Wednesday, 10 November 2010

HIDUP DOKTOR BAGAIKAN RODA

Salam

KATA ORANG

Kata orang hidup bagaikan roda. Memang ada benarnya. Begitu juga hidup sebagai doktor.

Seminggu lepas, semasa ward round, Dr Haliza MO O&G berkata kepada semua HO, "You all should be like Azzad. Be as hardworking as he is." "Woooww," kata kawan sambil melirik mata pada saya. Saya juga sambut dengan, "Wooowww." Dr Haliza sengih-sengih.

Satu, bukan selalu saya dapat pujian. Dan pujian kali ini bukan seperti biasa. Ia membuat saya merenung betapa jauh saya telah jangkau sebagai HO. Mengingatkan saya bahawa segala kesusahan yang saya hadapi sebelum ni ada kesan positifnya.

Kali pertama hantar pesakit ke hospital lain, yakni Hospital Ipoh.
Selalunya hospital lain hantar ke HKL.

Rupanya Ipoh ni tiadalah jauh sangat dari KL.
2 jam saja.
Sempat jumpa kawan lama Dr Muhanna(Hosp Ipoh).
Muhanna belanja kami semua makan
di Restoran Nasi Kandar Vanggey.

Namun saya tahu perasaan ini tidak akan tahan lama, kerana hidup doktor bagaikan roda.

Baru saja beberapa minggu lepas, saya telah dicaci, dimaki hamun dan dicerca oleh MO saya sewaktu bertugas di klinik. Hanya disebabkan kesalahan kecil, saya telah dimalukan, didakwa lebih lemah daripada HO first poster di depan pesakit saya, MO dan HO lain.

Jujur saya kata, tidak pernah saya rasa begitu teruk dan malu. Saya kawal diri saya, selesaikan urusan pesakit dan kemudian bawa diri ke bilik air. Saya post call hari tu, letih dan dilayan sedemikian rupa.

SHRINK

Hari Ahad, jika saya tidak bekerja atas panggilan, selalunya saya akan beli suratkhabar New Straits Times. Dalam sisipan Life and Times, ada satu ruang karangan Tessie Lim yang sedikit sebanyak membantu saya menghadapi kehidupan sebagai HO.

Dalam salah satu artikelnya, beliau mendeskripsikan sesetengah ketua (MO atau doktor pakar) dengan tepat. Yakni mereka yang memilih cara memaki hamun untuk memperbetulkan kesalahan orang lain adalah mereka yang tidak mempunyai keyakinan diri(insecurity). Mereka tidak mampu membawa diri sebagai contoh kepada yang lain.

Kuasa jahat bertemu kuasa baik.
Dan masalahnya pada kita yang berada di keliling orang berkenaan, yang juga pihak authoritatif terhadap kita, adalah kita membenarkan segala kenyataan yang keluar dari mulut mereka, mendefinisikan siapa diri kita. Walhal sepatutnya, kitalah yang menentukan siapa diri kita. Jika anda mengamalkan ‘petua’ ini, anda tidak akan takut pada mereka lagi. Hehe.

EMOSI DOKTOR

Emosi doktor bukan sekadar berkisar pekerjaan. Doktor juga manusia.

Sewaktu datang ke rumah Dr Izat di Kajang ketika pertunangan beliau, tiba-tiba saya dan Dr Khalid diserbu makcik-makcik beliau. Ingin bertanyakan adakah tuan badan sudah berpunya? Haha.

Setelah dilontar pelbagai soalan, di penghujungnya saya mengeluh, “Yang kita nak, taknak pada kita. Yang kita taknak, nak dekat kita.” Nenek Izat cuba memujuk, “Takpelah, itu ketentuan qada dan qadar.”

Dr Aizudeen(tengah). Air yang tenang,
jangan sangka tiada buaya.
Dr Judin dan tunangnya.
Begitu juga apabila Dr Aizudeen(HUKM) tiba-tiba mengirim SMS mengatakan beliau akan bertunang. Angin tidak bertiup, hujan tidak turun, tiba-tiba senang-senang saja Judin sudah hendak bertunang.

Walaupun gembira melihat rakan-rakan memasuki fasa seterusnya dalam hidup, namun ianya menyebabkan saya memikir apalah yang hendak jadi dengan saya ni. Tiada progres langsung.

ADUAN

Bertambah buruk lagi, Saya telah terima dua aduan dalam masa dua minggu ini. Satu daripada jururawat dan satu daripada seorang pesakit.

Pesakit mengadu layanan yang kurang baik oleh saya terhadap beliau. Akhirnya saya secara sukarela menelefon pesakit dan meminta maaf. Beliau turut meminta maaf kerana rasakan mungkin ketika itu beliau sedikit emosional dan memahami keadaan saya yang kurang tidur pada awal pagi.


Melihat bayi sedikit sebanyak menghilangkan tekanan kerja.
Harap saya dapat perbaiki diri.

Benarlah, hidup doktor bagaikan roda. Dan kini saya sedang berada di bawah. 
Harap ada bidadari yang sudi selamatkan saya.

Salam


Terima kasih atas sokongan pembaca semua. Jika anda rasa blog ini berfaedah bagi rakan-rakan anda yang lain, jemputlah mereka baca sekali.

41 comments:

  1. jika suatu masa nanti awak ditakdirkan berada di tempat MO yang melaser awak tu, ingat balik apa yang awak pernah rasa dan cubalah berdiplomasi sebaik mungkin dgn org lain ok :)
    tunjukkan yang awak bukan shj bekerja dalam bidang profesional tp juga seorg yg profesional dlm mengawal emosi dan berkomunikasi dengan org lain.

    ReplyDelete
  2. dr, sy selalu dgr HO kene marah ngn MO, rs takut pulak 5tahun akan dtg nk jd HO. doctor mmg kene kuat semangat kan, nk face patients, MO yg garang lg. congrats bcoz dr dpt lalui semua tu, and selamat mjadi doctor yg bjasa kpd agama dan negara :)

    ReplyDelete
  3. Takpe. jodoh kalau ada takkan ke mana. and yes, hidup macam roda, baru lah adventurous. dont give up! :D

    ReplyDelete
  4. hidop med student pon cam roda gak.=]

    ReplyDelete
  5. stp kali kene hambur ngn dr (xkre la MO or specialist, n kdg2 HO jugak>>buat kat medical student) stp kali itu jugak la sy berazam utk mengawal emosi sy spy tidak menjadi spt mereka.. sbb hakikatnya kepimpinan melalui teladan itulah y terbaik. y marah terasa diri superior, walhal mereka sgt lekeh dipandang oleh org y kene marah n org surrounding jugak. sy TAKNAK jadi like the former. doakan, insyaAllah.. ;))

    ReplyDelete
  6. sangat paham perasaan itu
    =(
    sangat x best
    hopefully ble kte jd mo nnt x jd cmtu kan
    dush2

    ReplyDelete
  7. subhanallah..tgok gambar baby hati trus jd tenang
    smg hidup dr dan kita semua berada dlm lingkungan rahmat Allah selalu..
    selalulah berdoa..smg kita sentiasa kuat dlm apa keadaan pun, di atas juga di bawah
    "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu." (Surah Ghafir:60)

    hoca..jgn pernah putus dari rahmat Allah..

    ReplyDelete
  8. salam dr.Azzad, personally seronok membaca kisah2 + pengalaman org lain untuk mendpt kekuatan kerana kadang2 kita lupa semasa kita berasa susah, ada org lain yang lebih susah.. teruskan dengan entry menarik untuk 'mengubat' motivasi spiritual para viewers ;)

    ReplyDelete
  9. Salam....

    kalau dr yg marah tu perempuan...ko pk dia tgh datang haid

    kalau dr yg marah tu lelaki....ko pk dia kena tidur luar bilik

    aman hati kau, seriously, huhuhuhuh

    ReplyDelete
  10. Jadi doktor tue, adalah seperti roda yang berputar dengan sangat cepat. Kita sangat dekat dengan pembalasan. Karma & all.

    1 menit kena marah dengan resident or consultant, rasa dunia da jadi hitam putih. the next minute jumpa px yang menarik, dunia dah start nampak berwarna. Hahaha.

    ReplyDelete
  11. Saya pun rasa macam dah nak jadi mereka dah. Cepat panas. Bila kerja dengan 1st poster rasa panas je.
    Tapi ingatkan bagaimana HO lain bantu saya semasa saya 1st poster dulu, sejuk hati saya.

    Doakan supaya tidak jadi seperti mereka.

    ReplyDelete
  12. sabar azat.. jom kite sama2 membentuk budaya kerja baru.. xperlu maki hamun hina caci.. hormat menghormati, kalau ade wat salah, tegur secara btol..

    haa.. azad.. berguna x ilmu elena pavlovna dgn zharkin mase posting O&G nie.. ?
    aku bru je pas abis cycle dgn elena pavlovna,trauma beb..siap dpt 2 lg.. hahaha

    -faisal-

    ReplyDelete
  13. Anggaplah pekerjaan ini adalah st ibadah, caci maki teguran adalah st ujian. insyaallah bg org yg sabar, kelapangan akan menanti penghujungannya...

    ReplyDelete
  14. i also felt that those who are less secured tend to scold and insult ppl especially during referrals .
    Anyway, we should not bring ourselves to their level.

    Cheers. waiting for your wedding card . LOL

    ReplyDelete
  15. Salam, sabar ye encik doktor:)
    walaupun sy bukan doktor, dan akan selama2nye menjadi pesakit:)

    tapi,....sy faham dan akan cuba faham dgn tanggungjawab seorang doktor ni.

    Besarnya pahala yang anda dapat bila membantu meringankan kesakitan org lain. Kalau rasa susah dan sedih bila dimarah, tengok la pesakit2 yang tengah sakit tu, mungkin mereka lebih sakit secara fizikal dan mental.

    Sy rasa kehidupan yang awk tulis dalam blog ni sgt interesting, dan kalau betul pun tak interesting...well u have already make it interesting. Good job doctor. :):):)

    Kudos!

    ReplyDelete
  16. faisal: tunggulah kau kena nanti.hakhak

    Wi: what wedding card?!%%!%$!^#

    fiza: hidup bosan je sebenarnya doktor ni.

    ReplyDelete
  17. ye ke bosan? sabar2, bahaya kalau doktor bosan. :)

    hidup engineer mcm sy ni lagi la bosan. (tak tahan!)

    hahaha.

    Semoga kita menjadi orang2 yang tabah. Amin. :)

    ReplyDelete
  18. baru hari ni aku kena tumbuk specialist 3 kali. kena buck up betul..

    ReplyDelete
  19. tul la fiza...hari2 brckp dgn equipment.. ada error juga keluar..erm..no problem no engineer..yg penting enjoy ur work ;)...banyakan bersabar & berdoa..smga kita semua dipermudahkan semua urusan..ea Dr Azzad aja2 fighting

    ReplyDelete
  20. nak menyelit kejap
    comel ner baby tuh...lebat plak rambut dia...
    mesti ilang segala tension,kepanasan dalam hati bila dukung baby2 kan..
    =_=

    ReplyDelete
  21. saya bukan doktor,,tpi kakak saya dktor dan dy pun bru mula bkrja..memang btol hdup seorang dktor sgt meletihkan,,saya pun kesian dgn kakak saya 2,,dy sgt sabar n always hink postve,,sya harap sume Dktor x cpat mngalah n tabah slalu,,

    *mak slalu ckp,,kalu tlong org sakit dgn ikhlas,,kte dapat pahala byak,,mgkin sbb 2 kakak sgguh2 wlaupun slalu keletihan,,:))

    ReplyDelete
  22. aaa...saya ada kawan perempuan, doktor jugak. asyik mengeluh xde life, xde bf..awak kawan lah dgn dia, nak?? :))

    betul ni, tak tipu. ikhlas. :)

    ReplyDelete
  23. Anonymous: kesian kakak awak. sruh dia kawin cepat.

    akma: wooow.dia kerja hospital mane. cun tak??

    ReplyDelete
  24. hahaha.. beauty tu subjektif.
    HO kt hsptl kulim.
    all i can say is, she s a nice person. :)

    ReplyDelete
  25. dr aizad..uwaa bagusla blog ni..hmm..dpt melegakan ati sy 1st poster ni..kat paeds HKL jugak..n grad dr indonesia..mmg sgt mencabar la..tmbah pulak grad indon..sakit otak dibuatnye,,plus kene suh back 2 taggin 1mgu lg smpai bos puas ati..seb baik ade gang kene jugak..tolong cik aizat bg nasihat sket kat sy..my 1st oncall was very terrible..if simple case like bronchopneumonia or AGE maintain lg..kene yg dtg refer dr hosp lain history panjang2 tu uwaa x tercatch up..huh..i was thinkin 2 quit at 1st..n sometimes now also..rase cm xpenah blaja pape kat meds school dulu.....

    ReplyDelete
  26. salam dr, bleh sy tau~~~
    -prnah dgr tentang air selusuh (air y biasa diminum ibu2 y nak lahirkan baby first), air ni dikatakan mempercepatkan contraction semasa delivery, tp sy dgr tak sesuai diminum, btol ke?????
    klau boleh minum, ble masa y sesuai??means, masa cervix open sampai brape cm???

    ReplyDelete
  27. ur blog byk bantu sy faham tugas doktor ni. n bantu sy fhm bf sy tuh.. coz sy bkl cikgu die bkl doktor cm dua dunia yg jauh berbeza...
    soo tq yeah..
    tulis lah lg..
    coz dpt tau byk lg life doktor..

    ReplyDelete
  28. anonymous1: saya pun sama juga dulu. benci kes2 yang cerita panjang lebar. tapi lambat laun, apabila kita dah tahu apa yg perlu tahu, selak2 bht tu jadi seronok pula. satu lagi, tanamkan rasa ambil berat tentang pesakit dan anda tidak akan rasa kurang tertekan bila dapat kes teruk.

    anonymous2: air selusuh tu memang selalu buat hal lah.kalau boleh jgn minum awal2 kerana apabila cervix masih belum buka besar, dan contraction kuat, akan menyebabkan bayi lemas. mungkin apabila doktor buat keputusan hantar ke labour room baru ambil. satu lagi saya sebenarnya tidak berapa pasti bagaimana air selusuh tu dibuat. kalau ianya melibatkan perkara2 khurafat, maka janganlah buat ye.

    siti: bertuah bakal suami awak tu.

    ReplyDelete
  29. salam..
    best ah blog nih..
    sy bru student 1st year kat JUST, Jordan, tp excited bace page doc.
    nk tnye doc sket, Clexane tu bole pakai ke? bukan ade unsur babi ke kt dalam dia?
    tp jujur ah, krja kt ER mmg besh. sy prnah join wad round n oncall kt ER ospital Sltnah Aminah smpai 10 mlm...bes wooo..

    ReplyDelete
  30. tq dr azzad!!keep bloggin k!!

    ReplyDelete
  31. salam....
    oo..camtu ke idop doc2 kat luar sne..
    nk kne deal ngn patient yg mrungut tah hape2 then ngn MO plak....syabas la doc,sbb bjaye mgharungi rintangan tu sume..
    anyway,kte sbnarnya sdg diuji stguh mna iman n skuat mna pgngan kita pd Dia...

    ReplyDelete
  32. harap Allah permudahkan kite mnempuhinye:D

    ReplyDelete
  33. haha. nampaknya dr kena cari bidadari yang akan menyelamatkan dr dah ni. at least pun seseorang yang dapat dr luahkan segala perasaan marah, benci and etc kat MO doktor. >_<

    ReplyDelete
  34. as salam...
    terima kasih ats penulisan dr.. sedikit sbyk sy dpt menimba ilmu dr pengalaman2 dr. untuk prsediaan sy pd masa akn dtg..
    rsnya xsalah yer kalau sy menjawab persoalan berkenaan dgn penggunaan clexane yg mempunyai unsur khinzir.. terdapat ulamak mengatakan penggunaannya adalah haram.. namun ada juga mengatakan ianya halal digunakan atas alasan ianya protein khinzir telah diproses dan ditukar menjadi bahan lain.. tp xsilap sy ada ubat lain yg halal yg boleh menggantikan clexane iaitu heparin.. wallahua'alam..

    ReplyDelete
  35. dr azzat..
    suka lah blog awak.

    ReplyDelete
  36. moga bila sya dr HO, n doc azzad become my senior (MO) u don't scold me.. ^^v

    ReplyDelete
  37. salam dr. saya nak tanye something about interview. saya pelajar foundation medic. so if the panel give you a condition which is.. klo anak dr. sakit kat rumah tapi dr. perlu pergi ke hospital kerana patient dr. ade problem, so dr. akan pilih yg mana and bleh x explain skit.. my interview just around the corner..! hopefully you can help me

    ReplyDelete
  38. blog yg menarik...sesuai utk tips kurgkan stress utk 1 st poster mcm sy

    ReplyDelete

Sila beri komen yang berfaedah untuk penulis dan pembaca lain. Jadilah pengguna internet yang bertanggungjawab.