KOSONG
Semua orang pernah jatuh. Jatuh daripada
satu tahap euphoria dan berkeyakinan diri, akhirnya tersungkur di atas tanah
juga. Pada ketika itu jiwa rasa kosong, rendah diri selimut diri dan sedar
kembali siapa dirinya. Mungkin ini adalah peluang untuk kita belajar tentang
erti kehidupan.
![]() |
Setelah jatuh, barulah kita tahu betapa kecilnya kita. |
Namun ada kalanya kita rasa sukar untuk
terima bahawa kita bukan berada lagi di atas. Menyebabkan kita hilang perasaan,
bersikap acuh tak acuh dan menyendiri.
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Surah al-Baqarah 2:155)
INSPIRASI BUKAN MOTIVASI
“Dengan motivasi, semangat itu akan berhenti apabila kita telah capai matlamat kita, tetapi dengan inspirasi ianya akan memberi kesan sepanjang hidup kita,” kata seorang pakar motivasi di radio IKIM.fm.
Bukan semua isteri dapat kata-kata
inspirasi daripada suaminya. Bagaimana pula kita ingin dapatkan kata-kata
inspirasi daripada Allah swt, sedangkan Dia tidak bercakap dengan kita?
![]() |
Mencari inspirasi di Forum Syurga Cinta anjuran KAMU '11. |
Siapa kata Allah swt tidak berkata-kata? Marilah kita membaca tafsir al-Quran. |
AJAL
Jiwa berkecamuk melihat tubuh mayat di atas
meja. Berkecamuk ketahui ajal si polan ini telah tiba.
Membaca surat arahan polis untuk bedah
siasat, jiwa rasa tidak sedap. Seorang meninggal ditembak polis ketika cuba
merompak. Seorang meninggal secara tiba-tiba ketika bersama teman wanita di
bilik hotel. Seorang penagih meninggal di jalanan keseorangan.
![]() |
Apabila jiwa tidak peduli. |
Jiwa kata berkecamuk tetapi diri tetap
sanggup melakukan dosa.
JIWA FACEBOOK
Jiwa manusia memerlukan kata-kata makna supaya
diri dapat hidup dengan positif. Namun kehidupan moden memperlihatkan manusia
semakin hidup menyendiri dan ketika bersosial, kurang pengisian bermakna.
Di mukabuku(facebook), jiwa moden
menjadikannya medium untuk meluahkan isi hati jiwa. Jiwa meronta-ronta menagih
perhatian orang ramai untuk mengisi kekosongan. Salahkah jiwa? Mendamba
perhatian adalah sebahagian daripada naluri manusia, namun perlulah diluah pada
cara dan tempat yang betul.
Apabila kawan-kawan meluahkan jiwa di
mukabuku, marilah kita semua memberi komen kata-kata bermakna. Kerana kata-kata
makna akan mengisi jiwa mereka.
![]() |
Jiwa penyokong Arsenal lusuh. Mereka sorak kemenangan Man City di mukabuku tetapi lupa kekalahan mereka sendiri. Berikanlah kata-kata peringatan kepada mereka. |
JIWA SUNYI
Suatu hari dalam perjalanan balik kerja,
saya rasa sesuatu perasaan dalam jiwa. Suatu perasaan tidak sedap. Maka saya
pasang lagu nasihat Ramli Sarip kuat-kuat dalam kereta. Ternyata ia bukanlah
rasa kebosanan.
Saya pergi beli makanan, kemudian makan.
Ternyata ia bukanlah rasa lapar. Apabila langit semakin senja, saya persiapkan
diri ke masjid untuk bersolat Maghrib. Selepas solat, saya cuba merungkai
perasaan dalm jiwa.
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Ar-Ruum 30:21)
Adakah ini perasaan Nabi Adam as sewaktu di syurga keseorangan suatu ketika dahulu? Tiada nikmat sekeliling yang mampu menggantikan. Perasaan jiwa seorang lelaki yang mendambakan seorang wanita sebagai teman.
![]() |
Kadang-kadang langit pun tidak dapat mengubati jiwa lara ini. Bukan salah mu langit. |
Terima kasih atas sokongan pembaca semua. Jika anda rasa blog ini berfaedah bagi rakan-rakan anda yang lain, jemputlah mereka baca sekali.
inspirasi pnting utk mneruskn hidup.. :)
ReplyDeletekadang kala jiwa ini perlu mencube 1001 mcm cara utk menenangkannyerr...namun pastilah mengingati Ilahi menjd keutamaan..tp kadang-kadang ku gemar menyumbangkan suara buat sumbangan hati yang lara
ReplyDeletemasalah emosi , masalah hati adalah masalah yang paling susah nak handle !!
ReplyDeleteback to HIM , that is the BEST way !!
http://drmuslimah.blogspot.com/2011/10/jawapan-untuk-masalah-emosi.html
kelakar sungguh penyokong ManUre... mereka mengalihkan kemarahan kalah dengan pasukan jiran kepada penyokong pasukan lain.. mereka enggan mengaku yg pasukan mereka bermaen terok.. busuk sungguh jiwa penyokong ManUre.. sungguh saya x faham mereka ini.. adoiyai..
ReplyDeletebersbarlah wahai saudaraku...
ReplyDeletesesungguhnye akan tiba saat dan waktu itu..
dimana kamu akan memperolehi jawapanya...
andai ada masa terluang carilah buku AKU TERIMA NIKAHNYA dari USTAZ HASRIZAL ABDUL JAMIL..atau layri blog ustaz tersebut ( http://saifulislam.com/ ) insyallah dari situ akan perolehi satu cerita tentang kehidupan.. sekian
salam..
ReplyDeletetq akhi. sy sbg medical student, bnyak blajar dgn penglman akhi melalui blog ni. kdg2, betul juga, bila result exam x brapa nk best, jiwa rasa kosong, kecewa, hilang segala euphoria.
tp kita kdg2 lupa, yang Allah sntiasa ade..^^
salam,
ReplyDeletealhamdulillah sebab Allah kabulkan doa saya dan bagi sy peluang ambil medic....kat india pulak...tempat yang penuh dengan senario2 yang mampu buat kepala jadi pening....ditambah pula dengan kepadatan jadual selaku student first year....semua ni mengajar saya erti sabar, erti syukur....
tapi saya sedar belajar lagi senang drp kerja....blog ini buat sy lagi sedar akan tanggungjawab besar bakal saya tanggung suatu hari nanti insyaAllah....
bab cari teman, saya rasa doktor dah boleh mulakan quest tersebut...mencari pendamping setia...mana tau hilangkan sikit kusut di dada...
siapa pun bakal isteri doktor nanti, mudah-mudahan bahagia ke akhir hayat
semoga bahagia hingga ke akhir hayat....AMINNNN YA RABBAL ALAMIN
ReplyDeletesalam,,dr jelasnya 1 je etiotropic treatment tuk dr.- anda harus kahwin ni..
ReplyDeletesalam..da sampai masa ni tuk mengubat jiwa yg kosong tu..
ReplyDeleteskrg da jadik mo, satu fasa da berjaya.. tunggu berumah tgga plak pasnie.. =)
salam ziarah, dr,nk minta maaf, tak tahu mcm mana link blog saya byk sgt dekat "links to this post" bawah ni..bukan saya yg buat..huhu..dapat tahu ni pun lepas cek account nuffnang tadi..malu pulak rasanya, tapi tak reti nak remove mcm mana..sorry dr ye.
ReplyDeleteSeseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik olrh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai.. Semoga semua urusan Dr. dipermudahkn oleh Allah n sentiasa berada dibawah naugan rahmat Allah..
ReplyDeletecari mertati sayap patah..
ReplyDeleteRoda dunia selalu berputar..pasti satu masa kita akan berada di bawah
ReplyDelete
ReplyDeleteشركة تسليك مجاري بجازان
شركة تنظيف بجازان
شركة مكافحة النمل الابيض بجازان
شركة مكافحة حشرات بجازان
شركة رش مبيدات بجازان
شركة تنظيف واجهات زجاج بالدمام
شركة مكافحة الحمام بالجبيل والقطيف
شركة تنظيف بعنك وصفوي وسيهات
شركة تنظيف منازل بحفر الباطن
شركة مكافحة حشرات بحفر الباطن
replica goyard bags replica bags korea replica bags china free shipping
ReplyDeletemy link Louis Vuitton fake Bags click to find out more Louis Vuitton Dolabuy read this post here Loewe Dolabuy
ReplyDeletebrowse around this web-site k6a97v2m51 louis vuitton fake replica bags seoul replica bags in gaffar market replica gucci bag f3x02j9v47 zeal replica bags reviews Recommended Reading f9g05k1x29 replica bags replica bags pakistan
ReplyDelete