LELAKI JAHAT
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. Surah An Nur 24 : 26
Saya seorang lelaki ‘jahat’ yang berimpikan seorang perempuan yang baik.
MASALAH HIDUP
Langit tidak sentiasa cerah walau hari terang. Begitulah jua hati seorang doktor. |
Ada kala kita akan mengeluh tatkala mengenang masalah hidup kita. Tenung ke langit dan bertanya kenapa kita ditakdirkan menghadapinya. Dan masalahnya bukan sebarang masalah. Iaitu masalah yang tiada penyelesaian yang akan temani kita sampai bila-bila. Mungkinkah hidup ini tidak adil?
Pernah ketika duduk bersama seorang kawan perempuan, saya lepas cakap, kenapalah hidup aku bermasalah walhal orang lain senang saja? “Mana awak tahu orang lain takde masalah?!” “Yelah tu kau ada masalah,” saya perlekehkan. Secara tiba-tiba beliau menangis. Biasalah orang perempuan menangis. Tapi tangisan kali ini mengejutkan saya. Seperti beliau benar-benar pendam sesuatu dalam dirinya.
Peristiwa itu membuatkan saya sedar, setiap orang ada masalah besar dalam hidup masing-masing. Maka, usahlah saya mengeluh. Biarlah langit menemani saya.
MUSUH MANUSIA
Saya tidak tahu kenapa, tetapi ada peristiwa atau perkara tertentu yang saya pernah lalui dalam hidup yang akan melekat pada otak saya. Ada maksud di sebaliknya.
Salah satu cara melepas tekanan kerja atau melepas geram. |
Sesi melepas geram diakhiri dengan melahap pizza Domino. |
Salah satunya adalah satu dialog dalam filem Mindhunters. Lucas(jahat) cuba menenangkan Gabe(baik) dengan berkata, “All I know is this; you don't confront your demons and defeat them. You confront them, then you confront them, then you confront them some more, every single day.” Ia memberi satu mesej mendalam kepada saya.
Jangan pernah sangka bahawa kita apabila mencapai satu tahap itu, kita akan senantiasa selamat. Musuh abadi manusia tidak pernah luntur semangat untuk menjatuhkan kita. Kita jatuh dan bangun, jatuh, merangkak dan bangun. Kita sudah banyak kali bangun dan jatuh. Tidak tahu mungkin satu hari nanti, saya tidak berkemampuan untuk bangun lagi. Pada satu masa nanti, mungkin Allah tidak pedulikan saya lagi.
Perkahwinan Faizal dan Kamelia mengumpul ramai kawan MRSM Langkawi dulu. |
Dan kadang-kadang kita sendiri tidak tahu apa masalah kita. Secara tidak sedar, kita cuba lari daripadanya. Sesetengah rendamkan diri dalam alunan muzik. Sesetengah sehingga meminum arak. Itulah pintu keluar bagi sesetengah.
IKHTIAR
Ustaz Azizi dalam kuliah Sabtu ada berkata, “Kita perlu berikhtiar dahulu, kemudianlah baru kita bertawakkal.” Ayat-ayat yang selalu kita dengar. Namun setelah lama kita tidak dinasihati, ingatan itu akan luntur. Maka kata-kata itu telah menyedarkan saya tentang kesilapan yang telah dilakukan.
Hantar seorang pesakit ke Hospital Muar. Berkesempatan jumpa Dr Ruzanna dan Dr Legend. |
Bagusnya di sebalik kesusahan housemanship ini(maki hamun, buli, depresi dll) adalah ianya telah menjadikan saya seorang yang lebih tabah. Di dalam berikhtiar akan pasti ada halangannya. Bak kata orang putih, “Like butterfly in your stomach”, adalah perasaan yang kerap dirasai. Saya tidak takut.
LELAKI BAIK
Mungkin satu hari nanti, di penghujung subuh, di saat terbitnya matahari, ketenangan akan kembali dalam diri. Iaitu apabila kita telah menjadi seorang lelaki yang baik. Dan di saat itu, bersebelahan kita ditemani seorang perempuan yang baik.
Pertemuan lelaki baik dan perempuan baik menghasilkan anak-anak yang baik. |
Sejak akhir-akhir ini, terlalu banyak saya sentuh tentang emosi. Saya perlu berhenti berbunyi seperti seorang perempuan. Sini bukan sebuah diari. Sini adalah wadah perjuangan. InsyaAllah akan bercerita tentang perkara yang lebih serius dan relevan dalam artikel seterusnya. Dan sekali-sekala meluahkan perasaan. Haaihhh.
Salam daripada seorang hamba Allah.
P.S. :Kepada semua perempuan di luar sana, saya tiadalah ‘jahat’sangat. Huhu.
Terima kasih atas sokongan pembaca semua. Jika anda rasa blog ini berfaedah bagi rakan-rakan anda yang lain, jemputlah mereka baca sekali.
hehehe...pesanan penaja yg xbley blah 2 hihi...doc..keep survive
ReplyDeletesalam Dr. Azzad,
ReplyDeleteko mmg jahat pun...hahaha. takde la gurau je.
Allah swt tak prnah menzalimi hambaNya. InsyaAllah aku doakn ko brjumpa dgn seorg wanita yg baik...ameen.
ujai...
chill dr. Azzad,insyaALLAH org tu akan muncul 1 ari nt..
ReplyDelete=)
teruskan usaha dr azad... nice article.. :)
ReplyDeletesalam maal hijrah.
ReplyDeletekullu 'am wa enta bikhair.
[semoge sepanjang tahun anda dipenuhi kebaikan]
inshaAllah.=)
Rabbuna ma'ak
selamat mencari ye dr.azzad!
ReplyDeletewahaha.kamon doktor,out there so many kind gurls.
ReplyDeletedoa la,insyaAllah dipermudahkan pertemuan,,
but not all girls just sounds emo like that,haha.
salam dr Azzad
ReplyDeletesaya dh lama follow dr.
tp ni baru nk perkenalkan diri..
so hye..im Miss Rebit.
medical student 2nd year =p
(haha..tetibe je)
i.allah saya doakan yang terbaik
ReplyDeleteApakah definisi baik? bagaimana pula kita menjustifikasikan bahawa sesorang individu itu baik atau jahat?
ReplyDelete"bila akal tak lagi berkuasa..hati mula menarikan lagu syahdunya..sepi..lantas jari jemari melakar kisahnya bertemankan rindu..rindu dan kasih pada perkara yang belum dilihat..kosong..yakinlah dengan bekerja untuk melihat apa yang dipercaya adalah kemanisan hidup didunia.."
salam perkenalan..
ReplyDeletesy telah menjadi follower tegar blog doktor ni sejak 2mnggu y lepas kot.lupa sbb busy ngan kuiz y sgt banyak...harap boleh post something y berkaitan dgn kerja / keadaan HO sekarang...sbb sy iALLAH bakal jadi seperti doktor jugak...dan mungkin jika ada kesempatan, doktor post lah something macam nasihat bagi orang seprti saya , yang selalu jugak lalai dan ups and downs ketika belajar...kadg2 tu rasa cam nak give up je....
thank to Allah,jumpa belog doktor...harap2 dapat belajar sedikit sebanyak pengalaman dari doktor....
Doc ... orang yg betul-betul jahat tak akan mengaku dia jahat ;-D semoga tahun-tahun mendatang dilimpahi dengan rahmat Ilahi, kebaikkan yang banyak dan keberkatan..Salam Maal Hijrah..
ReplyDeleteApa la kau ni.....mcm org gersang jer.....hahaha
ReplyDeletei'allah, kita semua org yg baik, baik sekarang,baik akan dtg dan selama'a...
ReplyDeletesempena bulan hijrah tahun baru 1432ni,
marilah kta sama2 niat utk berhijrah ke arah yg lebih baik
-anyway sy suka dr mulakan entry dgn selected theme of al-quran..sgt bermanfaat.
Doa...tht's the best way to get u thru...it really works when u put your beleive and trust in HIM, and not to have even an itsy bitsy doubt in your ikhtiar.. :)and beleive me, experience gained during housemenship (including the depression and negative auras) are one of the most valuable experience in life tht you'll never regret gaining once u look back later on.
ReplyDeleteAll the best! :)
Apalah korang ni semua. Hanya satu suku daripada artikel ni je berkisarkan perempuan. Ke situ pula korang sangkakan. Haha.
ReplyDeleteAku bukan desperate ok.
Terima kasih atas semua nasihat diberi.
"Pertemuan lelaki baik dan perempuan baik
ReplyDeletemenghasilkan anak-anak yang baik."
Aku yakin ujai dan pokwe sama-sama menangis lepas baca ayat di atas. hahahahaha
azzad, makin byk post ko psl emosi skang..xlame dh tu aku rase...haha..
ReplyDeletemaher : lawak gile komen ko! tmbh berat bdn pokwe pas ko ckp cmtu..haha
- kre -
alah maher kau bila lagi.
ReplyDeletekre ape cer housemanship.boleh tahan?
Salam Dr Azzad, foto org lain je bersanding, awak tu bila lagi agaknya?
ReplyDeletego to my site a fantastic read Get More Information replica gucci bags read the article article source
ReplyDelete