih kembali mencoretkan sesuatu !!
    Jabatan Perubatan Am pasti mencabar ? =_+
    -Berminat melanjutkan pelajaran dlm medic-

    ReplyDelete
  2. program yang bagus, rasa nak join plak, peserta 20thun ke atas xder ke doc???hehehe

    ReplyDelete
  3. Frog princess: kat mana program ni? tak pernah tahu pun..hehehe...bagus ya program ni..apa perasaan anda berdampingan dengan anak-anak? lebih best dari berdampingan dengan orang dewasa tak?

    ReplyDelete
  4. As salam, terlebih dulu tahniah, nampak meriah je.
    K. Rohani

    ReplyDelete
  5. subhanallah,,,bgus,,,tmbhkn lg nilai2 ISLAM skali,,,insyaALLAH,,,lg mantop...smoga berjaya dunia akhirat,,,

    ReplyDelete
  6. hakim pakai baju saya sayang mak saya ye..bagus2..haha..budak nakal biasanya dah dewase dia akan jadi orang yg bijak..insyaAllah..

    ReplyDelete

Sila beri komen yang berfaedah untuk penulis dan pembaca lain. Jadilah pengguna internet yang bertanggungjawab.