Tuesday, 25 May 2010

KENANGAN SUATU KETIKA DULU

Terima kasih atas sokongan pembaca semua. Jika anda rasa blog ini berfaedah bagi rakan-rakan anda yang lain, jemputlah mereka baca sekali.

ADRENALIN RUSH
Sewaktu saya oncall di Wad bersalin(Peads), saya bertanggungjawab untuk mengurus bayi comel yang baru lahir, di mana ibunya mempunyai risiko-risiko yang boleh memberi kesan kepada bayinya. Contohnya ibunya membunyai DM(diabetes mellitus) on insulin. Bayi sedemikian mempunyai risiko hypoglycemia ketika lahir. Ibu dengan kandungan masih pra-matang, bayinya mempunyai risiko ARDS(acute respiratory distress syndrome).

Jadi sekali tu, pukul 3 pagi, saya tengah tidur sementara menunggu kes. Tiba-tiba jururawat menjerit, “Ho peads, baby (born)flat”, maksudnya bayi lahir tak menangis, tak bernafas. Itulah kali pertama saya urus bayi sedemikian. Jadi bayangkan dengan mai-mai tidurnya lagi, adrenalin rush lagi, masa tulah cuba mengingat langkah-langkah semasa NRP(neonatal resuscitation program) hari tu. Menggelabah tak ingat dunia! Nasib baik ada jururawat yang berpengalaman membantu. Apa-apapun, bayi tu selamat setelah kita bag dia 2-3 minit. Lepas tu tak tidur sampai pagi, mungkin terlalu banyak adrenalin yang keluar, cukup untuk saya rasa segar sampai pagi.


Melawat Judin di HUKM. Barulah saya tahu betapa bezanya persekitaran kerja di HKL dan HUKM.
Kerja di HUKM memang best. Judin siap ada stalker lagi.

BULI
Hari pertama di Wad Neraka, jururawat terlupa nak hantar antibiotik untuk op hernioplasty. Lalu saya beritahu MO.
Azzad: Dr Zul, jururawat terlupa nak hantar antibiotik.
MO: (Tenung saya lama, dengan muka tidak puas hati)
Azzad: Saya minta turun Unasyn heh(ampicillin + sulbactam).
MO: Apsal lakkkk??!!
Azzad: Bukan selalu guna Unasyn ke?
MO: (Tenung saya lama).
Azzad: Dr Zul janganlah buli saya.
MO: Ah takde!! Aku nak buli jugak.
(Sejak tu, saya dan Dr Zul kamcing je)

PUJIAN
Ini adalah mesej yang saya dapat daripada Mr Khairul (Doktor pakar bedah UPM) apabila saya beritahu yang saya akan tinggalkan Wad 11.
From :Mr Khairul
Tq Azad... i believe u can go far in medical career.

Wahhh, gembiranya saya bila dapat mesej ni. Sampai sekarang saya masih simpan lagi mesej tu dalam telefon bimbit.

MO YANG BAIK
Salah seorang MO saya semasa di peads adalah Dr. Diana. Daripada awal-awal dulu lagi selalu je tanya pasal calon isteri saya.

Dr Diana: Azzad kau orang Johor apsal pilih HKL?
Azzad: Saya nak belajar lebih sikit kat HKL.
Dr Diana: Kau ikut girlfriend kau he?
Azzad: ????? Adelah.
Dr Diana: Dia HO sini jugaklah?
Azzad: Ha’a(layan je, padahal manader).

Ada sekali terserempak dia di depan Hospimart peads.
Dr Diana: Hah Azzad bila kau nak kahwin!!??
Azzad: (Terpinga-pinga) Lambat lagiii.
Dr Diana: Nanti nak kahwin jangan lupa ajak.
Azzad: Yelah-yelah.
Dr Diana pun terus naik kereta Lancer suami dia.

Setiap kali berselisih dengan Dr Diana kat mana-mana pun, dari hujung koridor ke hujung koridor lagi dah, kitorang dah sengih-sengih.


ABIM buat demonstrasi di Masjid Kg Baru selepas sembahyang Jumaat. Imam masjid baca al-Quran
dan pasang pembesar suara kuat-kuat untuk halau mereka semua. Semua terpinga-pinga je.
KALI PERTAMA
Setiap kali dapat melakukan prosedur besar untuk pertama kali, mesti rasa euphoria sepanjang hari. Bila dapat kali pertama intubate baby, buat UVC(umbilical vein catheterization), masukkan chest tube, buat long line dan short line CVP(central venous pressure), pasti naik semangat.

Ingat lagi ada sekali tu, cuba perjelaskan pada pesakit perempuan muda, saya mahu masukkan tiub melalui salur darah tangan dia hingga ke ‘jantung’ beliau(long line CVP). Bila dia dengar perkataan jantung tu, terus menangis taknak taknak, sakit-sakit. Silap sayalah sebab menggunakan ayat yang tidak sesuai. Jadi selepas dipujuk lama, jelaskan kenapa kita perlu masukkan, dia akhirnya pun setuju. Nasib baik basilic vein dia besar, masuk pun senang.

Masa masukkan chest tube pula, di saat jari kita dapat masuk pleura tuh, pergh, rasa ‘high’ je. Macam ni rupanya pleura. Masukkan short line ke jugular vein pun sama, cuak je rasa, manalah vein ni. Tapi bila branulla dah dapat back flow, oohh rupanya dekat situ jer.

Satu yang saya perasan, bila kita dah berjaya buat sekali tu, sebenarnya kebanyakan prosedur nih takdelah susah sangat. Cuma mungkin sebab kita tak berpengalaman, jadi bila tengok rakan HO senior buat, macam kagum gila ngan diorang nih. Terfikirlah bila agaknya aku akan jadi macam diorang ni.

Apa-apapun, kita kena proaktif. Tawarkan diri pada MO untuk buat prosedur, jangan tunggu kena panggil.

BLOG SAYADOKTOR
Disebabkan dulu saya adalah batch ke-2 pelajar Malaysia yang tamat belajar di VolSMU, sukar untuk saya dan rakan-rakan untuk mendapat panduan untuk bersedia menghadapi housemanship. Jadi di Volgograd masa tu, banyaklah cerita-cerita liar yang tidak tahu mana puncanya mengenai batch pertama universiti kami di Malaysia. Oleh itu saya telah mengambil inisiatif untuk menulis blog ini sebagai panduan kepada junior saya di VolSMU dan juga pelajar-pelajar perubatan di universiti lain.

Bermula daripada sebuah artikel, kemudian dengan sokongan ramai pembaca, maklum balas yang positif, ada antaranya yang menghantar emel panjang lebar kepada saya untuk mendapat nasihat, akhirnya capailah saya ke artikel ke-10 di blog ini. Saya rasa ini adalah antara pengalaman paling menarik saya sepanjang housemanship.

Saya bersyukur terhadap peluang yang Allah telah berikan kepada saya untuk menyumbang kepada masyarakat melalui mata pena saya. Saya mempunyai impian agar blog ini akan berkembang suatu hari nanti, mungkin akan terdiri daripada ramai penulis, mendapat domain sendiri(mampu menjana pendapatan sendiri), mempunyai template yang lebih menarik, memiliki pembaca daripada pelajar Malaysia serata dunia, malah juga pelajar lepasan SPM yang berminat untuk menjadi doktor, mampu mengatur perjumpaan dengan pelajar-pelajar perubatan dan sebagainya.

Jadi saya menjemput para HO yang lain untuk turut menyumbang artikel ke blog ini, tidak kisah walau sekadar satu artikel pun(emel saya untuk berhubung). Terutamanya, HO di hospital lain di Malaysia supaya kita semua dapat berkongsi pengalaman secara positif. Juga mungkin ada kalangan anda yang mempunyai kemahiran mereka template menarik untuk blog ni(almaklumlah saya bukan kreatif sangat bab-bab ni), juga dapat menjadi co-author blog ini. Mungkin pelajar-pelajar perubatan daripada kalangan anda pembaca juga akan menyumbang pada suatu hari nanti.

Resus tempat yang semua HO mesti pergi dan belajar.
InsyaAllah, jika semua ini tercapai, satu hari nanti, blog ini akan terus berjalan walaupun tanpa saya.

Di dalam artikel seterusnya, insyaAllah saya akan berkongsi pengalaman bekerja di Jabatan A&E HKL. Seronok!!!

15 comments:

  1. tq dr azad utk semua pengalaman2 cerita2 dan ilmu yg dr share
    x saba nak keje and rasa sndiri smuanye ni
    hukm mmg best sbb sejuk n selesa..huhu...
    skang tgh berdebar tnggu panggilan induksi and posting
    dr nak tnya btul ke kalu kerja nnt kita dpt gaji lmbt lepas 3 bulan?

    ReplyDelete
  2. ko mmg ada wawasan r azzad....tk sabar nk tgk ramai giler post pengalaman diorg sebagai HO atau MO...erk, nurse nak post boleh jugak ke?

    ReplyDelete
  3. A&E?slamat berjaya zad.Tak pernah lg dgr citer HO di A&E.
    Semua jasa baik ko insyaallah dibalas Allah.

    ReplyDelete
  4. Alia gaji memang dapat 3 bulan selepas kerja. Lump sum, banyak tu. Wajib belanja saya nanti.

    ReplyDelete
  5. tq dr azzad sbb kongsi pgalamn2 seorg dr...
    wpun sy ni bkl sorg guru tp sy suka dgn kerjaya dan personaliti sorg doktor....
    hrp dpt bc byk lagi kisah2 dr azzad.....^-^

    ReplyDelete
  6. OOhh ada juga guru yang baca yer. Junaidah pun ceritalah pasal kerjaya guru. mesti menarik juga.

    ReplyDelete
  7. salam..dari bumi nabi musa...

    thank for the very2 interesting diary i think.
    the every moment that u share with all of us will be benefecial to everyone.
    especially to Doc to Be..!,LIKE ME.

    hoping,this blog will be more successful in da future.

    #Dr azzad,may be u can establish ur fan of FB or sign in the twitter.

    thnk u..i will face with my third year exam next 2 week..pray for me Dr AZZAD..

    KK..BYE2X

    abdulfattah bin hamzah

    ReplyDelete
  8. Terima kasih Fatah, bumi Nabi Musa, bumi Mesir lah yer.

    InsyaAllah diteruskan.

    Saya rasa belum sampai ke tahap FB fan lagi kut. Takde masa lah nak tweet2 nih.

    Semoga berjaya dalam peperiksaan.

    ReplyDelete
  9. salam dr azzad. kalau ko ade fb page mesti aku jadi fan ko. huhu. apa-apa pun all the best di A&E pula. semoga Allah permudahkan.

    aku dapat banyak manfaat baca blog ko. terima kasih banyak-banyak.

    ReplyDelete
  10. salam dr azzad...tq sbb kongsi pengalaman2 sbg HO...pendek kate blog ni mmg sgt best n berilmiah...teruskan menulis dan semoga sukses slalu dalam kerjaya sebagai dr...

    azree (student medic egypt)

    ReplyDelete
  11. a bunch of thanks dr azad..will be graduate this october ...agak cuak mau kerje..hehe =)

    ReplyDelete
  12. salam dr azzad..sy 2nd yr kat volgograd jugk..time kasih ats info2 best..boleh jugk wat panduan..insyaAllah nk cube jadi dr yg best mcm dr azzad jugk..keep the good job..=)

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum dr azzad,
    thank u for the informative insights of being a doctor. sy seorang final year medic student. final exams in 25 days' time. stress stress..Doakan utk sy gak k, dr! thank u :) semoga dr continue writing yah

    ReplyDelete
  14. Saya ni baru high school ,,,but cita2 sya nk jdi doktor.....saya ni lelaki,,,,dan michevious serta malas tahap gaban nak bc buku......skrg form 4 sains classs.......beso nnt nk ssngat jd doc....susah ke nak jd doktor.....org pemalas dan asik ada masalah disiplin layak ke,,,,saya ni bkn pandai sangt.....

    ReplyDelete

Sila beri komen yang berfaedah untuk penulis dan pembaca lain. Jadilah pengguna internet yang bertanggungjawab.