Tuesday, 6 July 2010

"THIS IS A GOOD CHEST COMPRESSION"

Salam,

Melakukan CPR(cardiopulmonary resuscitation) merupakan sesuatu yang mendebarkan. Terutama sekali apabila anda belum pernah atau kali pertama melakukannya pada manusia hidup(atau mati) :-(. Semasa belajar dulu, buatpun pada patung. Malah Siti Nurhaliza lagi berpengalaman membuat CPR pada Allahyarham Yasmin Ahmad berbanding pelajar-pelajar perubatan. Haha.

Kali pertama saya berpengalaman membuat CPR adalah semasa di Jabatan Pebedahan Am. Untuk pengetahuan anda, di hospital, kita tidak buat bantuan pernafasan mulut ke mulut. Sebaliknya kita bag pesakit tersebut. Jadi jangan gusar atau fikir yang bukan-bukan.

HO yang terlibat dalam kelas sehari ACLS di Jabatan Kecemasan bersama saya.
 
Dr Hidayah(Pakar Perubatan Kecemasan) menunjuk kesilapan dalam langkah kami
merawat pesakit dengan cardiac arrest dalam clinical case yang diberi.

Saya rasa saya pernah ceritakan dalam blog ini. Pakcik M meninggal sebab pulmonary embolism selepas terlantar lama di wad. Kali pertama membuat CPR pada pesakit, betul-betul merisaukan saya. Masa tulah baru hendak mengingat dekat mana perlu tekan, macam mana posisi menekan, berapa kekerapan(padahal bila bagging, tiada kiraan antara bantuan pernafasan dan chest compression). Menggelabahlah saya, seperti setiap kali disuruh buat benda baru yang lain.

Pakcik M meninggal dan begitu juga beberapa pesakit lain yang saya berkesempatan membuat CPR, dan lihat orang lain buat CPR. Senang cerita tiada pesakit yang hiduplah bila dikehendaki membuat CPR. Jadi kemarau CPR saya pun berterusanlah beberapa bulan.

Sehinggalah saya berada pada minggu ke-2 di A&E. Datanglah satu pesakit AMI(acute myocardial infarction) di Zon Resus(merah). Datang-datang terus collapse. Maka berkerumunlah doktor pakar, MO, HO, MA(medical assistant) dan jururawat attend pesakit. Cardiac monitoring tunjuk pesakit sudah ada V-fib(ventricular fibrillation). Maka bermulalah pusingan chest compression, resuscitation drugs(adrenaline dan atropine) dan defibrillation.

Ni gambar saya dari belakang ambulan melanggar lampu merah dalam perjalanan ke rumah pesakit
dilaporkan sawan. Cara  pemandu ambulan bawa mengalahkan Michael Schumacher.
Rasa takut ambulan terbalik je. Kalau ikutkan, HO tidak ditugaskan pergi ke tempat kejadian.
Tapi malam tu, saya kamcing dengan MA Redzuan yang bertugas dan juga MO Dr Rabiha di Zon Semi-
Kritikal. Jadi dapatlah pelepasan untuk pergi naik ambulan.

Saya yang ketika itu sedang siapkan dokumentasi pesakit lain di kaunter, pandang ke arah pesakit, lihat MA buat chest compression, HO bag pesakit, doktor pakar mengarah tindakan seterusnya, dan kemudian sambung kerja saya seperti biasa. Hahaha. Hari tu lesu sikit.

Orang yang tidak pernah buat CPR terutamanya chest compression tidak akan tahu betapa letihnya proses tersebut. Ianya sangat memakan tenaga, jadi mesti bertukar-tukar orang. Bila dah tamat buat CPR, anda akan perasan, baju sampai ke seluar anda basah kuyup dek berpeluh.

Jadi alkisahnya, yang membuat chest compression selalunya-lah, adalah lelaki. Ianya seperti undang-undang tidak bertulis. Cuba bayangkan perempuan lompat-lompat(tiadalah sampai lompat-lompat) buat chest compression. Hodoh rupanya, hahaha. Tetapi ada sahaja HO perempuan yang buat, kekadanglah. Selalunya, mereka hanya buat bagging sahaja.

Jadi setelah saya sudah siap semua kerja saya, mereka masih membuat ACLS(advanced cardiac life support). Saya masih berdiri di sebelah kaunter perhati. Saya tidak mahulah orang kata macam 'orang kampung main bola', ke mana bola pergi, ke situlah semua orang kejar. Hehe. Setelah lama perhati, saya mula rasa bersalah, lagi-lagilah apabila melihat abang MA berpeluh jantan membuat compression. HO perempuan relax jer buat bagging, bukannya hendak tukar dengan abang MA.


Bergambar dengan anak saudara Syifa dalam perjalanan balik
dari kenduri kahwin sepupu di Seremban.

Maka saya pun buka lab coat perlahan-lahan. Dengan tenang mengorak langkah ke arah pesakit. Hahaha. Saya hampiri abang MA dan kata, "Bro, kau boleh lagi tak ni?" Muka abang MA masa tu mengambang, bagaikan bulan jatuh ke riba.

Jadi saya dan MA tu pun bergilir-gilir melakukan chest compression lebih kurang 5-6 kali. Pada suatu ketika tu, pesakit sudah diberi IV adrenaline/atropine lebih 7 kali, dan defibrillation telah dibuat 6 kali. Saya pun dah mula bayangkan apa yang akan terjadi pada pakcik tersebut.

Bila saya buat chest compression, saya selalu bayangkan yang saya sedang mengepam darah keluar daripada jantung, dan bukan sekadar picit-picit sahaja. Jadi bila jururawat kata, "Doktor-doktor, kena buat laju lagi", saya buat tidak dengar sahaja. Dalam hati, "Cuba kau buat sendiri, saya nak tengok." Letih tahu tidak, letih. Malah kalau kita baca American Heart Association circulation(AHA), penekanan diberikan pada kualiti setiap compression bukannya kelajuan.

Jadi nak dijadikan cerita, sedang saya ingat hendak tukar, suruh MA ambil alih, tiba-tiba doktor pakar menjerit, "This is a good chest compression. Continue, continue." Bergema Zon Resus dan terus sunyi alam semesta. Bila saya dengar kata-kata azimat doktor pakar(Dr. Azharna) tersebut, entah dari mana datangnya semangat dan tenaga untuk saya teruskan compression. Dan 2 minit kemudian, Dr. Azharna kata, "Okay stop." Dupdup.....dupdup....percaya atau tidak, dengan kuasa Ilahi ditakdirkan jantung pakcik tadi kembali kepada sinus rhythm. Pulse palpable.

Siapa kata doktor lepasan universiti Rusia tidak reti buat CPR??!! Lepas tu, siap kecoh tulis dalam blog lagi.
Menghadiri perkahwinan Dr Judin(kanan sekali) bersama (dari kiri) Dr Izyan(junior yang baru tamat belajar)
dan Dr Najmi. Silaplah, abang Judin yang kahwin, bukan Judin.
Rasa gembira ada, rasa hendak tangis pun ada. Saya tidak sangka begini rasanya apabila kita dapat menyelamatkan nyawa seseorang begitu drastik sekali.

Apabila saya ceritakan pengalaman saya sebelum ini kepada MO dan doktor pakar lain, mereka sendiri kata, kadang-kadang pesakit tu dah dibuat defib berbelas kali sekalipun, mereka boleh hidup balik. Inilah bezanya pesakit di A&E dan di ward. Kebanyakan pesakit di A&E mempunyai penyakit acute, yang membolehkan kita melakukan intervention dengan berkesan.

Pengalaman ini mengubah perspektif saya tentang BLS dan ACLS. Ianya benar-benar boleh mengubah nasib seorang pesakit. Walaupun jika antara 10 pesakit, hanya 2 sahaja yang boleh diselamatkan sekalipun, ianya jika dilakukan dengan teknik yang betul, mampu menyelamatkan nyawa pesakit.

InsyaAllah semoga bermanfaat.

Salam

Amatilah iklan-iklan di blog ini. Jika tertarik, rajin-rajinlah klik ya. :-)

Terima kasih atas sokongan pembaca semua. Jika anda rasa blog ini berfaedah bagi rakan-rakan anda yang lain, jemputlah mereka baca sekali.

12 comments:

  1. teruskan menulis sbg panduan adik2 junior yg masih menuntut di russiia ni!!!

    ReplyDelete
  2. salam azzad...

    omg!!! trgelak aku baca blog ko ni...hahaha.
    btw congratz...Alhamdulillah pnjg umur pak cik tu lg.
    aku skg ni tgh prac ambulance, blaja buat cpr dah 2 hari, bila baca blog ko ni brsemangat lak :D

    thanx 4 sharing...

    ujai

    ReplyDelete
  3. I have just finished my Emergency rotation last sem...yeah, buat BLS and ACLS kat patung. But hello...ok jer aku tgk pompuan buat CPR.

    I think the rate of compression is 100/min, depth of 1/3 of chest thickness, at least plus make there's chest recoil after each compression.

    Currently doing GEN MED rotatation...not as interesting as ED, unfortunately.

    ReplyDelete
  4. thanks azzad kongsi.. =)

    hmmm.. xleh blah. siti nurhaliza leh berpengalaman..hehe..

    faisal

    ReplyDelete
  5. Afiza:ED menarik tapi agak letih.

    Jai: Belajar cpr tu betul2 jai, jgn malukan budak Rusia.

    Khir: Hehe

    ReplyDelete
  6. Salam...
    Tahniah atas blog yg amat menarik. Kalaulah sy serajin azzad utk menulis pengalaman HO yg komprehensif sebegini...:)
    Anyway teringatlah masa sy di Medical, sangatlah banyak CPR dibuat sampai penuh 2 page buku log. Mana taknya, sy dikatakan ada 'badi'...selang dua hari salah satu patient sy mesti collapse>resusc>MATI. Satu je yg manage to revive balik, tapi 6hours later mati jugak. apa boleh buat.

    teruskan menulis. sy nak linkkan blog ni dari blog sy. :)

    ReplyDelete
  7. teruskan lagi penulisan blog ney..ney mmbuatkn smgt kami berkobar2..mungkin ckup ntok melawan perasaan rndah dri kami bila digelar.."ala,dr rusia..".insyaAllah..spasiba!

    ReplyDelete
  8. thanks. belajar ilmu yang bermanfaat utk memberi manfaat kpd org lain. teruskan dr..

    sy baru 1st year medic kt cairo.. thanks doc.. rase semangat nak jadi doktor!

    keepitup ..

    ReplyDelete
  9. langkah2 bantuan cpr x de ke?

    ReplyDelete

Sila beri komen yang berfaedah untuk penulis dan pembaca lain. Jadilah pengguna internet yang bertanggungjawab.