Wednesday 27 October 2010

DOKTOR BERUBAH

Salam

Dalam Facebook, saya banyak baca status junior-junior VolSMU yang baru mula bekerja bulan lepas. Ramai mengadu tentang layanan MO dan doktor pakar, tekanan kerja, benci on call dan sebagainya. Ada juga yang ‘cuba’ berfikiran positif menghadapi alam baru bekerja.

Bergambar di depan sebuah masjid di Volgograd, Rusia.
Walaupun sekarang saya sudah jadi HO penempatan ke-4, pre-call syndrome(benci hidup, berdebar-debar, tekanan emosi) tetap ada tetapi tidaklah seperti dulu. Harap junior-junior Volgograd semua boleh bertahan. Volgograd vperiooddd!! Uuurraahhh!!

SAYA DULU

Dulu awal- awal kerja, saya bukan seorang doktor yang cukup baik terhadap pesakit. Itu saya akui. Sesekali saya benarkan tekanan mental dan emosi mempengaruhi diri saya.

Yelah, awal dulu, terpaksa belajar banyak benda baru. Terkejar-kejar kerana lambat buat kerja. Tak termampu hendak menghafal kes walaupun sudah baca banyak kali. Pasang branula tak dapat-dapat. Tertekan bila melihat HO senior lain nampak senang saja buat kerja.

Akibatnya, kadang-kadang saya bercakap kasar dengan pesakit dan ahli keluarganya. Memperlekehkan aduan mereka. Marah pun ada tapi jarang. Itulah kesan tekanan kepada saya.

Balik kerja, lihat pada langit memberi nafas kekuatan untuk
bermuhasabah diri.
HALANGAN

Keadaan juga tidak membantu, di mana di hospital kita akan jumpa berbagai ragam pesakit dan ahli keluarganya.

Ada yang memang bersikap dan bercakap kasar. Ada sekali, ahli keluarga diminta keluar kerana doktor mahu tengok pesakit. Anaknya berkata, “Apsal?! Nak buat ujikaji ker?!” dengan nada tidak puas hati. Kami semua terpinga-pinga.

“If something happens to my daughter, are you going to be responsible??!!” ugut seorang ibu kepada saya setelah meredah masuk bilik di Zon Hijau kerana lama menunggu. Anak beliau telah gugurkan kandungan tanpa pengetahuan ibunya.

“Saya bekerja di Kementerian Kesihatan, siapa nama doktor??!!”  kata anak kepada seorang pesakit setelah saya tidak benarkan beliau memotong giliran. Saya angkat kad nama saya, tunjuk depan muka dia dan kata, “Nama saya Dr Azzad!!” tanpa rasa takut.

Keluar bilik hendak pergi makan tengahari, terperasan ada
 asap tebal.
Rupanya ada bengkel kereta yang terbakar.

KECEWA/PELIK

Saya juga kecewa melihat pesakit yang tidak mahu menolong diri sendiri. Akhirnya menyusahkan ahli keluarganya dan juga doktor. Telah diberi ubat, tidak mahu makan. Ubat sudah habis, bukannya hendak pergi ambil baru. Bila sudah sakit teruk barulah hendak datang.

Semasa ulcer masih kecil lagi, malas mahu datang ke hospital jumpa doktor. Bila kaki sudah gangrene nak kena potong, kata hendak pergi merawat dengan bomoh pula. Kaki sudah dipotong, masih mahu merokok lagi.

Bila batuk berdarah, pergi jumpa bomoh rawat santau. Bila sudah teruk sangat, datang jumpa doktor, tengok-tengok separuh paru-paru dah kena jangkitan Tuberculosis(batuk kering).

Pelik sungguh.

LINTASAN PARADIGMA

Sewaktu makan di restoran sekali tu, saya begitu marah dengan pelayannya yang kerja lambat, bersikap tidak sopan dan tidak menghormati saya sebagai pelanggan. Setelah sampai di bilik, perasaan marah masih membuak-buak dalam hati.

Salah satu kedai saya kerap langgan. Bihun
sup utaranya sedap. Tapi selepas banyak kali makan,
jadi dah tidak sedap pula.

Di silingnya, terdapat gambar orang tua. Saya tanya tu gambar siapa?
Tuk Kenali tuan kedai kata. Balik bilik, saya baca serba sedikit tentang
Tuk Kenali di Wikipedia.

Tiba-tiba ketika menggigit bantal, Allah telah lintaskan dalam fikiran saya sesuatu perkara. Bagaimana pula saya sebagai doktor? Adakah saya telah memberi layanan yang terbaik kepada pesakit saya?

Senang untuk saya mengadu tentang kerja orang lain. Tetapi apabila saya berada pada kedudukan yang memberi perkhidmatan, adakah saya menunjukkan kualiti yang baik?


PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN

Apabila membaca secara ringkas Program Transformasi Kerajaan yang dicetuskan Perdana Menteri Dato’Seri Najib, saya agak teruja. Antara prinsip utama seperti penekanan terhadap kualiti kerja berintegriti, dan kenaikan pangkat atau jawatan berdasarkan kebolehan dan bukan senioriti adalah amat disokong.

Sektor perkhidmatan awam di Malaysia amat memerlukan suatu budaya kerja yang baru. Kita perlu mengikiskan imej tidak efisyen, birokratik dan kualiti perkhidmatan yang rendah.

Jadi saya berikhtiar untuk menjadi proaktif dan mula meningkatkan kualiti kerja saya sebagai doktor seiring dengan Program Transformasi Kerajaan.

BERUBAH

Jadi sejak bulan terakhir saya di A&E hingga ke penempatan di O&G sekarang, saya berazam cuba berikan khidmat terbaik sewaktu merawat pesakit. Nampak macam poyo-kan, tapi betul.

Saya cuba perbaiki kemahiran komunikasi saya dengan pesakit. Walau seletih tertekan mana pun, apatah lagi ketika waktu 3 pagi, saya cuba bercakap dengan baik dengan pesakit, menghormati mereka, beri perhatian pada setiap aduan dan pada masa yang sama efisyen dan cekap. Nampak macam senang, tapi sebenarnya susah(dalam hati, geram sangat dengan pesakit).

Saya akan akhiri perbualan dengan pesakit, dengan bertanya, “Puan ada apa-apa soalan?” Saya juga pastikan pesakit dimaklumkan tentang diagnosis mereka, kenapa saya berfikir sedemikian dan apa perancangan doktor terhadap pesakit. Ini adalah perkara yang sering dilupai oleh para doktor terutamanya Hospital Ampang dan HUKM. Ini berdasarkan pengalaman saya yang banyak menerima pesakit yang ‘lari’ke HKL dari sana, kerana tidak puas hati dengan rawatan diterima.

Ada ketikanya, saya akui saya ‘hilang kawalan’ juga. Tapi kita kena cekal dalam mengubah diri.

HASILNYA

Di Dubai Desert Safari. Rindu kehidupan lama.
Dan satu perkara yang saya perasan, apabila saya memberi khidmat terbaik, di penghujungnya, saya merasai satu kepuasan dalam bekerja. Mana datangnya, tidak tahulah. Rasa seperti kita telah menyumbangkan sesuatu yang bermakna dalam kehidupan pesakit.

InsyaAllah saya akan terus cuba mengubah diri supaya menjadi seorang doktor yang lebih baik. Itu sahaja buat kali ini. Harap bermanfaat.

Kebelakangan ini, saya kurang berkesempatan untuk menulis kerana buat banyak on-call dan stayback. Jadi saya mengalu-alukan HO baru atau lama yang berminat berkongsi pengalaman anda di blog ini, supaya hubungi saya melalui emel atau Facebook. 

Salam


Terima kasih atas sokongan pembaca semua. Jika anda rasa blog ini berfaedah bagi rakan-rakan anda yang lain, jemputlah mereka baca sekali.

27 comments:

  1. sempat lg menyatakan sokongan kepada najib...ceh

    ReplyDelete
  2. salam,
    seronok bila tgk ada post baru dari doktor.

    ReplyDelete
  3. medical ni salah satu bidang yg saya minat, namun cita2 nk jadi doctor tu terkubur coz after saya sedar sy seorang penggeli yg amat dengan darah..so saya jenis suke kerja dan belajar sesuatu yg susah dan rumit like medic, so at last, saya pilih lawyer sbgai kerjaya

    but then congrat..saya rasa awak akn menjadi doctor yg hebat insyallah.

    ReplyDelete
  4. salam,
    akhirnya ada entry baru...

    nk tanya
    saya selalu dgr pasal Zon hijau la kuning la merah lah hitam laaa (ada ke? :p)

    apa beza zon2 tu ek.. ^_^

    ReplyDelete
  5. maher: abis takkan nak sokong nik aziz kut.

    dayana: saya pun seronok tengok ramai orang beri maklumbalas

    neurlbadiah: kerja peguam lagi seronok kut. takyah jadi doktor.

    sapphire: baca artikel saya berkenaan a&e. di sana telah diperjelaskan

    tok kenali: pada gambar tu ada baris2 sajak. sekadar pemberi semangat kut.

    ReplyDelete
  6. oho... keluh kesah seorang dr.

    kedai2 di utara, kalau perasan, ada gambar org lama digantung. katanya menteri kedah dulu kala. tujuannya nak melariskan jualan. tsk. yg kali ni letak tuk kenali pula. tak tahulah buat idola/pewaris gerai.

    ReplyDelete
  7. Saya mengikuti pelajaran dlm bidang perubatan. rasa takut nk berhadapan dgn patient2 bila stat kerja nnti. Susahnya tggjwb doc ni. bnyk sgt benda yg nk kena ingt, takut x terkejar. Dr ada tips or nasihat utk saya?

    ReplyDelete
  8. lilacfla: oh ye ker diorang wat azimat.khurafat ni.

    Anna: nasihatnya adalah, terus berusaha dan terus cekal. jgn putus asa. jika anda berbuat demikian, saya janji anda akan dapat jadi seorang doktor yg baik kelak. jadi mulakan dengan sikap berkenaan sejak belajar lagi.

    ReplyDelete
  9. btul aa azad.kadg2 rasa trtekan yg amat sebab rasa diri buat keje tak cukup cepat,yg branula tu pun satu..stress gile bile tak masuk.nk mtak tolong org, semua org sibuk ngan pt masing2.sedih :(

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum...

    Really nice blog...Saya bukan pelajar perubatan tetapi saya gemar menyinggah ke blog orang lain, yang berlainan bidangnya daripada saya untuk menangguk ilmu dan pengetahuan, untuk dijadikan bahan dalam karya kreatif saya- saya seorang penulis kerdil.
    Saya juga seorang pelajar dalam bidang perundangan, bidang yang saya kira 'ikhlas tapi jauh' dengan bidang perubatan kerana kami cuma menghafal case law,general rules and the exceptions dan sebagainya, dalam beberapa subjek seperti Law of Torts, Law of Contracts dan paling banyak tentu sekali dalam Medical Law.
    Saya suka blog anda, dan akan selalu menyinggah. Mohon izin untuk link kan blog saudara di blog saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  11. Salam Dr... best ke jadi doktor ni? saya minat gak nak jadi doktor tp ramai doktor2 yg pernah saya jumpa suruh saya pilih bidang lain, diorg ckp jadi doktor x de life....betul ke? abis tu kenapa diorg jadi doktor? gaji doktor mesti tinggi kan? pastu semua orang akan hormat dengan doktor... doktor lak macam macho je, dlm keadaan kritikal pun cool je...hem, saya masih berbelah bagi dengan future saya ni...nak jadi doktor ke x....ape pandangan Dr?

    ReplyDelete
  12. salam dr,
    baca suma yg tuan dr tulis,dlm kepala sy dpt membayangkan situasinya...
    sememangnya betul org kata,zaman bekerja dgn belajar adalah 2 perkara yg berbeza,beza sgt2
    tp sma2 beringat,pe2 pun pekerjaan pasti ada cabaran & dugaan.
    jd cikgu ke, dr ke,waima cleaner pun ada cabarannya...
    yg penting kta ikhlas& sabar,&anggap kerja sebagai ibadah kpd Allah..
    jgn lupa masih ada berjuta-juta org yg menyanjungi pekerjaan dr ni t'msuk sy..
    so, sma2 bersyukur&terus bekerja krn Allah..
    -actually sy pun stress kt tmptkerja, baru kena sembur ngan parents pasal buku anak dia,ha3..be positive!!

    ReplyDelete
  13. salam dr azzad.
    saya pun salah seorang pelajar perubatan.baru mulakan tahun 5,neuro psychiatry sekarang.sy nk tny dr,pada pdpt dr,penting tak utk pljr perubatan semasa summer utk balik buat attachment di hosp msia?adekah ianya mmbantu semasa HO nnti?

    ReplyDelete
  14. house md: jadi doktor hanya jika anda berminat bidang perubatan.jika ingin kecapi kemewahan, masuklah bidang perniagaan. satu hari nanti saya juga nak masuk bidang perniagaan.

    sha: betul tu.sebenarnya setiap bidang pekerjaan pasti ada tekanannya.

    leyl: saya cadangkan sekurang2nya buat sekali ditahun akhir pelajaran.ini utk memahami sistem dan cara dokumentasi di malaysia.tp saya dulu belajar di rusia tidak pernah buat pun.

    ReplyDelete
  15. erti hidup pada memberi

    ReplyDelete
  16. pernah rase cmni kat patient CKD yg dah terminal stage tp xnk hemodialisis dgn alasan die tgk jiran sebelah die yg dialisis tp dgn complications len, xberubah keadaan die dgn HD..siap kte nk minum byk2 lg spy ginjal die bersih..huhu..nafas dah sesak n bdn dah sgt bngkak..nk fhmkn patient xmudah.kne sabar byk2

    ReplyDelete
  17. saya tertarik dgn statement dr.azzad (akhiri perbualan dengan pesakit, dengan bertanya, “Puan ada apa-apa soalan?” ) bagusnye....sy sebelum ni belum pnah la jmpe dr. mcm 2..walhal..byk sgt nk tanya ni...ade 2 pnh skali dr. 2 siap ckp "ok,puan boleh blik skg" dh la pggil sy puan..nmpk tua kot..hmmm..

    ReplyDelete
  18. mungkin doktor tu tengah tertekan. kami cuma berubah, tapi pada masa yg sama harap pesakit dapat memahami kekurangan diri kami

    ReplyDelete
  19. salam, dr,
    sye igt tye,
    sye minat utk mnjadi se0rg doktor, tp sye tkut sye jnis s0rg yg cpt pnat, plus orang kte pmpuan tak sesuai jd doktor, nti rumahtgge terabai, btol ke?

    ReplyDelete
  20. Salam yana perlu tanya diri sendiri kenapa yana minat jadi doktor? Benarkah yana ingin menjadi doktor. Menjadi doktor di Malaysia memerlukan pengorbanan yang besar.

    Jika keadaan kerja di Malaysia masih tidak berubah, ye sedikit sebanyak pastinya kerjaya doktor akan mengganggu urusan keluarga, apatah lagi jika yana percaya wanita memainkan peranan besar dalam rumahtangga. Namun saya boleh lihat ramai doktor perempuan yang bahagia berkeluarga.

    Kalau cepat penat kena jumpa doktor, mungkin ada masalah kesihatan. Hehe.

    ReplyDelete
  21. i'm proud of u..doc..
    tq.bcoz beri sya smgt tuk brubah lps bce blog dr nie..
    srang sy sdg belajar a level n amat bercita cita tuk jd seorg doc yg baik...
    tp ble bce statement doc yg kite harus bg penerangan yg jelas tuk pesakit..
    tiba2 sy jadi takut coz sy nie cpat sgt gemuruh bila nak explain kt org lbh2 lg dpen orgramai,,'
    so cam mane eh nak bagi good explanation??

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum......saya ni pendatang baru kat sini,seronok gak merayau-rayau kat blog nie....huhuhu...kra bagus la tue kurang2 doc. azzad ader gak rasa nak berubah dari h.o yg x berapa nak sedar diri nak berubah..huhhuhuhu..mungkin blom masanya lg kot unt diorg berubah......kdg2 dari pemerhatian saya..kebanyakkan h.o baru nie ader sikap bangga diri...huhuhu.....sedangkan masih baru n banyak yg nak kena blajar agy...di bandingkan dgn m.o n boss...pelik tul...hope u r not one of them..hehehhe

    ReplyDelete
  23. Yang paling baik, kerjaya doktor ni (dan sesetengah kerjaya lain seperti lawyer, jurutera professional, arkitek, etc.) adalah kerjaya tertutup di mana sekiranya tiada sijil seseorang tidak boleh bekerja di dalam bidang tersebut iaitu mungkin kurang atau tiada saingan daripada orang lain. Jadi pendapatan sentiasa ada, dan mungkin lebih mewah jika bekerja di hospital swasta atau membuka klinik sendiri. Tekanan kerja doktor di hospital kerajaan saya perhatikan agak tinggi. Doktor kena instantly give the reply if possible, dan doktor have to deal with "health-trouble" human. Saya paling suka kalau doktor bercakap "Tuhan lebih sayangkan beliau". Kesimpulannya, doktor2 perlu bersyukur kerana income sentiasa ada

    ReplyDelete
  24. Doktor, saya nak jadi doktor jugak. Tapi saya takut. Semua orang cakap cuma orang kuat semangat je boleh jadi. Saya nak email doktor boleh?

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum doktor azzad kenapa bila saya pergi klinik atau hospital semua doktor mesti tanya kat saya apa pekerjaan awak? Kenapa kalau takde pekerjaan diorang tak nak rawat saya ke doktor azzad

    ReplyDelete

Sila beri komen yang berfaedah untuk penulis dan pembaca lain. Jadilah pengguna internet yang bertanggungjawab.