Sunday 6 June 2010

JABATAN KECEMASAN: CEPAT DAN CEPAT

Terima kasih atas sokongan pembaca semua. Jika anda rasa blog ini berfaedah bagi rakan-rakan anda yang lain, jemputlah mereka baca sekali.

Salam,
Atas cadangan pembaca, saya telah mewujudkan Facebook Page untuk kemudahan pembaca berinteraksi dan juga supaya mudah artikel terkini disebarkan ke orang ramai. Cari kata kunci SayaDoktor.
Sebelum saya teruskan penulisan saya, saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan SEMOGA BERJAYA, kepada adik-adik saya di Volgograd, Rusia yang sedang menjalani peperiksaan, terutama yang tahun ke-6 menghadapi GOS. Baca ikhlas menuntut ilmu, bukan untuk periksa, akan melapangkan dada anda. Rindu saya, hidup di Volgograd.

Gambar: Saya di Zon Merah atau Resus. Semua ada di setiap katil, cervical collar, cardiac monitoring, oxygen, alat-alat resuscitation sperti laryngoscope, ET tube dan sebagainya.
PERMULAAN

Dari Volgograd ke HKL, kini saya sudah hampir 3 minggu berada di Jabatan Kecemasan/ED- Emergency department(posting A&E - Accidents and Emergencies). Wooowww itu saya mampu katakan. Rasa takut ada, cemas, bersemangat, seronok, letih, semua ada.

Untuk penempatan ke-3 ni, sebenarnya terlalu awal untuk masuk ke ED, kerana memerlukan kriteria penempatan ke-4 dan ke atas(kerana berhadapan dengan semua kes, jadi terbaik jika sudah tamat penempatan di semua jabatan lain). Tetapi memandangkan ED ketika itu, sedang kekurangan HO, dengan kakak pasca-siswazah pun memujuk saya mengambil ED, saya pun akhirnya ditakdirkan masuk ke ED.

Gambar: Di sinilah di mana semuanya bermula. Laluan untuk ambulan.
Di HKL dan saya rasa di hospital mana pun, ED adalah tempat yang paling banyak belajar. Ini serius banyak belajar punya. Dari ECG, CPR, prosedur-prosedur, differential diagnosis, rawatan kecemasan hingga ke kes yang pelik-pelik, semuanya berlaku di ED, semuanya paling terperinci belajar di sini.

RUTIN

Perkara pertama yang saya dapati, di ED tiada tagging, yeehaaaa. Masuk terus mula kerja, sambil belajar sesuaikan diri, sambil kerja. Banyak lagi perbezaannya berbanding jabatan lain. Jadual kerja pula diaturkan mengikut shift. Sehari dibahagikan kepada 3 shift:-
  1. Pagi 8pg-3ptg = 7 jam
  2. Petang 3ptg-10mlm = 7 jam
  3. Malam 10mlm-8pg = 10 jam
Dalam seminggu kita perlu kerja lebih kurang 8 shift, termasuk 2 kali shift malam. Seminggu adalah sehari cuti. Bila kerja shift malam, selalunya kita akan kerja juga shift pagi sebelum dan selepas shift malam tu(walaupun nampak macam teruk, tapi sebenarnya lebih ringan berbanding oncall di wad). Yelah nak cukupkan kuota. Walaupun kerja dalam jangkamasa yang lebih pendek, namun keletihan fizikalnya amat memakan tenaga. Lagi-lagilah, rutin makan dan tidur kita akan bercelaru, itu mungkin faktor yang menyebabkan saya cepat letih akhir-akhir ini.

Gambar: Saya curi tidur sebentar selepas post-night shift. Ngantuk-ngantuk.

Turnover rate pesakit di ED cepat, di mana sebaik sahaja pesakit sudah stabil, kes telah dirujuk ke jabatan yang berkenaan, pesakit akan terus dihantar ke wad yang berkenaan. Kerja A&E bukan merawat sehingga sihat, tetapi menstabilkan pesakit dan rujuk kepada kepakaran yang berkenaan.

Malangnya sejak beberapa bulan lepas, HO di ED tidak dibenarkan membuat tuntutan oncall/nightshift atas arahan Ketua Pengarah Kesihatan. Bab-bab potong-potong ni memang cepat dikuatkuasakan, bab waktu rehat wajib, walaupun surat pekeliling telah dikeluarkan, tidak pernah pula. :)

ZON-ZON

Jabatan kecemasan terbahagi kepada beberapa bahagian utama, iaitu:-
  1. Triage
  2. Zon Hijau(green zone)
  3. Zon Kuning
  4. Zon Merah
Gambar: Penolong Peg Perubatan/MA di Triage

Saya masih belum berkesempatan bekerja di Triage, kerana selalunya diisi oleh HO yang lebih berpengalaman di situ. Namun fungsinya adalah, menerima pesakit di pintu hadapan ED, assess pesakit, dan tentukan samada pesakit perlu dihantar ke OPD(out patient department - bagi kes yang tidak memerlukan perhatian segera) atau zon-zon yang berkenaan bersesuaian dengan kriteria yang telah ditetapkan. Adalah penting tidak melakukan kesilapan di sini, kerana ia mungkin membawa padah kepada pesakit.

Zon Hijau berfungsi seperti klinik, cuma pesakit memerlukan perhatian segera walaupun stabil. Contoh kes adalah seperli bayi-bayi kecil yang demam, kes trauma kecil, pesakit AGE with dehydration, kes AMI yang berada dalam keadaan stabil dan sebagainya. Namun klinik zon hijau memerlukan HO bekerja dengan pantas dan cekap. Clerking, arah investigation, buat diagnosis dan beri rawatan semuanya kena cepat dan cepat.

Gamabar: Di zon hijau, kadang-kadang pesakit mengamuk sebab lama menunggu. Terlalu banyak kes.

Pada waktu awal dulu, walaupun saya rasa tak pernah saya clerk kes sepantas dan sebanyak tu dalam sehari, pada penghujung shift, MO kata, "Azzad, you have to clerk faster. This is A&E. How many case did you clerk today??!!". Menyebabkan saya masuk ke depress mood sehari. Nilah perasaan saya setiap kali bila kita dah cuba beri sebaik mungkin, lepas tu MO atau doktor pakar seolah-olah katä, "You're not good enough."

Gambar: Asthma bay sekali-sekala akan sunyi. Apabila datang hujan, itulah petanda
pesta asthma bay akan bermula.

Di zon hijau juga terdapat asthma bay, di mana semua kes AEBA(acute exacerbation of bronchial asthma), akan dihantar terus ke sini. Seorang HO akan jaga asthma bay dan beri Neb. Salbutamol/terbutaline etc dan juga IV hydrocort jika perlu. Ada juga ketika di mana pesakit berada dalam keadaan severe, yang kita perlu identify dan hantar masuk ke wad.

Zon kuning dan merah pula adalah seperti wad kecil yang menerima pesakit yang lebih kritikal. Apabila pesakit baru masuk, bunyi loceng akan dibunyi. Krriiiinnnggg. Sekali bunyi maksudnya kes zon kuning. Tiga kali bunyi maksudnya kes zon merah.

Di zon kuning, kita berhadapan dengan kes trauma yang lebih teruk, dislocation, acute abdomen, severe SOB, psychosis, AUR(acute urinary retention), head injury with LOC, drug overdose/poisoning dan sebagainya. Bila kerja di zon kuning, barulah kita tahu banyak kes psychosis di KL ni. Kes baring tengah-tengah jalanraya, mengamuk dan sebagainya.

Gambar: Di zon kuning, selalunya sibuk. Benci dengar loceng. Lagi-lagi pukul 4 pagi.

Di zon merah, inilah dikatakan 'syurga ilmu', di mana kita berhadapan dengan pelbagai kes kritikal seperti AMI, symptomatic bradycardia, SVT, v-fib, pulseless electrical activity, severe trauma with low GCS, intracranial bleeding, semua jenis shock, APE(acute pulmonary embolism), APO(acute pulmonary oedema). Di sini saya dapat lihat sendiri ECG yang jarang dapat lihat seperti SVT, hyperacute MI(impending MI), APE, 'u' wave dan banyak lagi. Keadaan pesakit boleh berubah sekelip mata. Sedang saya nak isi borang x-ray, pandang belakang, rakan HO tengah buat CPR, intubation. Tengah saya penuhkan clerking, pesakit dah SOB, BP jatuh. Jadi penting untuk kita sentiasa waspada.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, kerja di A&E melatih saya bekerja dengan lebih cekap, efisyen dan paling penting cepat. Semua clerking, examination, investigation, differential diagnosis dan pelan rawatan perlu berlaku dan melekat di kepala dahulu, rawat pesakit, kemudian bila pesakit stabil, barulah kita tulis balik di clerking sheet. Ini membuatkan kita rasa seperti doktor yang sebenar.

Gambar: Kolam renang bersebelahan HUKM, tempat saya melepaskan tekanan.

Saya masih perlu latihkan diri bekerja dengan cepat. Differential diagnosis saya juga perlu diasah. Kadang-kadang tu, bukan tidak tahu, cuma tidak terkeluar di kepala semasa berhadapan dengan pesakit. Bila ingat balik, rasa 'frust' bila MO nampak, kita tidak nampak tandanya. Saya masih tercari-cari strategi yang sesuai untuk buat differential diagnosis.

Sekarang ni di HKL, sudah mula masuk HO baru, yang graduate di Malaysia. Untuk adik-adik di Volgograd, bila jadi HO nanti, perjalanan hidup anda yang sebenar hanya baru bermula. : p

Gambar: Ibrahim Ali memberi ucapan sebelum solat hajat untuk Palestin, di Masjid Kg Baru. Walaupun tidak bersependapat dengan sebahagian pendirian beliau, namun di mana yang betul, kita akan sokong.

22 comments:

  1. salam azzad,

    trma ksih ats prkongsian, menaikkan semangat aku yg tgh baca trauma ni...huhuhu :D


    ujai

    ReplyDelete
  2. Baca betul2 tu jai. Kat A&E tuh penting gila. Baik kau ingat semua xray fracture tuh. :)

    ReplyDelete
  3. wuuu induksi next week
    x saba and takut dlm masa yg sama
    sy gunakan smua blog entry dr azad sbg panduan sbg persediaan memasuki alam houseman
    tq
    teruskan berkongsi

    ReplyDelete
  4. Salam.

    Trima kasih utk berkongsi.

    Rasanya entry fasal ED ni adalah entry yg agak susah utk difahami. Mungkin kerja kat ED ni mmg strugle kot.huhu

    Trima kasih dr.azzad n doakan kami disini.hehe =)

    ReplyDelete
  5. alialala: manertau kalau alialaalala nanti dpt hkl, beritahulah yer.haha

    ramdan: nanti kau kerja kau fahamlah

    ReplyDelete
  6. Ini cukup bagus

    -cina volgo-

    ReplyDelete
  7. Salam Dr. Azzad,

    Remember me...we were classmate kat 4 Plutonium dulu. You were very very shy, back then! Lol!!

    Goodness! I came across your page kat facebook selepas di'like' oleh Rina and appeared on my wall. What a plesant surprise! Maan, congrats! Very useful blog, indeed. Especially for me who is seriously thinking of doing my internship kat Malaysia next year.

    Keep us up to date please...in terms of what to expect. You know how it is...overseas graduate kan mcm ada stigma 'kurang cekap' and all that. Frankly speaking, I am scared!

    Afiza

    ReplyDelete
  8. Salam Afiza,

    Ingat2, uiih hang skrang dah speaking hah, dah hilang loghat kedah pekat hang.

    Okesh2, bila ada masa lapang nanti saya kemaskini blog nih. Kau belajar kat Aussie gak ker ngan Rina?

    ReplyDelete
  9. Pekat ek loghat kedah aku dulu? Hehe.

    skrang pun pekat lagi...jumpa geng utara jaaa laju laa keluaq dialek kedah balik. Kedah tetap di hati!

    Aku belajar kt Aussie, but different state dgn Rina...Rina kat Victoria, aku kat New South Wales.

    Ok lah Dr Azzad. Keep up the good work, bro! Kalau ada tips2 mcm mana nak bagi MO sayang dan tak kena maki...please share! LOL.

    Kat Aussie, aku dah biasa dimanja...x pernah sekali pun kena marah,kena maki jauh sekali! Kena tegur (in the gentlest manner possible) jer.I reckon, I would have one great culture shock once I return at the end of next year, insha Allah.

    P/S: I put up a link to ur blog in mine. Please update selalu.

    ReplyDelete
  10. azzad..mungkin ko xknal aku..aku dulu 5 argentum (kot..xigt yg mane..haha)..aku dok blogwalking tetiba jumpe blog ko..
    aku br je abes elektif kat hosp Kulim kat A&E dan O&G...
    aku sgt suka A&E..wpun kena pantas..tp byk gler leh buat..aku dah follow blog ko~~ sila singgah blog aku gak yer..hehe

    jgnla buat word verifation kat comment..kesian org nak komen..hehe

    http://bling-bling-ropol-ropol.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. Haha, tak ingatlah. Dulu kat langkawi ramai sangat perempuan, dah tak cam mane satu.

    Blog awak memang bling2 lah. Saya suka gak A&E, cuma agak keletihan hujung2 ni.

    ReplyDelete
  12. i agree with fifi. i feel the same too. korg yg dah kerja / local graduates mmg cekap! nnt jgn buli kitorg ye. tp ada hikmah kan utk semua org dpt apa yg die dpt, so iAllah. keep up the good work azzad

    ReplyDelete
  13. salam dr azzad,best sangat bile dengar dan kerja kat wad2 cmni,I like!tapi,hidup saya dalam dilemma samada nak terime tawaran belajar medik or blajar sains gunaan...nak mik medik takot xleh wat..huhu

    ReplyDelete
  14. nur diyanah: mahu jadi doktor sebenar memerlukan pengorbanan yang besar. realitinya tidak sebaik yang digambarkan.

    ReplyDelete
  15. DOktor doakan saya, insyallah saya akan menjadi MA suatu hari nanti. Amin :)

    ReplyDelete
  16. Sy bkal jd cardiac tech, takut jgk nk msk alam kerja, nk tgk ecg apa la, msk ot. sy harap boleh kerja dgn baik. amin

    masturah

    ReplyDelete
  17. Hi, Dr. Azzad, I had read through your blog and I found that it was very interesting about your experience of working at A&E department. I am not a medical student, but I am doing my research on intimate partner violence and how health providers's responses to intimate partner violence survivors. If you have any experiences working with this population when you working at A&E department, please let me know. I would highly appreciate your willingness to share with me regarding your working experiences with this population. Please email me if you had those experiences: kxpau001@odu.edu

    ReplyDelete
  18. salam, doktor, saya nk tanya sekiranya pesakit dtg ke a&e akibat jatuh dan terseliuh dipergelangan kakinya, pesakit itu akan diletakkan di triage yg mana ye?? and sekiranya situasi yg sama tetapi pesakit mengadu sakit adakah pesakit akan diletakkan di triage yg sama??saya keliru sama ada nk letak di triage kuning atau hijau sekiranya pesakit pengadu sakit . (student)

    ReplyDelete
  19. Good.. Terima kasih untuk perkongsian.. Cuma, boleh x kalau saudara tulis dengan lebih mendalam.. SOB tu apa.. 😁 dan sebagainya.. Izinkan saya petik sedikit perkongsian saudara untuk dimuatkan dalam novel saya.. Terima kasih

    ReplyDelete
  20. Adakah anda memerlukan Pinjaman?
    Adakah anda mencari Kewangan?
    Adakah anda mencari Pinjaman untuk memperbesar perniagaan anda?
    Saya rasa anda telah sampai di tempat yang betul.
    Kami menawarkan Pinjaman dengan kadar faedah rendah.
    Orang yang berminat mesti menghubungi kami di
    Untuk maklum balas segera terhadap permohonan anda, Mohon
    balas e-mel ini di bawah sahaja.
    Aplikasi apa +918256953815
    mrwilliam751@gmail.com
    Tolong, berikan kami Maklumat berikut sekiranya berminat.

    1) Nama Penuh: ………
    2) Jantina: ………
    3) Jumlah Pinjaman Yang Diperlukan: ………
    4) Tempoh Pinjaman: ………
    5) Negara: ………
    6) Alamat Rumah: ………
    7) Nombor Mudah Alih: ………
    8) Pendapatan Bulanan: …………………
    9) Pekerjaan: ………………………
    ) Laman web mana yang anda ada di sini mengenai kami …………………

    Terima kasih dan salam mesra.
    mrwilliam751@gmail.com
    +918256953815

    ReplyDelete
  21. Do you need a Loan?
    Are you looking for Finance?
    Are you looking for a Loan to enlarge your business?
    I think you have come to the right place.
    We offer Loans at low interest rate.
    Interested people should please contact us on
    For immediate response to your application, Kindly
    reply to this emails below only.
    Whats app +918256953815
    mrwilliam751@gmail.com
    Please, do provide us with the Following information if interested.

    1) Full Name:………
    2) Gender:………
    3) Loan Amount Needed:………
    4) Loan Duration:………
    5) Country:………
    6) Home Address:………
    7) Mobile Number:………
    8)Monthly Income:…………………
    9)Occupation:………………………
    )Which site did you here about us…………………

    Thanks and Best Regards.
    mrwilliam751@gmail.com
    +918256953815

    ReplyDelete

Sila beri komen yang berfaedah untuk penulis dan pembaca lain. Jadilah pengguna internet yang bertanggungjawab.