Sunday 27 June 2010

PANGGILAN KECEMASAN DARI STESEN LRT SENTUL TIMUR

Salam

Tragedi malang berlaku pada 26/6/10, 1230 pagi di Kuala Lumpur. Sebuah tren LRT telah terbabas dari landasan berhampiran stesen LRT Sentul Timur.

0035: Pusat panggilan HKL menerima panggilan kecemasan daripada polis. HKL dikehendaki menghantar  satu pasukan perubatan ke kawasan bencana dengan kadar segera.

0040: Jabatan Kecemasan telah memutuskan melantik Dr. Khairul(MO) sebagai Team commander. Sebahagian tenaga kerja akan dikerah ke kawasan bencana.

0045: Satu pasukan yang melibatkan 6 HO(termasuk saya), 4 jururawat dan 2 MA telah dipilih untuk menyertai pasukan kecemasan.


0050: Saya bersama ahli pasukan yang lain telah diarahkan berkumpul di Dewan Dato' Abu Hassan. Taklimat telah disampaikan oleh Dr. Khairul berkenaan kes kecemasan dan maklumat terkini.

Strategi dan pembahagian tugas telah dilakukan. Langkah pertama di kawasan bencana adalah untuk menetapkan kawasan Medical Base Station(MBS) dan membinanya dengan kadar segera. MBS akan dibahagikan kepada Resus, Semi-critical dan Green zone.




Gambar: Dr Khairul memberi taklimat tentang apa yang patut dijangkakan
di tapak bencana nanti.

Saya bersama Dr. Teo telah ditugaskan bersama Triage Officer MA Hazami di Pintu Masuk(Entry Point) kawasan bencana. Bagi setiap kawasan bencana, semua mangsa mesti melalui entry point sebelum boleh dibawa ke MBS. Ini supaya jumlah mangsa dapat direkodkan dan supaya keadaan terkawal. Bergantung kepada kawasan dan keadaan bencana, mungkin boleh terdapat lebih daripada satu entry point. Tugas kami di sini adalah untuk melabelkan mangsa dengan Triage tag mengikut kriteria yang ditetapkan.

Pembahagian:-
  • Pesakit mampu berjalan sendiri - Green tag.
  • Pesakit tidak mampu berjalan - Yellow atau Red tag.
  • Red tag - jika pesakit mempunyai salah satu daripada tanda berikut :-
  1. Unconscious
  2. Breathing abnormalities
  3. Circulation abnormalities
Saya tidak puas hati, dan minta Dr. Khairul letak saya di Resus. Tetapi Dr. Khairul kata, kita perlukan lelaki di Entry point untuk membawa pesakit ke MBS. Saya pun terpaksa mengalah.

Sementara pasukan diberikan taklimat, semua barang keperluan untuk membina MBS telah diangkut ke dalam ambulans.

0100: Pasukan kecemasan HKL bertolak ke stesen LRT Sentul Timur. Semasa di dalam ambulan, dengan bunyi siren ambulan memecah kesunyian malam, dengan kepantasan pemandu ambulan membawa celah-celah kereta lain, jantung saya dah mula berdegup kencang. Rasa cuak pula.

0110: Kami tiba di kawasan kejadian. Di saat tu, semua ahli pasukan kelihatan cuak. Punyalah ramai orang  mengerumuni kawasan kejadian. Dapat lihat lori bomba menaikkan tangga ke landasan LRT dari bawah. Sebuah LRT dengan jelas nampak terhenti di tengah landasan. Pintu-pintunya terbuka dan ternampak kelibat manusia bermacam ragam cuba keluar.

Gambar: Kalau anda dapat lihat, bomba sedang menaikkan tangga ke landasan LRT.
Terdapat ramai orang awam.

0115: MBS telah ditetapkan 200m dari tempat kejadian. Entry point telah ditetapkan di Stesen LRT Sentul. Semua mangsa akan dibawa oleh bomba melalui pintu masuk tersebut.

Sedang saya dan ahli pasukan lain memasang katil dan mengatur peralatan, ketua pasukan bomba datang dengan khabar berita, 2 mangsa telah disahkan mati. Adakah ini disebabkan kami lambat sampai ke tempat kejadian??!!



Gambar: Saya di depan MBS

0120: Saya telah siap bersedia di entry point. Sepanjang malam itu, ada lebih kurang 10 pesakit yang perlu diangkut menggunakan stretcher(Yellow dan Red). Yang lain kebanyakannya hanya cedera ringan dan dihantar ke Green zone di mana Dr Kean Joo bertugas. Bila berulang alik angkat mangsa dari entry point ke MBS, barulah tahu betapa beratnya manusia ni. Badan bermandi peluh!

Setelah bilangan mangsa yang masuk melalui entry point kurang, saya telah dihantar untuk membantu di MBS. Bila sampai di MBS, mangsa bersepah!! Ada pesakit yang telah di-intubate, pakai cervical collar, splint kaki dan tangan dan bermacam-macam lagi. Ada yang baring di atas katil, ada yang di atas lantai. Saya perasan tiada satu pun pesakit yang telah dihantar lagi ke hospital. Keadaan kucar-kacir sehingga tiada siapa yang perasan. Setelah satu pesakit distabilkan, datang pesakit lain.

Saya terus jumpa ketua bomba untuk menguruskan ambulan dengan kadar segera. 4 ambulan telah datang, setiap satunya dari HKL, DBKL, Bomba dan Jabatan Pertahanan Awam. Satu-persatu pesakit telah dihantar. Di dalam situasi ini, kita mesti tahu untuk mengutamakan pesakit mana yang perlu dihantar dulu. Di dalam kes ini, terdapat seorang pesakit mengandung yang mempunyai tanda-tanda keguguran. Maka beliau telah dihantar dulu.

Gambar: Ahli bomba yang sedia berkhidmat.

Gambar: Pasukan kecemasan HKL di depan ambulan kami.

Setelah semua pesakit dihantar ke hospital dan tiada lagi mangsa yang dilaporkan, kami pasukan kecemasan HKL menarik nafas lega. Masing-masing senyum-senyum memandang yang lain.

0230: Ketua bomba telah isytihar standing down order. Yakni bermaksud, tiada lagi mangsa yang dijumpai dan kawasan bencana dalam keadaan terkawal.

BERAKHIRLAH DISASTER DRILL pada malam tersebut!!! :-p

Yaaa beettuulll! Kisah di atas menceritakan disaster drill antara pihak polis, bomba dan HKL dalam untuk menghadapi kes bencana di masa hadapan. Satu pengalaman yang menarik dan banyak mengajar saya.

Gambar: Rakan sepasukan.

Gambar: Jururawat yang terlibat.

Dr Khairul dah cakap awal-awal, sebelum ni anggota HKL telah dilabel tidak serius melaksanakan tugas semasa drill sebelum ini. "Aku tahu takde sesiapa yang senyum-senyum masa drill nanti", Dr. khairul memberi amaran."Aku marah nanti, aku cakap betul ni".

Saya yang datang untuk pergi drill malam tu pun, ingat ni main-main je. Lepak di bilik pemandu, tengok Brazil lawan Portugal, sorak sana sini. Tetapi bila dicerita ianya melibatkan polis dan bomba, perrghhh baru mula rasa cuak. Di kawasan drill pun, orang awam memang ramai gila tengok. Saya rasa mereka pun tidak tahu yang itu hanyalah drill. Mangsa-mangsa pun seperti pelakon profesional, dengan make-up realistik darah dan luka. Saya tengok open fracture mangsa, nampak macam betul punya.

Gambar: Saya dan Dr. Khairul

Gambar: Mungkinkah sesi bertangkap gambar ini yang menyebabkan dua mangsa tidak sempat diselamatkan??

Seronok, kalau boleh nak buat lagi. Drill ni dibuat setiap 6 bulan saya rasa, jadi saya nasihatkan sesiapa yang berpeluang untuk serta drill jangan lepaskan, walaupun ianya berlangsung di luar waktu kerja anda.

PS: InsyaAllah, saya akan membeli kamera dalam masa terdekat. Dan insyaAllah gambar yang saya tangkap lain kali lebih jelas dan cantik. :)

Terima kasih atas sokongan pembaca semua. Jika anda rasa blog ini berfaedah bagi rakan-rakan anda yang lain, jemputlah mereka baca sekali.

Salam

8 comments:

  1. macam best jer drill nih.

    ReplyDelete
  2. Salam, patutlah gambar pertama lepas "ahli bomba naikkan tangga" nampak doktor posing senyum, padahal "2 orang telah disahkan mati"..Plus, gambar ramai2 kat depan ambulans tu sumer senyum2. Drill rupanye. heh. menarik2. tak pernah taupun pasal/wujudnye drill.

    ReplyDelete
  3. Salam
    Hehe, saya pun tak pasti nak letak gambar senyum kat depan ke kat bawah skali.Takut kacau jalan cerita.

    Best dowh. Best giler.

    ReplyDelete
  4. hehee.. awal2 entry tu mmg suspen betul..!! bila tgk gambar,pelik lak sbb tersenyum..
    anyway, syabas buat Dr Azzad sbb mewujudkan blog yg byk membantu bakal2 HO..sekurang2nya, pengalaman dan kata2 nasihat dari Dr mengurangkan sikit rasa takut kami dlm menempuh dunia HO..sebelum ni selalu terpikir, mcm mana nak adapt dgn suasana baru, apa yg perlu buat selama tempoh tagging,etc. lepas baca blog Dr, rasa bersemangat pulak nk jd HO. ;)

    ReplyDelete
  5. Bersemangat nak jadi HO??!!Hehe.

    Semoga korang semua berjaya dalam kerjaya kelak.

    ReplyDelete
  6. dr khairul lefthanded. hehe. tu je yg excited tengok :p

    ReplyDelete
  7. salam doktor,saya stud nurse.sem depan,ada subjek ttg emergency n kena buat presentation.kalau doktor xkeberatan dan ada notes tentang emergency(emergency team,emergency medical system),saya nak minta boleh?dalam internet ni,skopnye terlalu meluas...tq
    ini emel saya: aziyah89heart@yahoo.com

    ReplyDelete
  8. Salam Dr Azzad..
    terharu sy baca entry even almost 4 years its been posted..
    btw, sy la salah sorang SN yg involved dlm drill ni...EDHKL ttp dihati..

    ReplyDelete

Sila beri komen yang berfaedah untuk penulis dan pembaca lain. Jadilah pengguna internet yang bertanggungjawab.