Monday, 2 August 2010

DOKTOR DAN PERKAHWINAN

Salam,

2 minggu lepas, mama dan babah saya datang ke KL menghadiri perkahwinan anak kawan mereka. Dan alang-alang dah datang KL, mereka akan selalu singgah melawat saya, di samping kirim semua surat-surat saya yang dihantar ke rumah. Jadi antaranya adalah surat jemputan kahwin kawan-kawan. Tiba-tiba terpacul buat pertama kali dalam hidup, mereka tanya,"Ijat bila lagi nak kahwin?" ......Sunyi............

Seperti yang saya ada tulis dalam artikel sebelum ini, membaca memberi banyak manfaat. Dan jangan kita hadkan skop pembacaan kita. Antara buku tentang perkahwinan saya telah baca adalah Aku Terima Nikahnya karangan Hasrizal Abdul Jamil(atau lebih dikenali dengan blognya saifulislam.com).

Gambar: Menghadiri Vascular Conference bersama (dari kiri)
Dr Wilson, Dr Kah Lay dan Dr Eryana.




Gambar: Wilson mangsa pertama terkorban.
Tetapi secara keseluruhan, menghadiri conference tersebut
banyak manfaat.

Satu perkara penting yang saya pelajari daripadanya adalah ianya telah mengubah persepsi tentang apa itu sebuah perkahwinan. Cara kita melihat sebuah perkahwinan akan menentukan sikap kita terhadapnya. Jika kita melihatnya sebagai lesen memuaskan nafsu dengan cara yang halal(walaupun ianya betul), maka begitulah jadinya.

Maka buku ini menganjak akal kita untuk melihat pada satu sudut yang berbeza. Dengan pandangan yang betul, maka tidak akan ada rasa jemu, bosan, kecewa, rimas dan sebagainya di kemudian hari. Buku ini juga mengajak pembaca untuk memikirkan apa yang diri boleh menyumbang dalam sebuah perkahwinan dan bukan apa yang perkahwinan boleh beri pada kita. Dengan itu, kita akan tahu samada kita sudah bersedia untuk berkahwin.

OK cukuplah dengan buku. :-)

Gambar: Bersama junior Volgo baru-baru ni. Sangat letih malam tu.
Balik kerja pukul 11 malam. Maaflah tidak dapat layan
sebaik mungkin.
Di zaman moden sekarang ni, kaum wanita sudah jauh berbeza. Mereka sudah berkerjaya dan mampu kecapi keperluan material tanpa mengharapkan lelaki. Malah mereka bangga menjadi seorang wanita berkerjaya.

Di HKL saya dapat lihat ramai pakar atau MO perempuan yang tidak berkahwin(tapi lebih ramai yang dah berkahwin). Satu perkara yang menarik perhatian saya. Saya bercakap tentang mereka yang dah berumur lebih 30 tahun, bukannya yang muda-muda. Mungkin disebabkan sibuk dengan kerja kerana kerjaya doktor di hospital kerajaan benar-benar memakan masa dan tenaga. Dengan waktu kerja tidak menentu, mungkin mereka tidak berkesempatan untuk mencari teman.

Gambar: Dr Nazhar kahwin di Serendah. Tenang
dan sunyi persekitarannya.

Saya syaki, kerjaya doktor di hospital kerajaan telah mengubah personaliti doktor wanita menjadi lebih maskulin. Mereka terpaksa berubah sedemikian untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja yang penuh tekanan. Juga sebahagian daripadanya seolah-olah terlalu fokus terhadap kerjaya, seperti itulah hidupnya. Bagaimana golongan lelaki akan tertarik?!

Ada registrar wanita(buat master) yang secara terbuka cakap dengan saya, "Haa inilah sebabnya saya tidak mahu kahwin dan anak, lebih baik simpan duit banyak-banyak untuk masa tua nanti." Beliau merujuk kepada kes seorang pakcik tua, yang tiada seorang pun anaknya datang membawanya pulang. Beliau baru berumur 29 tahun. Di manakah naluri seorang wanita??!!

Gambar: Giliran Dr Khalid pula kahwin.


Gambar: Ramai kawan Volgo datang menyerikan majlis.

Terkini di akhbar juga kerap menceritakan kecurangan isteri, sehinggakan yang dah beranak 3 juga mampu berlaku curang. Jika dulu, hanya lelaki yang bertindak sedemikian dan wanita digambarkan sebagai mangsa. Kini wanita memang benar-benar sama rata dengan lelaki. Pasti mereka berasa bangga??!

Dan pengalaman bekerja di A&E juga mendedahkan saya dengan dunia realiti wanita Malaysia. Tidak kiralah Cina, Melayu atau India, yang pakai tudung labuh atau yang tinggal di gereja, dari umur 14 tahun hingga awal dewasa, ramai dan saya memang bermaksud ramai yang telah rela dinodai.

Sehinggakan doktor pakar perunding di A&E sendiri berkata, "In A&E, our motto is, we never trust women." Ini kerana semua pesakit perempuan dalam lingkungan umur reproduktif dengan tanda pening, pengsan, sakit perut dan sebagainya perlu rule out diagnosis ectopic pregnancy dan preeclampsia. Beliau banyak menceritakan kes di mana pesakit tipu, kata tidak pernah....emmm...emmm.... malah siap marah doktor apabila bertanya. Apabila dibuat ujian kencing, ternyata sah mengandung. Jahatkan wanita zaman sekarang. Huhu.

Gambar: Memberi kata-kata akhir pada Khalid.

Yang dirisaukan adalah apabila tipu, dan kita tidak menyangka diagnosis yang berkaitan, ianya boleh membawa bahaya kepada pesakit. Bayangkan pesakit wanita muda yang datang dengan tekanan darah tinggi. Daripada merawat tekanan darah tersebut semata-mata, jika beliau jawap dengan jujur, doktor akan tahu beliau kemungkinan mengalami preeclampsia. Tahukah anda ada kes pesakit mendapat eclampsia(seizure) dan terus jadi koma??!!

OK, sekarang berbalik kepada tajuk berkahwin. Hihi. Secara jujurnya, kadang-kadang saya terasa ingin mempunyai seorang teman. Namun kadang-kadang tu, rasa lebih baik hidup seorang buat masa ni, kerana saya rasa ada benda yang saya ingin lakukan yang memerlukan kebebasan. Jadi biar takdir yang menentukan bila. Melihat kawan-kawan lain sibuk berkahwin, rasa tertekan juga. Tetapi saya lelaki, HO perempuan lagi tertekan kut.

Dalam perjalanan balik dari majlis kahwin Dr Khalid, tumpanglah kereta Dr Judin. Tidak semena-mena tiba-tiba Judin cuba menasihati saya,
Azzad, kau kena ikhtiar. Maksudnya kau kena cuba berkenalan dan sampaikan hajat pada wanita tersebut. Tidak pun kau sampaikan hajat pada kawan dia. Kau tak boleh harapkan takdir  dan tunggu saja.
Saya pun tidak tahu kenapa tiba-tiba Judin bersemangat mahu nasihat saya. Saya tidak cakap apa-apapun. Mungkin Judin yang memasang niat kut.

Nasihat saya kepada doktor wanita. Kahwinlah cepat-cepat, sebab nanti bila perangai dah garang dan tertekan selalu, tiada lelaki yang sudi nanti. Peace No War.


Salam

Gambar: Mencuba Smiling Trigger kamera baru saya.


Terima kasih atas sokongan pembaca semua. Jika anda rasa blog ini berfaedah bagi rakan-rakan anda yang lain, jemputlah mereka baca sekali.

32 comments:

  1. alamak..ni yang nak cari calon cepat2 ni sblum jadi HO..nnt jadi HO kang dok PMS je memanjang,keje byk..hehe

    yup kat A&E..pompuan dtg ngan sakit perut,pening2..trus hulur botol kuning 2 suruh g kencing..wpun ade pompuan 2 dtg br kawen semalam..hehe

    just in case :)

    ReplyDelete
  2. susah gak bila permpuan jadi doktor.. nk carik jodoh tue susah.. sy yg tgh blajar tk abis agi mak dah tnya dah ade belom..

    tp kan.. kalu dipikir2 baik tk kawin.. kang busy2 laki larik carik org lain.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bukan Doktor, tapi student saya dah ramai jadi Doktor. Ipar saya juga seorang Doktor dan dah buka Klinik sendiri pun. Pada masa ini mugkin Nufa juga dah berstatus Puan kan? Tak susah pun bila perempuan jadi Doktor, ramai doktor perempuan dapat suami yang ok, ada yang dari kalangan doktor, ada juga yang bukan kalangan doktor suami mereka itu. Saya nampak satu perkara sahaja yang menyebabkan ada sekalangan doktor perempuan yang susah nak dapat jodoh, mereka ni DEMAND, mereka rasa jawatan mereka dah cukup besar, kalau orang kebanyakan lamar confirm reject.... sampai satu tahap mereka rasa tak ada apa nak dikisahkan walau hidup tanpa suami, mereka boleh hidup, boleh makan, pakai serta berkenderaan mewah dan mampu pula tinggal di banglo mewah... maaf kalau saya silap.....

      Delete
  3. jap2.. lam gmabr tue cam muka azhar jer.. org terengganu..

    ReplyDelete
  4. ct soleha: betul tu

    nufa: tu memang azhar.tapi dia dah berpunya.kahkah

    baik cari sekarang nufa, nanti menyesal.takpun kalau dah terlambat, sruh mak yang cari hihi

    ReplyDelete
  5. hihi.. ni yg belom pape dah garang.. kalu dah HO maunyer bertambah garang.. kekkee bahaya2..

    tapi kannn.. kalu nk tgk. cikgi2 yg agak tua dan lom kawin.. rata2nya garang.. dan boleh dikatakan sangat garang.. huhu..

    dah berpunya rupanya..:( hehheheee

    ReplyDelete
  6. jadilah student uia, kalo kawen dpt duet! heee..
    nk kawen mcm mane kalo busy dgn study..
    wuhuuu..

    ReplyDelete
  7. klakala plak bace artikel ni...
    tp memang btul pun...
    kesimpulannye, HO2 pempuan..jom kawin cpt2;)hehe..

    ReplyDelete
  8. kahwin cpt2 klu xde chemistry xkecapi bahagia jgk..So, berdoalah byk2 agr dpertmukan dgn jodoh bek..aminn..

    ReplyDelete
  9. this blog post...i find it so sexist. so women cheat on their husbands now. so what? guys have been doing it since like, zaman orang neanderthals so it's been 'accepted' as a normal conduct of society.
    and you have no right to judge women as 'jahat' just because they got stupid and got themselves pregnant because they trusted the stupid idiot of a boyfriend they had, and then lied to you their doc who is supposed to TREAT them not JUDGE them. i'm not saying i support that kind of behavior but maybe if you didn't seem too...intimidating or judgmental, she would have told you the truth??

    anyway, just my 2 cents. plz don't take it the wrong way. i just disagree with the things you said.

    ReplyDelete
  10. Alah Sarah, artikel ini ditulis dengan niat bergurau senda, bukan untuk dibaca dengan serius.

    Lelaki curang pun salah. Cuma saya perasan, di zaman sekarang di mana perempuan melihat mereka setanding dengan lelaki, yang perkara buruk pun seolah-olah mereka ingin setanding(curang, merokok dan sebagainya). Itu maksud saya.

    Saya tidak cuba menghukum mereka(judgmental). Malah saya cuba cakap selembut mungkin di samping menghormati privasi mereka. Malah pesakit lelaki juga saya bertanya. Dengan itu, ramai pesakit wanita dan lelaki, yg belum kahwin mengaku bahawa mereka aktif melakukan hubungan seks depan saya.

    Cuma ada beberapa yang setelah ditanya baik-baik masih tidak mahu mengaku.

    Seperti yang saya cakap, artikel ini ditulis dengan 'mood' selamba. Harap tiada yg salah faham.

    ReplyDelete
  11. salam..maaf saya jika singgah tidak diundang..
    seperti kata ustaz hasrizal, try to understand before you want to be understood..
    betul kata Sarah, xbaik tau ckp org 'jahat'..

    well, lelaki itu pemimpin, try to be a leader and try to lead women.. kalau lelaki betul, insyaAllah perempuan akan ikut betul nya..

    As u said, komen ini dalam mood selamba terhadap post yang selamba :)

    ReplyDelete
  12. a really interesting article.. i had search this type of article for longing! :) thanks for writing this topic.. it really wakes me up from my imagination about dr.'s life, as i'm a girl n a future doc too.. insyallah.. know i had know n had to accept that as a women n a doc, it is so hard to build a family when u had to be committed toward ur work.. to dr azzad, thanks again for sharing this.. this means a lot to me.. :D

    ReplyDelete
  13. Sweet.. sekali baca mcm kempen kahwin, sekali baca macam pedebatan minda si kumbang.. Sekali baca tertusuk juga di hati ini.
    Besar maksud sebuah perkahwinan.. Namun pada yang bersedia mencari pasangan tu selamat berjaya.. buat yang masih menanti pastikan terbuka hati dulu untuk melangkah barulah mencari ruang, sebab kalau kita berlayar terlalu cepat takut belabuh di pelabuhan yang salah.

    Dr Azzad, perhubungan itu tidak mengikat kebebasan diri tapi memberi kebebasan diri. Curang? Rasanya dalam soal cinta sebenarnya tiada soal curang. Kecurangan itu adalah alasan semata.. pendapat iman la.

    try baca yang entry ini... http://kisah-hidup-iman.blogspot.com/2009/09/adakah-doktor-pilihan-anda.html

    p/s tak semua doktor perempuan garang dan kalau kita sayangkan seseorang kita terima dia dengan hati terbuka.

    ReplyDelete
  14. pernah kena tipu dgn patient perempuan yg pregnant tp mengaku tak pernah buat..
    haih..
    dah la penat2 oncall malam tu..

    ReplyDelete
  15. nice artikel ni.
    ada some points yang penulis nak sampaikan, aku agree.. but some, hmm let just say there are better ways of saying it.

    aku agree dengan ape yg penulis cuba sampaikan berkenaan isu "perempuan sama rata dengan lelaki". ape yang aku tengok situasi zaman sekarang, perempuan sudah mempu untuk tidak bergantung dengan lelaki. some of them, ego dia pun naik or tinggi, when this happen, diorang dah takde segan silu or rasa bersalah untuk buat benda2 yg once upon a time so-called lelaki je "buat". for example, mcm ape penulis tulis tadi, curang or a simpler thing as merokok.

    but then.. bila kita cakap dekat perempuan regarding this issues.. diorang akan bagi typical respon "so what? lelaki buat, why cant us?".. this is what is happening now.

    tapi bila fikir balik.. kenapa benda macam ni berlaku?

    perempuan, memang sejak dari aku sekolah rendah lagi, famous dengan kerajinan diorang. on the other hand, lelaki, famous dengan gila2/suka main/malas. ok, tak semua orang macam ni.. tapi most of it or at least orang2 yg aku sendiri jumpa. tengok la sekarang dekat IPT.. ratio lelaki dan perempuan. 1:5??

    dunia sekarang, perempuan semakin maju, disebabkan diorang ada education (and looks).. lelaki? either still the same atau worst. memang, lelaki berperanan as ketua, but fikir betul2.. macamana, if diri sendiri tak bagus tapi nak jadi ketua kepada orang yang bagus?

    aku just bagi simple scenario.. lelaki, sangat suka cari bakal isteri yang pandai masak. kalau perempuan tu tak reti masak as if takley buat jadi bini. tapi honestly speaking, berapa ramai lelaki yang boleh jadi imam untuk keluarga diorang nanti?

    jujur aku cakap, things that penulis mentioned about women ada betul nya, tapi aku tak salahkan diorang 100%..

    so.. cermin diri kita, jangan tinggi sangat ego. kita kena improvekan ape yg kurang dalam diri kita.. some things ape yang orang kata negatif tentang diri kita, jangan cepat sangat melenting emo or marah, instead, take time, fikir balik, maybe ape yang aku buat tu tak betul.. and try to change.

    sorry la panjang ape aku tulis ni, hehe

    ReplyDelete
  16. :)
    kalaulah lelaki faham betapa besar pengorbanan yang dilakukan oleh doktor2 perempuan terhadap ummah.maybe sebab tu kot susah nak cari husband kepada doktor perempuan,mereka tak faham bergelar seorang doktor yang ditagih oleh berpuluh ribu pesakit2 perempuan tu pengorbanan hebat oleh seorang wanita.Bukan semua Dr perempuan gila kerjaya beb.

    ReplyDelete
  17. btol...btol..smua btol..
    zmn skang ni..nk cri pmpn@wanita ssh..tp..nk cri btna(sori,dlm bhse ksr)..sng..rmai llki ckp cm ni..sy doakn dr azzad tmui jdoh t'bek..jdh yg mmbwa kbaikan bkn shje dnia tp akhrt juga...

    ReplyDelete
  18. nice article...
    tapi membuatkan saya takut pula...
    betul ke RAMAI DOKTOR PEREMPUAN TAK KAHWINN???

    ReplyDelete
  19. Salam..
    Alhamdulillah.. a good article for a good blog.
    sy slalu trbaca n terdgr keluhan young doctors psal kesibukan kerja. katanya, 'habislah, mana smpt nk kawin mcm ni, kerja siang mlm. diri pun x terurus'
    a bit of advice to people who choose this profession;just know that what u do is somthing yg sgt mulia. x semua org yg sanggup berhempas pulas in their life starting from blaja smpai bkerja buat bnda yg ssh mcm apa yg all of u have done. x semua org sanggup berkrban masa n tenaga tolong org yg lgsung x dikenali. tp, ingtlah, utk mndpt pahala yg Allah jnjikan, betulkan niat. Niat utk tolong org n tolong agama. Insyaallah, pahala menanti berlipat kali ganda.

    though i'm not in medicine line (just a tiny final year law schoolers), still i give high respect to tis profession. psl kahwin, insyaAllah, jodoh itu walaupun misteri n ssh utk diagak, but u need to have faith in Him. i've read 'Denyut Kasih Medik' by dr farhan hadi n i do understand the hectic of the doctor's life. But,do believe, that there will be someone who is specially designed 4 u who will undrstnd ur life and give support to u. Spt apa yg diungkap oleh Ustaz Hasrizal dlm 'Aku terima nikahnya' - in marriage life, u need to learn on how to give, not to receive.n by this, i mean, there will be someone out there yg akn 'willing to give' n support u as ur 'bakal shdp semati':) InsyaAllah, smpai ke syurga.

    btw, those book i've mentioned b4 is highly recommended 2 all of u. n 4 muslim doctors, pleasee.. try 2 find n read 'denyut kasih medik by dr farhan hadi.(a good book 4 good doctors :)

    ReplyDelete
  20. Denyut kasih medik yer. Nanti saya cuba cari dan baca.

    Woow banyaknya maklum balas pembaca bab2 berkahwin ni. Yang marah2 tu, janganlah marah yer. Yang cam perli pun ada ni.

    Lain kali saya cuba tulis lagi tentang perkahwinan.

    ReplyDelete
  21. sy setuju... jd doktor mmg menuntut byk pengorbanan...tp itulaa yang telah kita pilih...

    salah sorang kawan sy cakap..
    "kalo DR perempuan susah nak cari pasangan sbbnye you are a DR..lelaki takot..."
    kalo semua lelaki fikir camni.. camane laa kami DR perempuan nak kawen..

    its very informative bace your blog..
    tuk persedian as a HO nnti.maybe...
    FYI.. im a 5th year medical student...
    takot jugak nak jejak alam keje sebenarnye...
    thanks Dr.Azzad... =D

    ReplyDelete
  22. Salam. Menarik penulisan ni.

    Sebab tu juga ada dengar pendapat, seeloknya biarlah doktor berkahwin dengan doktor, sebab doktor juga yang memahami kehidupan seorang doktor.

    Tetapi realiti yang berlaku begitu juga ke?

    ReplyDelete
  23. salam..nice post.walaupun baca wat kali pertama,sy dpt agakla post ni ditulih dlm nada gurauan[tp,ingin menyampaikan ssuatu].

    konklusi yg sy dpt--kalau jodoh tak kemana.yg bulat takkan dtg bergolek,yg pipih takkan dtg melayang.walau cmne garang pun,dah kalu nak kata org suka,bleh jadik suka kan?sumenye berbalik pd mind set.tp,betul la,kalu garang,sy yg perempuan ni pun takut.tny la pd yg tak berkawin laie tu,knp dia masih tak berkawin..msti ada sbb tersndiri.mgkin jgk ada yg terkesan dgn kesah2 yg berlaku kat skeliling..apa pun dlm dunia ni,ada baik n buruknya.optimislah dgn hidup.andai ada iman dan taqwa,mesti percaya setiap yg ada atas dunia ni,akn kembali kat Allah--mksdnya,if dpt suami@isteri curang,mgkin ada hikmahnya,tggu la balasan di akhirat,si penyabar akn dpt nikmat syurga,yg buat slh[tak bertaubat] akn dpt mengikut apa yg Allah tetapkan.

    pasl louie,pd pdpt sy bkn profesion yg menentukan kebahagiaan seseorang.suma profesion pn,andai takde kefahaman antara satu sama lain,rumahtangga bleh roboh.ada btulnya pdpt tu,tp sy percaya rmai doktor yg dah berkawin--sama ada dgn doktor sndiri atau dgn profesion len akn menjawab--mesti saling memahami.give n take perlu ada.

    orang kata,apa bnda yg kita nak mesti kena ada D.U.I.T=DOAxUSAHAxISTIKHARAHxTAWAKAL.

    ReplyDelete
  24. bkn stakat dr,,nurse pon alami nasib yg sme..

    ReplyDelete
  25. Sebagai orang Islam mestilah berilmu, beriman, beramal dan ikhlas mengikut ajaran Islam barulah selamat di dunia dan akhirat . Tahu asal usul diri kita, tujuan kita dijadikan sehinggalah menjawat jawatan doktor. Pertama sekali jangan lupa mengenal Allah معرفة الله يجب أن يتعلمها في وقت مبكر من المسلمين ليس فقط كفاية اجبة. Islam menggalakkan perkahwinan tetapi sebelum kahwin juga kena belajar ilmu kahwin barulah selamat di dunia dan akhirat. Jangan sombong dengan pangkat. Kita kaya...ramai lagi yang kaya bukannya jadi doktor dah boleh demand tinggi-tinggi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btl tu.......blk pd agama islam.......whatever pgkt kite...... Bl sy dah kawen ni, sy teringt blk niat sy mse kawen, Allah makbulkn.......yg bek mahupn yg sy rase baik tp sblknye.
      Cr suami yg beragama, taat pd printah Allah nescaya segarang mne pn kite, thp ksbrn dia buat kite lemah kembali.........
      So btlkn niat kite, kawen krna Allah mke dptlah kite suami mithali wlpn kerjanye xstaraf ngn kite tp klu niat kite kawen krn nk ksngn dunia, nk dpndg tggi mke itu yg kite dpt tp hati yg tng xkn dpt kite capai krn tiada berkat Allah.....

      Delete
  26. well, penulisan yang bagus with all great comments..seronok membaca.im interested with doctors life walaupun tahu sibuk teramat, tapi doktor-doktor dan nurse-nurse tetap tabah menabur bakti pada masyarakat. Good job!

    ReplyDelete
  27. assalamualaikum..it so nice to read this blog..i am just glade to know about doktor life ..its attract my attention..sy bknla student medic and know about doctor life by reading book...respect sgt sb usaha selamtkn nyawa manusia ..berjuang kerana Allah...amin

    ReplyDelete
  28. Terlalu banyak yang mahu diperkatakan tetapi.....sebagai ahli psikologi saya amat memahami.

    ReplyDelete
  29. my company l3f34o5g34 fake louis vuitton replica bags q3o44y8m15 replica bags from china web x0k83y9u04 replica bags koh samui replica bags hermes hermes replica o1b97p1g94 replica bags from turkey

    ReplyDelete

Sila beri komen yang berfaedah untuk penulis dan pembaca lain. Jadilah pengguna internet yang bertanggungjawab.