Salam
LARI DARI HOSPITAL
Kali terakhir saya benar-benar melancong adalah sewaktu balik tamat belajar di Rusia, singgah di Dubai, Emirah Arab Bersatu. Agak lama jugalah. Jadi saya ambil kesempatan cuti penghujung penempatan kali untuk melancong ke Ho Chi Minh atau Saigon, Vietnam. YEeeeAAAHHhooo!!!
Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula. Al-Mulk 67:15
|
Terbang jauh mencari angin baru. |
Doktor juga perlu berehat. Kenapa Saigon? Kerana saya ada kawan Anas yang bekerja sebagai jurutera Petronas di sana.
LANGKAH KANAN
Sebelum kapal terbang berlepas, tiba-tiba kawan menggelabah suruh tukar tempat duduk dengannya. Saya tidak kisah saja, tengok-tengok ada gadis Vietnam cantik duduk di sebelah saya! Saya duduk dan tenangkan diri.
“Azzad kau kena beranikan diri,” saya beritahu diri saya.
“Are you a Malaysian or a Vietnamese?” Dia senyum dan kami bersembang sepanjang perjalanan.
KEHIDUPAN DI VIETNAM
Vietnam kini adalah ekonomi paling cepat berkembang di rantau Asia Tenggara dengan kadar pertumbuhan 7% setahun dengan kadar konsisten. Kini rakyat Vietnam hidup dengan lebih berkemampuan sehingga Tourism Malaysia turut melebarkan aktiviti promosi hingga ke sana.
Setelah kapal terbang selamat berlepas, kami sambung bercerita. Walaupun beliau bercakap dengan ‘broken English’, namun saya rasa selesa bersembang dengannya. Beliau mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Saya suka.
|
Bandar Ho Chi Minh pesat berkembang. |
Kemudiannya, beliau mula bertanya saya umur berapa(25 tahun) dan kerja apa(macam biasalah doktor). Dia mula bercerita tentang impian hidup dia untuk membuka Coffee Cafe sendiri, mahu hidup ‘senang’, berkahwin dan mempunyai anak.
Saya sudah mula rasa tidak selesa.
KESUSAHAN HIDUP
Namun setelah lama bersembang, saya mula fahami dia bukanlah tergila-gilakan saya(desperate). Mendengar cerita kesusahan hidup beliau dulu menyentuh hati. Beliau terpaksa berhenti sekolah untuk membantu ibu bapanya mencari rezeki. Saudara-mara yang hidup mewah tidak sudi membantu. Apabila menceritakan tentang kehidupan saya, beliau ada memberikan satu nasihat yang mencengkam jiwa saya. Alangkah baiknya jika saya sentiasa mempunyai penasihat baik sebagai teman.
Tetapi kini keluarga beliau sudah hidup senang setelah ayahnya mempunyai perniagaan sendiri. Itulah sebabnya beliau boleh melancong selama sebulan di Malaysia!
|
Perkenalkan Trang Dai gadis Vietnam yang saya ceritakan.
Memakai kot MANGO RM300 yang kakak beliau belikan - antara
perkara yang kami sembang. |
SAYA SAYANG
Sedang bercerita tentang budaya masing-masing, tiba-tiba Trang Dai pandang mata saya lalu berkata, “Saya.... sayang.... saya sayang...” Dupdup Dup dup, jantung saya berdegup kencang. Paru-paru berhenti bernafas. Kawan yang duduk sebelah pun bagaikan tidak percaya.
“Saya sayang... laksa.... sate.” Apaaa!!/^&%$. Kecewa dan patah hati saya. Rupanya Trang Dai ingin katakan menggunakan bahasa Melayu, beliau suka makan makanan tempatan. Pasrah.
Bila saya ceritakan perkara ini pada kawan-kawan lain di terminal kapal terbang Saigon, mereka tergelak bagaikan orang gila.
|
Muka-muka doktor apabila dapat larikan diri dari hospital.
Bersama Dr Asrul dan Dr Hafiz.
Percutian bermula!! |
REHAT MINDA
Apabila telah meninggalkan Malaysia, barulah minda seorang doktor mampu berehat dengan sepenuhnya. Tiada tekanan dan tiada kerisauan.
|
Perkara pertama kami perasan adalah banyak GILA motorsikal di atas jalan
seperti konvoi. |
|
Di depan bangunan pentadbiran Saigon. |
|
Di sepanjang lebuhraya mereka, banyak terdapat kawasan
rehat seperti ini. Banyak sangat. |
|
Menaiki bot bersiar di Delta Mekong. |
|
Di tengah-tengah sungai, bot-bot pemborong akan bertukar barang secara barter. |
|
Merasai teh dan madu buatan Vietnam. Sedap lain macam. |
|
Pakaian seragam sekolah di Vietnam. |
|
Dr Asrul - model sambilan. |
|
Seronoknya naik sampan. Postur pelik- tidak sesuai menjadi model. |
|
Comel tidak? |
|
Anak Vietnam ni comel sangat - cuba jual gelang pada saya. |
|
Di Cu Chi Tunnel - senjata rahsia Vietkong memenangi Perang Vietnam. |
|
Memasuki salah satu terowong sebenar. Lubang masuk dibuat kecil supaya askar Amerika
yang berbadan besar tidak dapat masuk. Dalamnya gelap sangat, tiada cahaya langsung.
Ruangnya sangat sempit, saya hanya mampu merangkak. Rasa takut betul kerana
tidak nampak apa-apa, hanya dengan meraba dinding terowong mengemudi diri merangkak ke
lubang masuk seterusnya. Oksigen tidak cukup! |
|
Bagi setiap kawasan terowong akan ada seorang wanita yang menjaganya.
Dia mengetahui selok belok terowong dan akan menegemudi tentera Vietkong. |
|
Jangan setakat main Counter Strike, cubalah tembak dengan peluru hidup menggunakan
AK47. |
|
Menziarahi salah satu daripada 14 masjid di Saigon. Terdapat ramai orang
Campa(Melayu Islam asal Kemboja) di sana.
Di kawasan kampung di Vietnam, orang mereka juga menghormati agama
orang lain. Apabila saya minta izin untuk solat di kawasan mereka,
mereka sediakan bilik lagi. |
|
Macam saya katakan. terdapat banyak GILA motorsikal di jalanraya Vietnam. |
|
Tolong mengawal trafik di Saigon. |
STRATEGI HIDUP
Ketika kita berada di tempat asing, minda kita mampu menelaah satu persatu serpihan kehidupan kita apabila melihat balik. Dalam perjalanan balik dari Delta Mekong, saya merungkai kehidupan saya dan menyusun strategi hidup yang baru. Kata kunci adalah cekal.
|
Langit di Vietnam. |
TAMAT SEBUAH EPISOD
Sehari sebelum saya pulang ke Malaysia, saya ada telefon Trang Dai untuk mengajak beliau keluar bersama kawan-kawan saya yang lain. Malangnya beliau telah balik ke kampung.
Anas pula masuk ke hospital pada hari kami pulang, terkena Influenza A. Sebelum tu, Anas ada berkata, "Azzad apa ciri perempuan yang kau nak, meh aku tolong carikan kat Petronas." Terima kasih sahabat.
|
Kaffarah dosa. Apatah dosa yang dilakukan Anas di Vietnam.
Anas kelihatan menyesal. |
Secara kesimpulan, percutian ke Saigon kali ini adalah terbaik. Gadis Vietnam saya dapati
lebih feminin berbanding gadis Malaysia. Walaupun ramai orang Vietnam masih hidup susah, namun mereka tampak gembira.
Kata-kata akhir Trang Dai, “Take care. See you again.” Haaiiihhh(cair)......
InsyaAllah seterusnya saya akan masuk ke
Jabatan Perubatan pula.
Terima kasih atas sokongan pembaca semua. Jika anda rasa blog ini berfaedah bagi rakan-rakan anda yang lain, jemputlah mereka baca sekali.
Nice entry.. Haha.. Saya sayang sate..
ReplyDeletehttp://betul3salah.blogspot.com/
woah!
ReplyDeleteHaha azad ... ko cakap la saya sayang laksa sate juga ...
ReplyDeleteJudin: Tak romantik lah camtu din. kau jgn cakap camtu dengan bakal isteri kau sudah. Bila tarikh kau nak kahwin ni din. Bagitaulah awal2.
ReplyDeletewhoaa..hihi... doc dh digula-kapaskn dek aweks vietnam haha..awat ya,doc asyik bertukq jbtn ja?stp buln memg perlu bertukr jbtn ya??blh tolg jelaskn~,^
ReplyDeleteAnon: Saya sekarang tengah buat housemanship. Setiap 4 bulan akan tukar jabatan. Dah cukup 6jabatan dan 2 tahun barulah jadi doktor sebenar.
ReplyDeletefresh spirit~
ReplyDeleteSalam, ayoyo, dr. Azzad lain kali dengan ayat sampai habis, nasib baik tak pengsan.
ReplyDeleteJauh berjalan luas pandangan. Dr juga manusia biasa, perlu segala-galanya.
K. Rohani
Ni kak rohani yang anak panggil pokok beras tu kan. Rajin jugak akak beri komen ni. Akak takde blog sendiri ke, boleh saya baca.
ReplyDeleteBestnya dah keje,baru abih satu paper xm mid year ni ;p
ReplyDeleteSalam, yg ckp pokok beras tu anak kakak la, skrg dah ok. Kakak tak rajin menulis tapi suka membaca blog org. saja. Paling suka dinoor's blog. almost everyday akak akan buka blog tersebut. wassallam. K. Rohani
ReplyDeletehaha tak sangka Dr Azzad ni kelakar jugak rupanya =))
ReplyDeleteAssalamualaikum w.b.t. Seronok saya baca blog doctor ni.Saya pelajar perubatan di Moscow. menjelang tahun2 terakhir ni tergerak plak sy nk bertanya, Apakah yang perlu ada dalam presentation pesakit2 di depan doktor2 pakar? dan kalau berkesempatan sudi x jikalau doctor berkongsi tips2 atau pengalaman2 bagi menyediakan presentation yang bagus:)
ReplyDeletesekian.terima kasih
A.K.A
kesian tengok HO2 bru buat presentation...
ReplyDeleteanyway, chayok bakal2 dr....
=)
sangat sweet
ReplyDeletenasib baik doc tak sangkut pada pari2 saigon..huhu
ReplyDeleteTrang Dai tu serius comel!!
ReplyDeleteanon moscow: insyaAllah saya cuba
ReplyDeletedari kelate: tersangkutlah ni
anon: comelkan
Hahaha. Comelnye Trang Dai yg smpai ckp pasal jaket Mango. Macam best betol pegi melancong2 di Vietnam ni.
ReplyDeletewah . syok gile ade peluang bercuti .
ReplyDelete" saya sayang sate ! " haha .
Salam Dr, I just want to share with u something. Last 2 days I went to GH Seremban. Saya pergi bahagian kecemasan hantar orng accident. Just imagine we have to wait about 3 hours to see the doctor. Only one doctor on duty at that time. Saya kesian dkt semua patient dekat situ, have to wait such a long period of time. Saya tertanya2 mana Dr2 sme pergi. Is that critical ke maslh kekurangan Dr kat sni. But when i read your blog i try to understand Dr profession better ;)Bukan senang kan. thanks for the sharing. Tiba-tiba saya rasa nak tukar profession nak jd Dr. Thanks Dr Azzad.
ReplyDeletehaha..lucu jugak yea doc neyh! syok kn cuti... kawan sy skrg pn masih HO..muka selalu stress~ nak ajak cuti pun takut sbb selalu bg alasan bizi..hmph~
ReplyDeletekelakar!!.. dan Trang Dai is sangat kiut..congrat2! bertuah Dr. dpt jmp..hehe
ReplyDelete~sayangilah sate~ (^_~)/
eh, asrul ngan anas pun ade..hehe
ReplyDeletehehe...saya sayang sate...
ReplyDeletesaya baru merancang nak ke vietnam...
ReplyDeleteterjumpa blog saudara ,tergelak pula dengar saya sayang sate....harap saya bernasib baik dapat ke vietnam juga nanti
TQ
:) tetiba korek2 baca blog sesiapa saja.. seronok jg tgk pengalaman seorg doktor :) semoga menjadi doktor kerana Allah :) dan berjaya di dunia dan akhirat :)
ReplyDeletelouboutin shoes
ReplyDeletecoach outlet store online
christian louboutin shoes
air jordan
coach outlet
calvin klein
supreme shirts
calvin klein
hermes handbags
jordan shoes