Friday 31 December 2010

DUNIA NYATA

Salam,

HARIMAU MALAYA

Berjuang demi negara. Ayuh!! Bersama Dr Khalid
dan Dr Najmi.
Tahniah diucapkan kepada pasukan Harimau Malaya yang telah menanam perasaan bangga di dalam diri setiap rakyat Malaysia setelah memenangi Piala AFF Suzuki 2010. Saya bersetuju dengan peringatan PM Dato’Seri Najib, “Jangan sokong ketika menang saja.” Terharu melihat begitu ramai rakyat Malaysia datang mengemuruni Stadium Bukit Jalil menyokong pasukan negara. Malaysia Memang Boleh!

Menyambut gol ke-2 Malaysia di Stadium Bukit Jalil.

PENILAIAN

You can’t even present this case properly to me!!!,” jeritan Dr Haliza(Pakar Perunding Kanan) boleh kedengaran dari hujung wad. Seketika, saya rasa bersyukur berada di bawah Pasukan Gyne-Onco kerana tidak perlu ‘berselisih dengan beliau.’ Namun seperti saya kata sebelum ini, kita tidak akan dapat lari daripada masalah atau cabaran selama-lamanya.

Sedang saya cuti hari Isnin, tiba-tiba Dr Nathan telefon,Azzad, can you come to PLOG today. Me and Haliza will assess you.” Saya sudah agak benda-benda macam ni pasti akan berlaku dalam hidup saya. Namun alhamdulillah saya telah berjaya lulus. Beliau seperti tidak percaya bahawa saya adalah graduan dari Rusia, kerana beliau memandang rendah mereka.
Bersama Dr Helmi(Hosp Seremban) dan Dr Zamir(Hosp Sg Buloh) - teman sebilik,
ketika graduasi dulu.

Walaupun Dr Haliza ‘terkenal’ di Hospital Selayang dan HKL, namun saya rasa beliau tiadalah ‘jahat’ sangat(mentang-mentanglah dah lulus). Sewaktu jamuan di wad Gyne hari tu beliau berkata,I can force you to read, but I cannot force you to learn.” Beliau sempat juga bercerita dengan kami cerita-cerita hantu di HKL. Dia okaylah.

BUKAN DUNIA NYATA

Ada kawan-kawan yang mengusik-usik saya. “Azzad kau janganlah memilih sangat,” sambil menunjuk-nunjuk pelajar perubatan UPM perempuan di hospital. If you don’t approach her, you’ll never get to know her,”seorang lagi berkata. Antara mereka ada yang turut membaca blog saya, dan mungkin disebabkan tulisan saya, suka sangat mengusik-usik bab-bab ni.

Saya kerap mengingatkan diri saya dan pembaca-pembaca blog saya yang saya berketemu, janganlah percaya sangat apa yang ditulis. Pada penghujung hari, kita akhirnya hidup di dunia nyata iaitu dunia sebenar. Saya gusar apabila pelajar perubatan memasuki dunia kerjaya kelak, mereka akan terkejut menghadapi dunia sebenar. Kerana ianya tidaklah seindah di blog saya. Tidak semua perkara dapat saya tulis di sini.

Di dunia nyata terdapat kebenaran jika kita mencarinya.

Begitulah juga dongeng kononnya saya giat mencari-cari pasangan hidup. Itu lebih kepada sekadar gurauan untuk menceriakan hati pembaca(sebenarnya ada betulnya juga).

PANDANG RENDAH

Sewaktu di penempatan Jabatan Pembedahan dulu, ketika saya tagging suatu malam tu, Mr Naresh berkata, What? You don’t know how to spell Fournier’s gangrene? What do they call it in Russia? Vladimir Putin’s gangrene??!!!! Hauhahahakhak.” Begitulah saya diperlekehkan setelah tidak tahu mengeja Fournier dalam BHT. MO dan registrar juga turut bergelak. Begitulah nasib graduan Rusia yang tidak biasa dengan sebutan perubatan barat.

Malu memanglah malu. Tapi bagusnya bila saya hadapi situasi seperti sedemikian, saya rasa seperti ditarik balik ke bumi, jejak kaki di bumi yang nyata. Ia menimbulkan perasaan rendah diri(yang positif)dan perasaan yang kita ini tidak cukup bagus(insecure). Saya suka perasaan itu kerana membuat saya rasa ‘hidup’(alive).

KERETA KECIL

Saya bangga memandu kereta Kancil saya. Dengan kereta Kancil kita boleh letak kereta dengan mudah, curi-curi masuk celah lorong dan sebagainya. Saya gembira.

2 bulan akhir bersama Kancil. Tidak lama
lagi kami akan mengikut haluan masing-masing.

Namun apabila gadis cantik berlalu di hadapan, akan timbul secara semulajadi, rasa segan untuk menuju ke arah kereta kancil saya. HO perempuan pula membawa kereta besar, malah jururawat pun membawa sekurang-kurangnya Perodua Viva atau Myvi. Saya tidak dapat menidakkan perasaan diri tidak cukup bagus.

Saya akan masuk dan duduk dalam kereta. Saya analisa perasaan tersebut. Patutkah saya rasa sedemikian? Kehadiran wanita benar-benar mencabar seorang lelaki. Namun janganlah biarkan ia sehingga menyebabkan kita melakukan sesuatu yang melampaui batas atau kemampuan.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya. (Al-Maaidah 5:100)

DUNIA SENYAP

Disebabkan terlalu bangga sangat lulus penilaian dengan Dr Haliza, Allah telah menimpakan saya dengan penyakit sakit tekak balik. Saya mempunyai allergic rhinitis(resdung). Tetapi kes saya berbeza berbanding orang lain, di mana lelehan turun ke belakang dan ke tekak. Akibatnya iritasi pada tekak menyebabkan saya selalu batuk dan sukar bercakap.

Cari ruang yang sunyi dan lihatlah langit. Apa yang anda nampak?

Jadi terpaksalah saya duduk senyap sikit. Hidup dalam keadaan senyap mengizinkan kita perasan perkara-perkara di sekeliling kita, yang kebiasaannya kita tidak perasan, seperti kelemahan diri sendiri. Kadang-kadang dalam perjalanan pergi kerja pun saya cuba tutup radio bagi senyap. Dengan itu, saya dapat lihat kebenaran.

DUNIA NYATA

Mencari keredhaan.
Di sinilah saya rancang untuk hidup iaitu di dunia nyata. Walaupun saya bukan lelaki baik, tetapi dengan hidup di dunia nyata, saya percaya saya boleh jadi lebih baik. Kerana di situlah terdapat kebenaran, walaupun ianya pahit.

Harap bermanfaat bagi pembaca.



Terima kasih atas sokongan pembaca semua. Jika anda rasa blog ini berfaedah bagi rakan-rakan anda yang lain, jemputlah mereka baca sekali.

35 comments:

  1. assalamualaikum,

    dunia nyata memang tak seindah fantasi. tak salah seorang doktor pandu kereta kancil, sperti doktor cakap, ia senang dikemudikan. harap tabah menghadapi semua. make your day great because you can.

    ReplyDelete
  2. oh man.. cuak plak aku nak keje nt..

    tq azat.. memang best n membantu blog hang nie..

    ReplyDelete
  3. hurmmm..rs gentar nak keje. dah la blaja bahasa indonesia. cmne nih? huhu

    ReplyDelete
  4. amalkan mouth gargles pagi & malam, steam inhalation at least once in a week for prophylaxis of ur problems..beside medication this method commonly seen very effective towards person with allergic rhinitis, pharyngitis even just nasal obstruction and sore throat..*just opinion*

    ReplyDelete
  5. tq doc azad.
    waiting for ur next post.

    ReplyDelete
  6. dayana: salahlaaahh doktor bawa kancil.hehe

    anonymous: jgn risau, saya di bawah ENT HKL. dah ada ubat

    ReplyDelete
  7. kalau graduate russia pon ade masalah..
    yg blaja kat mesir ni apetah lagi..
    harap dipermudahkan~

    ReplyDelete
  8. best...post la byk2 lg Dr... =)

    ReplyDelete
  9. wakkakkaka...lawokk!!!!!
    tape,kancill is a car too, kalo kat mesir kete kude rilek je!

    ReplyDelete
  10. Salam Dr Azzad, tahniah kerana dah lulus cemerlang. Dr Azzad terlalu memilih ke, susah2 mintaje your parent carikan calon.
    Kereta apa pun tak kisah janji tak kena hujan kan3x.
    Kak Rohani

    ReplyDelete
  11. pasal kereta tu kelakar. okaylah pakai kancil, kalau ada gadis yang terpaut ketika kamu berkereta kancil itukan cinta.tambah2 dia xtau kamu doktor. apa guna menagih sayang perempuan yg lebih memandang kereta n nametag doktor tu ya.

    ReplyDelete
  12. Terkeluar dari tajuk.
    Kagumnya dengan orang yang boleh bawa title doctor kemana-mana. I mean, it's not like im not happy to be a doctor,,lebih kepada saya suka jadi manusia biasa w/o the title.

    Cuma kagum! Tanggungjawab yang sangat besar, bawa title tue 24hours/day.

    ReplyDelete
  13. post yg best!
    dr, sambil2 dr cerita life as a doctor skng, apa kata dr cerita jugak life dr mase student dulu, hmm specifically masa kt volgo dulu ke.. sbb teringin nk tau wat will happen if u do this, or not do that.. cth: effect x kalu mse student byk main game, or x pernah skip lecture, or..apa2 la!

    ReplyDelete
  14. Like(^_^)..sukaaa baca entry2 doc esp. time curi2 rehat time posting ortho..siap promo kat kwn2..selain berinformative, lucu pun iye..its cheer up our day! heee..Thumbs up!

    ReplyDelete
  15. pembaca2: cukuplah nasihat tentang perempuan dan perkahwinan

    anonymous: cerita kat rusia ye, tengoklah nanti

    izzah: izzah salah baca blog ni.manader saya buat penempatan ortopedik lagi

    ReplyDelete
  16. Dr..sape pelajar perubatan upm tu?

    ReplyDelete
  17. hehe...xpe xpe..sy suka sangat sangat sangat baca blog yg salah(^_^)
    *menunggu doc wat entry pasal ortho posting ok*

    ReplyDelete
  18. anonymous: dia tinggi2, manis pada pandangan mata, dagu tirus. saya hanya dpt tatap matanya tp tak berani nak berkenalan tanpa sebab. setiap kali berselisih hanya curi pandang saja.

    ReplyDelete
  19. ohhhh..saya dah tau dah spe ;D dr tegur la dia..mne tau jodoh..

    ReplyDelete
  20. eh, Dr. Azzad dh pindah ENT ye?
    best baca entry nih, hehe..
    doa banyak2 ye Dr. Nanti Allah bagi 'jalan', hehe..

    ReplyDelete
  21. dr, name dia ada huruf D ye?

    ReplyDelete
  22. anon: kenapa? dia tanya ke? haha. saya tak dapat nak tangkap pandang nama dia. papepun, saya dah tamat o&g dah. tak dapat nak jumpa dia lagi dah.

    pagi tadi ada nampak dia kat wad saya. tapi masa tu sibuk sangat.

    kenapa tanya banyak sangat ni?

    ReplyDelete
  23. saya medical students kat india.. sekarang ni baru sahaja masuk 6th sem.. teringin juga nak tahu life as a doctor kat malaysia nanti.. banyak sangat nak tahu ni.. hehe.. :)

    ReplyDelete
  24. salam. volgo tak macam MMA ke. bljr blh plih gna rssian atau bi

    ReplyDelete
  25. sje je curious.. ;P mne tau saya boleh tolong..

    ReplyDelete
  26. assalamualaikom,
    masih teringat berkeja dgn doktor suatu ketika dahulu di HKL...
    hehhe
    hope u doing well
    now still H.O ke dh naik M.O?

    ReplyDelete
  27. salam..
    kredit 4 this blog..
    juz want to asking about the reality n ur opinion..
    betul ke mnjelang 2014 n above lau xsilap,ngara trcinta kte Malaysia akn mnghadapi lambakan doktor..
    i mean siswazah2 doktor sgt2 rmsi time tu..is it true??
    p/s:i'm 1st year medical student from Alexandria Uni..so,think further to ge know future..syukran~

    ReplyDelete
  28. nuramalina: tu nak kena tanga Ketua Pengarah Ksihatan apa perancangan terkini. Kalau tiada tindakan berkesan diambil mungkin ya. Dan kalau ada tindakan yang dirancang tetapi tiada perlaksanaan, ya juga.

    ReplyDelete
  29. Dh beli inspira ke zad?

    ReplyDelete
  30. dr..
    mmg betol, dunia nyata kdg2 je indah mcm dunia blog..
    saya br habis 1st week industrial training pun dah rasa tak best. Baru seminggu!

    ..tp time blaja best..mcm mana tu..

    ReplyDelete
  31. baru noticed this entry..kudos sbb ada muka aku! haha...

    -zamir-

    ReplyDelete
  32. Mr Naresh is my favourite. Man, he's sooo nice trust me! Reading this teringat zaman HO in hkl haha

    ReplyDelete

Sila beri komen yang berfaedah untuk penulis dan pembaca lain. Jadilah pengguna internet yang bertanggungjawab.