"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" Surah Ankabut 29:2
Lumrah kehidupan manusia, pastinya kita akan menghadapi tekanan, cabaran dan ujian dari semasa ke semasa. Dan saya perasan, setiapnya akan mencetus permainan emosi di dalam diri saya. Dan juga saya percaya bahawa sebenarnya tiada halangan untuk kita mencapai kejayaan, bukan kemiskinan, kesusahan, kesempitan masa dan sbgnya, melainkan emosi diri.
PWTC tanda mercu UMNO dari balkoni rumah saya. Dan tidak lupa langit biru di belakang. |
Jika kita dapat mendisiplinkan diri dan mengatasi emosi, maka dunia adalah ‘milik’ kita. Tiada rasa malas, tiada rasa takut bertanya, tidak mudah puas hati, tidak pula tamak, tidak mudah putus asa dan sbgnya.
BENCI
Pada suatu pagi di wad bersalin, saya, setelah diberitahu oleh kawan, telah silap membaca CTG(cardiotocography) seorang pesakit. Pesakit tersebut telah dihantar ke bilik pembedahan untuk Cesarean section atas indikasi fetal distress(bayi lemas).
Saya terkejut dan atas dasar bertanggungjawab, pergi ke sana untuk membantu MO membuat pembedahan. Tiba di OT, seorang HO lain sudah bersedia untuk assist dan diberitahu MO X akan membuat pembedahan. Saya benci MO X. MO X suka marah HO sesuka hati dia mengikut angin.
“Azzad, kau nak assist tidak? Aku tidak kisah kalau kau taknak?” tanya kawan saya. Saya berdiri pegun di situ hampir seminit. Dalam fikiran saya, “Sekarang ni, aku memang nak assist pembedahan pesakit aku. Tapi aku takut sebab MO X yang akan buat.” Saya beritahu diri saya, “Aku boleh lari dan biarkan kawan yang bantu. Tapi aku tidak akan boleh lari selama-lamanya. Atau aku boleh hadapinya dan juga menjadi doktor yang bertanggungjawab terhadap pesakit.”
Inilah rupa muka HO Dr Nirmala dan Dr Zamri ketika melihat jadual oncall. Kadang-kadang tu boleh termenung sampai 5 minit lamanya. |
Saya buat keputusan untuk scrub in. Bayi keluar menangis, dengan Apgar score yang baik. Cord blood pH 7.309. Bagi saya pH sedemikian terlalu bagus untuk fetal distress, meyakinkan saya bahawa saya tidak salah baca CTG pesakit tersebut.
Keesokan harinya, saya bertugas untuk Pembedahan Elektif. Rupanya MO X jugalah yang menjadi doktor bedah hari itu. Memang benarlah, kita tidak akan dapat lari daripada perkara yang kita benci selama-lamanya.
ANGKUH
“Youuuu, you are arrogant. I gave you a chance. I thought you’d change!!”, Dr Nathan jerit pada saya ketika round pagi di LR secara tiba-tiba. Saya terkejut. Kawan-kawan lain juga terpinga-pinga. Kenapa dia berkata sedemikian, tidak perlulah saya cerita.
Walaupun kadang-kadang apa yang orang kata tentang kita tidak betul, adalah baik untuk kita selidik kata-kata tersebut. Mungkin ada kebenarannya walaupun kecil. Mungkinkah ada keangkuhan dalam diri saya?
Rupa wad bersalin di HKL. |
Sangat berbeza kalau hendak dibandingkan dengan bilik bersalin di Rusia. |
Maka saya ingatkan diri supaya sentiasa berkeyakinan dan pada masa yang sama rendah diri. Saya paksakan diri supaya mengajar dan memberi dorongan pada 1st poster lain. Ingatkan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang saya ada, hanyalah pinjaman.
KECEWA
Pada suatu malam sewaktu 2 pagi, ketika saya on call, berlaku satu perkara yang menjadi pengalaman penting bagi saya. Seorang pesakit dengan Placenta Previa berdarah dengan teruk, tidak berhenti. Kalau dalam buku ada menggunakan istilah ‘berdarah seperti air paip(tap water)’, maka inilah contohnya. Darah keluar dari faraj pesakit memancut.
Pada saat itu, saya perlu berada pada tahap terbaik. Namun mengecewakan, di saat genting saya tidak dapat memasang branula dan tidak dapat mengambil darah dengan secukupnya. Sehinggakan MO saya yang terpaksa melakukannya. Di OT juga, saya teragak-agak memasang CBD(continuous bladder drainage) pada pesakit(almaklumlah pesakit perempuan).
Saya benar-benar kecewa dengan diri saya. Mungkinkah saya telah hilang kebolehan di Jabatan Kecemasan dulu? Kekecewaan adalah lumrah. Saya tanamkan dalam minda saya supaya jangan terlalu mengimbau apa yang berlaku, sebaliknya jadikannya sebagai pembakar semangat supaya memberikan yang terbaik pada masa hadapan.
Bersembang dengan orang yang berlainan latar belakang membuka minda kita. En Azman yang pernah teruk terkena tempias Krisis Ekonomi Asia '97 dan Omair pelajar MBA di UM dari Pakistan. |
Maka berlakulah satu lagi kecemasan obstetrik(obstretric emergency) minggu lepas. Seorang pesakit mengalami PPH(post partum hemorrhage) secondary to uterine atony di wad. Saya hadir dan urus pesakit. Saya arah jururawat buat ini dan itu, saya buang darah beku, buat fundal massage dan pasang branulla cepat, masukkan larutan crystalloid dan oxytoxin. Apabila MO saya tiba, beliau arah benda yang sama. Saya dan jururawat kata semua kami dah buat. Yeeaaa yeeaaa!!
Walaupun postcall ketika itu, saya balik dengan hati gembira.
TEKANAN
Saya ada berjumpa dengan ramai pembaca blog saya di tempat kerja. Ada yang kata, “Your blog inspired me.” “Inspired youuu??!!!” saya balas. Ada ketika saya hanya lalu lalang, tiba-tiba, dari jauh seorang HO tanya, “Eh kau ada tulis blog heh?” Saya senyum dan angguk. Dia angkat tangan dan tunjuk ibu jari ke atas.
Bayi ini mengingatkan saya pada patung matriushka di Rusia. |
Waahh rasa seronok juga orang kenal kita rupanya. Tetapi tiba-tiba saya berasa canggung pula ketika kerja. Tiba-tiba tekanan menimpa diri. Yelah, di blog cerita saya intubate-lah, rawat pesakit MI, buat CPR dan sebagainya, kononnya macam hebat. Tulis macam bagus sangat saya ni. Manalah saya hendak tahu akhirnya pembaca blog saya akan bekerja dengan saya.
Mulalah rasa cuak bila bentang kes pada MO dan doktor pakar, pasang branulla, jawap soalan MO dan sebagainya. Malunya kalau tidak tahu atau branulla tak masuk. Tulah berlagak lagi. Namun saya berazam untuk menjadikan tekanan ini sebagai sesuatu yang positif, agar memaksa saya untuk bekerja keras lagi.
Bayi ini mahu menjadi angkasawan bila besar nanti. Namun program angkasawan negara diberhentikan kerana ianya membazirkan wang rakyat. |
Disebabkan itu jugalah, saya cuba sejak akhir-akhir ini menunjukkan kekurangan dalam diri sebagai doktor dalam artikel-artikel saya. Sedikit sebanyak mengurangkan jangkaan orang terhadap saya. Supaya gadis-gadis di luar sana tidak terlalu kagum dengan saya. Hahaha. Dan juga, kerana itulah dunia realiti, tiada sesiapa yang sempurna.
DILEMA
Buku yang saya sedang baca kini, berkisar tentang perspektif kehidupan dari sudut humanisma barat. |
Dan sekarang saya ada tekanan baru. Sedang saya mengisi laporan pembedahan ke dalam komputer, tiba-tiba terdengar, “So Azzad, I heard you have a blog?” Dr Janani MO bertanya. “So you have a lot of free time to write a blog hah?” “OOhhh maannn.”
terima kasih.
ReplyDeleteintipati kali ni menepati kehidupan saya sebagai pelajar medik di Dublin sekarang. dugaan demi dugaan mendatang. namun semoga semuanya menemui jalan penyelesaian. terima kasih atas peringatan ayat Al-Ankabut :)
“OOhhh maannn."
ReplyDeletehaha =P
azzad.....rasa nak delete blog pulak~
ReplyDeleteSalam, saya membaca banyak blog (silent reader)
ReplyDeleteBila baca ayat terakhir, rasa saya pemilik blog seperti Dr Azzad, menulis blog tak semestinya mempunyai banyak 'free time', menulis bila ada kelapangan. Oleh itu Dr. Azzad jgn. ambil hati. Pada saya Dr ada kebolehan yang dikurniakan oleh ALLAH SWT. TK
it is good to have people thinking like us rite!tak perlu takut utk blogging sebb bukan hari2 update pon. For me blogging is one of the channel to express thoughts, feelings even knowledge sharing as well. Kalo MO ckp 'u really hav a free time?' reply je at least aku ado blog, ko ado? haha gurau~
ReplyDeletesalam..jng putus asa dr...truskn menulis blog nie...setiap org ada ujian tertentu....wasalam...:P
ReplyDeleteAlah korang janganlah marah dengan MO Dr Janani tu. Saya baik jer dengan dia.
ReplyDeleteInsyaAllah saya akan terus menulis bila berkesempatan.
"oh mannn.."
ReplyDeletehaha
this entry made my day.
keep inspiring people, may He be pleased.
=)
Cabaran hidup is a tool for us to develop and improve ourself. Mungkin juga ianya tarbiyyah darinya...InsyaAllah, ada masa, jemput ke blog ana ya...www.noormieyalias.blogspot.com
ReplyDeleteSalam dr, saya dental student...suka blogging jugak...xpe dr, teruskan blogging..blog adalah satu asset dan satu medium interaction kita indirectly dgn orang lain.bila dr ada blog, at least dapat menepis perception org yang doctors xde life...kalau xde life tentu x sempat langsung nak blogging kan...
ReplyDeleteblog juga dapat releasekan tekanan. janganlah berhenti menulis. ramai bakal doktor dan pelajar yang ingin menjadi doktor, tertarik utk jadi doktor sebab blog mcm ni. keep it up:D
ReplyDeleteterima kasih banyak dr azzad~
ReplyDeletehaha. saya suka ayat yang Dr Janani MO bertanya. “So you have a lot of free time to write a blog hah?” “OOhhh maannn.” hahaha. agak kelakar disini. nampaknya saya pun kalau selalu blogging atau facebuk pasti ramai yang tanya. ah amin selalu on facebuk ni. banyak masa yer. dah habis stady? emmm emmm. camana nak jawab tu. kawan saya cadangkan jawapan macam ni : saya on je facebuk ni. tapi tak tengok pun komputer. duk stady tempat lain. >_<
ReplyDeletemalu dengan Allah dan akhirnya saya menangis sendiri bila saya google 'saya rasa putus asa', ( itulah yg saya rasa semenjak dua menjak ni)dan ianya membawa saya kepada blog ini. Ayat al-Quran di atas, benar-benar menginsafkan saya. Thank you doctor.
ReplyDeletepatut perbanyak tulis kesalahan anda,supaya org lain bleh blaja...kalau yg betul textbook pon byk...
ReplyDeleteAll the best doc! Semoga Allah terus memberikan doc kekuatan dan menambahkan ilmu pengetahuan doc :)
ReplyDeleteTapiii xfaham, kirenye klo HO buat operation mmg akan kena marah ke? Xfaham kenapa MO x tu kata bg chance tp xberubah?
Thanks Doktor... sangat berguna pengalaman doktor nih untuk assignment aplikasi komputer dalam bimbingan dan kaunseling dalam penyebaran maklumat berkenaan doktor perubatan. =)
ReplyDeletetang ohh mann tu klakar.. haha
ReplyDeletePERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!
ReplyDeleteWe are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).
We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
Lady doctor
MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
Possess valid Annual Practicing Certificate
Registered with Malaysia Medical Council
Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
Attended an Obstetric Life Saving Skill
Attended A Neonatal Resuscitation Program
Working hours negotiable with minimum on-call
Very attractive salary RM7,000 (starting)
Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com
Clinic information:-
PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
NO. 12 JALAN SL 1/13
BANDAR SUNGAI LONG
43000 KAJANG
SELANGOR
TEL / FAX: 03-90114833