Sunday 15 November 2009

ADA APA PADA DOKTOR?

Kepada para pembaca, silalah memberi maklum balas terhadap artikel yang telah dibaca. Ini supaya penulis mendapat semangat untuk terus menulis dan tahu hasil tulisannya berguna, apatah lagi di waktu lapang yang singkat beliau miliki sekarang. Terima kasih.


Sebarang kenyataan di dalam artikel di blog ini hanyalah pandangan dan pengalaman peribadi penulis sahaja. Ia tidak patut dijadikan rujukan oleh pembaca-pembaca.

Kali ini saya akan bercakap tentang perkara 'ringan' iaitu kelengkapan yang perlu ada pada seorang HO. Kelengkapan yang saya maksudkan bukan saja terhad pada luaran, tetapi juga dalaman. Ini hanyalah berdasarkan pengalaman saya seorang.

Kelengkapan Luaran

1. Lab coat - kat HKL ni, kita akan dibekalkan dengan labcoat oleh syarikat servis Radicare. Dari semasa ke semasa, kita hanya perlu hantarkan ke pusat servis jika kotor(pengalaman saya, kena muntah seorang budak di saat sedang mengambil darah) dan tidak perlu membasuh sendiri. Kita akan terus digantikan dengan labcoat baru, tak perlu tunggu.

2. Buku protokol - Kita mesti ada buku protokol di sisi kita sepanjang masa terutama HO yang baru. Bila masuk jabatan baru, tanya HO senior kat mane kita boleh dapatkan buku protokol tersebut. Buku ini penting, kerana padanya terdapat penerangan ringkas penyakit2 yang biasa dijumpai, beserta kriteria diagnosis, investigation dan yang paling penting, rawatan yang tepat untuk penyakit tersebut, yang menjadi norma di jabatan tersebut.

3. Stetoskop - Saya cadangkan beli stetoskop di Malaysia, bukan kerana stetoskop double tiub yang saya beli di Rusia nampak pelik, jarang diguna di hospital tempatan, atau tidak bagus, tetapi sebab ianya terlalu berat. Kalau sekali pakai memang tak berat, tapi bila pikul benda alah tu sepanjang hari, bahu rasa lenguh. Saya pun bercadang beli baru dalam masa terdekat.


4. Cop, kalkulator dan pen - Dalam setiap dokumen yang kita isikan, memerlukan cop nama dan jawatan kita. Cop ni selalunya dibuat oleh jabatan pasca siswazah, kita juga boleh buat sendiri. Di peds ni, kalkulator amat penting kerana daripada kadar IV drip hingga ke dos ubat perlu dikira berdasarkan berat pesakit. Pen pula, walaupun nampak cam perkara kecil, pastikan beli yang berkualiti. Tak perlu mahal, yang penting dakwatnya tak kering. Kerana dalam sehari pun, kita perlu tulis pelbagai dokumen yang memakan dakwat.
5. Buku nota kecil - Pastikan anda ada buku kecil untuk anda catatkan semua benda baru yang anda pelajari setiap hari, terutama semasa round dengan MO dan specialist. Pastu malam tu, luangkan sedikit masa baca balik semua ilmu baru tersebut. Tak lama, hanya 10 minit je. Kalau anda rajin, cuba baca sumber lain berkenaan perkara tersebut seperti dalam buku rujukan, buku nota universiti, internet dan sebagainya.

6. Buku drug doses Frank Shann - di peds, buku ni sangat penting, kerana setiap ubat diberi mengikut dos mg/kg.

Saya dan pesakit yang didiagnos Pneumonia with Left side empyema. Berada di wad saya selama sebulan. Daripada bernafas tercungap2 sehinggalah sekarang dah sihat. Baru beberapa hari lepas di discharge. Dalam masa sebulan masih tak boleh sebut doktor, haih penat ajar.

Selain daripada kelengkapan luaran ni, apa yang lagi penting adalah kelengkapan 'dalaman' seorang HO. Kalau kita masa belajar dulu dengar cerita, kerja HO letih tahap beruk, tertekan, menyebabkan kemurungan(depression), menyebabkan rasa nak berhenti kerja dan sebagainya. Ianya tidak lain melainkan yang benar kerana saya sedikit sebanyak merasainya.

Saya dulu pun fikir, semua belenggu masalah ni disebabkan orang tu sendiri yang tak kuat, tak berdaya tahan. Tapi bila kena penangan itu sendiri, barulah kita tahu. Kena marah, dimalukan, dipandang rendah, diperlekehkan berulang kali, semuanya telah masuk dalam kamus hidup saya. Yang lagi teruk, kadang2 tu kita dah berusaha bersungguh2 nak perbaiki diri, tapi orang atasan kita masih kata kita ni tak cukup bagus. Jadi berikut adalah ciri2 dalaman yang saya rasa perlu ada pada seorang HO.
Kelengkapan dalaman

1. Stamina fizikal - ni kalau kerja waktu kerja pun dah penat, apatah lagi campur oncall. Kalau kat department lain, dengar cerita kadang2 tak sempat nak makan sarapan dan tengah hari pun. Jadi budayakan senaman dalam hidup anda sekarang. Kalau tak senam memanglah larat je kerja, tapi habis kerja je, terbongkang atas katil. Takkan kau nak hidup kau hanya sekadar tidur kerja je. Kalau anda sihat dan mempunyai stamina yang tinggi, anda boleh lagi melakukan aktiviti lain lepas kerja seperti pergi jumpa kawan, keluar makan, pergi membeli-belah dan sebagainya. Saya pastikan setiap seminggu sekali saya pergi jogging di padang bersebelahan asrama.


Adakah saya masih nak jadi doktor?
Persoalan yang pernah bermain di fikiran saya.

2. Kecekalan hati - anda perlu cekal dalam menghadapi segala masalah, dilema, timbunan kerja yang banyak. Kalau anda tak cekal, anda akan mudah putus asa, kusut kepala, tertekan dan akhirnya sakit jiwa. Apa yang saya cuba lakukan adalah 'take things one by one, step by step'. Saya sendiri sewaktu baru kerja 2-3 minggu, rasa macam ini bukan benda yang aku nak buat seumur hidup aku. Rasa tak seronok bila bekerja, hanya letih tekanan yang tak henti2.

"Azzad this is unacceptable. How long have you been here? You need to step up. You called me to come here yet you don't even know(fully) this patient's history."(Ni sewaktu saya awal-awal lagi waktu tu, otak rasa cam bengap sebab keliru kes seorang pesakit dengan yang lain. Akibatnya specialist ni sruh saya present case pesakit tu minggu kemudiannya.)

3. Berfikiran positif - betapa teruk kau dimaki, diperbodohkan dan dimalukan, cuba berfikiran positif terhadap segala kritikan tersebut. Cuba fikir ianya akan membuatkan lebih berusaha keras, lebih rajin baca buku, lebih peka terhadap keadaan pesakit. Contohnya bila saya kena marah sebab tak ambil berat pasal diet pesakit failure to thrive(FTT), menyebabkan saya jumpa dietician, tanya banyak soalan berkenaan cara memberi diet, apa supplements boleh diberi. Saya pinjam nota dietician dan pergi fotostat. Ini menyebabkan saya lebih faham tentang calorie intake, total volume, cara pengiraan dan sebagainya.

"Azzad I think you are weak, I want you to do your assessment with me."(Inilah kata-kata seorang konsultan pada saya minggu lepas di depan semua HO lain. Bayangkan betapa malu dan tertekan saya. Alhamdulillah saya lulus buat assessment dengan beliau. Untuk maklumat anda, beliau pernah extend HO lain dan tiada sesiapa yang berani nak buat assesment dengan beliau. Di penghujung assesment tersebut, beliau kata pada saya "Azzad you did not too bad today". Saya punyalah gembira walaupun itu boleh dikatakan bukan pujian.)
4. Berupaya mengurus tekanan - dulu saya selalu dengar orang kata kita kena pandai asingkan urusan kerja daripada urusan di rumah. Kalau kita tak reti mengurus tekanan, segala tekanan kerja akan dibawa2 sepanjang masa. Bila mandi, teringat esok banyak kerja tunggu, bila makan terfikir mungkin kena marah specialist esok, bila baring teringat peristiwa kena maki, dimalukan sebelum ni. Semua ini akan menyebabkan stress yang tak perlu dalam hidup kita. Kita kena belajar lupakan sementara segala tekanan kerja semasa di luar waktu kerja.

Sembang sambil makan di luar adalah satu keperluan.
Ni gambar aku dan Khalid di 'The Ship' Kampung Baru.

5. Mempunyai sokongan moral - Alhamdulillah, tekanan yang saya hadapi membuatkan saya lebih dekat pada Allah swt, lebih rajin baca Quran, memperbanyakkan berzikir dan sebagainya. Kalau kita ada sokongan ibu bapa, rakan sekerja dan kawan-kawan, ianya BANYAK membantu kita mengharungi kehidupan seharian sebagai HO. Tidak boleh dinafikan, kita perlu 'melepaskan' tekanan yang kita hadapi setiap hari. Salah satu caranya adalah dengan meluahkan masalah, tekanan, bercerita dengan kawan-kawan apa yang berlaku supaya kita boleh 'gelakkan dan lupakan' perkara tersebut, dan seterusnya tumpu pada hari seterusnya. Dengan mendengar luahan rakan HO lain, kita dapat rasakan bahawa apa yang kita lalui itu, perkara yang biasa dan dirasai oleh semua orang. Ini sedikit sebanyak menyebabkan kita rasa kurang tertekan.

6. Mempunyai peribadi yang proaktif dan impression yang baik - Ini adalah masalah utama saya. Semasa round, lebih suka mendengar dan memerhati daripada melibatkan diri. Lagi masalah apabila saya sedar rupanya ekspresi muka saya ni blur secara semulajadi. Jadi kadang-kadang walupun saya faham, bila MO atau specialist tengok muka saya mesti nak tanya " Do you understand me?" Impresi pertama juga sangat penting. Pastikan anda proaktif dari awal-awal lagi. Jangan jadi macam saya, dah tau kena tunjuk impresi yang baik pun, masih nak rilek2 lagi. Saya memang jenis yang tak peduli sangat pandangan orang pasal rupa saya.

Harap artikel kali ini dapat membantu.