Sunday 22 August 2010

SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA DR FARIDAH HANIM

Sewaktu saya baru masuk Jabatan Kecemasan, antara MO yang saya selesa bekerja adalah Dr Faridah Hanim. Ketika itu beliau sudah mengandung 6 bulan.

Antara sifat beliau adalah suka sangat bercakap, tidak kisah dengan rakan MO ke, HO ke, jururawat ke, MA ke. Sehinggakan orang kata bila anak dia lahir nanti, boleh terus pandai bercakap! Dia jawap, "Kalau macam tu, senanglah aku nanti. Tak payah susah-susah ajar" dengan selamba.

Antara perkara yang beliau suka sangat bercakap adalah mengenai kandungan beliau. Beliau beli baju itu inilah. Ceritakan apa keputusan Ultrasound Scan terbaru. Dia nak anak Merdeka lah(lahir 31 Ogos) dan sebagainya.

Kalau kerja malam di bilik Zon Hijau dengan beliau, memang tidak mengantuklah. Ada saja ceritanya seperti pengalaman kerja dulu kala.

Mungkin disebabkan beliau suka bercakap, maka begitulah juga beliau suka mengajar. "Azzad, kat X-ray elbow ni, kau jangan cari tulang patah je. Kita kena tengok juga posterior fat pad. Tu tanda intraarticular injury."

"Azzad kau pergi mana tadi?! Aku cari kaulah. Aku ada kes Lt shoulder dislocation, nak suruh kau buat reduction. Kan sekarang dah rugi tak dapat buat!"

"Azzad kau nak ikut aku clerk battered case tak?! Isteri kena pukul dengan suami. Nanti kau jadi MO nanti tak reti pulak nak clerk."

Beliau juga ajar saya buat FAST. "Azzad, baik kau belajar buat scan betul-betul. Masa kau buat O&G nanti pun belajar buat scan kandungan. Nanti bila kau buat locum, kalau kau pandai buat scan, dapat duit lebih." Macam-macam.

Dan banyak lagi.




Tengahhari semalam, apabila sampai tempat kerja, terpampang di papan. 'Allahyarhamah Dr Faridah Hanim akan dikebumikan selepas solat Asar'. Tergamam saya. Saya terus tanya HO dan MO lain. Memang benar.

Beliau telah meninggal awal pagi tersebut disebabkan Placenta Abruptio setelah kehilangan banyak darah di HUKM. Berita ini telah disahkan oleh kawan saya Dr Aizudeen dan Dr Ranzi di HUKM.

Saya tidak dapat pergi melawat jenazah kerana saya kerja petang tu.

Saya doakan arwah diletakkan di kalangan orang yang dirahmati Allah swt di akhirat kelak. Segala ilmu yang arwah turunkan pada saya, akan saya kenang dan amalkan sebaik mungkin.

Daripada Allah kita datang, dan kepada Allah jualah kita akan kembali.

6 comments:

  1. inalillah.....semoga rohnya dicucuri rahmat:)

    ReplyDelete
  2. la sedihnya...innalillah wa inna ilaihi rajiun....
    pemergian org baik akan ditangisi org2 yg ditinggalkan....

    ReplyDelete
  3. Dr Aizudeen HUKM22 August 2010 at 18:27

    Innalillah ...

    ReplyDelete
  4. innalillah wa inna ilaihi rajiun
    kepada DIA jugak kite kembali

    ReplyDelete
  5. Innalillahi...
    mesti terkejut sangat kan..semua nie atas perancangan-Nya..semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan dalam golongan yang diredhai-Nya...

    ReplyDelete
  6. Inalillah wainaillahi rojiun...setiap yg hidup pasti akan mati...arwah meningal disebabkan melahirkan...Insya Allah ditempatkan dikalangan Syuhadah...

    ReplyDelete

Sila beri komen yang berfaedah untuk penulis dan pembaca lain. Jadilah pengguna internet yang bertanggungjawab.