Salam
SIBUK
Sudah sebulan saya berada di Jabatan Perubatan Am. Tema hidup kini adalah ‘Sibuk, sibuk dan sibuk.’ Walaupun jaga pesakit 10 orang sahaja beberapa minggu lepas, tetapi kerjanya tiada henti. Habis satu kerja, datang kerja yang lain.
Zaman belajar dulu tidaklah sibuk. |
Penting untuk bekerja dengan tersusun di sini supaya kerja dapat dilaksanakan dengan baik. Maka selepas round pagi doktor pakar, saya akan senaraikan pada sehelai kertas semua kerja dan prosedur yang perlu dibuat. Di jabatan lain, saya hanya ingat di kepala sahaja sudah cukup.
ATURAN
Untuk penempatan Perubatan Am di HKL, doktor perubatan siswazah akan ditempatkan selama 2 bulan di wad lelaki dan 2 bulan di wad perempuan. Selain itu di dalam jangkamasa tersebut, kita juga akan diletakkan di peripheries selama sebulan seperti di Coronary Care Unit(CCU), Coronary Rehabilitation Ward(CRW), High Dependency Ward(HDW), wad geriatrik, wad stabil dan juga di physician clinic(PC).
Rindu Vietnam. |
Saya telah memohon kepada Abg Fazli Rambut Panjang(pengurus Peg Perubatan Siswazah di Jabatan Perubatan Am) supaya meletakkan saya di CCU kerana ianya tampak mencabar dan juga di PC supaya saya dapat pendedahan sebelum membuat locum kelak(duit-duit-duit).
Sekali ketika saya ke pejabat untuk menguruskan sesuatu, Fazli menyambut dengan kata, “Saya sayang?.... saya sayang?...” seperti suruh saya menghabiskan ayat. Saya yang terpinga-pinga pun menjawap, “..sayang menyayang?!” Rupanya beliau merujuk kepada artikel blog saya yang lepas. “Saya sayang sate laksa laaahhh.” Lepas tu gelak seorang.
BEZANYA
Bekerja di Jabatan Perubatan Am benar-benar membuka mata saya tentang pelbagai jenis penyakit yang wujud di muka bumi ini. Kerana kita terdedah dengan pelbagai jenis penyakit yang setiapnya memerlukan pelan rawatan yang tersendiri. Daripada penyakit yang kerap jumpa seperti Hypertensive urgency dan Uncontrolled Diabetes Mellitus hinggalah ke yang jarang dijumpa seperti Bell’s palsy, Elephantiasis dan Horner's syndrome, kita perlu tahu apa yang perlu ‘dicari.’
![]() |
Apakah ini??!! |
Bagusnya ini menyebabkan saya lebih banyak rajin membaca kebelakangan ini. Ini sangat berbeza berbanding penempatan yang lain. Saya sudah mula cetak kebanyakan Clinical Practice Guidelines dan membacanya.
MATI AKAL
Namun kadang-kadang tu, kita sendiri tidak tahu apa penyebab/penyakit kepada tanda-tanda yang ada pada seorang pesakit. Selepas beberapa hari, tanda-tandanya menjadi semakin pelik. Keesokan paginya datang kerja, perasan pesakit sudah tiada di wad. Beliau telah meninggal setelah membentuk severe metabolic acidosis.
Ada kes pula, pesakit datang pada waktu petang dengan hanya mengadu rasa letih. Tengok-tengok sel darah putih meningkat sehingga White Blood Cell – 510. Full blood picture segera menunjukkan beliau ada Chronic Myeloid Leukaemia. Keesokan paginya menghadapi sesak nafas dan meninggal. Kami suspek beliau mendapat Tumour Lysis Syndrome. Begitu cepat perubahan berlaku pada pesakit.
![]() |
Sampel darah pesakit tersebut di dalam tiub EDTA. Boleh dilihat satu lapisan sel darah putih terapung. |
SENIORITA
Bagusnya di sini, saya dapat banyak melakukan prosedur seperti lumbar puncture, bone marrow aspiration, peritoneal tapping dan sebagainya. Malah saya dapat intubate seorang pesakit dengan Mallampati Class 4.
![]() |
Langit di Volgograd, Rusia. |
Malah memandangkan saya sudah senior penempatan ke-5, MO lebih mempercayai saya. HO muda yang lain juga merujuk pada saya dan senior lain bila bertanya atau memerlukan bantuan. Maka saya pun mengambil kesempatan menambah pahala dengan mengajar mereka. Ambil kesempatan!
KATA HATI
Dato’Jeya(ketua jabatan) sewaktu perjumpaan dengan HO ada bertanya, “Among you all, who really wants to become a doctor?” Beliau terkejut apabila hanya 4-5 orang yang mengangkat tangan di kalangan 40 HO di situ. Beliau membuat kesimpulan bahawa kebanyakan daripada kami tiada niat pun ingin menjadi doktor. Saya tidak mengangkat tangan.
Namun persoalan bermain di fikiran saya seketika. Saya percaya ramai di kalangan kami yang berminat menjadi doktor sebenarnya, namun suasana dan keadaan kerja di hospital kerajaan di Malaysia yang telah berjaya melunturkan cita-cita kami dan menjadikan kerja ini hanya sekadar mencari makan.
![]() |
Penghalang perubahan persekitaran kerja doktor perubatan siswazah di Malaysia? |
![]() |
Penghalang perpaduan umat Islam di Malaysia? |
Mungkin satu hari nanti saya akan menulis dengan panjang lebar berkenaan perkara ini.
ILTIZAM
Apa-apapun sekarang ini, saya sedang berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan juga pelan rawatan saya ke tahap MO memandangkan saya akan menjadi MO tidak lama lagi. Dan suatu hari nanti, jika hati saya masih berminat, saya akan berusaha menjadi seorang doktor pakar.
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu? Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu. Yang memberati tanggunganmu,? Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu? Oleh itu, maka bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai, maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha, Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon. (Ash-Syar-h 94:1-8)
![]() |
Patutkah saya memilih jalan lain? |