Sunday, 15 November 2009

ADA APA PADA DOKTOR?

Kepada para pembaca, silalah memberi maklum balas terhadap artikel yang telah dibaca. Ini supaya penulis mendapat semangat untuk terus menulis dan tahu hasil tulisannya berguna, apatah lagi di waktu lapang yang singkat beliau miliki sekarang. Terima kasih.


Sebarang kenyataan di dalam artikel di blog ini hanyalah pandangan dan pengalaman peribadi penulis sahaja. Ia tidak patut dijadikan rujukan oleh pembaca-pembaca.

Kali ini saya akan bercakap tentang perkara 'ringan' iaitu kelengkapan yang perlu ada pada seorang HO. Kelengkapan yang saya maksudkan bukan saja terhad pada luaran, tetapi juga dalaman. Ini hanyalah berdasarkan pengalaman saya seorang.

Kelengkapan Luaran

1. Lab coat - kat HKL ni, kita akan dibekalkan dengan labcoat oleh syarikat servis Radicare. Dari semasa ke semasa, kita hanya perlu hantarkan ke pusat servis jika kotor(pengalaman saya, kena muntah seorang budak di saat sedang mengambil darah) dan tidak perlu membasuh sendiri. Kita akan terus digantikan dengan labcoat baru, tak perlu tunggu.

2. Buku protokol - Kita mesti ada buku protokol di sisi kita sepanjang masa terutama HO yang baru. Bila masuk jabatan baru, tanya HO senior kat mane kita boleh dapatkan buku protokol tersebut. Buku ini penting, kerana padanya terdapat penerangan ringkas penyakit2 yang biasa dijumpai, beserta kriteria diagnosis, investigation dan yang paling penting, rawatan yang tepat untuk penyakit tersebut, yang menjadi norma di jabatan tersebut.

3. Stetoskop - Saya cadangkan beli stetoskop di Malaysia, bukan kerana stetoskop double tiub yang saya beli di Rusia nampak pelik, jarang diguna di hospital tempatan, atau tidak bagus, tetapi sebab ianya terlalu berat. Kalau sekali pakai memang tak berat, tapi bila pikul benda alah tu sepanjang hari, bahu rasa lenguh. Saya pun bercadang beli baru dalam masa terdekat.


4. Cop, kalkulator dan pen - Dalam setiap dokumen yang kita isikan, memerlukan cop nama dan jawatan kita. Cop ni selalunya dibuat oleh jabatan pasca siswazah, kita juga boleh buat sendiri. Di peds ni, kalkulator amat penting kerana daripada kadar IV drip hingga ke dos ubat perlu dikira berdasarkan berat pesakit. Pen pula, walaupun nampak cam perkara kecil, pastikan beli yang berkualiti. Tak perlu mahal, yang penting dakwatnya tak kering. Kerana dalam sehari pun, kita perlu tulis pelbagai dokumen yang memakan dakwat.
5. Buku nota kecil - Pastikan anda ada buku kecil untuk anda catatkan semua benda baru yang anda pelajari setiap hari, terutama semasa round dengan MO dan specialist. Pastu malam tu, luangkan sedikit masa baca balik semua ilmu baru tersebut. Tak lama, hanya 10 minit je. Kalau anda rajin, cuba baca sumber lain berkenaan perkara tersebut seperti dalam buku rujukan, buku nota universiti, internet dan sebagainya.

6. Buku drug doses Frank Shann - di peds, buku ni sangat penting, kerana setiap ubat diberi mengikut dos mg/kg.

Saya dan pesakit yang didiagnos Pneumonia with Left side empyema. Berada di wad saya selama sebulan. Daripada bernafas tercungap2 sehinggalah sekarang dah sihat. Baru beberapa hari lepas di discharge. Dalam masa sebulan masih tak boleh sebut doktor, haih penat ajar.

Selain daripada kelengkapan luaran ni, apa yang lagi penting adalah kelengkapan 'dalaman' seorang HO. Kalau kita masa belajar dulu dengar cerita, kerja HO letih tahap beruk, tertekan, menyebabkan kemurungan(depression), menyebabkan rasa nak berhenti kerja dan sebagainya. Ianya tidak lain melainkan yang benar kerana saya sedikit sebanyak merasainya.

Saya dulu pun fikir, semua belenggu masalah ni disebabkan orang tu sendiri yang tak kuat, tak berdaya tahan. Tapi bila kena penangan itu sendiri, barulah kita tahu. Kena marah, dimalukan, dipandang rendah, diperlekehkan berulang kali, semuanya telah masuk dalam kamus hidup saya. Yang lagi teruk, kadang2 tu kita dah berusaha bersungguh2 nak perbaiki diri, tapi orang atasan kita masih kata kita ni tak cukup bagus. Jadi berikut adalah ciri2 dalaman yang saya rasa perlu ada pada seorang HO.
Kelengkapan dalaman

1. Stamina fizikal - ni kalau kerja waktu kerja pun dah penat, apatah lagi campur oncall. Kalau kat department lain, dengar cerita kadang2 tak sempat nak makan sarapan dan tengah hari pun. Jadi budayakan senaman dalam hidup anda sekarang. Kalau tak senam memanglah larat je kerja, tapi habis kerja je, terbongkang atas katil. Takkan kau nak hidup kau hanya sekadar tidur kerja je. Kalau anda sihat dan mempunyai stamina yang tinggi, anda boleh lagi melakukan aktiviti lain lepas kerja seperti pergi jumpa kawan, keluar makan, pergi membeli-belah dan sebagainya. Saya pastikan setiap seminggu sekali saya pergi jogging di padang bersebelahan asrama.


Adakah saya masih nak jadi doktor?
Persoalan yang pernah bermain di fikiran saya.

2. Kecekalan hati - anda perlu cekal dalam menghadapi segala masalah, dilema, timbunan kerja yang banyak. Kalau anda tak cekal, anda akan mudah putus asa, kusut kepala, tertekan dan akhirnya sakit jiwa. Apa yang saya cuba lakukan adalah 'take things one by one, step by step'. Saya sendiri sewaktu baru kerja 2-3 minggu, rasa macam ini bukan benda yang aku nak buat seumur hidup aku. Rasa tak seronok bila bekerja, hanya letih tekanan yang tak henti2.

"Azzad this is unacceptable. How long have you been here? You need to step up. You called me to come here yet you don't even know(fully) this patient's history."(Ni sewaktu saya awal-awal lagi waktu tu, otak rasa cam bengap sebab keliru kes seorang pesakit dengan yang lain. Akibatnya specialist ni sruh saya present case pesakit tu minggu kemudiannya.)

3. Berfikiran positif - betapa teruk kau dimaki, diperbodohkan dan dimalukan, cuba berfikiran positif terhadap segala kritikan tersebut. Cuba fikir ianya akan membuatkan lebih berusaha keras, lebih rajin baca buku, lebih peka terhadap keadaan pesakit. Contohnya bila saya kena marah sebab tak ambil berat pasal diet pesakit failure to thrive(FTT), menyebabkan saya jumpa dietician, tanya banyak soalan berkenaan cara memberi diet, apa supplements boleh diberi. Saya pinjam nota dietician dan pergi fotostat. Ini menyebabkan saya lebih faham tentang calorie intake, total volume, cara pengiraan dan sebagainya.

"Azzad I think you are weak, I want you to do your assessment with me."(Inilah kata-kata seorang konsultan pada saya minggu lepas di depan semua HO lain. Bayangkan betapa malu dan tertekan saya. Alhamdulillah saya lulus buat assessment dengan beliau. Untuk maklumat anda, beliau pernah extend HO lain dan tiada sesiapa yang berani nak buat assesment dengan beliau. Di penghujung assesment tersebut, beliau kata pada saya "Azzad you did not too bad today". Saya punyalah gembira walaupun itu boleh dikatakan bukan pujian.)
4. Berupaya mengurus tekanan - dulu saya selalu dengar orang kata kita kena pandai asingkan urusan kerja daripada urusan di rumah. Kalau kita tak reti mengurus tekanan, segala tekanan kerja akan dibawa2 sepanjang masa. Bila mandi, teringat esok banyak kerja tunggu, bila makan terfikir mungkin kena marah specialist esok, bila baring teringat peristiwa kena maki, dimalukan sebelum ni. Semua ini akan menyebabkan stress yang tak perlu dalam hidup kita. Kita kena belajar lupakan sementara segala tekanan kerja semasa di luar waktu kerja.

Sembang sambil makan di luar adalah satu keperluan.
Ni gambar aku dan Khalid di 'The Ship' Kampung Baru.

5. Mempunyai sokongan moral - Alhamdulillah, tekanan yang saya hadapi membuatkan saya lebih dekat pada Allah swt, lebih rajin baca Quran, memperbanyakkan berzikir dan sebagainya. Kalau kita ada sokongan ibu bapa, rakan sekerja dan kawan-kawan, ianya BANYAK membantu kita mengharungi kehidupan seharian sebagai HO. Tidak boleh dinafikan, kita perlu 'melepaskan' tekanan yang kita hadapi setiap hari. Salah satu caranya adalah dengan meluahkan masalah, tekanan, bercerita dengan kawan-kawan apa yang berlaku supaya kita boleh 'gelakkan dan lupakan' perkara tersebut, dan seterusnya tumpu pada hari seterusnya. Dengan mendengar luahan rakan HO lain, kita dapat rasakan bahawa apa yang kita lalui itu, perkara yang biasa dan dirasai oleh semua orang. Ini sedikit sebanyak menyebabkan kita rasa kurang tertekan.

6. Mempunyai peribadi yang proaktif dan impression yang baik - Ini adalah masalah utama saya. Semasa round, lebih suka mendengar dan memerhati daripada melibatkan diri. Lagi masalah apabila saya sedar rupanya ekspresi muka saya ni blur secara semulajadi. Jadi kadang-kadang walupun saya faham, bila MO atau specialist tengok muka saya mesti nak tanya " Do you understand me?" Impresi pertama juga sangat penting. Pastikan anda proaktif dari awal-awal lagi. Jangan jadi macam saya, dah tau kena tunjuk impresi yang baik pun, masih nak rilek2 lagi. Saya memang jenis yang tak peduli sangat pandangan orang pasal rupa saya.

Harap artikel kali ini dapat membantu.



25 comments:

  1. salam....
    ya, memang sangat-sangat membantu.ramai yg follow blog ni.terima kasih.semoga terus diberikan kekuatan untuk menulis.
    ni nak tanya.pada pendapat saudara azzad, apakah persediaan yg bleh kami buat sementara final year (yg agak-sangat-lapang ni)sebagai persediaan utk HO nnt?
    terima kasih

    ReplyDelete
  2. Untuk pelajar tahun akhir ni, aku cadangkan korang praktikkan physical examination tu sebanyak mungkin pada pesakit, ataupun pada kawan2 korang. Biasakan buat examination teratur atau terancang, dan berhala tujuan. Kalau boleh biasakan dengan yang normal dahulu, nanti kerja biasakan dengan yang tak normal.

    ReplyDelete
  3. Dude, seriously, your blog bagi harapan jugak kat aku. Haha. At last, an insight of what to expect. Banyak sangat teori2 bebudak meds yang mengconfusekan. When we get these kinds of facts from an insider, we at least can prepare a bit for the future.

    ReplyDelete
  4. salam..azad

    terima kasih banyak2 sbb sudi luangkan masa ko utk berkongsi pengalaman n x langsung memberi gambaran awal hidup sebgai doctor kpada kita sume..ko rasa kalau ada isteri time hO ni lagi banyak positif ke lagi banyak negatif?

    gile aa org terer macam ko pun kena teruk2 gak ..xtau la yg lagi inferior knowledge dari ko camna agaknya nanti....hehe..

    ReplyDelete
  5. salam..tq azzad atas perkongsian pengalaman ni..moga bermanfaat utk org lain esp medical student..insyallah..(mus)

    ReplyDelete
  6. doc.. tenkiu very much!! :)

    ReplyDelete
  7. Saudata Azzad...menarik artikel ni...teruskan menulis artikel pasal HO...artikel2 yg saudara azzad tulis byk memberi pengetahuan, pengalaman baru pada sy...

    ReplyDelete
  8. salam abg azad...ni nadzrul...artikel2 yg best abg azzad hantar...wlpn lg 3 thn sy nk grad tp rsekan jap je lg akn lalui ape yg abg azad lalui...truskn menulis!=)

    ReplyDelete
  9. Salam
    Aku dulu belajar biasa je, setakat chitiri je. Aku bukan nak menggalakkan korang malas belajar, tapi aku rasa, budak2 yang flying colours ni mungkin sesetengah sukar untuk menghadapi kritikan semasa HO nanti. Sebab daripada selalu dipuji, sekarang dimarah teruk, boleh menyebabkan diorang lebih tertekan. Tapi itu tidak semestinya, papepun bergantung pada sikap kau(kata Bunge).

    Bab2 berkahwin ni, macam2 cerita aku dengar. Tapi bagi aku kalau kau dah kahwin awal2, kau dah dapat sesuaikan diri hidup beristeri(atau bersuami) awal2, takkan ada masalah bila kerja HO nanti. Malah aku rasa bila ada isteri atau suami kat rumah bila balik kerja, dapat menghilangkan tekanan kerja, ada orang untuk meluahkan perasaan, berkongsi masalah. Bukankah Allah ciptakan kita pasangan sebagai sumber kebahagiaan.(Korang pun doakan lah aku jumpa pasangan cepat ye.)

    Papepun kalau macam kes, kahwin dengan pasangan yang tidak terlibat dalam profesion perubatan ni, kalau pasangan kita tidak memahami situasi kerja kita(balik penat, oncall, balik lewat, tekanan dibawa ke rumah), mungkin sukar sedikit, tetapi boleh je.

    InsyaAllah aku akan terus menulis.

    ReplyDelete
  10. come lets do gathering to 'meluahkan perasaan'

    ReplyDelete
  11. Salam azzad...

    Time kasih byk2 sbb artikel yg bagus ni..Teruskan lg, nk gak dgr cite betul2 dr HO ni...

    ReplyDelete
  12. Salam...pasal buku protokol tu...leh tak minta tlg saudara azzad amik gambar ke, fotostat ke pastu scan, pastu upload kat internet...boleh kitaorang buat rujukan nota berlajar kat sini...tu pun kalu tak susahkan saudara azzad...

    ReplyDelete
  13. lebih baik kau balik malaysia nanti beli buku tu sendiri. maaf aku tiada masa nak scan benda2 camni.

    wi kasik cadangan lah kat facebook group tempat mane sedap makan dan sesuai utk berkumpul

    ReplyDelete
  14. azad gitar kau dh nazak...

    ReplyDelete
  15. salam bro, bagus aa artikel ko, bende yg aku tak dpt sampaikan, ko bleh terangkan ngan baik,tahniah.
    satu je aku nak igtkan, berhati-hati dengan maklumat yang ko sampaikan.
    ko kene igt ni blog awam, ngan profesion kite ada benda yg mesti dirahsiakan.
    lebih jelas lagi, kita tak boleh bagi nama patient, identiti dia, penyakit dia, dan edarkan gambar muka dia. sebagai doktor profesional kita dibenarkan diskus kes-kes kita antara pekerja perubatan lain, tu pun lebih digalakkan menggunakan alias, dan muka, kecuali dalam kes yang melibatkan muka (tu pun kebanyakannya akan amek gambar sebahagian saja)
    ini agar tak mengaibkan pesakit-pesakit kita
    gambar fasiliti wad pun kene berhati-hati.Aku pernah kena tegur ngan pengarah hospital masa praktikal dulu sebab ambil gambar wad, dan alasan dia munasabah.ambil gambar setakat suka2, atau untuk tujuan medical documentation memang boleh, tapi hanya boleh ditunjukkan kepada orang yang boleh kita tunjuk (kawan-kawan, pekerja/pelajar perubatan dll)
    benda ni isu medicolegal, walaupun tujuan kita baik, tapi konfem kalah kalau ada yang menyaman.
    kalau takde orang saman pun tak semestinya kita boleh buat.
    Ingat balik bioethics yang guba ajar dulu, dan hippocratic oath kita masa grad sebagai reference.
    aku takde niat nak mengaibkan ko atau apa2, in fact tujuan aku nak protect hak ko ngan patient2 ko, n tempat keje ko
    teruskan usaha blog ko ni insyaAllah aku akan belek2 jugak
    good luck dalam housemanship ko, dan tahniah sebab lepas assessment. aku yakin ko bleh tunjukkan kat bos2 kita lulusan vsmu mampu jadi doktor yang berguna,

    ReplyDelete
  16. Trima kasih zul, aku ada ambil berat juga perkara yang kau katakan tu. Gambar pesakit tu pun aku pampang lepas aku dapat kebenaran ayah dia utk tampal kat blog. Malah ayah dia yang tolong amikkan gambar. Aku mmg berhati2 dalam menapis apa yang dibenarkan ditulis.

    ReplyDelete
  17. saya ada soalan....maser asessment tu ape diorang tny? camane plak proses nye? susah tak?

    ReplyDelete
  18. salam
    sy bloghopping
    dan jmpa blog ni
    cambest je
    mintak izin link ye
    tq dr
    =)

    ReplyDelete
  19. Assesment tu ikut jabatan jugak. Kalau kat peads, kitorang ada
    1) CEX - specialist akan periksa bagaimana kau buat examination. Dia kasik satu pesakit dan kau kena kenalpasti apa yang tak kena pada pesakit. Contohnya, pesakit down syndrome with congenital heart disease. Kau takkan diberi diagnosis. Kau kena periksa dan buat diagnose sendiri. Jadi kau kena beritahu specialist diagnosis dan apa signs yang kau jumpa untuk membuktikannya.

    Cam aku kena pesakit thalassemia. Daripada examination aku, jumpa Jaundice, pallor dan hepatosplenomegaly. Jadi specialist sruh aku buat differential daripada positive findings aku.

    2) CBD(case base discussion) - Yang ni lak, kau kena cari satu case interesting, dan bentang depan specialis dari awal sampai akhir(dari presentation hingga management).

    Aku aritu bentang presumed meningitis. Kes tu bermula daripada febrile fit ke diagnosis tersebut. Jadi kena tahu mengapa diagnosis berubah, apa kriteria diagnosis dan sebagainya.

    ReplyDelete
  20. Seronok dan ngeri baca pengalaman doktor..dasyat giler..hehe..hope doktor tabah dan berjuang habis-habisan..saya pernah tgk doktor lain di HKL..masa kena tahan wad kt nw23 HKL..maybe on call..sbb nampak dia xbalik dri pagi ke petang..petang ke malam..malam ke pagi..pelik pon ade mase tu..tpi bila bace pengalaman doktor dan baca novel denyut kasih medik karya doktor farhan hadi baru saya faham..so saya harap doktor dapat sukses sepanjang perkhidmatan doktor walau di mana pon ok..

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum...
    yana baru terjumpa blog nie..menarik dan sgt berguna!!!thnks....
    act, yana berminat dlm medic ni...yana baru lepasan spm 2010....

    waiting for mara interview....
    family takde yang amik medic, dan yana tak tau sgt pun pasal medic2 nie..teruk kan?
    tapi, yana bnyk la buat research!!!!

    klau mara tnya pilihan negara, yana rasa nk cakap ireland.....
    ada tips tak?info?

    act, republik czech pun yana minat!!!

    harap dr boleh bagi pandangan!!!dan sgt berharap.....
    nie email yana :luvliyanaluv@yahoo.com

    atau pun..ke blog yana saja..

    terima kasih..sgt menghargai,...
    semoga terus berjaya dan dipermudahkan segala urusan DR....hehe

    ReplyDelete
  22. ASSALAMU'ALAIKUM....

    MENARIK DAN SYUKRON ATAS PERKONGSIAN....

    KEEP WRITTING YAA..

    jazakallah..

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum Dr.Azzad.

    saya baru nak msuk 1st year in this field. hopefully everything is fine sampai bila2.

    btw, your info ni banyak membantu and it really opens my mind, tapi tiba2 seram pulak bila Dr. cerita yg kita dimalukan depan orang lain. klu saya msti nak nangis time tu.

    how to overcome it? thanks!

    ReplyDelete
  24. NAK JADI DOKTOR GIGI JAK LAH....

    ReplyDelete

Sila beri komen yang berfaedah untuk penulis dan pembaca lain. Jadilah pengguna internet yang bertanggungjawab.