Tuesday, 1 February 2011

ERTI HIDUP PADA MENYUMBANG

Salam

PERBICARAAN TV

Ada sekali saya menonton sebuah rancangan perbicaraan di TV1, membincangkan mengenai perubahan iklim dunia. Di mana salah seorang ahli panelnya adalah seorang pemuda. Beliau telah menubuhkan sebuah organisasi memperjuangkan ‘isu hijau’ sewaktu menuntut di universiti lagi. Beliau baru sahaja tamat belajar.

Berkesempatan makan malam bersama kawan lama sewaktu di SMKTUN, Skudai dulu.
Ramai juga yang telah berhijrah ke Lembah Klang.

Pastinya membuatkan saya kagum adalah semangat perjuangan yang sudah ada pada usia muda lagi. Sebenarnya pada pendapat saya, keinginan untuk menyumbang itu perlu ada pada setiap individu.

POLITIK KOTOR

Senario politik di negara agak menyedihkan. Budaya saling menuduh, memburukkan, menyalahkan dan memfitnah sudah menjadi kebiasaan. Malah ada yang sanggup ke luar negara memburukkan negara sendiri. Ini semata-mata kerana kuasa.

Politik kotor menjana kegelapan.
Akibatnya kebencian yang disemai melahirkan rakyat yang ‘pandai’ menyalahkan kerajaan dan meminta-minta apabila terdapat 'kekurangan.'

MEMBINA NEGARA

Membina negara memerlukan rakyat yang proaktif dan berkeupayaan(modal insan yang tinggi). Malah pada hemat saya, itulah kriteria utama untuk membina negara supaya maju, kaya dan makmur.

Jika kita inginkan negara yang bersih seperti Jepun, maka kita sebagai rakyat harus bersikap bertanggungjawab dalam membuang sampah, di samping kerajaan perlu menyediakan tong sampah di kawasan strategik. Jika mengharapkan kerajaan semata-mata pun boleh, di mana undang-undang yang sangat ketat dikenakan. Namun sebaik keluar dari negara mereka, mereka lagi ‘menang’ dalam membuang sampah dan melanggar undang-undang jalanraya seperti rakyat Singapura. Itu bukan yang kita mahu.
Belilah barangan buatan Malaysia.
Begitu juga  dalam membina bangsa, kita juga perlu berusaha dengan cekal dan bersatu padu, dan bukan mengharapkan bantuan kerajaan semata-mata.

DI BAWAH LANGIT, DI ATAS BUMI

Di dalam artikel saya dulu, saya ada pernah sebut bahawa sedang mengusahakan sebuah projek. Alhamdulillah ianya telah mula bergerak.

Dalam proses menjayakannya, ada masanya putus semangat, tidak dapat berjumpa pengarah HKL kerana beliau sibuk, saya pun sibuk dengan kerja sendiri, curi-curi masa berjumpa dan bekerjasama dengan unit kaunseling(setelah diarahkan pengarah), tertangguh-tangguh berbulan-bulan dan akhirnya berlangsunglah juga program pertama kami.

Perbincangan post-mortem bersama dari kiri Yani(pelajar kaunseling), Pn Ruhana(kaunselor)
dan Cik Arni(kaunselor). Pn Ruhana kata Pengarah HKL masa mesyuarat pentadbiran pagi tu sibuk
bertanya berkenaan aktiviti kami yang berlangsung semalam. Siap suruh buat
kertas kerja rasmi untuk dapat peruntukan. Yeeehhaaaa!

Program ‘Di Bawah Langit, Di Atas Bumi’ dibentuk berlandaskan satu hypothesis bahawa kemelut sosial generasi muda adalah disebabkan kematangan seksual telah mengatasi dan menindas kematangan intelektual individu. Maka program ini cuba merangsang kematangan intelektual anak-anak lebih awal, dengan mendedahkan mereka realiti kehidupan pada usia muda, dan mengajar tentang nilai-nilai yang akan membantu mereka(seperti mempunyai cita-cita, hidup sebuah perjuangan, nikmat ilmu dan sbgnya).

Aktiviti pertama kami bersama Dr Izat dan Cik Wan(kaunselor). Anak-anak
yang sukar tumpukan perhatian.

Banyak perkara yang perlu dibaiki daripada aktiviti pertama. Memerlukan modul
yang tersusun dan penggunaan kata-kata yang mudah difahami antara
yang kami dapat simpulkan.

Dengan mengadakan program di persekitaran harian anak-anak, dijangka deria dan minda mereka lebih mudah untuk menerima apa yang cuba disampaikan(maka nama program diberikan “Di Bawah Langit, Di Atas Bumi”).

Berharap ianya dapat membentuk generasi muda yang mempunyai jati diri yang kukuh di masa hadapan.

ANJAKAN MINDA
Mencari ilham di Sungai Mekong.
Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-Baqarah 2:148)
Saya menyeru semua rakyat Malaysia agar hentikan mentaliti membangkang, sebaliknya berinisiatif menyumbang sesuatu kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Segala perubahan kecil atau besar bermula dengan perubahan diri dan bukan orang lain. Inginkan negara yang bebas rasuah, ubah diri anda. Inginkan negara yang bersatu padu, ubah diri anda dahulu.

Di sebalik rusuhan yang sedang berlaku di Mesir dan Tunisia, saya berharap Malaysia akan terus maju, aman dan makmur.

Anwar Ibrahim - hari beliau menjadi Perdana Menteri adalah
hari saya akan aktif berpolitik.
Harap segala kebajikan akan menghapuskan segala dosa.
Salam 1Malaysia.


Terima kasih atas sokongan pembaca semua. Jika anda rasa blog ini berfaedah bagi rakan-rakan anda yang lain, jemputlah mereka baca sekali.

16 comments:

  1. Assalamualaikum Dr. Azzad,
    1. Semasa mengikuti kursus induksi dulu, seorang penceramah berkata, ahli politik malaysia tidak matang, kerana berkempen setiap masa
    2. Program Dibawah Langit diatas bumi untuk golongan mana? Untuk kanak-kanak adakah diadakan di sekolah atau hospital.
    3. Semoga berjaya, jika majoriti warganegara berfikiran mcm Dr. Insyaallah malaysia akan aman. Amin

    ReplyDelete
  2. kenapa waktu Anwar Ibrahim????

    ReplyDelete
  3. Politik kat kampus pun dah macam politik negara..but politik telah mengajar student macam mana nak menghadapi dunia akan datang..nice entry doc~! jzklh...

    ReplyDelete
  4. salam doctor..
    sgt setuju dgn program yg doctor baru buat itu..
    semoga ia berjalan lancar dan berjaya..
    mgkn utk mendpt perhatian kanak2 tu ialah dgn melibatkan mereka dgn aktiviti yg sesuai dgn usia mereka seperti melukis,mewarna yg mana pada masa yg sama ada makna di sebalik aktiviti itu..pengajarannya boleh disampaikan selepas selesai aktiviti..insyaAllah..

    ReplyDelete
  5. itulah sumbangan pembangkang. mereka menentang korupsi,rasuah yg terang-terangan berlaku.

    ReplyDelete
  6. Program tersebut untuk anak2 pekerja HKL di kuarters. Ianya dilaksanakan secara santai di kawasan permainan kanak2.

    Pembangkang makan rasuah, wakil kerajaan juga makan rasuah. Orang yang berfikir akan nampak itu semua.

    ReplyDelete
  7. maaf..comment nie sebenarnya x de kaitan dgan post yg dr..tp saya bangga dgan progrm yg dr.buat..sy cuma nak tanye soalan..apa perbezaan antara treatment for type1 n type 2 diabetes??wht is the best treatment for these kind of diabetes??

    ReplyDelete
  8. Anwar Ibrahim tak akan Perdana Menteri.
    Percayalah...

    ReplyDelete
  9. awak bekas student smktun ke?
    saya sek situ dulu.
    ibu saya masih mengajar di sana.
    batch ke berapa?

    ReplyDelete
  10. wah!wah! puas cari kak izzat!
    alhmdulillah menariknya prog!,tapi peserta kelihatan disekitar 8-13thn dan sukar utk focus,mungkinkah alat bantu mengajar akan membantu keberkesanan prog Dr??

    ReplyDelete
  11. Kerajaan makan rasuah..banyak laporan telah dibuat namun tiada tindakan.
    Pembangkang juga rasuah? boleh bagi satu kes...pls

    ReplyDelete
  12. salam
    doc. nak tanya smthn yg might be x de cite dlm buku bio saya...about cancer r kan..mcm mana radiation boleh kill the cancer cell?...bukan ker cancer cell 2 under go mitosis from our normal cell?...then mcm mana pulak dia terjadi?...maksudnye cancer cell 2 asalnye mcm normal cell then jadi cancer coz mutation. nape radiation boleh kill cancer cell jer? abis 2 mcm mana dgn normal cell?...need explaination about this

    ReplyDelete
  13. ahaks...azzad menghilang

    ReplyDelete
  14. kita slalu ckp kerajaan makan rasuah, tp kite pasti ke tu ialah org kerajaan? bahkan org yg menjawat jawatan tgi dlm kerajaan pon kadang-kala bkn penyokong kerajaan. kalo mcm senang la, saya penyokong pembangkang, saya menjawat jawatan dlm kerajaan, saya buat banyak kes salah laku tp akhirnye yg dpt name buruk kerajaan. we need to think further, don't let our ideology influence us, be neutral.

    btw, nice blog doctor. truskan berkongsi ilmu, semoga Allah merahmati doktor

    ReplyDelete

Sila beri komen yang berfaedah untuk penulis dan pembaca lain. Jadilah pengguna internet yang bertanggungjawab.