Salam
SIBUK
Sudah sebulan saya berada di Jabatan Perubatan Am. Tema hidup kini adalah ‘Sibuk, sibuk dan sibuk.’ Walaupun jaga pesakit 10 orang sahaja beberapa minggu lepas, tetapi kerjanya tiada henti. Habis satu kerja, datang kerja yang lain.
Zaman belajar dulu tidaklah sibuk. |
Penting untuk bekerja dengan tersusun di sini supaya kerja dapat dilaksanakan dengan baik. Maka selepas round pagi doktor pakar, saya akan senaraikan pada sehelai kertas semua kerja dan prosedur yang perlu dibuat. Di jabatan lain, saya hanya ingat di kepala sahaja sudah cukup.
ATURAN
Untuk penempatan Perubatan Am di HKL, doktor perubatan siswazah akan ditempatkan selama 2 bulan di wad lelaki dan 2 bulan di wad perempuan. Selain itu di dalam jangkamasa tersebut, kita juga akan diletakkan di peripheries selama sebulan seperti di Coronary Care Unit(CCU), Coronary Rehabilitation Ward(CRW), High Dependency Ward(HDW), wad geriatrik, wad stabil dan juga di physician clinic(PC).
Rindu Vietnam. |
Saya telah memohon kepada Abg Fazli Rambut Panjang(pengurus Peg Perubatan Siswazah di Jabatan Perubatan Am) supaya meletakkan saya di CCU kerana ianya tampak mencabar dan juga di PC supaya saya dapat pendedahan sebelum membuat locum kelak(duit-duit-duit).
Sekali ketika saya ke pejabat untuk menguruskan sesuatu, Fazli menyambut dengan kata, “Saya sayang?.... saya sayang?...” seperti suruh saya menghabiskan ayat. Saya yang terpinga-pinga pun menjawap, “..sayang menyayang?!” Rupanya beliau merujuk kepada artikel blog saya yang lepas. “Saya sayang sate laksa laaahhh.” Lepas tu gelak seorang.
BEZANYA
Bekerja di Jabatan Perubatan Am benar-benar membuka mata saya tentang pelbagai jenis penyakit yang wujud di muka bumi ini. Kerana kita terdedah dengan pelbagai jenis penyakit yang setiapnya memerlukan pelan rawatan yang tersendiri. Daripada penyakit yang kerap jumpa seperti Hypertensive urgency dan Uncontrolled Diabetes Mellitus hinggalah ke yang jarang dijumpa seperti Bell’s palsy, Elephantiasis dan Horner's syndrome, kita perlu tahu apa yang perlu ‘dicari.’
Apakah ini??!! |
Bagusnya ini menyebabkan saya lebih banyak rajin membaca kebelakangan ini. Ini sangat berbeza berbanding penempatan yang lain. Saya sudah mula cetak kebanyakan Clinical Practice Guidelines dan membacanya.
MATI AKAL
Namun kadang-kadang tu, kita sendiri tidak tahu apa penyebab/penyakit kepada tanda-tanda yang ada pada seorang pesakit. Selepas beberapa hari, tanda-tandanya menjadi semakin pelik. Keesokan paginya datang kerja, perasan pesakit sudah tiada di wad. Beliau telah meninggal setelah membentuk severe metabolic acidosis.
Ada kes pula, pesakit datang pada waktu petang dengan hanya mengadu rasa letih. Tengok-tengok sel darah putih meningkat sehingga White Blood Cell – 510. Full blood picture segera menunjukkan beliau ada Chronic Myeloid Leukaemia. Keesokan paginya menghadapi sesak nafas dan meninggal. Kami suspek beliau mendapat Tumour Lysis Syndrome. Begitu cepat perubahan berlaku pada pesakit.
Sampel darah pesakit tersebut di dalam tiub EDTA. Boleh dilihat satu lapisan sel darah putih terapung. |
SENIORITA
Bagusnya di sini, saya dapat banyak melakukan prosedur seperti lumbar puncture, bone marrow aspiration, peritoneal tapping dan sebagainya. Malah saya dapat intubate seorang pesakit dengan Mallampati Class 4.
Langit di Volgograd, Rusia. |
Malah memandangkan saya sudah senior penempatan ke-5, MO lebih mempercayai saya. HO muda yang lain juga merujuk pada saya dan senior lain bila bertanya atau memerlukan bantuan. Maka saya pun mengambil kesempatan menambah pahala dengan mengajar mereka. Ambil kesempatan!
KATA HATI
Dato’Jeya(ketua jabatan) sewaktu perjumpaan dengan HO ada bertanya, “Among you all, who really wants to become a doctor?” Beliau terkejut apabila hanya 4-5 orang yang mengangkat tangan di kalangan 40 HO di situ. Beliau membuat kesimpulan bahawa kebanyakan daripada kami tiada niat pun ingin menjadi doktor. Saya tidak mengangkat tangan.
Namun persoalan bermain di fikiran saya seketika. Saya percaya ramai di kalangan kami yang berminat menjadi doktor sebenarnya, namun suasana dan keadaan kerja di hospital kerajaan di Malaysia yang telah berjaya melunturkan cita-cita kami dan menjadikan kerja ini hanya sekadar mencari makan.
Penghalang perubahan persekitaran kerja doktor perubatan siswazah di Malaysia? |
Penghalang perpaduan umat Islam di Malaysia? |
Mungkin satu hari nanti saya akan menulis dengan panjang lebar berkenaan perkara ini.
ILTIZAM
Apa-apapun sekarang ini, saya sedang berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan juga pelan rawatan saya ke tahap MO memandangkan saya akan menjadi MO tidak lama lagi. Dan suatu hari nanti, jika hati saya masih berminat, saya akan berusaha menjadi seorang doktor pakar.
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu? Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu. Yang memberati tanggunganmu,? Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu? Oleh itu, maka bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai, maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha, Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon. (Ash-Syar-h 94:1-8)
Patutkah saya memilih jalan lain? |
tak suka ngan medical..byk sgt patient..pening kepala..huhu..wad paling sesak dan padat.suka lagik A&E walaupun ramai patient setiap hari, tp xjumpe muka patient yang sama je..hehe
ReplyDeletewhoaaaa..tabik spring sm doc,,memg best kj doc ni..wish u best of luck doc...be a great doc in d world :)
ReplyDeleteAs salam, pupuklah minat supaya menjadi doktor pakar. k. rohani
ReplyDeletesaya rasa TGNA bukan penghalang perpaduan. tetapi penegak kebenaran. rasa x best pulak blog ni masukkan unsur politik. kalau masuk unsur politik, akan ada orang yg memerlukan hujah apabila saudara bercakap. lainla jika kerja sbg doktor, itu pengalaman, jadi orang boleh ambil iktibar dan belajar.
ReplyDeletesetuju dngn komen ni. sekarang perpaduan yang dr nak dah tercapai. apa yang dr rasakan sekarang ?
Deleteyg ada gambar kaki tu sign apa?
ReplyDeletethickening of archilles tendon due to hyperlipidaemia ka?
ka saya salah tengok?
*saya budak baru belajar*
masa saya posting medical mmg stress bangat rasanya..byk sgt case,patient asyik keluar masuk ja..minggu depan masuk posting O&G after neuroscience..mood ngeri ^^
doakan kejayaan kita semua =)
Akak suka baca...dapat ilmu baru.Tulis lah lagi pengalaman yang menarik setiap hari....jadikan ia sebagai digital diari.
ReplyDeletepekerjaan doktor sgt dipandang tinggi masyarakat...teruskn usaha ya doc...semoga ceria2 selalu menjalankan tugas...=)
ReplyDeleteanonymous: berkenaan supaya tidak selitkan unsur politik akan saya pertimbangkan.
ReplyDeleteasma: pesakit tu dtg sebab aduan lain sebenarnya. kaki tu kami pun rasa mungkin sebab hyperlipidemia.
k.rohani: tengoklah macam mane nanti kak
terima kasih atas sokongan anda
salam doc..
ReplyDeletemmg sy mngikuti blog doc ni..byk bnda bole belajar dari blog ni indirectly..sgt menarik..cuma..klu bole x yah la selit2 psl politik atau keburukan org lain..sbb kita x tau berita mana yg btol atau salah..unless kita face 2 face dgn pemilik bdn..n as a doc..each of every words that come out from ur mouth will b 70-80% accepted by the public..n its gonna b a BIG-BIG fitnah later on..so b careful..didiklah masyarakat dgn ilmu yg mmbina dan bermanfaat..xnak la benci2 dgn org lain..kita kan semuslim dan bersaudara :)
mmm..that's all..btw..truskan menulis..love this blog..jgn amik hati..sekadar utarakan pendapat nk jadikan ur blog ni neutral..
No offence ye..tp sy sokong pandangan anonymous diatas..hee..
ReplyDeleteDisebabkan tu..sy nk tnye..benarkah beliau Penghalang perubahan persekitaran kerja
doktor perubatan siswazah di Malaysia?
akhir thn lepas beliau ada dtg ke campus sy di india selama 3 ari..teruk jugalah kmi kene belasah ngn soklan yg menguji IQ ni dan komen2 beliau..soklan plg legend adalah Wilson's Disease..xley lupa..heee..beliau juga telah menghapuskan system intern kmi di cni secara tiba2..*sowiee merapu sampai ke laut*
owh ye..di india, kes bell's palsy adalah common..ley kata kerap juga kmi dpt kes ni..admit kes2 yg melibatkan CNS sgt ssh sbnrnye..syukurlah klu di mlaysia adalah rare case..
nywy nice sharing doc!! keep it up n all da best (^_^)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAllah tidak akan mensia-sia setiap kelebihan hambanya. Mesti ada kelebihan yang ada pada kamu yang membuatkan Allah menentukan kamu sesuai dalam bidang perubatan.
ReplyDeletePersekitaran hanya cabaran yang Allah berikan kepada setiap hambanya. Setiap cabaran itu mengajar kita erti kesabaran, kegigihan dan ketabahan yang semestinya kita aplikasikan dalam kehidupan dalam kita menuju kejalanNya. Apa yang penting kita mesti ikhlas dalam setiap perbuatan kita. Buat sesuatu perkara bukan semata-mata mencari makan.
Maafkan sy sekiranya ada terkasar bahasa atau kata-kata yang menyinggung perasaan anda.
Good luck and All the best 4 ur journey..
kementerian kesihatan.
ReplyDeleteterlalu banyak sebenarnya perlu diperbaiki dari akar umbi~ prlukan ksbrn.
btw,saya cdgkn, tak perlulah diselitkan unsur politik. (post doc kali ini sy liht,tak ada kaitan dgn TGNA).krna blog ini mungkin mnjadi bacaan umum dan bmcm org.
apapun,slmt mnyumbg untuk Islam dan ummah~
doktor..bila nak buat post mcm " sekilas pandang" tu?..
ReplyDelete..cool doctor.., harap blog tak hilang fokus..
kenapa pulak TGNA didakwa sbg penghalang perpaduan?
ReplyDeleteTo Doc : saya suka baca blog nie coz byk benda berkaitan ngn kesihatan doc share ngn kitorg...TAPI bila masuk bab2 politik nie sorry to say..rasanya kurang sesuai..coz isu politic nie isu sensitive.
ReplyDeleteKlu nak kata orang tu salah,org nie betul, kite bukan Tuhan yg mampu menilai baik buruk seseorang...
So..biarlah blog nie natural gini je....Memberi info yang berfaedah kepada semua orang...Put a side isu2 politic because setiap insan mempunyai pandangan yg berbeza about that..
Sorry Doc klu kata-kata saya nie menyinggung hati dan perasaan...i don't mean like that..
Sgt2 bminat dgn blog ini..
ReplyDeleteW/bagaimanapun sy sgt b'setuju jika blog ni terus2an mberi info bguna kpd mereka yg nk dptkan mklumat dan ilmu ttg dunia kedoktoran,dan tidak sekali-kali cuba m'selitkan isu2 politik yg kdg2 boleh buat org sensitif serta lebih cenderung ke arah itu drp mengambil manfaat drp p'kongsian yg doc sampaikan..
bagaimanapun, nice job doc! keep up writing..
nice blog..tp bila bc blog ni smpai skrg sy menyesal blaja medik di luar negara..tmbah2 lg bila bc berita doktor dr luar negara xcekap.sy pljr perubatan dr jordan uni sc n tech.it's so ironic that most spm best students are taking medicine in overc n then they cannot perform very well when they are working as a doctor?hmm..malangnya kami pljr timur tgh.nak keje kat sini pun xboleh..bkn xnak bbakti pd negara,tp bila tgk lulusan medik overc dihina,ad baiknya bkerja d luar negara
ReplyDeleteSalam 1Malaysia! Nama saya Calvin dari Sarawak pelajar Asasi Sains UiTM. Saya ingin bertanya bidang apakah yang mempunyai kaitan yang kuat dengan bidang perubatan? Boleh tak anda tolong saya menjawab solan ini. I really intended to be a medical doctor. But since I don't think I can perform this Foundation programme I have to think what degree course should I take. Can you please suggest some for me? Your cooperation will be appreciated.
ReplyDeleteanonymous: tak kisahlah belajar luar negara atau dalam negara, bila kerja di hospital Malaysia kelak, sama sahaja layanannya. cuma kelebihan pada penuntut tempatan kerana mereka sudah biasa dengan sistem tempatan maka cepat tangkap. kita pelajar luar negara perlu berusaha lebih keras.
ReplyDeletecalvin: Saya cadangkan Calvin ambil bidang farmasi. Saya ada kawan pharmacist Lau yang kerja bersama kami di wad. Ada pharmacist di wad banyak memudahkan kerja doktor. Mereka juga boleh dianggap mengubat pesakit. Mereka bantu membetulkan dos ubat kami, memberi nasihat ubat mana yang sesuai dan banyak lagi. Saya sangat hargai ada seorang pharmacist di wad.
semoga Allah swt memberi hidayah pada kamu :D
ReplyDeletesalam ziarah Tuan...semoga berjaya kelak ke thp MO, specialist and consultant insyaALLAH....tp sejujurnya pd pandangn Tuan, sepjg jd HO nii, department mana plg mencabar?...
ReplyDeleteassalamualaikum,
ReplyDeletemenarik blog abang ni...memandangkan abang dah senior HO. Byk juga yg saya dapat dkt sini. Rasenye.
jadilah "doktor muslim" yg ikhlas menunaikan amanah menabur bakti utk semua org yg memerlukan. elakkan menjadi "doktor politik" yg bertugas hanya kerana nama pangkat dan wang gaji semata-mata.
ReplyDeleteAbang tak nyesal ke jadi doktor?
ReplyDeletePenat woo keje doktor... takdek life..
ReplyDeletetapi sibuk-sibuk HO skarang ada gak masa nak tulis2 blog ye?..
ReplyDeleteHO zaman dulu, nak tidur pun takde masa
doktor boleh buat locum x di poliklinik annisa alam budiman pd 18/11/13 dr pkul 8am-6.00pm..
ReplyDeletekalau boleh ni call no tel ni: 0378315070
DeleteWe are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).
ReplyDeleteWe are looking for a dedicated Medical Officer at Bandar Sungai Long Clinic:-
Lady doctor
MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
Possess valid Annual Practicing Certificate
Registered with Malaysia Medical Council
Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
Attended an Obstetric Life Saving Skill
Attended A Neonatal Resuscitation Program
Working hours negotiable with minimum on-call
Very attractive salary RM7,000 (starting)
Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com
Clinic information:-
PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
NO. 12 JALAN SL 1/13
BANDAR SUNGAI LONG
43000 KAJANG
SELANGOR
TEL / FAX: 03-90114833
check over here useful content i thought about this this website her response webpage
ReplyDelete