Thursday 14 January 2010

BERAKHIRNYA SUATU EPISOD

Kepada para pembaca, silalah memberi maklum balas terhadap artikel yang telah dibaca. Ini supaya penulis mendapat semangat untuk terus menulis dan tahu hasil tulisannya berguna, apatah lagi di waktu lapang yang singkat beliau miliki sekarang. Terima kasih.

Sebarang kenyataan di dalam artikel di blog ini hanyalah pandangan dan pengalaman peribadi penulis sahaja. Ia tidak patut dijadikan rujukan oleh pembaca-pembaca.

Salam dan selamat sejahtera,
Salam 1Malaysia,

Haha, pejam celik pejam celik, sudah 4 bulan saya menjadi doktor. On call, post call, rupanya, episod hidup saya di Jabatan Pediatrik ketemu penghujungnya.

Sebenarnya di sebalik rasa gembira melepasi penempatan pertama, rasa berat hati perlahan-lahan menyusup, rasa sedih menyelimut diri, mengenangkan pelbagai pengalaman susah dan senang sewaktu di Pediatrik. Dari saat dimarah teruk, dibelenggu tekanan hingga ke euphoria membuat bone marrow aspiration, resuscitate bayi, ia pasti kenangan menarik yang akan saya bawa ke penempatan seterusnya.

Layanan MO yang baik, bagaikan ingin melihat anak buahnya berjaya, menusuk kalbu. Terima kasih guru-guru sekalian. Terima kasih jua pada jururawat-jururawat yang tidak pernah gagal mencuri senyuman saya. Gelak ketawa bersama sewaktu 2 pagi, untuk masing-masing melepaskan beban pada bahu seketika, akan dihargai. Harap-harap saya tidak alpa sekurang-kurangnya untuk senyum jika kita berselisih di kemudian hari.

Reunion VolSMU di Kampung Baru Sabtu lepas. 15 orang dapat hadir, mungkin lebih ramai kalau tidak disebabkan on call. Dapat lihat semua kawan ókay', hati rasa senang. Dikatakan tahun depan budak Hosp Seremban nak buat.

Anak-anak, abang dan adik, bayi-bayi sekalian, yang cukup bulan malah yang pra-matang, anda semua telah banyak mengajar doktor tentang erti kesabaran. Maafkanlah jika doktor cucuk hingga 3-4 kali kerna perlu mengambil darah. Doktor tahu, kebanyakan kalinya, anda semua meraung, menangis, menjerit-jerit ibu, bukan kerana mengada-ngada, tetapi kerna sakit dek dicucuk. Terima kasih juga pada adik yang melukis gambar doktor, untuk dihadiahkan pada doktor, walaupun tak sempat doktor menatapnya dek kerana kawan yang on call telah menghilangkannya.

Terima kasih juga kepada ibu dan ayah, yang banyak menolong doktor untuk memeriksa anak-anak. Di saat anak jerit sakit padahal doktor hanya auscultate sahaja, di saat anak hanya nak doktor perempuan sahaja, di saat anak meronta-ronta ketika ambil darah, ketika itulah ibu dan ayah menyelamatkan keadaan sebelum doktor menjadi gila. Tangisan ibu ketika melihat anaknya sakit, menyedarkan saya akan tanggungjawab saya. Ucapan terima kasih ibu sebelum membawa anak pulang melegakan seketika jiwa doktor yang tertekan.

Maaf pada bayi-bayi yang doktor sengaja kejut pukul 2 pagi dek kerana tidak puas hati tak dapat tidur(bangun woi bangun), pada ibu bapa yang kadang-kadang doktor tidak dapat layan dengan baik, pada MO yang kena ulang segala arahannya dek kerana saya berangan, pada doktor pakar di saat saya lupa maklumat ketika bentang kes.

Kini saya akan melangkah ke episod seterusnya dalam hidup sebagai Doktor Perubatan Siswazah di Jabatan Pembedahan, yang kalau hendak dipercaya khabar angin di HKL ni, pergh, jabatan yang paling mencabar. Memandangkan saya akan bermula balik tagging di Jabatan Pembedahan, jadi sedih untuk saya meninggalkan dunia blog saya ini dan pembaca buat sementara waktu. Sehinggalah saya dapat menyesuaikan diri di jabatan baru. Sehingga berjumpa lagi. Isk, isk, isk.

Jika anda berminat untuk baca lebih lanjut, berikut adalah penyakit-penyakit asas yang perlu anda tahu di Jabatan Pediatrik:-
General peadiatric:-
1. Acute Gastroenteritis(AGE), Food poisoning
2. Pneumonia
3. Bronchial Asthma
4. Acute Bronchiolitis
5. Acute pharyngotonsillitis
6. Febrile fit
7. Acute meningitis
8. Clinical GERD
9. HFMD
10. Sepsis
11. Dengue Fever

Neonatology-
1. Respiratory distress(Respiratory distress syndrome, Meconium aspiration syndrome, transient tachypnea of newborn, congenital pneumonia)
2. Neonatal Jaundice(ABO rhesus incompatibility, G6PD deficiency, breastfeeding Jaundice, breastmilk Jaundice)
3. Hypoglycemia in newborn
4. Congenital Heart Disease
5. Prematurity

19 comments:

  1. post yang penuh emosi.tahniah dr. azzad semoga berjaya di posting surgery. terima kasih bagi list penyakit2 tu.

    ReplyDelete
  2. Kau ingat senang nak menghidupkan emosi pada tulisan. Hahak.

    ReplyDelete
  3. tq dr azad
    sebagai final yr medical stdnt posting paediatrics kat ppukm ni
    list tu mmg membantu
    kalu ade kelapangan mintak bg tips sket persediaan mental n fizikal menghadapi pro exam
    gudluck untuk posting seterusnya
    =)

    ReplyDelete
  4. good luck surgery....
    surgery mentally need to be strong bro...
    kalau jumpa Dr Afizah vascular team... cakap aku kem salam... dulu dia sama team HepatoBiliary kat HUKM...

    JudeenhensemhukmPro

    ReplyDelete
  5. salam wrt.

    tahniah dr azzad. mkaseh banyak2 utk list2 perkara asas tu. sgt2 membantu. ni antara blog pasal pengalaman HO terbaik yg pernah aku baca. all the best di department surgery plak.


    -hazreen

    ReplyDelete
  6. " Terima kasih jua pada jururawat-jururawat yang tidak pernah gagal mencuri senyuman saya. "

    hmm..menarik!

    ReplyDelete
  7. Judeen: aku lepas 2 bulan baru pergi vascular ward.

    Maher: ramai gak nurse2 yg cun. tak lekang dek mata.

    Hazreen: ajaklah kawan2 moscow kau baca skali

    ReplyDelete
  8. salam perkenalan...

    saya amat tertarik dengan persembahan saudara..
    pengalaman saudara semasa mula2 merangkak masuk ke dunia penuh mencabar,sebagai DR.

    teruskan usaha anda..ramai yg dapat manfaat dari blog mcm ni...

    kongsi pengalaman sama juga dengan kongsi ilmu..
    ada pahala di sisi Allah InsyAllah..

    -fattah hamzah
    -tahun 3,prubatan Mesir

    ReplyDelete
  9. Salam ziarah.
    Terima kasih kerana menubuhkan blog ni. Sebagai 1st year, mungkin x banyak yang saya ketahui. Tp at least dapat menaikkan semangat utk study betol2. semoga usaha ni diteruskan dan mendapat keberkatan dariNya

    ReplyDelete
  10. Tuan doktor, busy ke? Apa perkembangan terbaru, posting ape skang nie...

    ReplyDelete
  11. salam, terima kasih utk entry ni. sekurang2nyer hasil nukilan penulis dapat memberi ilmu buat pendatang baru seperti saye insyaallah. saye ade satu soklan tentang hkl.memandangkan hidup ni terlalu byk gossip2 liar.. biarlah saye bertanye terus pada org2 yg membuat housemanship di hkl sendri. betul ke dekat hkl terlalu ramai ho menyebabkan terpaksa compete eaach other? dan doktor2 atasan jadi tidak kisah terhadapa ho sebab terlalu ramai? dan aper pandangan penulis ttg hkl sbg pilihan untuk housemanship?

    sebab saye berminat ke hkl.

    ReplyDelete
  12. Salam
    Saya pun sebenarnya orang Johor, pilih HKL sebab ingin belajar sebanyak mungkin.

    Memang di HKL ni skrang terlalu ramai HO, seperti juga di hospital2 lain di Malaysia sekarang ni memandangkan, terdapat ramai graduates drpd Rusia, India, Indonesia, kolej perubatan tempatan, mahupun graduates dari China.

    Jadi kalau tengok di Jabatan pasca-siswazah, setiap jabatan kat hkl ni terlebih sekurang2nya 15 HO daripada kuota. Tapi faham2lah, HKL ni banyak dan besar wadnya, jadi tambahan sebanyak tu pun, takdelah sampai takde kerja langsung.

    Saya tak rasa pula ada rasa persaingan antara HO, malah sebaliknya budaya tolong-menolong, sokong menyokong, ajar-mengajar antara HO.

    Siapa kata doktor atasan tak kisah ngan HO? Malah diorang lagi tegas dengan kualiti kerja HO memandangkan pesakit bwh jagaan sedikit, jadi sepatutnya HO kena tahu lebih tentang pesakit.

    Saya rasa HKL tempat yang bagus untuk buat housemanship, tapi anda perlu punyai personaliti yg tabah, sebab tak mudah.

    ReplyDelete
  13. salam, terima kasih for the info.sekurang2 nyer feedback tu memberi tanggapan positif untuk saye terus memilih hkl.
    terus kan menulis tentang2 posting anda... sedikit sebanyak dapat membantu kami yg dalam perjalanan ke sane.thanks.

    ReplyDelete
  14. salam, saya nak cadangkan agar penulis letakkan shout mix widget kat tepi blog supaya mudah pembaca meninggalkan soalan...kalu Dr tulis pasal pnemonia, acute brocolitis...saya berminat nak baca...anak saya dah 3kali masuk hosp disebabkan dua ni.
    selamat meneruskan kerjaya murni ini...

    ReplyDelete
  15. salam azzad.time kasih byk wei.trharu ngan penulisan kau.Byk membantu insyaallah.Jazakallah,Allah shj dapat balas-
    dh takdek game men's day kat floor slepas pemergian korg.hahaha

    ReplyDelete

Sila beri komen yang berfaedah untuk penulis dan pembaca lain. Jadilah pengguna internet yang bertanggungjawab.