Sunday 27 September 2009

HOSPITAL KUALA LUMPUR

"In HKL you don't say you don't know. Ask what you don't know and why you don't know."

Dr. Kuldip Kaur Prem Singh
Salam,
Pada 16/09/09 yang lepas, jejaklah kaki saya di Hospital Kuala Lumpur buat pertama kalinya dalam hidup. Perjalanan bukannya mudah. Bertolak pukul 6 pagi lepas sahur dan solat Subuh, dari Skudai ke Kuala Lumpur. Sampai pukul 930 pagi, padahal taklimat bermula pada pukul 9. Hari pertama dah buat hal. Nasib baik Dr. Kuldip(pemberi taklimat) tak 'fire' teruk.

Dalam taklimat tersebut, semua houseman telah diberi penempatan tanpa diberi pilihan. Tukar suka sama suka pun tidak dibenarkan. Jadi dapatlah saya Jabatan Pediatrik sebagai penempatan pertama. Selain saya, untuk pengetahuan budak Volgo, Hana, Izat, Nurul, Khalid dan Bunge  dari VolSMU juga ditempatkan di Kuala Lumpur.  Hana dapat Medical, Izat Surgery, Bunge O&G, Khalid dan Nurul pula dapat Orthopedik.

Semasa taklimat tersebut, banyak juga dokumen yang perlu diisikan seperti KWSP, Surat Aku Janji dan sebagainya. Di HKL ni, Houseman dibenarkan untuk tinggal selama setahun di asrama pelatih yang terletak di kawasan HKL. Lepas tu, kena pindah keluar. Mereka juga boleh memilih untuk menetap di luar memandangkan bilik asrama ni terhad. Bagi yang tinggal di asrama, RM400 akan ditolak daripada gaji dan elaun bulanan. Kira untung jugalah, sebab sewa kat KL ni mahal-mahal belaka.



Alhamdulillah saya dapat bilik yang duduk seorang, manakala yang lain pula, ramai yang kena berkongsi bilik 2 orang. Bilik air tak perlu kongsi, syukur-syukur. Hari tu sembang dengan Khalid betapa besarnya bilik asrama dekat sini. Tapi kalau fikirkan balik, asrama kat Volgo kut yang sempit sebenarnya.





Beberapa hari awal bekerja di HKL ni, banyak kali juga terserempak dengar senior VolSMU'08, seperti Adib, Gana, Kak Suraya, Kak Farah, semua nampak OK jer. Jangan percaya cerita-cerita mengumpat kat Volgo tu. Semuanya tak betul. Bila berjumpa tu sempatlah bertanya khabar, minta nasihat dan sebagainya. Nampak mereka semua boleh berjaya, kuranglah rasa takut nak bekerja.

Bagus juga bila ramai kenalan di tempat kerja, sebab bolehlah berjumpa, cerita pengalaman kerja di Jabatan lain, bergurau-gurau, hilangkan tekanan.




Ni gambar baru tadi ambil dekat Pizza Hut Kampung Baru. Aku dah habis tempoh 'tagging' di Orthopedik, Khalid dan Nurul pula tagging di Jabatan Orthopedik, tulah boleh pergi melepak malam-malam. Kenapa Bunge, Izat dan Hana tiada? Itu nak kena tahu apa itu tagging.






Ni gambar di Pameran Lat di KLCC. Malam tu, memandangkan habis tagging awal, saya dan kawan-kawan pergi makan di Restoran Padi dekat KLCC.








InsyaAllah, lain kali saya akan ceritakan berkenaan 'tagging' pada artikel seterusnya. Sebab penting juga, pelajar-pelajar perubatan faham apa itu tagging dan apa yang perlu dijangka. Sehingga bertemu lagi.


Sebarang kenyataan di dalam blog ini tidak semesti semuanya betul. Ia hanyalah hasil pendapat penulis dan tidak sesekali dijadikan satu-satunya panduan untuk bekerja.

Monday 21 September 2009

INDUKSI dan BTN

Kemaskini : Berkenaan temuduga, lagilah tak perlu risau. Sesetengah penemuduga tu cuma sekadar cakap, "Ceritakan saya tentang Rusia." Dah habis cerita, tamat temuduga. Tetapi saya kena tanya tentang struktur organisasi Kementerian Kesihatan Malaysia dan beberapa 'clinical case'.

Saya telah menjalani induksi dan BTN pada 09/09/09 lepas selama seminggu di Casa Rachado, Port Dickson. Tarikh kita mula induksi adalah tarikh gaji kita mula dikira. Memandangkan ianya dijalankan semasa bulan puasa, maka jadual aktivitinya tidak sesak. Selalunya lepas pukul 6 petang, peserta sudah 'dilepaskan'. Sebaliknya, kawan yang jalani induksi di luar bulan puasa, terpaksa dengar ceramah, kadang-kadang sehingga pukul 11 malam. Ujian-ujian tulis tu semua, pasti lulusnya jangan risau.

Jadi siapa yang tengah fikir nanti bila nak daftar temuduga, buat induksi dan sebagainya, ikutlah 'selera' masing-masing.




Penempatan(posting) akan diberitahu samada pada hari pertama atau kedua induksi. Saat tu, kalau nak cerita, ada yang senyum gembira dan ada pula yang menangis. Yang nangis tu bila mintak KL(ketiga-tiga hospital pilihan), lepas tu dapat hospital di Tawau. Tak ke aniaya macam tu. Dahlah perempuan pulak tu. Ada yang mintak Putrajaya dapat Kota Kinabalu, ada yang mintak Selangor dapat Hospital Muar. Ada juga kes minta Hospital Seremban, tak dapat. Tapi orang yang tak mintak langsung, dapat pula Hospital Seremban. Jadi bersiap sedialah, terutama sekali kaum Hawa ni.

Sebenarnya janganlah duduk berangan sangat aku nak kerja kat hospital inilah itulah. Belum tentu dapat.

Tapi mereka yang tak berpuas hati, bolehlah membuat rayuan. Harapan tipis kecuali mereka yang dapat Sabah dan Sarawak. Selalunya bila rayu akan dapatlah hospital kat semenanjung.

Apa-apapun, saya telah dapat penempatan di HKL, iaitu hospital yang saya mintak(ketiga-tiga pilihan saya letak HKL jugak).

Tapi yang paling kejam lagi durjana adalah kita akan dipanggil kerja keesokan harinya tarikh kita tamat induksi(kecuali hujung minggu). Contohnya saya tamat induksi 15/9, tarikh daftar di HKL 16/9. Saya petang tu terpaksa tergesa-gesa balik ke Skudai, Johor. malam tu kemas semua barang-barang, kemudian esok pagi pukul 6, bertolak ke KL. Tak ke letih.




Sebarang kenyataan di dalam blog ini tidak semesti semuanya betul. Ia hanyalah hasil pendapat penulis dan tidak sesekali dijadikan satu-satunya panduan untuk bekerja.