Sunday 27 September 2009

HOSPITAL KUALA LUMPUR

"In HKL you don't say you don't know. Ask what you don't know and why you don't know."

Dr. Kuldip Kaur Prem Singh
Salam,
Pada 16/09/09 yang lepas, jejaklah kaki saya di Hospital Kuala Lumpur buat pertama kalinya dalam hidup. Perjalanan bukannya mudah. Bertolak pukul 6 pagi lepas sahur dan solat Subuh, dari Skudai ke Kuala Lumpur. Sampai pukul 930 pagi, padahal taklimat bermula pada pukul 9. Hari pertama dah buat hal. Nasib baik Dr. Kuldip(pemberi taklimat) tak 'fire' teruk.

Dalam taklimat tersebut, semua houseman telah diberi penempatan tanpa diberi pilihan. Tukar suka sama suka pun tidak dibenarkan. Jadi dapatlah saya Jabatan Pediatrik sebagai penempatan pertama. Selain saya, untuk pengetahuan budak Volgo, Hana, Izat, Nurul, Khalid dan Bunge  dari VolSMU juga ditempatkan di Kuala Lumpur.  Hana dapat Medical, Izat Surgery, Bunge O&G, Khalid dan Nurul pula dapat Orthopedik.

Semasa taklimat tersebut, banyak juga dokumen yang perlu diisikan seperti KWSP, Surat Aku Janji dan sebagainya. Di HKL ni, Houseman dibenarkan untuk tinggal selama setahun di asrama pelatih yang terletak di kawasan HKL. Lepas tu, kena pindah keluar. Mereka juga boleh memilih untuk menetap di luar memandangkan bilik asrama ni terhad. Bagi yang tinggal di asrama, RM400 akan ditolak daripada gaji dan elaun bulanan. Kira untung jugalah, sebab sewa kat KL ni mahal-mahal belaka.



Alhamdulillah saya dapat bilik yang duduk seorang, manakala yang lain pula, ramai yang kena berkongsi bilik 2 orang. Bilik air tak perlu kongsi, syukur-syukur. Hari tu sembang dengan Khalid betapa besarnya bilik asrama dekat sini. Tapi kalau fikirkan balik, asrama kat Volgo kut yang sempit sebenarnya.





Beberapa hari awal bekerja di HKL ni, banyak kali juga terserempak dengar senior VolSMU'08, seperti Adib, Gana, Kak Suraya, Kak Farah, semua nampak OK jer. Jangan percaya cerita-cerita mengumpat kat Volgo tu. Semuanya tak betul. Bila berjumpa tu sempatlah bertanya khabar, minta nasihat dan sebagainya. Nampak mereka semua boleh berjaya, kuranglah rasa takut nak bekerja.

Bagus juga bila ramai kenalan di tempat kerja, sebab bolehlah berjumpa, cerita pengalaman kerja di Jabatan lain, bergurau-gurau, hilangkan tekanan.




Ni gambar baru tadi ambil dekat Pizza Hut Kampung Baru. Aku dah habis tempoh 'tagging' di Orthopedik, Khalid dan Nurul pula tagging di Jabatan Orthopedik, tulah boleh pergi melepak malam-malam. Kenapa Bunge, Izat dan Hana tiada? Itu nak kena tahu apa itu tagging.






Ni gambar di Pameran Lat di KLCC. Malam tu, memandangkan habis tagging awal, saya dan kawan-kawan pergi makan di Restoran Padi dekat KLCC.








InsyaAllah, lain kali saya akan ceritakan berkenaan 'tagging' pada artikel seterusnya. Sebab penting juga, pelajar-pelajar perubatan faham apa itu tagging dan apa yang perlu dijangka. Sehingga bertemu lagi.


Sebarang kenyataan di dalam blog ini tidak semesti semuanya betul. Ia hanyalah hasil pendapat penulis dan tidak sesekali dijadikan satu-satunya panduan untuk bekerja.

12 comments:

  1. mantap azad..laptop baru seyy....
    yang mara nye lak camna azad?
    brapa kena bayar?

    ReplyDelete
  2. Mara setakat ni senyap jer lagi.Aku pun taknak tanya, takut sruh bayar. Duk senyap sampai sampai surat.

    ReplyDelete
  3. smart r azzad...informatif giler..teruskan azzad, ssh nk dgr cerita doktor nih sebenarnyer...

    ReplyDelete
  4. tu ar azzad.. hostel kat volgo nie je sempit..
    mantap2.. keep up the good work doc..

    ReplyDelete
  5. Salamualaikum Brother... Tq for sharing your exp.. Tulis lagi banyak2 k.. Takut gak bila dah nak habes study nak mula keja nih.. :))

    ReplyDelete
  6. salam. saya yr 4(medical student, lg 2bulan nk msuk final year)..mmg ade terpk mau HO mat HKL. tp nk ty.bole cerita kn sdikit..ape keseronokn/kelebihan jd HO kat HKL bbanding hospital laen?
    tq

    ReplyDelete
  7. camtu susah skit.nak kena buat HO kat tempat lain baru lah tahu.

    apapun secara ringkas, hkl ni tertiary hospital, banyak kes dari hosp lain rujuk ke hkl, jadi dapat tengok banyak kes menarik contohnya triple A. tp kekurangannya, sekarang ni kat hkl, ramai ho, jadi mungkin kurang peluang buat procedure.

    apa pun, kat mana amirah pilih pun, yang penting kena bersikap proaktif.macam saya petang tadi.mo nak pasang chest tube.saya tanya dengan yakin, boleh tak saya buat. lepas tu dia kasiklah.ok?

    ReplyDelete
  8. salam.nak tanya macam mana nak apply for asrama pelatih HKL?thanks..:D

    ReplyDelete
  9. Salam
    Saya dulu masa hari pertama ada orientasi HKL. Waktu tu diberi borang mohon asrama.

    ReplyDelete
  10. Salam,first of all, thank you sebab blog ni sangat informative...ni, nak tanya, saya bakal daftar di hkl lusa, pasal daftar diri, 1st day to kene report di mana ye? Lepas tu, hari 1st memang terus start tagging ke?
    Thank you...

    ReplyDelete
  11. salam, kalau houseman sudah berkahwin, ada juga disediakn kuarters ke? tq

    ReplyDelete
  12. SAya akan masuk HKl ni. Doakan ye.

    ReplyDelete

Sila beri komen yang berfaedah untuk penulis dan pembaca lain. Jadilah pengguna internet yang bertanggungjawab.