Friday, 16 October 2009

TAGGING = PERHAMBAAN ZAMAN MODEN?

Kepada para pembaca, silalah memberi maklum balas terhadap artikel yang telah dibaca. Ini supaya penulis mendapat semangat untuk terus menulis dan tahu hasil tulisannya berguna, apatah lagi di waktu lapang yang singkat beliau miliki sekarang. Terima kasih.

Sebarang kenyataan di dalam artikel di blog ini hanyalah pandangan dan pengalaman peribadi penulis sahaja. Ia tidak patut dijadikan rujukan oleh pembaca-pembaca.

Salam bertemu lagi,

Setiap pelajar perubatan yang akan mula bekerja di Malaysia perlu tahu apa itu sistem tagging.

Di permulaan setiap penempatan, houseman perlu menjalani tempoh tagging. Tempoh tagging berbeza antara jabatan dan hospital. Tempoh tagging saya di Institut Pediatrik di HKL baru-baru berlangsung selama seminggu. Di jabatan lain mungkin 2 minggu dan sebagainya. 2nd poster dan seterusnya pula boleh memilih untuk tag 3 hari sahaja setahu saya.

Tagging adalah tempoh pengenalan yang diberi kepada pegawai houseman untuk menyesuaikan diri di setiap jabatan. Ikut hukum alamlah, takkanlah houseman baru atau 2nd poster atau 3rd poster, masuk-masuk dah terus tahu apa perlu dibuat di sebuah jabatan tu kan.

Sewaktu tagging apa yang berlaku adalah, pegawai houseman akan bekerja seperti biasa seperti houseman yang senior sehingga petang(waktu pejabat sampai pukul 5 petang). Jadi apabila houseman senior yang lain balik rumah, houseman yang tagging ni pula kena terus kerja(kena tag) bersama houseman yang on call hari tu sehingga malam.

Sehingga pukul berapa tu sebenarnya bergantung pada doktor pakar/MO/houseman senior yang on call pada hari tu. Contohnya Bunge kat OnG habis selalunya pukul 11 malam(esok pagi mula kerja pukul 630pagi) manakala saya di Paeds secara purata habis pukul 930 malam(mula kerja pukul 730pagi).

Berlainan dengan jabatan lain, jabatan pediatrik akan ada round malam dan saya dibenarkan pulang sebaik sahaja round malam tamat. Jadi bergantung juga pada pukul berapa pakar datang buat round, kerana selain ward saya, ada berapa lagi ward lain. Kalau pakar mula round di ward saya, maka balik awal lah saya hari tu.

Di jabatan lain pula, mengikut pemahaman saya, tiada round malam, jadi waktu balik tu tak menentu bergantung pada keputusan doktor yang on call. Kakak saya di Sungei Buloh pernah tagging sampai 3 pagi di jabatan Surgery, tapi sekali je kut macam tu.

Di waktu tagging ni, adalah penting untuk houseman baru belajar bagaimana sistem rawatan di ward hospital Malaysia berfungsi. Kena tahu (contohnya di Paeds):-
1. apa susun atur case history(ticket) dan clerking di hospital Malaysia
-apa ciri khusus setiap jabatan, contohnya paeds perlu delivery, immunization, developmental dan diet history
-mantapkan dan lancarkan susun atur soalan pada ibu bapa pesakit
-apa yang perlu ditanya bagi setiap symptom di dalam anamnesis

2. bagaimana teknik betul melaksanakan prosedur dan bagaimana prosedur makmal patologi berfungsi
-teknik mengambil darah yg betul, contohnya kalau tak goncang FBC tube nanti clotting, pastu sampel ditolak makmal, pastu kena ambil darah sekali lagi
-kalau sampel darah urgent apa yang perlu dibuat, di mana makmal terletak
-tube untuk FBC, RP, LFT, bekas untuk VBG yang mane satu
-cara ambil nasal swab H1N1 wet and dry

3. apa dokumen perlu tahu atau perlu diisi
-dokumen notifikasi untuk penyakit Denggi, Malaria, H1N1
-dokumen untuk hantar ujian darah
-surat referral
-mana nak baca growth chart, temperature chart, IO chart, PCV chart(Denggi), vital sign
-cara tulis prescription untuk inpatient, outpatient

4. apa rutin harian di ward spt pukul berapa round berlangsung, bila masa buat review dan sbgnya
-pukul brape masuk kerja, buat review, AM round, PM round, night round, pukul brape balik selalunya
-bila nurse ambil VS, kasik ubat
-kalau perlu rawatan segera, apa perlu buat
-setiap lab result perlu ditandatangan, dicop

5. cara untuk bentang kes pada doktor pakar setiap kali round
-apa yang MO atau pakar ingin tahu daripada setiap pesakit
-hafal kes setiap pesakit di bawah jagaan kita(setengah pakar tak kasik baca)
-apa dinamik yang pakar expect kita tahu tentang pesakit
-tahu setiap jenis ubat atau rawatan yang pesakit kita ambil, hari ke berapa(contohnya oseltamivir hari ke-3, cefuroxime hari ke-4, correction NS 1000ml in 12 hours)

6. bagaimana proses discharge pesakit
-dinamik keadaan pesakit
-siapa berkuasa discharge pesakit
-apa dokumen perlu diisi
-kalau diberi ubat, perlu isi PS
-kalau ada follow up, isi buku follow up
-kalau pesakit AEBA pastu nak kasi MDI treatment di rumah, perlu ajar ibu bapa macam mane nak guna

7. setiap kata singkatan yang diguna oleh staf
-BHT fail case history(nama penuhnya saya tanya nurse, senior, setakat ni takde orang yang tahu)
-FBC full blood count, RP renal profile, VBG venous blood gas, blood C&S blood culture and sensitivity
-PCM paracetamol(lepas aku tanya senior tu, rasa malu gila sebab tak tahu), EBB cream
-ICR intercostal recession, DRNM dual rhythm no murmur, PU pass urine, BO bowel output
-PS prescription slip, IO chart input and output, CBD continuous bladder drainage(catheter)
-DAN BANYAK LAGI, yang penting jangan malu tanya
-AGE acute gastroenteritis, AEBA acute exacerbation of bronchial asthma

8. cara memberi rawatan
-cara kira fluid maintenance, fluid correction, potassium deficit, requirement
-cara kira dosage untuk setiap ubat untuk setiap pesakit spt antibiotic, PCM
-cara beri ORS
-cara prescribe nebulizer contohnya kanak-kanak bawah setahun kasik
        Neb. Salbutamol 1:3 stat, kena tahu apa maksud 1:3 tu, berapa mg salbutamol ada dalam ratio tu. Berapa kali dibenarkan kasik Neb jika keadaan pesakit tidak semakin baik. Kita kena auscultate peparu pesakit setiap kali lepas Neb untuk kenalpasti keadaan pesakit. Kesan sampingan Neb seperti tachycardia perlu dipertimbangkan bagi setiap pesakit. Semua ni saya belajar masa tagging.

9. Dan BANYAK LAGI!!!!!!!!

Waktu masuk kerja

Waktu balik kerja
Selepas tempoh tagging ni tak bermaksud kita perlu dah tahu semua. Tidak. Proses pembelajaran akan berterusan, cuma tempoh 'perhambaan' ini mendedahkan houseman dengan sebanyak mungkin supaya beliau memperoleh keyakinan untuk bekerja sendiri tanpa terlalu bergantung pada houseman senior atau MO lain.

Ingat, tempoh tagging ini adalah supaya houseman dapat MENYESUAIKAN DIRI dan MEMBINA KEYAKINAN untuk bekerja sendiri kelak. Disebabkan itu, jika houseman merasakan bahawa beliau belum yakin untuk bekerja sendiri, maka dia boleh minta supaya tempoh tagging disambung sehingga beliau peroleh keyakinan. Ini tidak dikira sebagai extension malah bukan satu yang mengaibkan. Sesetengah daripada kita memang memerlukan lebih masa untuk menyesuaikan diri.

Jadi bezanya apabila kita telah tamat tempoh tagging ini adalah, kita akan diberi cubicle sendiri atau pesakit sendiri untuk dijaga. Yakni, daripada clerking, review, ambil darah, prescription, monitor perkembangan pesakit, bentang pada pakar, pasang IV line sehingga ke discharge adalah menjadi tanggungjawab kita. Tiada orang nak mengingatkan bahawa pesakit ni tak amik darah lagi(kadang-kadang nurse ingatkan), IV tak pasang lagi dan sebagainya.

Jadi dengan itu bermulalah hidup saya sebagai houseman yang sebenar. Yang bagusnya balik kerja lepas pukul 5, kalau pakar dah baliklah(jangan balik sebelum pakar balik, atau selagi kerja tak abis). Yang tak bagusnya, bermulalah nama kita masuk jadual on call.

Setakat ni saya baru pernah sekali buat on call. Jadi bila dah banyak kali buat on call nanti baru saya cerita pasal on call ni.

Saya lupa pula nak beritahu yang masa dalam tempoh tagging ni korang akan kerja sampai hari Sabtu dan Ahad. Tiada hari cuti! Tetapi bila dah habis tagging, di Paeds HKL ni saya dapat cuti hari Sabtu dan Ahad kecuali kita on call hari tu(tulah sebabnya saya boleh ada masa tulis artikel ni). Tetapi kalau jabatan lain, tak semuanya begitu. kalau Medical, hari Sabtu dan Ahad, houseman tetap kena kerja, tapi kalau tak silap saya separuh hari jelah.

Semasa saya tagging dulu, memang sangat letih secara fizikal. Tumit tu rasa macam calcaneus tu sentuh lantai dah. Kalau balik pukul 10 tu, barulah pergi cari makan malam. Pukul 11, baca sikit nota ringkas saya untuk hari tu, kemudian tidur. Tidur tu memang rasa tak cukuplah. Walaupun kita rasa letih, tapi tak rasa ngantuk kerana kerja sentiasa ada depan mata. Tapi kalau takde kerja buat seketika tu, rasa kelopak mata ni macam kena gam gajah dah. Letih punya letih, saya rasa adrenalin baru mula kerja tu banyak membantu untuk mengharungi tempoh tagging saya. Kalau saya letih, tak tahulah mereka yang tagging di Medical, Surgeri dan O&G rasa macam mana. Itulah sebabnya, bila saya makan luar ngan kawan lain, kawan-kawan macam Bunge, Izat dan Hana, susah sangat nak jumpa kerana keletihan yang teramat.

Nasihat saya 2 jer, sediakan makanan dan minuman ringan dalam beg siap-siap masa tagging(sebab banyak berpeluh, badan kurang air) dan BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH.

InsyaAllah di dalam artikel seterusnya, saya akan ceritakan tentang kelengkapan yang perlu ada pada seorang houseman(kalau dah tentukan awal-awal apa yang nak diceritakan, rajin skit nak menulisnya).

Sebarang soalan berkenaan tagging dialu-alukan.

Salam 1Malaysia.

33 comments:

  1. penuh informasi...

    terus kan menulis..ianya satu ibadah...

    ReplyDelete
  2. Elaborate ttg salbutamol tu please..

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah saya akan terus menulis.

    Salbutamol tu susah nak jelaskan kat sini. Nanti kerja nanti korang belajarlah.

    ReplyDelete
  4. nice one azzad. at least hang ada masa lagi nak online.

    ReplyDelete
  5. Dr Azzad..time kasih..

    Info yg sgt bguna! Truskan menulis..

    ReplyDelete
  6. wah..sabtu ahad cuti???!!??!?!?!??!?!?!?!?!?!
    bestnye!!

    ReplyDelete
  7. BHT = bed head ticket

    kat HSAH, sp , paeds ward tagging pun seminggu. time tagging 7am-9pm

    specialist ckp, "jgn pikir kamu stay sampai lewat malam, saya akan ckp kamu rajin..itu tandanya kamu kerja x efisyen"..haha

    setakat ni penah jaga satu ward ja..ward yg byk case : neonatal jaundice, premature infant, presumed sepsis, infant of diabetic mother, acute gastroenteritis

    dah oncall 4kali dah..1st time oncall dah kena halau ngn HOD sebab tak update lab result..

    sbenarnya utk overseas grad yg masuk hujung2 thn dah, byk advantage sbb dah ada senior HO yg bleh tolong tunjuk ajar..tu kat HSAH la, xtau la kat HKL yg bz tu

    azzad, ko xde notes managemt dr senior ke dalam comp? nak bleh?????

    ReplyDelete
  8. Wi: tu jabatan pediatrik je yang cuti sabtu ahad. tak silap aku tahun lepas senior Gana Volgo kata sabtu ahad tak cuti pun. skrang houseman dah berlambak kut.

    Wi kalau kau nak tulis post boleh gak kat blog ni. Aku tambah kau jadi author. Susah gak kalau aku sorang je tulis. Boleh kau cerita tentang jabatan surgery pulak ngan hospital ampang.

    Husna: Kau ada beli buku protokol tak yang warna hijau tu. Dalam tu semua management ada. Nanti post aku seterusnya aku tangkap gambar tunjuk kau.

    Kau kat neonate he, aku kat general peads skrang. Lepas 12 minggu baru pergi sana.

    Biasalah kena marah tu. Aku awal2 tu macam tertekan juga sebab kena marah selalu. Skrang pun tertekan lagi cuma kurang lah. Harap2 Allah lapangkan dada.

    Aku dah 4 kali on call gak. Cuma aku tulis artikel ni skit2, tu yang tak kemaskini tu.

    ReplyDelete
  9. wow!
    aku baru tag 3 hari kat Ortho, kerja tu tak la byk sgt tp masalahnya aku yg xtau nak buat!!

    and tagging with a 1-week first poster doesnt help much either! HO ward aku sume yg junior2 je.. diorg pon terkial2 gak lagi.. :(

    good luck guys!!

    ReplyDelete
  10. -buku kaler hijau paeds protocol tu dah beli dah..cuma kalau ko ada yg lebih simple,ringkas dan padat, aku nak..hehe

    -skrg kt ward neonate yg dah stable, case pn xsusah sgt..next call kena p ward paeds general, acute case..risau..risau..

    ReplyDelete
  11. salam azzad..

    sgt best. terima kasih tulis sumer ni.. sgt berguna tuk kami. at least kami tahu n cuba prepare diri kami sebaikmgkin dari skrg..

    xsaba tggu next n3... all da best.

    to husna. topup2 la jg apa2 kt sini ye. bleh share kan... boleh x azzad?? =)

    ReplyDelete
  12. tenkiu dr azzad.. teruskn menulis.. sgt2 berguna tuk kitaorg junior2 kt volgo.. :)

    ReplyDelete
  13. syabas!teruskan menulis..insyaAllah ada manfaat..

    p/s:kalau tukar background putih sedap sket baca kot azzad..background ni tak cantik

    ReplyDelete
  14. yes!!! sebab tu lah aku perlukan korang sumer belajar bersungguh2 masa tagging

    ...supaya bila aku masuk kerja nnti..korang sumer dah jadi senior HO..pastu leh ajar aku..

    Helmi masih menanti surat induksi..yadayada

    ReplyDelete
  15. utk korg yg tengah cycle paeds ke:, rajin2 study common case kt paed, contohnya
    1)neonatal jaundice,
    2)infant of diabetic mother,
    3) acute gastroenteritis
    4) transient tachypnea of newborn,
    5)congenital pneumonia
    6)hypoxic-ischemic encephalopathy,
    7)thalassemia,
    8)dengue,
    9)meconium aspiration syndrome
    10) PREMATURITY

    bak kata pepatah, baca je semua..hehe

    ReplyDelete
  16. Best gile azzad..cume khidupan di semenanjung lg best..pnah tak ko merase jage 20 patients??..mmg mcm nk kojol..pasl tagging tu actly ko ble claim 100rm perday..so the more u tag the more u get..bes gle..mmg kerje mcm hambe..mne tak nye..mo n spcialist order je..kite yg kne buat n dpt kn..bnde yg ssh nk dpt slalu nye radiologist..order ct n mri cam tu je..yg nk mngexplain ho kpd radiologist..korg pikir lh soalan maut depe..plus cycle radio di volgo mmg musar..care nk idop..ko kne pndai goreng n putar alam..cnth:patient dngn jelas hyponatremia..LOC..mmg sah2 lh..no DM,ESRF..MO order CTbrain..ko p radio..depe tanye BUSE..klu ko ckp na,urea&Cr xnormal ssh2 depe akan maki..so nk idop pndi2lh ko goreng.CT dpt korg pn xkne mrh dng MO..satu lg..once dpt blood Ix tu trus buat correctn if needed lh..ni kalu K dh tinggi gilos..ecg pn ko xbuat,kalimate xbg,insulin chase xbg..xinfirm..maka mati lh ho itu dimaki..so ksmpulannye,Ho kne pantas,tau nk manage,living skill mau ade,jng malu n baik2 lh dng nurse.

    ReplyDelete
  17. boleh tak saper2 explain lebih lanjut pasal clerking? thanx :)

    ReplyDelete
  18. kalo kita tak tahu pasal certain2 kes yg ditugaskan...saper nak ditanye...katakan patient baru masuk and kita tak tahu diagnosis? nak refer to saper?

    ReplyDelete
  19. macam mana nak tahu ubat aper untuk di prescribe utk patient?

    ReplyDelete
  20. Syafiq: Oh boleh ye claim sapik, tak taulak aku. Tapi HO lain takde cakap pun pasal tu. nanti aku tanya.

    Anonymous: kalau tak tahu kau tibai je diagnosis yang rasa betul. Nanti MO atau specialist buat round, diorang kasik lah diagnosis diorang. Tapi kekadang diorang tengok gak apa diagnosis kita, kalau tersalah sangat, mmg cari pasal lah. Diagnosis yang kau buat tu kenalah relevan dgn maklumat kau dpt daripada pesakit.

    Management tuh kau kena taulah. Kau rajin2 lah tengok case history pesakit2 lain. tengok apa treatment yg dibagi utk penyakit tu. apa antibiotik utk pesakit itu ini, IV ke syrup ke tablet. pastu kalau yg kes acute, kau kena tahulah apa immediate management. takdelah kau nak tunggu MO ke specialist buat round baru nak kasik treatment. kalau tak tahu sangat, kau tanyalah HO lagi senior. Kalau kes acute, kau tanya MO terus.

    Clerking lah macam biasa, buat examination. Kalau pediatric, kau mmg kena tahulah guna otoscope, buat throat examination. Setiap budak kena periksa dua2 benda tu. Dua benda alah nilah yang aku tak berapa yakin sangat buat masa awal2 dulu. Sebab tak biasa. Kena taulah apa yang perlu dinilai. Kalau budak2 ni dalam masa 1 saat je kau leh sempat tengok tekak dia. Dalam masa tu kau kena nilai throat injected ke, ada ulcer ke, ada exudate ke. Tonsil enlarged ke, kalau enlarged grade brape, ada exudate ngan ulcer ke dan sbgnya.

    ReplyDelete
  21. thank u jwb soklan sayer pasal diagnosis tu. lepas jumpe pesakit, n before MO and specialist buat ward round...leh tak kita gi jenguk buku jap...nak revise ke....actually ader ke tak maser lg nak revise biler stat keje nnti? lets say kita tak sure nak diagnos aper...kiter gi refer jap...leh ke?

    ReplyDelete
  22. what practicals stuff dat u confirm hafto kno when doing housemanship? stuff dat if u dunno, they will literally kill u?

    ReplyDelete
  23. aper kes2 acute yg slalu dapat? and my final question, becoz dah byk sgt tny.....hehe...wat to prepare before u start HO...wat to read and know....what to buy and stuff....? and i really appreciate u even bothered to answer...thank u so much.

    ReplyDelete
  24. Boleh je nak jenguk, takde sesape nak marah pun. Tapi kalau boleh janganlah depan pesakit. Cuak dia.

    Bab praktikal nih, mmg kalau dah biasa buat memanglah lagi bagus. Tapi kalau nak cerita tentang diri aku ni, yang tak pernah buat praktikal kat Malaysia, kau belajar sambil buatlah. Blood taking ke, branula insertion ke, semua aku blajar betul2 masa jadi HO. Kalau boleh tu korang biasakan buat physical examination(palpation, auscultation etc) kat sana.

    Kes2 acute kat peds ni selalunya acute gastroenteritis with severe denydration(kena tahu macam mana nak kasik maintenance dan correction fluid, bila kena kasik bolus), acute exacerbation of bronchial asthma(kasik Nebulizer, oxygen, IV hydrocortisone) dan severe pneumonia. Dekat department lain, lain pulak ceritanya, kak izat kat surgery kata kes triple A lah yg cuak. Tapi awal2 posting ni selalunya dia kasik cubicle stabil kat kau. Lepas sebulan lebih, baru kau jaga cubicle subacute atau acute.

    ReplyDelete
  25. Azzad..
    Nak conform ni, tagging tu boleh claim RM100 ke? Bgimana nak claim ya?

    ReplyDelete
  26. Aku pernah dengar benda nih jugak. Tapi kerani pejabat kata, tidak boleh tuntut untuk tagging.

    ReplyDelete
  27. artikel yg amat membina.. sy amat memerlukn informasi sebegini, bg menyiapkn diri kearah HO nnt... tulis la lg pengalaman yer.. syukran awi~

    ReplyDelete
  28. Thank you so much for sharing this. You inspired me a lot. May Allah bless you & your good deeds always :)

    ReplyDelete
  29. Thank you so much for sharing this. You inspired me a lot. May Allah bless you & your good deeds always :)

    ReplyDelete

Sila beri komen yang berfaedah untuk penulis dan pembaca lain. Jadilah pengguna internet yang bertanggungjawab.