Salam,
RAMADHAN
Gambar: Jamuan berbuka puasa anjuran Jabatan Kecemasan.
Selamat menyambut Ramadhan kepada pembaca semua. Saya bayangkan bulan puasa kali akan
 'perit' memandangkan perlu kerja teruk di 
ED. Namun sebaliknya pula berlaku kerana sebenarnya saya sudah terbiasa 
waktu makan tidak menentu sejak kerja di sini. Jadi bulan Ramadhan kali ini 
'memudahkan' hidup saya kerana tidak perlu mencuri masa untuk makan. 
Gambar: MA senior dan junior.
Namun beberapa hari sebelum puasa, saya telah 
diagnose diri 
sendiri mendapat gastritis, kerana kerap mendapat 
epigastric pain. Jadi saya sudah mula mengambil ubat supaya 'selamat' menajalani bulan puasa.
STRATEGI 
Artikel kali saya akan bincangkan tentang 
typical presentation of Acute Myocardial Infarction(AMI) di wad Resus. Namun sebelum itu saya mahu mengembangkan 
strategi differential diagnosis(DD) dan pendekatan yang saya pernah cerita sebelum ini dalam artikel Semudah 
Acute Appendicitis. Ini kerana di ED, keadaan berbeza, maka memerlukan 
strategi yang berbeza.
Gambar: Jururawat Jabatan Kecemasan
Pertama, satu perkara yang saya sempat baca dari buku 
Emergency Medicine Secrets, milik MO saya Dr Rabiha, adalah di 
ED, kita perlu buat 
DD punca yang boleh meragut nyawa(
life threatening cause) dahulu sebelum yang lain. Contohnya pesakit sakit dada, adalah munasabah kita cuba 
rule out AMI, tension pneumothorax, perforated esophagus, dan sbgnya, dahulu sebelum contohnya 
GERD(Gastro-Esophageal Reflux Disease) dan 
pneumonia. Malah itulah yang kerap dipertekankan oleh doktor-doktor pakar di 
ED.
Keduanya,
 2 perkara utama yang doktor perlukan di Resus terutamanya, adalah 
aduan utama(chief complaints) dan 
vital signs(pulse, BP, RR, SpO2). Dua perkara ini sudah cukup untuk kita mulakan investigation dan rawatan terhadap pesakit. Contohnya pesakit datang dibawa ke Resus sudah 
collapse dan 
tidak sedar. Cerita daripada isterinya bahawa dia 
mengadu sakit dada di rumah tadi, sudah cukup(lagi bagus kalau diberitahu dia memang ada penyakit jantung sebelum ini atau dia terlibat dalam kemalangan tadi dan sbgnya). 
Sejarah(history) yang lebih terperinci boleh diambil setelah pesakit telah distabilkan, kecuali terdapat ramai doktor ketika itu, maka boleh diagihkan tugas.
Ketiganya, Dato' Abu Hassan ada mengajar baru-baru ini,
 "Approach to the patient starts by observing the patient as he came in or from far, not from taking the history. That is what they have taught you in the wards upstairs. But here, this is what we are trying to teach you". Perkara ini dibangkitkan apabila membincangkan kes seorang pesakit yang mempunyai 
Cervical/Neck Abscess. Beliau percaya, 
hanya dengan pandang pada pesakit tersebut sahaja kita sepatutnya sudah mempunyai working dan differential diagnosis.
Gambar: Dato'Abu Hassan, Ketua Jabatan Kecemasan, HKL
KES "PAKCIK SAKIT DADA"
Berikut adalah secara ringkas perkara yang bermain di 
minda HO Resus:
Pesakit 60 tahun/ Melayu/ Lelaki masuk ke Resus, duduk atas kerusi roda, tangan genggam di dada(
Levine's), berpeluh-peluh(
diaphoresis), bernafas laju(
tachypnic).
-
Anda perasan tidak? Hanya dengan pandang pada pesakit ini, kita sudah boleh buat 
working diagnosis.
PAKCIK SAKIT APA?
Aduan utama(
chief complaints): 
Sakit dada
-6 life threatening causes of chest pain:-
1. Acute myocardial infarction(AMI)
2. Unstable angina(UA)
3. Aortic dissection(AD)
4. Tension pneumothorax(TP)
5. Acute pulmonary embolism(APE)
6. Perforated esophagus(PE)
-
Jadi ingat! Setiap soalan dan tindakan kita mulai ini adalah untuk 
rule out 6 penyakit tersebut.
SEJARAH RINGKAS
- 
Co-morbidity - tanyakan 
faktor-faktor risiko MI spt 
IHD(ischemic heart disease), DM, HPT, hypercholestrolemia, family history of IHD, merokok.
- Dibawa daripada kawasan kemalangan
(TP)  
- 
Stroke dan 
bed ridden, recent operation dan sbgnya
(APE)
Gambar: Pelakon dengan raccoon eyes. Itu hanya untuk kelirukan kami. 
Dalam Primary Survey, Base of skull fracture bukan sesuatu yg perlukan 
rawatan segera.
Gambar: Kes senario Multiple Trauma Life Support. Dr Prem dan Dr Eryana beraksi.
VITAL SIGNS
Pulse- 124(
tahycardic)
BP- 130/80(kalau rendah mungkin 
Cardiogenic shock), tangan dan kaki(jika berbeza-
AD)
RR- 30(
tachypnic)
t- 37 Celcius
SpO2 - 95%
-Jika pesakit 
stabil dan sedar, maka teruskan dengan 
sejarah lebih terperinci. Jika tidak, seperti 
cardiac arrest, mulakan 
Advanced Cardiac Life Support(ACLS).
SEJARAH TERPERINCI
Sakit dada
- Typical chest pain pattern, pressure-like(
AMI, UA)
- Sakit pergi ke belakang, 
migratory in nature(
AD)
- Bila waktu mula sakit/sakit paling teruk(penting untuk menentukan samada perlu berikan 
Streptokinase)
- Didahului muntah teruk(
violent vomitting)(PE)
- Sakit dan bengkak kaki(
DVT ----->APE)
- Chest wall pain(
TP)
- Burning-like(
Reflux esophagitis)
- 
Relieves by s/l GTN at home(
Stable angina/Prinzmetal)
Sesak nafas, berpeluh-peluh, jantung berdebar-debar(menunjukkan pathologi yang serius sedang berlaku)
Demam, batuk selsema(
Pneumonia)
Neurological symptoms- kebas, lemah kaki(
AD)
Gambar: Bersama jururawat di Triage.
PEMERIKSAAN (PHYSICAL EXAMINATION)
General condition
-
Mental status - tidak keruan(
restless), tidak sedar.
-Kulit- berpeluh, sejuk, 
cyanotic, pink
CVS
-S1S2 
No murmur
-
Pulse - feeble(impending shock)
           - radia-radial/radio-femoral delay(AD)
-
Perfusion - cold peripheries, CRT<2s
-
Hydration - fair
-
Pedal edema, raised JVP(jugular venous pressure)(Congestive cardiac failure-CCF)
Respiratory
-
Tracheal deviation, unequal chest expansion(TP)
-Hyperresonance on percussion, on one side(TP)
-Lung - air entry decreased on one side(TP)
-Crepts- pneumonia
-Bibasal crepts- CCF
-Generalized crepts- Acute pulmonary oedema(APO- komplikasi 
AMI)
-Subcutaneous emphysema on palpation(TP)
Per Abdomen
Soft, Non tender
INVESTIGATION
ECG
-ST elevation(AMI)
-ST depression, T inversion(UA)
-Serial ECG perlu dilakukan untuk mengesan perubahan pada ECG. ECG awal mungkin menunjukkan hanya ST 
depression(
UA), tapi 30 minit kemudian menunjukkan ST 
elevation(
AMI), maka memerlukan rawatan lain.
-
Ingat! ECG hanya mempunyai sensitiviti sebanyak 80%, bermaksud 20% kes MI tidak dapat dikesan melalui ECG(
NSTEMI)
-
Deep S in lead I, Deep Q and T inversion in lead III/ sinus tachycardia(APE)
Gambar: Semua pesakit yang datang ke HKL akan muncul di depan tingkap ini.
Chest X-Ray
-Dilated mediastinum - hazzy(AD), hypodense-pneumomediastinum(PE)
-Rib #, tracheal deviation, absent lung marking in one side, collapsed lung(Pneumothorax)
-Consolidation(Pneumonia)
-Bihilar upward diversion(CCF)
-Generalized patchy hazziness(APO)
-Prominent vascular marking(APE)
-Cardiomegaly
Blood investigation
-FBC -WBC 
raised(infection eg 
pneumonia)
-CE(
cardiac enzymes) - 
raised(
STEMI, NSTEMI)
-Di Resus ada 
Cardiodetector, alat ujian segera - Myoglobin, CK-MB, TropT,I (
AMI)
                                                        - D-Dimer(produk penukaran 
Fibrinogen ke 
Fibrin) raised (
PE)
RAWATAN
- ABC - Cara paling mudah untuk periksa adalah dengan bercakap dengan pesakit. Jika beliau boleh bercakap, bermaksud airway patent, beliau boleh bernafas dan cukup darah disalurkan ke otak.
 
- High Flow Mask 10L/min, pasang cardiac, BP dan SpO2 monitoring.
 
- Pasang 2 large boure branulla.
 
- Buat ECG, CXR dan semua investigation lain.
 
Apabila diagnosis AMI telah dibuat,
1. Beri 
ubat tiga serangkai(jururawat yg namakan sedemikian) iaitu 
             1. T. Aspirin(antiplatelet) 
             2. T. Clopidogrel(antiplatelet)
             3. s/c Clexane atau Fundaparinux(LMW Heparin)
- Ini bagi 
mencegah coronary artery thrombosis daripada terus berlaku. 
- 
Namun ingat! Ia tidak menghilangkan 
thrombosis yang telah berlaku.
2. 
Analgesia - 
Morphine selalunya diberi disebabkan kesan yang lebih kuat.
Gambar: Bila tertekan atau rasa hendak berhenti jadi doktor,
kita tengok langit.
3.Thrombolytic therapy - ini adalah rawatan utama untuk AMI.
- Di HKL kami guna 
Streptokinase, tapi di HUKM Alteplase (Alteplase lebih mahal, tetapi tidak mempunyai kesan alergik)
- Rawatan ini hanya akan berkesan jika diberi 
dalam masa 6 jam selepas sakit dada bermula.
- Sebelum memulakan rawatan, perlu ditentukan bahawa pesakit tidak mempunyai 
kontraindikasi mengambil Streptokinase 
seperti sejarah 
hemorrhagic stroke, aortic dissection, active bleeding dan sebagainya.
- Pesakit perlu diperhati betul-betul sepanjang diberi Streptokinase kerana ianya boleh membawa 
komplikasi seperti pendarahan luaran atau dalaman menyebabkan 
hemodynamically unstable.
PENGALAMAN
Saya rasa sudah banyak sangat ditulis di atas. Mungkin pembaca pun sudah rasa hendak 
muntah. Saya pun sama. Namun itulah 
secara ringkas DD yang bermain di fikiran. Ketahuilah bahawa ini 
belum termasuk DD untuk sesak nafas lagi, yang perlu dibuat jika pesakit turut mengadu susah bernafas.
Nampak saya macam baguskan buat semua seperti ditulis di atas 
:-). Namun dalam dunia realiti, dalam menghadapi kes sebenar, kadang-kadang 
banyak yang tidak terlintas dalam kepala. Maka terpaksalah 
berulang-alik ke pesakit untuk bertanya dan periksa balik. 
Jururawat senior pun sudah 
pandang slack je pada saya. 
Doktor ni boleh percaya ke?!
Bermacam  jenis pesakit AMI muncul di Resus. Ada yang 
nampak sihat saja. Datang ke hospital sebab jangkitan kulit. tetapi bila buat ECG rutin untuk orang tua, 
hahh ambik kau, 
ST elevation menggunung! Itulah 
silent MI. Bila ditanya, sebelum itu, memang tidak pernah ada penyakit jantung. Punyalah nasib baik pakcik tu.
Ada yang dibawa masuk dengan kerusi roda. Tengah tanya MA ini kes apa, tiba-tiba pakcik tu
 terus tumbang dari kerusi, dapat 
cardiac arrest depan mata. Terus buat ACLS.
Tetapi yang 
paling sedih bila seorang pakcik 40-an sampai di Triage, 
sudah collapse dalam perjalanan dalam kereta lagi. Bila disoal selidik, pakcik tu 
tidak pernah ada penyakit jantung, tidak ada faktor risiko satu pun, merokok pun tidak. 
Anak-anak 3 orang masih kecil lagi, 
pandang saja dari jauh tengok orang buat CPR pada ayahnya. 
Syukur jantung dapat dihidupkan balik. Setelah distabilkan, dihantar ke CCU. Tidak tahulah apa berlaku selepas itu.
Gambar: Bersama Dr Hidayah Pakar Perubatan Kecemasan.
Okay, itu sahaja yang dapat dikongsi. Sebenarnya banyak lagi pengalaman menarik tetapi tidak teringat. Harap membantu anda semua. 
Diharapkan bulan Ramadhan ini akan membawa rahmat kepada saya dan pembaca semua. Amin.
Salam
Terima kasih atas sokongan pembaca semua. Jika anda rasa blog ini berfaedah bagi rakan-rakan anda yang lain, jemputlah mereka baca sekali.