Sunday 22 August 2010

SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA DR FARIDAH HANIM

Sewaktu saya baru masuk Jabatan Kecemasan, antara MO yang saya selesa bekerja adalah Dr Faridah Hanim. Ketika itu beliau sudah mengandung 6 bulan.

Antara sifat beliau adalah suka sangat bercakap, tidak kisah dengan rakan MO ke, HO ke, jururawat ke, MA ke. Sehinggakan orang kata bila anak dia lahir nanti, boleh terus pandai bercakap! Dia jawap, "Kalau macam tu, senanglah aku nanti. Tak payah susah-susah ajar" dengan selamba.

Antara perkara yang beliau suka sangat bercakap adalah mengenai kandungan beliau. Beliau beli baju itu inilah. Ceritakan apa keputusan Ultrasound Scan terbaru. Dia nak anak Merdeka lah(lahir 31 Ogos) dan sebagainya.

Kalau kerja malam di bilik Zon Hijau dengan beliau, memang tidak mengantuklah. Ada saja ceritanya seperti pengalaman kerja dulu kala.

Mungkin disebabkan beliau suka bercakap, maka begitulah juga beliau suka mengajar. "Azzad, kat X-ray elbow ni, kau jangan cari tulang patah je. Kita kena tengok juga posterior fat pad. Tu tanda intraarticular injury."

"Azzad kau pergi mana tadi?! Aku cari kaulah. Aku ada kes Lt shoulder dislocation, nak suruh kau buat reduction. Kan sekarang dah rugi tak dapat buat!"

"Azzad kau nak ikut aku clerk battered case tak?! Isteri kena pukul dengan suami. Nanti kau jadi MO nanti tak reti pulak nak clerk."

Beliau juga ajar saya buat FAST. "Azzad, baik kau belajar buat scan betul-betul. Masa kau buat O&G nanti pun belajar buat scan kandungan. Nanti bila kau buat locum, kalau kau pandai buat scan, dapat duit lebih." Macam-macam.

Dan banyak lagi.




Tengahhari semalam, apabila sampai tempat kerja, terpampang di papan. 'Allahyarhamah Dr Faridah Hanim akan dikebumikan selepas solat Asar'. Tergamam saya. Saya terus tanya HO dan MO lain. Memang benar.

Beliau telah meninggal awal pagi tersebut disebabkan Placenta Abruptio setelah kehilangan banyak darah di HUKM. Berita ini telah disahkan oleh kawan saya Dr Aizudeen dan Dr Ranzi di HUKM.

Saya tidak dapat pergi melawat jenazah kerana saya kerja petang tu.

Saya doakan arwah diletakkan di kalangan orang yang dirahmati Allah swt di akhirat kelak. Segala ilmu yang arwah turunkan pada saya, akan saya kenang dan amalkan sebaik mungkin.

Daripada Allah kita datang, dan kepada Allah jualah kita akan kembali.

Saturday 21 August 2010

"PAKCIK SAKIT DADA"

Salam,

RAMADHAN

Gambar: Jamuan berbuka puasa anjuran Jabatan Kecemasan.

Selamat menyambut Ramadhan kepada pembaca semua. Saya bayangkan bulan puasa kali akan 'perit' memandangkan perlu kerja teruk di ED. Namun sebaliknya pula berlaku kerana sebenarnya saya sudah terbiasa waktu makan tidak menentu sejak kerja di sini. Jadi bulan Ramadhan kali ini 'memudahkan' hidup saya kerana tidak perlu mencuri masa untuk makan.

Gambar: MA senior dan junior.

Namun beberapa hari sebelum puasa, saya telah diagnose diri sendiri mendapat gastritis, kerana kerap mendapat epigastric pain. Jadi saya sudah mula mengambil ubat supaya 'selamat' menajalani bulan puasa.

STRATEGI

Artikel kali saya akan bincangkan tentang typical presentation of Acute Myocardial Infarction(AMI) di wad Resus. Namun sebelum itu saya mahu mengembangkan strategi differential diagnosis(DD) dan pendekatan yang saya pernah cerita sebelum ini dalam artikel Semudah Acute Appendicitis. Ini kerana di ED, keadaan berbeza, maka memerlukan strategi yang berbeza.

Gambar: Jururawat Jabatan Kecemasan

Pertama, satu perkara yang saya sempat baca dari buku Emergency Medicine Secrets, milik MO saya Dr Rabiha, adalah di ED, kita perlu buat DD punca yang boleh meragut nyawa(life threatening cause) dahulu sebelum yang lain. Contohnya pesakit sakit dada, adalah munasabah kita cuba rule out AMI, tension pneumothorax, perforated esophagus, dan sbgnya, dahulu sebelum contohnya GERD(Gastro-Esophageal Reflux Disease) dan pneumonia. Malah itulah yang kerap dipertekankan oleh doktor-doktor pakar di ED.

Keduanya, 2 perkara utama yang doktor perlukan di Resus terutamanya, adalah aduan utama(chief complaints) dan vital signs(pulse, BP, RR, SpO2). Dua perkara ini sudah cukup untuk kita mulakan investigation dan rawatan terhadap pesakit. Contohnya pesakit datang dibawa ke Resus sudah collapse dan tidak sedar. Cerita daripada isterinya bahawa dia mengadu sakit dada di rumah tadi, sudah cukup(lagi bagus kalau diberitahu dia memang ada penyakit jantung sebelum ini atau dia terlibat dalam kemalangan tadi dan sbgnya). Sejarah(history) yang lebih terperinci boleh diambil setelah pesakit telah distabilkan, kecuali terdapat ramai doktor ketika itu, maka boleh diagihkan tugas.

Ketiganya, Dato' Abu Hassan ada mengajar baru-baru ini, "Approach to the patient starts by observing the patient as he came in or from far, not from taking the history. That is what they have taught you in the wards upstairs. But here, this is what we are trying to teach you". Perkara ini dibangkitkan apabila membincangkan kes seorang pesakit yang mempunyai Cervical/Neck Abscess. Beliau percaya, hanya dengan pandang pada pesakit tersebut sahaja kita sepatutnya sudah mempunyai working dan differential diagnosis.

Gambar: Dato'Abu Hassan, Ketua Jabatan Kecemasan, HKL

KES "PAKCIK SAKIT DADA"

Berikut adalah secara ringkas perkara yang bermain di minda HO Resus:

Pesakit 60 tahun/ Melayu/ Lelaki masuk ke Resus, duduk atas kerusi roda, tangan genggam di dada(Levine's), berpeluh-peluh(diaphoresis), bernafas laju(tachypnic).-Anda perasan tidak? Hanya dengan pandang pada pesakit ini, kita sudah boleh buat working diagnosis.

PAKCIK SAKIT APA?
Aduan utama(chief complaints): Sakit dada
-6 life threatening causes of chest pain:-
1. Acute myocardial infarction(AMI)
2. Unstable angina(UA)
3. Aortic dissection(AD)
4. Tension pneumothorax(TP)
5. Acute pulmonary embolism(APE)
6. Perforated esophagus(PE)
-Jadi ingat! Setiap soalan dan tindakan kita mulai ini adalah untuk rule out 6 penyakit tersebut.
SEJARAH RINGKAS
- Co-morbidity - tanyakan faktor-faktor risiko MI spt IHD(ischemic heart disease), DM, HPT, hypercholestrolemia, family history of IHD, merokok.
- Dibawa daripada kawasan kemalangan(TP) 
- Stroke dan bed ridden, recent operation dan sbgnya(APE)

Gambar: Pelakon dengan raccoon eyes. Itu hanya untuk kelirukan kami.
Dalam Primary Survey, Base of skull fracture bukan sesuatu yg perlukan
rawatan segera.

Gambar: Kes senario Multiple Trauma Life Support. Dr Prem dan Dr Eryana beraksi.

VITAL SIGNS
Pulse- 124(tahycardic)
BP- 130/80(kalau rendah mungkin Cardiogenic shock), tangan dan kaki(jika berbeza-AD)
RR- 30(tachypnic)
t- 37 Celcius
SpO2 - 95%
-Jika pesakit stabil dan sedar, maka teruskan dengan sejarah lebih terperinci. Jika tidak, seperti cardiac arrest, mulakan Advanced Cardiac Life Support(ACLS).

SEJARAH TERPERINCI
Sakit dada
- Typical chest pain pattern, pressure-like(AMI, UA)
- Sakit pergi ke belakang, migratory in nature(AD)
- Bila waktu mula sakit/sakit paling teruk(penting untuk menentukan samada perlu berikan Streptokinase)
- Didahului muntah teruk(violent vomitting)(PE)
- Sakit dan bengkak kaki(DVT ----->APE)
- Chest wall pain(TP)
- Burning-like(Reflux esophagitis)
- Relieves by s/l GTN at home(Stable angina/Prinzmetal)
Sesak nafas, berpeluh-peluh, jantung berdebar-debar(menunjukkan pathologi yang serius sedang berlaku)
Demam, batuk selsema(Pneumonia)
Neurological symptoms- kebas, lemah kaki(AD)

Gambar: Bersama jururawat di Triage.

PEMERIKSAAN (PHYSICAL EXAMINATION)
General condition
-Mental status - tidak keruan(restless), tidak sedar.
-Kulit- berpeluh, sejuk, cyanotic, pink

CVS
-S1S2 No murmur
-Pulse - feeble(impending shock)
           - radia-radial/radio-femoral delay(AD)
-Perfusion - cold peripheries, CRT<2s
-Hydration - fair
-Pedal edema, raised JVP(jugular venous pressure)(Congestive cardiac failure-CCF)

Respiratory
-Tracheal deviation, unequal chest expansion(TP)
-Hyperresonance on percussion, on one side(TP)
-Lung - air entry decreased on one side(TP)
-Crepts- pneumonia
-Bibasal crepts- CCF
-Generalized crepts- Acute pulmonary oedema(APO- komplikasi AMI)
-Subcutaneous emphysema on palpation(TP)

Per Abdomen
Soft, Non tender

INVESTIGATION

ECG
-ST elevation(AMI)
-ST depression, T inversion(UA)
-Serial ECG perlu dilakukan untuk mengesan perubahan pada ECG. ECG awal mungkin menunjukkan hanya ST depression(UA), tapi 30 minit kemudian menunjukkan ST elevation(AMI), maka memerlukan rawatan lain.
-Ingat! ECG hanya mempunyai sensitiviti sebanyak 80%, bermaksud 20% kes MI tidak dapat dikesan melalui ECG(NSTEMI)
-Deep S in lead I, Deep Q and T inversion in lead III/ sinus tachycardia(APE)

Gambar: Semua pesakit yang datang ke HKL akan muncul di depan tingkap ini.

Chest X-Ray
-Dilated mediastinum - hazzy(AD), hypodense-pneumomediastinum(PE)
-Rib #, tracheal deviation, absent lung marking in one side, collapsed lung(Pneumothorax)
-Consolidation(Pneumonia)
-Bihilar upward diversion(CCF)
-Generalized patchy hazziness(APO)
-Prominent vascular marking(APE)
-Cardiomegaly

Blood investigation
-FBC -WBC raised(infection eg pneumonia)
-CE(cardiac enzymes) - raised(STEMI, NSTEMI)
-Di Resus ada Cardiodetector, alat ujian segera - Myoglobin, CK-MB, TropT,I (AMI)
                                                        - D-Dimer(produk penukaran Fibrinogen ke Fibrin) raised (PE)
RAWATAN
  • ABC - Cara paling mudah untuk periksa adalah dengan bercakap dengan pesakit. Jika beliau boleh bercakap, bermaksud airway patent, beliau boleh bernafas dan cukup darah disalurkan ke otak.
  • High Flow Mask 10L/min, pasang cardiac, BP dan SpO2 monitoring.
  • Pasang 2 large boure branulla.
  • Buat ECG, CXR dan semua investigation lain.
Apabila diagnosis AMI telah dibuat,
1. Beri ubat tiga serangkai(jururawat yg namakan sedemikian) iaitu
             1. T. Aspirin(antiplatelet)
             2. T. Clopidogrel(antiplatelet)
             3. s/c Clexane atau Fundaparinux(LMW Heparin)
- Ini bagi mencegah coronary artery thrombosis daripada terus berlaku.
- Namun ingat! Ia tidak menghilangkan thrombosis yang telah berlaku.

2. Analgesia - Morphine selalunya diberi disebabkan kesan yang lebih kuat.

Gambar: Bila tertekan atau rasa hendak berhenti jadi doktor,
kita tengok langit.

3.Thrombolytic therapy - ini adalah rawatan utama untuk AMI.
- Di HKL kami guna Streptokinase, tapi di HUKM Alteplase (Alteplase lebih mahal, tetapi tidak mempunyai kesan alergik)
- Rawatan ini hanya akan berkesan jika diberi dalam masa 6 jam selepas sakit dada bermula.
- Sebelum memulakan rawatan, perlu ditentukan bahawa pesakit tidak mempunyai kontraindikasi mengambil Streptokinase seperti sejarah hemorrhagic stroke, aortic dissection, active bleeding dan sebagainya.
- Pesakit perlu diperhati betul-betul sepanjang diberi Streptokinase kerana ianya boleh membawa komplikasi seperti pendarahan luaran atau dalaman menyebabkan hemodynamically unstable.

PENGALAMAN

Saya rasa sudah banyak sangat ditulis di atas. Mungkin pembaca pun sudah rasa hendak muntah. Saya pun sama. Namun itulah secara ringkas DD yang bermain di fikiran. Ketahuilah bahawa ini belum termasuk DD untuk sesak nafas lagi, yang perlu dibuat jika pesakit turut mengadu susah bernafas.

Nampak saya macam baguskan buat semua seperti ditulis di atas :-). Namun dalam dunia realiti, dalam menghadapi kes sebenar, kadang-kadang banyak yang tidak terlintas dalam kepala. Maka terpaksalah berulang-alik ke pesakit untuk bertanya dan periksa balik. Jururawat senior pun sudah pandang slack je pada saya. Doktor ni boleh percaya ke?!

Bermacam  jenis pesakit AMI muncul di Resus. Ada yang nampak sihat saja. Datang ke hospital sebab jangkitan kulit. tetapi bila buat ECG rutin untuk orang tua, hahh ambik kau, ST elevation menggunung! Itulah silent MI. Bila ditanya, sebelum itu, memang tidak pernah ada penyakit jantung. Punyalah nasib baik pakcik tu.

Ada yang dibawa masuk dengan kerusi roda. Tengah tanya MA ini kes apa, tiba-tiba pakcik tu terus tumbang dari kerusi, dapat cardiac arrest depan mata. Terus buat ACLS.

Tetapi yang paling sedih bila seorang pakcik 40-an sampai di Triage, sudah collapse dalam perjalanan dalam kereta lagi. Bila disoal selidik, pakcik tu tidak pernah ada penyakit jantung, tidak ada faktor risiko satu pun, merokok pun tidak. Anak-anak 3 orang masih kecil lagi, pandang saja dari jauh tengok orang buat CPR pada ayahnya. Syukur jantung dapat dihidupkan balik. Setelah distabilkan, dihantar ke CCU. Tidak tahulah apa berlaku selepas itu.

Gambar: Bersama Dr Hidayah Pakar Perubatan Kecemasan.

Okay, itu sahaja yang dapat dikongsi. Sebenarnya banyak lagi pengalaman menarik tetapi tidak teringat. Harap membantu anda semua. Diharapkan bulan Ramadhan ini akan membawa rahmat kepada saya dan pembaca semua. Amin.

Salam

Terima kasih atas sokongan pembaca semua. Jika anda rasa blog ini berfaedah bagi rakan-rakan anda yang lain, jemputlah mereka baca sekali.

Saturday 7 August 2010

SEKILAS PANDANG

Salam

SEKILAS PANDANG adalah idea yang muncul untuk melatih pembaca-pembaca membuat diagnosis dengan cepat, sepantas kilat ala-ala Dr Gregory House. Ketua Jabatan Kecemasan HKL, Dato' Dr Abu Othman pernah berkata, "I am a proponent of quick diagnosis. Just one look, and bamm, and straightaway have a working diagnosis."

Berikut adalah sejarah ringkas pesakit dan gambar yang menyusuli. Semuanya adalah kes yang saya sendiri hadapi dan sebahagian gambarnya yang saya ambil sendiri. Sekali baca dan sekali pandang, nyatakan diagnosis anda. Jawapan ada di bawah sekali, tapi jangan mengelat.




1) Pesakit 30tahun/Lelaki, selepas kemalangan jalanraya. Apabila dibaringkan lurus atas katil, anda lihat kakinya seperti gambar di sebelah.

Baammmm!!! Apakah diagnosis anda? 5 saat sahaja.











2) Pakcik 54 tahun, datang ke Jabatan Kecemasan mengadu sakit dada dan lenguh kaki kanan. Anda buat chest xray, baammmmm!!!

Apakah diagnosis anda? Yang ini saya beri 10 saat.












3)Lelaki 30 tahun, selepas kemalangan. Anda perasan lutut kanannya seperti di gambar sebelah. Baaammmm!!!

Diagnosis? Lalala....








1) Mesti sebahagian daripada anda perhatikan lama, apalah yang tak kena dengan kaki mamat tu. Kaki dia tu tiada apa-apapun. Patologinya adalah di tempat lain, tetapi kakinya dalam gambar itu adalah tanda yang signifikan. Apabila dibaringkan lurus, persoalan yang patut timbul adalah, kenapa kaki kirinya pendek?

Jawapannya: Left hip dislocation. Lepas Dr Khairul(pakar ED) nampak kakinya begitu, terus suruh saya panjat naik atas katil dan buat closed hip reduction. Tidak payah perlu tunggu buat Xray pun. Mantap!! Itulah kali pertama saya buat hip reduction.

2) Myocardial infarction mungkin adalah diagnosis pertama kita semua. Tetapi kalau ya pun, kenapa saya tunjuk Xray? Xray tidak menyokong diagnosis MI. Cuba anda perhatikan mediastinum pesakit dalam Xray. Seolah-olah aorta menjadi lebar(widened mediastinum).

Jawapannya: Aortic dissection, iaitu apabila salur darah aorta terkoyak sehingga darah mengalir antara tunica media dan tunica adventitia. Ini menyebabkan aorta menjadi lebar. Merawat pesakit ini sebagai MI adalah merbahaya. Pesakit MI akan diberi LMW heparin iaitu sesuatu kontraindikasi untuk aortic dissection!!

3) Jawapannya bukan abrasion wound. Kalau kita lihat, lututnya seperti mempunya 2 kepala lutut. Kenapa ye?

Jawapannya: Fracture of Rt femur. Apabila femur patah, otot-otot akan menarik dua serpihan tulang tersebut, menyebabkan distal femur itu ditarik rapat ke kepala lutut. Yang ini senang saja.

Ok satu lagi soalan akhir.

Yang ini kalau tidak tahu, buat malu saja.







Houseman 25 tahun, sebelum pergi kerja terperasan kakinya seperti di sebelah. Baaammmm!!


Diagnosis?







Jawapannya: Houseman yang terlebih kerja. Memerlukan rehat, tetapi tiada cukup masa untuk berehat.
HAHAHAHAHAH!!!
Kalau anda tidak dapat menjawap satu soalan betul pun, jangan risau!!

Saya pun sama semasa berhadapan pesakit ini semua. Yang penting kita belajar. Betul betul betul(ala-ala Upin dan Ipin).

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.

Salam

Terima kasih atas sokongan pembaca semua. Jika anda rasa blog ini berfaedah bagi rakan-rakan anda yang lain, jemputlah mereka baca sekali.

Monday 2 August 2010

DOKTOR DAN PERKAHWINAN

Salam,

2 minggu lepas, mama dan babah saya datang ke KL menghadiri perkahwinan anak kawan mereka. Dan alang-alang dah datang KL, mereka akan selalu singgah melawat saya, di samping kirim semua surat-surat saya yang dihantar ke rumah. Jadi antaranya adalah surat jemputan kahwin kawan-kawan. Tiba-tiba terpacul buat pertama kali dalam hidup, mereka tanya,"Ijat bila lagi nak kahwin?" ......Sunyi............

Seperti yang saya ada tulis dalam artikel sebelum ini, membaca memberi banyak manfaat. Dan jangan kita hadkan skop pembacaan kita. Antara buku tentang perkahwinan saya telah baca adalah Aku Terima Nikahnya karangan Hasrizal Abdul Jamil(atau lebih dikenali dengan blognya saifulislam.com).

Gambar: Menghadiri Vascular Conference bersama (dari kiri)
Dr Wilson, Dr Kah Lay dan Dr Eryana.




Gambar: Wilson mangsa pertama terkorban.
Tetapi secara keseluruhan, menghadiri conference tersebut
banyak manfaat.

Satu perkara penting yang saya pelajari daripadanya adalah ianya telah mengubah persepsi tentang apa itu sebuah perkahwinan. Cara kita melihat sebuah perkahwinan akan menentukan sikap kita terhadapnya. Jika kita melihatnya sebagai lesen memuaskan nafsu dengan cara yang halal(walaupun ianya betul), maka begitulah jadinya.

Maka buku ini menganjak akal kita untuk melihat pada satu sudut yang berbeza. Dengan pandangan yang betul, maka tidak akan ada rasa jemu, bosan, kecewa, rimas dan sebagainya di kemudian hari. Buku ini juga mengajak pembaca untuk memikirkan apa yang diri boleh menyumbang dalam sebuah perkahwinan dan bukan apa yang perkahwinan boleh beri pada kita. Dengan itu, kita akan tahu samada kita sudah bersedia untuk berkahwin.

OK cukuplah dengan buku. :-)

Gambar: Bersama junior Volgo baru-baru ni. Sangat letih malam tu.
Balik kerja pukul 11 malam. Maaflah tidak dapat layan
sebaik mungkin.
Di zaman moden sekarang ni, kaum wanita sudah jauh berbeza. Mereka sudah berkerjaya dan mampu kecapi keperluan material tanpa mengharapkan lelaki. Malah mereka bangga menjadi seorang wanita berkerjaya.

Di HKL saya dapat lihat ramai pakar atau MO perempuan yang tidak berkahwin(tapi lebih ramai yang dah berkahwin). Satu perkara yang menarik perhatian saya. Saya bercakap tentang mereka yang dah berumur lebih 30 tahun, bukannya yang muda-muda. Mungkin disebabkan sibuk dengan kerja kerana kerjaya doktor di hospital kerajaan benar-benar memakan masa dan tenaga. Dengan waktu kerja tidak menentu, mungkin mereka tidak berkesempatan untuk mencari teman.

Gambar: Dr Nazhar kahwin di Serendah. Tenang
dan sunyi persekitarannya.

Saya syaki, kerjaya doktor di hospital kerajaan telah mengubah personaliti doktor wanita menjadi lebih maskulin. Mereka terpaksa berubah sedemikian untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja yang penuh tekanan. Juga sebahagian daripadanya seolah-olah terlalu fokus terhadap kerjaya, seperti itulah hidupnya. Bagaimana golongan lelaki akan tertarik?!

Ada registrar wanita(buat master) yang secara terbuka cakap dengan saya, "Haa inilah sebabnya saya tidak mahu kahwin dan anak, lebih baik simpan duit banyak-banyak untuk masa tua nanti." Beliau merujuk kepada kes seorang pakcik tua, yang tiada seorang pun anaknya datang membawanya pulang. Beliau baru berumur 29 tahun. Di manakah naluri seorang wanita??!!

Gambar: Giliran Dr Khalid pula kahwin.


Gambar: Ramai kawan Volgo datang menyerikan majlis.

Terkini di akhbar juga kerap menceritakan kecurangan isteri, sehinggakan yang dah beranak 3 juga mampu berlaku curang. Jika dulu, hanya lelaki yang bertindak sedemikian dan wanita digambarkan sebagai mangsa. Kini wanita memang benar-benar sama rata dengan lelaki. Pasti mereka berasa bangga??!

Dan pengalaman bekerja di A&E juga mendedahkan saya dengan dunia realiti wanita Malaysia. Tidak kiralah Cina, Melayu atau India, yang pakai tudung labuh atau yang tinggal di gereja, dari umur 14 tahun hingga awal dewasa, ramai dan saya memang bermaksud ramai yang telah rela dinodai.

Sehinggakan doktor pakar perunding di A&E sendiri berkata, "In A&E, our motto is, we never trust women." Ini kerana semua pesakit perempuan dalam lingkungan umur reproduktif dengan tanda pening, pengsan, sakit perut dan sebagainya perlu rule out diagnosis ectopic pregnancy dan preeclampsia. Beliau banyak menceritakan kes di mana pesakit tipu, kata tidak pernah....emmm...emmm.... malah siap marah doktor apabila bertanya. Apabila dibuat ujian kencing, ternyata sah mengandung. Jahatkan wanita zaman sekarang. Huhu.

Gambar: Memberi kata-kata akhir pada Khalid.

Yang dirisaukan adalah apabila tipu, dan kita tidak menyangka diagnosis yang berkaitan, ianya boleh membawa bahaya kepada pesakit. Bayangkan pesakit wanita muda yang datang dengan tekanan darah tinggi. Daripada merawat tekanan darah tersebut semata-mata, jika beliau jawap dengan jujur, doktor akan tahu beliau kemungkinan mengalami preeclampsia. Tahukah anda ada kes pesakit mendapat eclampsia(seizure) dan terus jadi koma??!!

OK, sekarang berbalik kepada tajuk berkahwin. Hihi. Secara jujurnya, kadang-kadang saya terasa ingin mempunyai seorang teman. Namun kadang-kadang tu, rasa lebih baik hidup seorang buat masa ni, kerana saya rasa ada benda yang saya ingin lakukan yang memerlukan kebebasan. Jadi biar takdir yang menentukan bila. Melihat kawan-kawan lain sibuk berkahwin, rasa tertekan juga. Tetapi saya lelaki, HO perempuan lagi tertekan kut.

Dalam perjalanan balik dari majlis kahwin Dr Khalid, tumpanglah kereta Dr Judin. Tidak semena-mena tiba-tiba Judin cuba menasihati saya,
Azzad, kau kena ikhtiar. Maksudnya kau kena cuba berkenalan dan sampaikan hajat pada wanita tersebut. Tidak pun kau sampaikan hajat pada kawan dia. Kau tak boleh harapkan takdir  dan tunggu saja.
Saya pun tidak tahu kenapa tiba-tiba Judin bersemangat mahu nasihat saya. Saya tidak cakap apa-apapun. Mungkin Judin yang memasang niat kut.

Nasihat saya kepada doktor wanita. Kahwinlah cepat-cepat, sebab nanti bila perangai dah garang dan tertekan selalu, tiada lelaki yang sudi nanti. Peace No War.


Salam

Gambar: Mencuba Smiling Trigger kamera baru saya.


Terima kasih atas sokongan pembaca semua. Jika anda rasa blog ini berfaedah bagi rakan-rakan anda yang lain, jemputlah mereka baca sekali.