Sunday, 19 December 2010

ANAK ORANG

Banyak dosa minggu ini, maka saya ambil inisiatif untuk tulis artikel hari ini walaupun post-call.

DATANG DAN PERGI

Kunjungan ke Kedah berhajat. Awan-awan menemani perjalanan kami.
Hampir di setiap jabatan yang saya bekerja, saya datang dengan perasaan benci dan tinggal dengan perasaan sayang. Begitulah juga di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi. Di bulan terakhir ini, saya sudah mula mempersiapkan diri untuk penilaian(assesment) bersama doktor pakar. Pengalaman bekerja di sini boleh dianggap menarik.

Secara amnya, saya dapati skop kes-kes O&G tidaklah terlalu luas. Bermaksud, akhirnya kita akan kerap jumpa penyakit yang sama juga. Yang bagusnya, ini membenarkan kita mengasah dengan lebih mendalam tentang sesuatu penyakit.

MEDICO-LEGAL

Namun saya tidak merancang untuk menyambung belajar atau kerja di Jabatan O&G. Ini kerana ianya melibatkan tekanan yang berat. Ianya lebih kepada isu medico-legal berbanding beban kerja.

Di taklimat pagi, kes-kes tertentu akan dibentang di depan semua doktor, dan saya perasan segala kesilapan/kekurangan ‘mereka yang terlibat’ akan diperhalusi. Ianya bagus dari segi, dapat mengajar doktor-doktor lain akan pelan rawatan atau tindakan yang tepat pada ketika itu. Namun kadang-kadang ianya seperti mempersalahkan individu berbanding usaha mengenalpasti kekurangan, yakni tujuan pembentangan itu dibuat. Itu adalah pendapat peribadi saya.
Berteduh seketika di Jitra bersama Dr Aizat(Hosp Kangar) dan
Dr Asrul(Hosp KL).
NIAT BAIK

“I want to inform you that this conversation is recorded. You can sue me as you want. But please do not call me anymore. I am not your doctor anymore,” saya kedengaran kata-kata seorang doktor pakar pada telefon, ketika kebetulan berlalu. Di dunia moden kini, tidak kisah betapa baik niat kita sebagai doktor untuk membantu pesakit, tetapi ada pesakit yang bersedia untuk ‘membaham’ kita apabila berkesempatan.

Doktor pakar tersebut sangatlah baik orangnya. Ketika sekali buat round, “I would be willing to pay for her operation, for this patient,” kata beliau. Ia berkenaan seorang pesakit mengandung yang mempunyai severe kyphoscoliosis, menyebabkan pesakit mempunyai risiko komplikasi yang tinggi untuk membuat Cesarean section.
Berkumpul bersama Dr Glid sebelum meneruskan hajat. 

Doktor pakar tersebut mengingatkan kami supaya bukan sekadar melihat pesakit dari sudut perubatan semata-mata, namun juga dari sudut sosial. Pesakit tersebut mempunyai sejarah yang menyayat hati yang menyebabkan beliau mendapati kyphoscoliosis. Ditambah lagi, suaminya telah kehilangan kerja baru-baru ini.

Pesakit tersebut ketika itu di bawah jagaan saya pada awalnya. Walaupun sebaik selepas pembedahan beliau diletak di ICU, selepas waktu kerja sekali itu, saya ambil inisiatif untuk melawat beliau di ICU. Apabila kelihatan beliau di-extubated dengan selamat, rasa senang hati. Mengetahui latar sosial pesakit tersebut menyebabkan saya rasa ‘terikat’.

PENEMPATAN O&G

Sistem penempatan pegawai perubatan siswazah(HO) di jabatan ini telah berubah baru-baru ini. Di sini, semua HO dibahagikan kepada 4 pasukan. Dan 4 pasukan ini diletakkan masing-masing di antenatal/postnatal ward, wad bersalin, wad gynekologi dan peripheries selama sebulan, dan ditukar-tukar setiap bulan.
Gambar orang jakun dengan sawah padi.

Di antenatal/postnatal ward, daripada pengalaman saya, dapat jumpa kes seperti
  1. Latent phase of labour
  2. Postnatal(selepas melahirkan anak     
  3. Pregnancy-induced hypertension
  4. Gestational diabetes mellitus
  5. Preeclampsia  
  6. Cervical incompetence
  7. Miscarriage
  8. Postdate(lebih 40 minggu)
  9. Placenta previa
  10. Decreased fetal movement dan sebagainya.

Di wad bersalin adalah tempat paling seronok bekerja. Melahirkan bayi adalah satu proses yang menguji kesabaran, meletihkan teapi menggembirakan. Melihat bayi yang dilahirkan dan mengusik mereka(setelah dimandikan) adalah pengalaman yang menyeronokkan.

Di peripheries, HO dibahagikan ke Patient Assesment Centre(PAC), klinik O&G(antenatal, diabetic, gyne, menopause), Materno-Fetal Medicine Clinic dan Fertility Clinic. PAC adalah seperti Jabatan A&E (O&G) dimana kita adalah barisan pertama yang berdepan pesakit ‘segar’.

Amat menarik on-call di sana. Saya masih ingat ada sekali on-call bersama Dr Ian(HO) di PAC. Pukul 12 malam tiba-tiba pesakit berhenti datang. Kami ambil kesempatan pergi makan dan bersembang.  Selepas habis sembang pun masih tiada pesakit datang, macam tidak percaya. Dr Ian kata pada semua staf, “OKkkaayy, kita tutup kedai yea malam ni.” Kami cepat-cepat pergi curi tidur. Tidak sampai setengah jam, pesakit datang balik. Aduhai.
Rupanya menghadiri majlis walimatul urus Dr Glid hajat kami.
Jumpa kawan lama Dr Lutfi(Hosp Penang) dan Yamim(MRSM Langkawi).
GYNE-ONCO

Di wad gyne, iaitu di mana saya berada sekarang,  kebanyakannya kes seperti:-
  • Menorrhagia secondary to (fibroid, adenomyosis, dysfunctional uterine bleeding, cervical Ca dan sebagainya)
  • Hyperemesis gravidarum
  • Ectopic pregnancy
  • GDM in early pregnancy.

Kebanyakan kes gyne sebenarnya dirawat di klinik.

Namun saya bersama Dr Nirmala dipertanggungjawab menjaga pesakit gyne-oncology, sesuatu yang saya tidak gemar. Secara terus terang saya kurang berminat terhadap oncology(barah) dan juga beban kerja gyne-onco adalah banyak berbanding general gyne. Namun saya ingatkan diri.
“Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” Al-Baqarah 2:216

KERUNTUHAN MORAL

Tengah-tengah saya mengelamun ketika round pagi di antenatal ward, “Are you surprised Azzad? Are you seriously surprised” tanya MO saya. Saya terpinga-pinga. Rupanya Dr Sharmila bercakap berkenaan keruntuhan moral masyarakat di Malaysia. Ini rentetan daripada pelbagai kes ‘luar norma masyarakat’ yang berlaku kini. Beliau bertanya berkenaan setelah melihat kes ibu janda beranak dua mengandung anak luar nikah.
Sebelum pulang, kami sempat singgah solat di Masjid Al-Bukhary.
Saya teringat ketika saya on-call seorang di wad antenatal pada suatu malam. Masuklah seorang pesakit gadis muda(pelajar di universiti tempatan) daripada wad medikal. Asalnya datang kerana mengadu kembung dan sakit perut. Kemudiannya didapati beliau sebenarnya mengandung 9 bulan dan berada pada latent phase of labour

Namun yang saya ingat dengan jelas adalah apabila emak ayahnya(sudah tua) datang gegas daripada kampung untuk mengetahui kemudiannya bahawa anak mereka mengandung anak luar nikah. Emaknya hanya mampu menangis sahaja dan tidak mengucapkan sepatah perkataan pun. Saya kagum dengan ayahnya, yang saya sangka akan memarahinya, sebaliknya bercakap baik dengan anaknya. Begitulah kasih sayang mereka.

KESIMPULANNYA

Hari tu terserempak dengan Mr Khairul(Surgical) selepas selesai solat Jumaat. “Kau dah kat mana sekarang?” “Saya dekat O&G sekarang ni. Tolong lahirkan anak orang,”kata saya tersengih-sengih. “Kau jangan buat anak orang sudah,”kata Mr Khairul dengan selamba.
Masih adakah harapan untuk saya di luar sana?

Harap apa yang saya tulis kali ini bermanfaat.
Doakan saya lulus penilaian saya.


Terima kasih atas sokongan pembaca semua. Jika anda rasa blog ini berfaedah bagi rakan-rakan anda yang lain, jemputlah mereka baca sekali.

19 comments:

  1. ya..
    mmg bermanfaat..
    huhu..
    best bca..
    dn sy doakn jgk pnilaian doktor tu lulus dgn cemerlang..
    huhu

    ReplyDelete
  2. good luck on your assessment.. kami di sini mendoakan kejayaan anda..

    ReplyDelete
  3. gud luck ~
    kalo jadi camtu sll tulis late marriage..kalo mengandung sebelum nikah..kesiannye baby tue sbb kena antar kat social welfare untuk nama suma

    ReplyDelete
  4. owh dr aizat tu classmate saya masa sekolah rendah di perlis.

    ReplyDelete
  5. ^_^ kedah tanah tumpahnya darahku. eceh. hee

    student lelaki lebih insaf bila masuk posting ong, student perempuan pulak, "Tak mau beranak!!" hee

    ReplyDelete
  6. minggu depan kami akan mula posting ong.
    macam scary tapi macam menarik pun ada jugak..^_^
    a nice read!

    ReplyDelete
  7. "Banyak dosa minggu ini,.."
    Sy nk gelak bc ayt ni cz ank murid sy pun (THUN1) pnh ckp ayat yg lbh kurg sama.
    "Sy byk dosa cikgu.." Trkejut, sy terus tny dia,
    "Dosa besar ke dosa kecik?" hu3.
    Klu bdk THUN1 pun cpt insaf hal dosa.
    inikan plk kita..
    TQ DR ingtkn smua...
    DR, Sbdy says:
    "Life is always a learning curve to somebody who really want to find the truth..."
    -gudluck 4 ur assessmnt
    -entry ni sgt bermanfaat esp buat org cm sy yg xtau psl mdicl field..

    ReplyDelete
  8. Esok assesment. Tak sempat nak abis baca. Macam mana nih...!!

    ReplyDelete
  9. eh..senior saye tu.hehe...Glid da kawen da...tahniah Glid =)

    ReplyDelete
  10. Salam, bagus nasiha Mr. Khairul tu. Kakak sentiasa mendoakan kejayaan semua muslimin dan muslimat.

    Dr. Azad, ok la tua kenal sawah padi. Anak2 kakak panggil pokok beras. Mcm mana tu.

    ReplyDelete
  11. salam doc..=)

    tahniah sebab jadi seorang doktor...
    walaupun tak mengalaminya, tapi saya tgk adik sendiri yang seorang doktor.. rase kesian pulak dengan pekerjaan seorang doktor...

    isnyaAllah tahun depan giliran saye pulak untuk diperiksa oleh HO dan MO di hospital untuk bersalin.. gerunnye!

    semoga anda sukses dalam pekerjaan..=)

    ReplyDelete
  12. hohoho...

    cmna dengan assesment semalam Dr.Azzad?

    ReplyDelete
  13. pokok beras, comelnya..

    chekgu moe: abislah beranak nanti

    senget: assesment ditangguh

    ReplyDelete
  14. nice to read...im a nurse taw camaner u raser.. its more pressure when u r in neurosurgery.. ask dr lutfi (ur frenz)he was post @ nuerisurgery only for 2 weeks

    ReplyDelete
  15. wah2,so inspiring
    x sbr nk jadi dr ( lmbt lagi.. hu2)

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum...teruskan menjadi Dr terhebat..insyaAllah...:)

    http://wwwnurhuda-cahayapetunjuk.blogspot.com/

    ReplyDelete

Sila beri komen yang berfaedah untuk penulis dan pembaca lain. Jadilah pengguna internet yang bertanggungjawab.