Salam,
HARIMAU MALAYA
Berjuang demi negara. Ayuh!! Bersama Dr Khalid dan Dr Najmi. |
Tahniah diucapkan kepada pasukan Harimau Malaya yang telah menanam perasaan bangga di dalam diri setiap rakyat Malaysia setelah memenangi Piala AFF Suzuki 2010. Saya bersetuju dengan peringatan PM Dato’Seri Najib, “Jangan sokong ketika menang saja.” Terharu melihat begitu ramai rakyat Malaysia datang mengemuruni Stadium Bukit Jalil menyokong pasukan negara. Malaysia Memang Boleh!
Menyambut gol ke-2 Malaysia di Stadium Bukit Jalil. |
PENILAIAN
“You can’t even present this case properly to me!!!,” jeritan Dr Haliza(Pakar Perunding Kanan) boleh kedengaran dari hujung wad. Seketika, saya rasa bersyukur berada di bawah Pasukan Gyne-Onco kerana tidak perlu ‘berselisih dengan beliau.’ Namun seperti saya kata sebelum ini, kita tidak akan dapat lari daripada masalah atau cabaran selama-lamanya.
Sedang saya cuti hari Isnin, tiba-tiba Dr Nathan telefon, “Azzad, can you come to PLOG today. Me and Haliza will assess you.” Saya sudah agak benda-benda macam ni pasti akan berlaku dalam hidup saya. Namun alhamdulillah saya telah berjaya lulus. Beliau seperti tidak percaya bahawa saya adalah graduan dari Rusia, kerana beliau memandang rendah mereka.
Walaupun Dr Haliza ‘terkenal’ di Hospital Selayang dan HKL, namun saya rasa beliau tiadalah ‘jahat’ sangat(mentang-mentanglah dah lulus). Sewaktu jamuan di wad Gyne hari tu beliau berkata, “I can force you to read, but I cannot force you to learn.” Beliau sempat juga bercerita dengan kami cerita-cerita hantu di HKL. Dia okaylah.
BUKAN DUNIA NYATA
Ada kawan-kawan yang mengusik-usik saya. “Azzad kau janganlah memilih sangat,” sambil menunjuk-nunjuk pelajar perubatan UPM perempuan di hospital. ”If you don’t approach her, you’ll never get to know her,”seorang lagi berkata. Antara mereka ada yang turut membaca blog saya, dan mungkin disebabkan tulisan saya, suka sangat mengusik-usik bab-bab ni.
Saya kerap mengingatkan diri saya dan pembaca-pembaca blog saya yang saya berketemu, janganlah percaya sangat apa yang ditulis. Pada penghujung hari, kita akhirnya hidup di dunia nyata iaitu dunia sebenar. Saya gusar apabila pelajar perubatan memasuki dunia kerjaya kelak, mereka akan terkejut menghadapi dunia sebenar. Kerana ianya tidaklah seindah di blog saya. Tidak semua perkara dapat saya tulis di sini.
Di dunia nyata terdapat kebenaran jika kita mencarinya. |
Begitulah juga dongeng kononnya saya giat mencari-cari pasangan hidup. Itu lebih kepada sekadar gurauan untuk menceriakan hati pembaca(sebenarnya ada betulnya juga).
PANDANG RENDAH
Sewaktu di penempatan Jabatan Pembedahan dulu, ketika saya tagging suatu malam tu, Mr Naresh berkata, “What? You don’t know how to spell Fournier’s gangrene? What do they call it in Russia? Vladimir Putin’s gangrene??!!!! Hauhahahakhak.” Begitulah saya diperlekehkan setelah tidak tahu mengeja Fournier dalam BHT. MO dan registrar juga turut bergelak. Begitulah nasib graduan Rusia yang tidak biasa dengan sebutan perubatan barat.
Malu memanglah malu. Tapi bagusnya bila saya hadapi situasi seperti sedemikian, saya rasa seperti ditarik balik ke bumi, jejak kaki di bumi yang nyata. Ia menimbulkan perasaan rendah diri(yang positif)dan perasaan yang kita ini tidak cukup bagus(insecure). Saya suka perasaan itu kerana membuat saya rasa ‘hidup’(alive).
KERETA KECIL
Saya bangga memandu kereta Kancil saya. Dengan kereta Kancil kita boleh letak kereta dengan mudah, curi-curi masuk celah lorong dan sebagainya. Saya gembira.
Namun apabila gadis cantik berlalu di hadapan, akan timbul secara semulajadi, rasa segan untuk menuju ke arah kereta kancil saya. HO perempuan pula membawa kereta besar, malah jururawat pun membawa sekurang-kurangnya Perodua Viva atau Myvi. Saya tidak dapat menidakkan perasaan diri tidak cukup bagus.
Saya akan masuk dan duduk dalam kereta. Saya analisa perasaan tersebut. Patutkah saya rasa sedemikian? Kehadiran wanita benar-benar mencabar seorang lelaki. Namun janganlah biarkan ia sehingga menyebabkan kita melakukan sesuatu yang melampaui batas atau kemampuan.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya. (Al-Maaidah 5:100)
DUNIA SENYAP
Disebabkan terlalu bangga sangat lulus penilaian dengan Dr Haliza, Allah telah menimpakan saya dengan penyakit sakit tekak balik. Saya mempunyai allergic rhinitis(resdung). Tetapi kes saya berbeza berbanding orang lain, di mana lelehan turun ke belakang dan ke tekak. Akibatnya iritasi pada tekak menyebabkan saya selalu batuk dan sukar bercakap.
Cari ruang yang sunyi dan lihatlah langit. Apa yang anda nampak? |
Jadi terpaksalah saya duduk senyap sikit. Hidup dalam keadaan senyap mengizinkan kita perasan perkara-perkara di sekeliling kita, yang kebiasaannya kita tidak perasan, seperti kelemahan diri sendiri. Kadang-kadang dalam perjalanan pergi kerja pun saya cuba tutup radio bagi senyap. Dengan itu, saya dapat lihat kebenaran.
DUNIA NYATA
![]() |
Mencari keredhaan. |
Harap bermanfaat bagi pembaca.
Terima kasih atas sokongan pembaca semua. Jika anda rasa blog ini berfaedah bagi rakan-rakan anda yang lain, jemputlah mereka baca sekali.