Sunday 11 September 2011

SAJAK UNTUK PARI-PARI PENYAIR

Sukarnya,
Menyimpan perasaan,
Menghadang ombak kerinduan,
Pada,
Pari-pari penyair.

Percayalah,
Langkah ini,
Disiplin diri,
Adalah tiang,
Kelak syurga dunia,
Agar utuh dirahmati-Nya.

Percayalah,
Diri persis dalam usaha ini,
Kerna ku cinta Ilahi,
Maka diri dambaimu.

Memasak Laksa Penang buat kali pertama dalam hidup.



Sabarlah,
Pari-pari penyair,
Syairmu,
Menyayat hati,
Membuat diri gundah gulana,
Risau,
Pari-pari menderita di sana,
Sabarlah,
Pari-pari penyair.

Ketahuilah,
Perjalanan,
Tidak henti,
Pada sarungan cincin,
Malah jauh lagi dari itu,
Perjuangan,
Tidak tamat,
Pada sentuhan tangan kali pertama,
Malah mencabar lagi dari itu,
Maka apalah,
Yang kita rasai sekarang!

Sehingga ke hujung,
Perjalanan,
Perjuangan,
Harap pari-pari sudi,
Temani diri ini.

Terima kasih atas sokongan pembaca semua. Jika anda rasa blog ini berfaedah bagi rakan-rakan anda yang lain, jemputlah mereka baca sekali.

10 comments:

  1. kenapa bila baca rasa sedih ek?? mcm kcb lah plk

    ReplyDelete
  2. alamak..keluarkan la entri lain lak...adoiyai...bersajak2 akhir2 ni..

    ReplyDelete
  3. kenapa harus gambar laksa tu??aduhai...sedap pulak laksa tu ye..

    ReplyDelete
  4. pasti pari-pari itu akn temani hingga ke syurga~

    ReplyDelete
  5. As salam tuan Dr. Kebelakangan ni nukilan Dr banyak makna yang tersirat dan berkias2. Nampak mcm ada tanda2..... hehe. Moga segalanya di permudahkanNYA.

    kak rohani.

    ReplyDelete
  6. pari pari hanya boleh menyampai hasrat melalui syair.aku suka.bahasa lebih indah

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum doktor,

    saya merupakan pelajar medik luar negara.sekarang masih di tahun 3.
    saya selalu mengikuti perkembangan yang diceritakan oleh doktor..
    kalau boleh ceritakanlah sesuatu yang lebih praktikal contohnya, kenapa pesakit macam ni alami macam ni, sbgi cnth kenapa pesakit diabetes yg baru lepas kne potong kaki ada edema. dan yg saya tahu ia disebabkn postoperative complication, betul kan?

    erm, rasanya masyarakat perlu tahu serba sedikit ilmu medik. saya tahu doktor mempunyai kekangan masa untuk menulis panjang. ini cuma cadangan yang mungkin membina yang mungkin dapat membantu masyarakat am mahupun pelajar-pelajar medik khususnya. sekian :)

    ReplyDelete
  8. hehe, sekejap saja saya dah faham dan tahu siapa orangnya.nampaknya tak bertepuk sebelah tangan.semoga semuanya berjalan lancar, diberkati Allah

    ReplyDelete
  9. hehe stuju dgn kak DD..sy pula tlg aminkan.....amin...

    ReplyDelete

Sila beri komen yang berfaedah untuk penulis dan pembaca lain. Jadilah pengguna internet yang bertanggungjawab.